Showing posts with label Karyaku. Show all posts
Showing posts with label Karyaku. Show all posts

Baik-baik saja

Assalamualaikum

Tentang rasa yang sudah lama mati.
Tentang jiwa yang merasa bahagia dengan kesendirian.
Tentang cinta yang belum mampu wujud kembali.

Aku juga tidak pasti sampai kapan rasa ini akan terus begini.
Belum ku temu jawapan.

Mungkin Tuhan sedang mencaturkan karya agung Dia untuk dikirim ke aku.

Aku masih disini walau sedikit bingung--
Sama ada perlu pergi atau tetap menanti?

Apa pun itu--
Semoga baik-baik saja.


Sederhana

Assalamualaikum

Pada akhirnya kamu pasti akan mengerti;
Bahawa ada kehilangan yang perlu kamu syukuri.

Dan terkadang--
Apa yang hilang tidak pernah terkesan kosong di hati.

Kerana--
Hati sudah terlalu kalis untuk setiap rasa yang datang.
Dan selalu bahagia dengan apa yang ada.

Sesederhana ini saja kehidupan berjalan.
Aku tetap senang.
Tanpa sesal.

Pasti akan indah

Assalamualaikum

Dalam hidup ni ada banyak hal yang bisa buat kita jatuh.
Manusia, persekitaran, kerja, relationship n etc. You name it.
Ada banyak sebab untuk kita jatuh.

Tapi lihat diri kita--
Masih tetap bertahan.
Masih degil untuk menyerah.
Masih meneruskan setiap yang kita rasa mustahil.
Masih dijalan yang kita pernah rasa tidak mampu untuk diteruskan.
Masih tetap mempamer senyum indah untuk setiap masalah yang meruntuh jiwa.

Inilah kita.
Insan yang sebenarnya terlalu kuat dan hebat.
Insan yang sebenarnya tetap percaya bahawa tuhan itu selalu ada walau tersungkur teruk.
Insan yang tetap berpaut setia pada pengakhiran yang baik.

Setiap kesulitan pasti ada kemudahan.
Selalu, pelangi tiba selepas hujan.
Begitulah kehidupan.

Yang dibawah tidak akan kekal disitu.
Yang diatas juga tidak selamanya begitu.
Hidup ini umpama roda.
Setiap detik berpusing pada paksinya, sesuai kehendak Tuhan.
Hadapi saja.

Nanti juga pasti akan indah.
Teruslah hidup, apa adanya.
Tanpa ragu.
Kerana jalan cerita hidupmu dikarya hebat oleh direktor yang maha agung.

Jangan risau, semuanya pasti akan berakhir indah 💙

Harus indah

Assalamualaikum

Jatuh lagi.

Memungut kembali cebisan diri yang sudah hampir lunyai.
Cantumkan semula.
Pasangkan jiwa.
Pasak pada hati; kali ini lebih tegar.

Sampaikan bila dirodok apa pun, kau tetap begitu.
Tetap utuh--
Seperti awalnya yang diberi Tuhan pada kamu.
Jangan kalah.

Kerana akhirnya harus indah.

Ada Waktunya

Assalamualaikum

Terkadang aku merasa penat.
Seakan tak mampu ku hadapi apa yang ada di depan ku.
Serasa tuhan menggoncang hebat jiwa ini dengan ujianNya.
 
Mampukah aku?

Selalu persoalan ini wujud dalam benak ku.
Berterusan dimain dalam minda ku.
Sehingga selesai setiapnya ku hadapi.
Lalu aku lupa tentang ketidakmampuan ku tadi.

Betapa baik tuhan ku
Membuat aku lupa tentang apa yang ku rasakan mustahil.
Membuat aku berjaya melalui setiapnya tanpa rasa kesal.

Hebat sungguh.

Terima kasih tuhan memasakkan kekuatan dalam jiwa ku melalui ujian Mu.
Aku tidak punya apa-apa.
Melainkan Kamu saja.

Kali ini aku tidak minta banyak
Cukup dipinjamkan rasa ikhlas dan sabar untuk makanan jiwa ku yang lemah.

