Thursday, 11 April 2013

Tidak Dihargai

Assalamualaikum

Aku selalu cakap "Jangan datang dalam kehidupan seseorang kalau tak tahu nak menghargai". Ye, aku selalu cakap. Pada pandangan kau, ucapan ku yg satu ini membuktikan bahawa aku menyesali atau menyalahkan takdir yg telah diberikan buat ku. Kan? Jangan membuat andaian terlalu cepat tanpa kau memikirkan kenapa dan mengapa aku berkata demikian. Jangan.

Heyy manusia, kau terlalu kolot dalam pemikiran sehinggakan dalam kepala otak kau tu penuh dgn andaian negatif. Tak boleh kah kau ubah cara pemikiran kau? Keluar dari kepompong kekolotan itu. Kalau sesama manusia pun kau selalu bersangka buruk bagaimana pulak sangkaan kau terhadap DIA yg Maha Kuasa? Hari ini kau caci dan keji dia, siapa tahu esok lusa si keji itu juga yg kau cari untuk membantu kau dalam permasalahan yg kau reka sendiri.




Kau harus ingat, di atas muka bumi ini ada manusia lain lagi yg turut menumpang sama macam kau. Dalam kehidupan ni, tak boleh terlalu ego dan tak boleh juga terlalu merendah diri sebab nanti manusia lain pijak kepala kau. Ego yg tak bertempat bukanlah menunjukkan kau hebat di mata manusia lain sebaliknya orang akan mengata kau dari belakang. Kehebatan seperti itukah yg kau inginkan?

"Jangan datang dalam kehidupan orang lain kalau tak tahu nak menghargai". Aku cakap seperti ini bersebab, bukan sekadar suka-suka. Cuba kau letak diri kau ditempat aku dan hayati apa yg berlaku dlm kehidupan aku. Adakah kau mampu?




Kau selalu ada di saat susah dan senang, selalu membantu dia dlm setiap apa pun permasalahan nya. Sedikit pun kau tak pernah berkira terhadap pertolongan itu. Tetapi bila pertolongan kau yg tak terkira itu tak pernah dihargai, perasaan kau tak terjaga oleh nya. Cuba letak diri kau di situasi ini, adakah kau senang hati menghadapinya? Adakah adil buat kau? Adakah kau bahagia dgn perlakuan nya itu? Sebab tu aku kata, jangan datang dlm kehidupan orang lain bila tak tahu nak menghargai. Aku tahu rasa sakitnya bila tak dihargai oleh manusia lain dan mungkin juga ada yg pernah merasakan hal yg sama seperti aku. Sebelum berkata-kata, fikir.

Aku tahu, Allah menguji aku dgn mengirimkan manusia seperti dia dan kau dlm kehidupan aku. Aku tahu itu. Mungkin dgn kewujudan kau dan dia mampu membuat aku lebih tabah dlm menghadapi dugaan di hari-hari yg mendatang. Sabar. Ya, hanya itu yg aku punya sekarang ini dan aku percaya Allah telah merancang yg terbaik untuk kehidupan ku kerana percaturan Allah itu sentiasa indah. Wallahualam.


KBye, Assalamualaikum



Thank you for reading !

2 comments: