Friday, 13 September 2013

Jawab Dalam Hati

Assalamualaikum

Pernah rasa tak dihargai?
Pernah rasa disakiti oleh manusia yg tak berhati perut?
Pernah rasa deritanya memendam rasa?
Pernah rasa peritnya untuk melupakan?

Aku pernah. Sakit. Seolah-olah merobek hati sendiri lalu dicarik-carik kan dan dilempar ke kandang harimau untuk dijadikan santapan si binatang buas.

Kau tak tahu apa yg bermain diminda manusia.
Kau hanya bisa meneka tanpa keyakinan yg utuh.
Mengapa?
Kerana kau bukan tuhan yg dapat membaca isi hati dan minda manusia.

Tuhan itu adil. TakdirNYA tak pernah silap. RancanganNYA untuk kau tak pernah rosak walau berjuta manusia cuba untuk menghancurkan apa yg diciptakanNYA untuk mu. Percaya. Yakin dengan ketentuan Allah kerana percaturannya sentiasa indah. Keindahan yg penuh dengan kebenaran.

Kau jangan ego,
Takut nanti bila dah kesal tiada siapa yg sudi memaafkan.
Kau jangan sombong,
Takut nanti jatuh tersungkur menyembah bumi.

Mohon kau tidak lupa. Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang itu sekiranya seseorang itu tidak memohon maaf daripada manusia yg dijahati nya. Hubungan baik antara manusia itu penting. Boleh jadi bekalan di akhirat nanti.

Kau faham apa yg cuba aku sampaikan ini?


Jika kau jatuh maka bangkitlah kembali kerana tuhan mu, nescaya kau tidak akan berputus asa.



KBye, Assalamualaikum









Thank you for reading !

No comments:

Post a Comment