Kata Mu, aku mampu,
Lalu ku iya kan dalam keraguan ku.
Kemudian Kau datang lagi, menghambat ku berkali-kali sampaikan aku jatuh terperosok--
Hanya untuk membuat hati ku pasti dan percaya bahawa tidak ada sebaik-baik penolong melainkan Kau semata-mata.

Cuma itu.



Arifah Rahim, 
00:46 Malaysia.


Say No To Body Shaming

Assalamualaikum






Aku terpanggil untuk menulis tentang body shaming. Tadi, aku ada terbaca di facebook tentang seorang pekerja Pizza Hut ni dihina oleh boss nya kerana memiliki tubuh badan yang besar.

So sad.

Kita punya pangkat atau jawatan yang besar sekalipun, kalau kita tak punya rasa hormat terhadap orang lain,
Jangan pernah bermimpi untuk dihormati.
Kerana dalam mimpi juga belum tentu layak.

Please lah human, show some respect.

Salahkah jadi orang gemuk ni?
Hina sangat kah?
Best sangat kah menghina fizikal orang lain?


Badan dia gemuk, dia susahkan kau kah?
Dia curi duit kau kah?
Dia makan beras kau kah?

Tak kan?
So, why bother?

Tahu tak body shaming ni atau lebih tepat menghina tubuh badan orang lain boleh mendatangkan stress dan depression kepada individu tersebut?
Seseorang boleh jadi sampai membunuh diri tau disebabkan hal-hal sebegini.

Jadi tolong lah manusia, berhati perut sikit.
Akal tu pakai, jangan disimpan buat pekasam.

Allah menciptakan manusia cukup cantik mengikut caranya yang tersendiri.
Menghina tubuh badan orang lain bererti kita menghina penciptaNya.
Be careful, people.

Kalau tiada benda baik yang nak diutarakan, cukup diam saja.
Tidak perlu bercakap kalau bertujuan untuk sakitkan hati orang lain.

Before you speak, think first.
Allah bagi akal kan? Jadi, bersifatlah selayaknya.

Please, never ever make a joke of someone's body.
Mempermainkan saiz tubuh badan seseorang sama sekali tidak lucu.
Tidak pernah lucu.

Never.

Cirit Mulut

Assalamualaikum

Kenapa kita perlu fokus dan dengar hal negatif yang orang perkatakan terhadap kita?
Kalau tak betul, kenapa perlu sakitkan hati sendiri untuk ambil kisah?

Orang nak cakap apa pun pasal kita, biarlah.
Kita tak akan nampak buruk hanya kerana orang cakap buruk pasal kita.
Malah dia lagi akan lebih terlihat buruk kerana suka menjaja cerita.

Hidup atas dunia ni, kalau kita tak buat benda tak baik, kita tak perlu kisah orang nak cakap-cakap kita.
Biarlah mereka, let them be.

Dia rugi banyak.
Sedangkan kita--
Tak hilang apa-apa pun.

Butakan mata,
Pekakkan telinga,
Bisukan mulut,
Daripada orang-orang yang cuba menjatuhkan kita.

Sebab dalam dunia ni memang ada manusia yang terlahir dengan penyakit cirit mulut.
So, just ignore them.

Nanti dia penat, dia diamlah.

Be Kind

Assalamualaikum

Kita tidak pernah tahu apa yang telah diambil daripada seseorang untuk dia memperolehi apa pun yang dia miliki hari ini.

We never know.

Stop being judgemental
Stop with bad perceptions. 

Belajar untuk merasa gembira di atas kejayaan dan kebahagiaan orang lain.
Jangan ada dengki.
Kedengkian tidak membawa apa-apa kebaikan pada kita--
Melainkan perpecahan semata-mata. 

Biar lah--
Itu rezeki terbaik untuk dia, itu bahagian dia.

Kita pula mungkin nanti, atau sekejap lagi-- atau lama lagi--
Apa pun itu--
Berbuat baiklah pada orang lain.
Belajar untuk sabar dan menerima apa pun yang telah ditakdirkan untuk kita.

Jangan pernah adakan dengki.
Jangan rosakkan hati sendiri.
Kenapa perlu dengki kalau berkasih sayang lebih indah? 😇

Be kind, people.

Kita.

Assalamualaikum

Orang yang sama,
Kisah yang sama,
Tidak akan pernah ada pada waktu yang berbeza.

Pergilah.

Usah kembali.
Matikan aku di ingatanmu.
Buang jauh masa lalu yang tidak akan pernah bisa wujud lagi.

Kerana kau dan aku, tak akan pernah ada "kita".



Arifah Rahim,
23:12 Malaysia.

Orang Tua

Assalamualaikum

Sesusah apa sebenarnya kita jika dibandingkan dengan pengorbanan orang tua kita yang membanting tulang demi kesenangan hidup kita?

Tumbuk dada, tanya iman.

Belajar bersyukur di atas setiap hal yang kita miliki.
Syukuri apa yang telah diberikan dan diusahakan oleh orang tua kita.

Bukan mudah untuk menafkahi keluarga.
Banyak hal yang dikorbankan semata-mata ingin melihat kita senang dan bahagia.

Sayangi mereka.

Tidak ada orang yang mampu mengorbankan kesenangan diri dan menghadapi seribu kepayahan semata-mata ingin memberi keselesaan pada orang lain.

Tidak ada—
Melainkan orang tua kita.
Hanya mereka.

Tidak kira sejahat apa pun orang tua kita,
Pencuri, penagih dadah, atau apa saja.
Hormati mereka.
Sejahat-jahat mereka pasti ada sekelumit rasa ingin berubah ke arah yang lebih baik.

Mereka juga tidak minta dijadikan begitu.
Boleh jadi terlalu banyak hal yang menekan diri sampaikan mereka berperilaku buruk.
Kita tidak pernah tahu.

Kalian berhak merasa malu tapi sama sekali tidak punya hak untuk menderhakai mereka,

Tanpa mereka--
Kita bukan siapa-siapa.

Hargai mereka.
Sebelum terlambat.



 Syurga ku 💖

Pasti.

Assalamualaikum

Kita semua sama.

Yang membezakan kita sesama manusia adalah usaha.
Manakala--
Yang membezakan kita di sisi tuhan adalah iman.

Bukan kekayaan.
Bukan kecantikan.
Bukan populariti.


Tetapi usaha dan iman.

Allah janji, sesiapa yang berusaha dia akan berjaya.
Apa lagi yang lebih pasti melainkan janji Allah?

Tidak ada.

Maka, berusahalah memperbaiki kehidupan.
Tidak ada yang sia-sia dalam usaha

Jadilah orang yang beriman.

Orang yang sentiasa tunduk hatinya.
Orang yang bahagia dengan sebuah kepatuhan.
Orang yang selalu bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Orang yang selamanya percaya bahawa disetiap ujian dan takdir tuhan pasti punya beribu kebaikan.

Kurangkan mengeluh, perbanyakkan usaha dan doa.

Syurga itu bukan percuma.
Ada yang menggadai nyawa di jalan Nya demi menjamin syurga.
Ada yang melepaskan keindahan dunia semata-mata ingin syurga.
Dan--
Ada pula yang mendapatkan nya dengan sabar dan ikhlas diatas berjuta ujian yang menekannya.

Tidak ada yang mudah.
Tetapi masih bisa dilalui.
Pasti.




Jangan Pernah


Assalamualaikum
 
Dalam hidup ni, ada orang yang diuji dengan ketiadaan makanan, tempat tinggal, fasiliti yang sempurna, malah mungkin ketiadaan pakaian.
Tapi masih punya sabar, rasa syukur dan tidak lupa tuhan.

Bagaimana dengan kita?

Sekiranya kita masih menafikan rezeki yang diberi hari ini mungkin kerana jumlahnya sedikit di mata kita--

Maka, lihatlah manusia yang lebih susah daripada kita.

Sekiranya kita merasakan kita punya rumah yang paling sempit sekali--

Maka, lihatlah saudara kita yang sama sekali tidak punya perlindungan.

Sekiranya kita malu untuk memakai pakaian yang bagus berulang kali--

Maka, lihatlah manusia yang tidak punya pakaian indah bahkan robek dan compang-camping.

Sehebat apa pun ujian yang menekan kita, jangan pernah lupa tuhan.

Bersyukurlah!
Kerana ujian adalah tanda tuhan masih mengingati dan mempedulikan kita.
Dan takutlah kita sekiranya diberi nikmat yang banyak tetapi semakin jauh daripada tuhan.

Syukuri apa yang telah Allah berikan.
Baik dan buruk pasti ada hikmahnya.

"Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Tumbuk dada, tanya iman.

Susah mana pun kita,
Sebanyak apa pun harta kita,
Sehebat apa pun ujian yang kita lalui,
Jangan pernah lupa pada tuhan.

Kerana kehidupan di atas dunia ini tanpa mengingati tuhan adalah umpama bangkai bernyawa.

Sia-sia.



Arifah Rahim,
16:40 Malaysia.

Untuk Hati

Assalamualaikum

Ada yang cakap, sia-sia ja belajar tinggi-tinggi tapi menganggur juga akhirnya.
Tidak ada yang sia-sia dalam menuntut ilmu.
Please take note, kerja dan ilmu itu dua benda yang berbeza.
Tidak sama.

Setiap orang melalui ujian yang berbeza-beza.
Walau adakalanya terlihat sama, tapi sebenarnya tidak.
Umpama punya saiz kasut yang sama tetapi bentuk kaki dan keselesaan yang berbeza.
Begitulah ujian.

Ada yang diuji dengan tidak berpeluang menuntut ilmu.
Ada pula berjaya dalam pelajaran tapi agak lambat dalam rezeki bekerja.
Ada juga yang gaji besar tapi sentiasa merasa tidak cukup.
Dan ada juga yang gaji kecil tetapi bahagia.
Malah ada pula yang tidak bekerja tapi hatinya tenang kerana berpeluang menjaga orang tua.

Apa pun itu, tidak ada yang sia-sia. Pasti ada kebaikannya.
Ujian itu sendiri adalah rezeki yang kadangkala kita nafikan haknya.

Apa pun yang kita hadapi, syukur apa ada nya.
Baik ataupun buruk, pasti ada hikmah yang Allah nak tunjuk dan diambil pengajaran.
Setiap kesulitan pasti ada kemudahan.
Allah sebut dua kali dalam Al-Quran.

Remember?

Janji Allah tidak pernah dusta. Semuanya benar, datang tepat pada waktunya, malah tidak pernah silap.
Syukur apa adanya.
Sabar, nanti-nanti Dia tambah lagi.

Apa pun yang kau perjuangkan hari ini dan masih gagal, teruskan saja.
Tidak ada salahnya dalam memperjuangkan hal yang baik.
Mungkin manusia memandang mu sinis.
Tetapi Allah memandang mu penuh kasih.

Abaikan negativiti.
Orang nak judge, orang nak mengata, let them be.
Kita tidak hidup atas puji-pujian orang dan kita tidak mati dek caci-makian orang.
Teruskan walau perlu merangkak sekalipun.

Allah is near.
Remember? 😊

Have faith 🌹

Hanya Kamu

Assalamualaikum

Walaupun orang perlekehkan usaha mu,
Walaupun orang pandang rendah dengan kemampuan mu.

Tetaplah berusaha dan berdiam diri.
Tak perlu ditelaga orang begitu.
Abaikan saja.

Nanti-nanti kapan dia lelah, dia akan berhenti.

Tak perlu dengar cakap orang yang cuba menjatuhkan kita.

Butakan mata, pekakkan telinga.
Lakukan yang baik-baik saja.
 
Kita tidak hidup untuk memuaskan hati semua orang.
Kita tidak hidup untuk ekspektasi orang lain.
Itu diluar kekuasaan mu.

Teruskan apa yang sedang kau lakukan.
Kehidupan ini kau yang jalani.

Maka--
Hiduplah untuk diri mu.
Bukan orang lain.

Hanya kamu.


Arifah Rahim,
23:39 Malaysia.


Realiti Kehidupan

Assalamualaikum


Dalam kehidupan ni memang tak selalunya indah.

Ada masanya kita gagal.
Ada pula masanya kita berjaya.

Tidak selamanya kita berada di atas.
Tidak selamanya juga kita kekal dibawah.
Kedua-dua nya adalah ujian buat kita.

Why?

Supaya kita lebih mengerti dan menghargai kehidupan.
Supaya bila berada di bawah, kita sentiasa ingin memperbaiki diri kita.
Supaya bila berada di atas, kita sentiasa tahu untuk bersyukur dan menghargai.

Jangan takut pada ujian.
Kerana tidak ada satu pun ujian yang sia-sia, sama ada yang baik mahupun buruk.

Ujian adalah resmi kehidupan.

Terus kuat dan tabah.
Bertahanlah.
Kerana semua ini akan berakhir sesuai kehendak Nya.

Memang ada kalanya ujian ini terlalu menekan kita sampai kita tetap harus percaya pada percaturan Dia, walaupun kita tidak mengerti sama sekali.

Tidak mengapa, Allah tidak kejam.
Dia sebaik-baik perancang.
Akur saja.

Bangkit dan teruskan kehidupan!
Allah selalu ada, malah dekat sekali.
Jangan pernah lupa tentang keberadaan tuhan.

Teruslah hidup!
Jangan mati sebelum waktunya.


Arifah Rahim,
23:21 Malaysia.

Kuasa Doa

Assalamualaikum

Doa senjata orang mukmin.
Pernah dengar?
Selalu kita diingatkan tentang ini.

Supaya apa peringatan ini?

Supaya kita selalu bergantung penuh pada Allah.
Supaya tiada permohonan lain melainkan kepada Dia semata-mata.
Supaya bila kita susah mahupun senang, kita tahu untuk berbalik kepada siapa.
Supaya kita tahu bahawa hidup kita ini tiada apa-apa nya tanpa doa kepada pencipta.

Apa pun kondisi yang menekan kita, jangan lupa untuk doa.
Kuasa doa ni hebat.
Apatah lagi yang berulang kali dengan ikhlas secara berterusan.
Pasti Dia dengar.

Allah tak kan pernah membiarkan tangan yang diangkat untuk berdoa itu kembali dengan tangan yang kosong.

Believe in Him.
Keep on making du'a.
Never underestimate the power of du'a.
And your Lord says:

"Call upon me; I will respond to you" (Quran 40:60)

Remember? 💟

Jangan malas untuk berdoa.
Allah suka kita minta-minta pada Dia.
Jangan lepaskan peluang.

Apa yang kita minta tak semua nya baik untuk kita, sebab tu adakalanya kita rasa Allah tak dengar doa kita. Walhal Allah lebih tahu. Berdoalah selagi mana kita masih diberi hidayah untuk berdoa.

Dan...

Kenapa kita perlu sebarkan untuk memohon doa daripada orang lain?

"Kerana kita tak akan pernah tahu siapa diantara kita yang mustajab doanya. Yang doanya sampai terus pada pencipta, yang on the spot ditunaikan. We never know. Jadi, minta lah doa daripada orang sekeliling kita. Please remember, hebatnya kita pada hari ini boleh jadi adalah disebabkan oleh doa daripada orang sekeliling kita especially orang tua kita. Moga kita selalu ikhlas mendoakan antara satu sama lain. In shaa Allah."
(Arifah Rahim, 2018)


Semoga Allah sentiasa memberi kita hidayah untuk terus berdoa. In shaa Allah, amin..

Takdir

Assalamualaikum

Kalau sudah memang sesuatu diciptakan untuk kita--
Cepat atau lambat ia tetap akan datang kepada kita.

Sebanyak apa pun halangan,
Sehebat mana pun tentangan--
Ia tetap akan jadi milik kita.

Allah tidak pernah silap dalam percaturan.

Apa yang ditakdirkan untuk kita, itulah yang terbaik.
Walau adakalanya di mata kita seperti tidak serasi.

Terkadang redha itu memang payah walau sudah dibatasi dengan sabar.
Hanya Allah yang tahu.

Bertahanlah.


 
Arifah Rahim,
16:25 Malaysia.

Terima Kasih

Assalamualaikum

Sakitkan bila rasa kehilangan mula bertapak di hati?
Lagi seksa apabila semuanya sudah terlalu lewat untuk disesali.

Tiada siapa yang akan mampu bertahan hanya untuk memperjuangkan apa yang dirasa.
Kalau pun ada, maka itu bukan aku. 

Mana mungkin bisa terbang tinggi dengan hanya sebelah sayap.

Tiada apa yang perlu dinantikan lagi.
Memilih untuk pergi bukan kerana menyerah.

Tapi--
Kerana sudah terlalu lama bertahan dalam perjuangan yang tak selayaknya.


Usah ditanya lagi.
Kerana tiada apa yang akan berubah
Walau seinci pun.

Hormati setiapnya sepertimana aku tidak pernah mempersoalkan apa pun keputusan yang diperbuat ke atas aku.

Terima kasih.



Arifah Rahim,
17:30 Malaysia.

Tentang ujian, malu dan sabar

Assalamualaikum

Last night aku nonton video di youtube ceramah tentang Nabi Ayub yang disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah. He is my favourite penceramah. Penyampaiannya penuh hikmah, ilmu dan santai.

Ujian Nabi Ayub ni sangatlah hebat.

Hilang harta kekayaan.
Kematian 12 orang anak secara serentak.
Didatangi penyakit kusta.

Dalam masa tiga hari semua benda ni berlaku.
Sekelip mata saja.
Nampak macam mustahil kan?
Oh well, tiada yang mustahil bagi Allah.

Kun faya kun. Remember?

Hebat teruji tapi dia masih beriman, sabar, malah malu untuk meminta dari Allah supaya dihapuskan ujiannya.

Kerana apa?
Kerana sebelum dia diuji dengan semua ni, 20 tahun Allah beri dia semua nikmat yang tak terhingga.

Sebelum umur 51 tahun, dia punya semua nya.
Pada umur 51 tahun, dia diuji dengan tiga benda yang aku sebutkan tadi.
Menjelang umur 70 tahun, Allah kembalikan semua nya.

Harta kekayaan yang berlipat kali ganda.
Anak nya digandakan menjadi 24 orang.
Penyakit kusta yang selama 20 tahun dihidapi, sembuh.

Hebat sekali kuasa Allah.
Tidak ada yang mustahil bagi Dia.

Menonton ceramah ni buat aku rasa malu pada Allah.
Serasa ditampar hebat.

Terlalu banyak benda yang aku lupa untuk syukuri.

Nikmat Islam dan iman.
Nikmat tubuh badan yang sihat.
Nikmat hidup tidak melarat.
Nikmat makan dan minum yang sentiasa cukup.
Nikmat punya orang tua.

Terlalu banyak yang Kau beri ya Allah.

Moga aku sentiasa ingat dan syukuri pemberianMu walaupun hebat diuji.
Jadikan aku ikhlas.

Tak minta banyak,
Cukup aku tak lupa keberadaan Mu.
Yang begitu dekat sekali.

Moga Kau redha.
Selalu.



Monolog Dia

Assalamualaikum

Yang dulu itu telah lama hilang.
Pergi jauh menerobos ke ruang yang asing dan sunyi.

Sepi.

Namun langkah ini enggan berhenti.
Laju sekali menapak pergi.

Menoleh sesekali juga tidak.
Ah, sudah terlalu tawar hati barangkali.

Kosong.

Kerana sudah terlalu lama bertahan.
Sudah masanya memencilkan diri.

Lari dari semua kebiasaan.
Sampaikan tak ada satu pun yang bisa menjumpai.

Itu sudah cukup.
Jangan dipersoalkan lagi.

Semuanya telah berakhir.



Arifah Rahim,
11:43 Malaysia