Positive Feedback About Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum

Harini Ripa nak share pasal positive feedback daripada pelanggan Ripa yang menggunakan SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS sebagai alternatif untuk hilangkan jerawat dan bekas-bekas jerawat.

Customer Ripa ni consume Vitamin C selama 2 minggu saja, alhamdulillah dah dapat positive result! 😍😍😍

Meh tengok gambar yang dia share kat Ripa 😊


Kiri adalah sebelum, kanan selepas consume Vitamin C. Jelas kelihatan jerawat dan bekas-bekas jerawat makin pudar! Ni baru 2 minggu tau, kalau 2 tahun dah boleh beat Neelofa kot. Ahaks! 🙈



The other side, before and after. Korang boleh zoom tengok perubahan dia 😍



Ni komen customer Ripa selepas consume Vitamin C Shaklee. Jerawat bernanah dah tak berani naik kat muka! I'm so happy to know this 😍



 Period pun dah tak perlu risau. Ma shaa Allah best nya! Thank you for your sharing and recommendation dear 😊 


Selama ni Ripa baca feedback daripada orang lain ja, tapi bila customer sendiri yang bagi positive feedback macam ni, ma shaa Allah seronok nya rasa hati! Tak sabar nak tengok feedback dari diri sendiri pulak! 🙈

Pada sesiapa yang ada masalah jerawat, parut, sunburn, whiteheads and blackheads, Ripa suggest korang try ikhtiar dengan Vitamin C Shaklee ni 😘 Harga pun murah dan mampu milik!

Ripa tak kata produk Shaklee ni fully effective. No. Tapi, korang boleh cuba ikhtiar dengan supplement Shaklee to improve your health and beauty. Manatau serasi dan berkesan dengan kalian pulak 😊

Pada sesesiapa yang berminat nak beli supplement Shaklee, boleh hubungi Ripa melalui aplikasi Whatsapp. Istimewa buat sesiapa yang purchase dengan Ripa, Ripa akan guide dan consult mengikut cara yang betul. Layanan first class! 😍


FAST ACTION, FAST RESULT!


ARIFAH RAHIM,
Your Most Wanted Shaklee Independent Distributor

Whatsapp: 013-8105702
Facebook: Nurul Arifah Abd Rahim


Prioritas


Assalamualaikum

Ada hal yang harus dilepaskan demi hal lain.

Karena tidak semua bisa digenggam bersamaan.

Kadang, disaat seperti ini kita diuji--
Tentang bagaimana menentukan prioritas
Tentang bagaimana mendahulukan hal yang lebih pantas.

Yang pasti, itu sama sekali bukan kamu.

(Boy Candra, 2014)


Kamu tidak menyadari bahawa langkah ini sudah lama mati dan kamu tiada apa-apa nya lagi.



Arifah Rahim, 
00:47 Malaysia.

Sihat & Cantik Bersama Shaklee

Assalamualaikum

Harini Ripa mau share tentang supplement Shaklee yang sesuai untuk masalah seperti berikut:
  • Jerawat (tak kira lah jerawat pasir, jerawat bernanah, jerawat batu sekalipun)
  • Jeragat
  • Kulit kusam
  • Kulit kering
  • Whitehead and blackhead
  • Parut (Bekas accident, chicken pox, operation)
Untuk masalah seperti yang Ripa nyatakan diatas, korang boleh cuba ikhtiar dengan supplement Shaklee seperti ESP, Vitamin C, Vitamin E, Vivix, Collagen Powder.



ESP Shaklee!
 
Energizing Soy Protein merupakan makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein yang mana dapat membantu mengurangkan kolestrol. ESP ni dapat membantu memberikan tenaga dan rasa kenyang lebih lama. Bonus dapat mengawal berat badan dan mencantikkan kulit!

Pengalaman ripa consume sendiri ESP ni memang sangat membantu untuk kulit yang bermasalah seperti muka berminyak, kulit kusam dan kering, berjerawat pasir, masalah whitehead dan blackhead. Alhamdulillah selepas consume ESP, kulit Ripa getting better sampai family and friends pun tegur =) Korang boleh baca pengalaman Ripa consume ESP disini.



SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
 
Merupakan produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. Vitamin C Shaklee juga berperanan untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan semua yang membentuk tubuh kita. Plus, ia nya juga menggalakkan pertumbuhan kolagen, mencerahkan kulit dan menagatasi masalah kulit kusam dan jerawat. Vitamin C shaklee adalah bagus untuk dijadikan rutin harian kerana 1 tablet vitamin C bersamaan dengan 7.5 biji buah oren!



VITA-E COMPLEX

Vitamin E Shaklee adalah sebagai sokongan antioksidan kepada badan disamping membantu mengekalkan sistem imun yang kuat. Ia nya juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah jerawat dan parut yang sukar hilang terutama jerawat yang meninggalkan kesan-kesan merah kat muka. 



COLLAGEN POWDER 

Kolagen shaklee merupakan ekstrak daripada sisik ikan merah. Ia nya berfungsi untuk merangsang kulit dari luaran dan dalaman supaya kelihatan muda, cantik dan berseri. Pengambilan kolagen akan menjadikan kulit lebih tegang, elastik, gebu, mengecilkan liang pori, kedutan dan garis halus, merangsang kulit yang lebih cerah dan licin, kuku yang sihat serta rambut yang lebat dan bersinar. Selamat digunakan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan kulit!



VIVIX

Vivix merupakan minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak polygonum cuspidatum, anggur muscadine, eldeberi eropah dan lobak ungu. Plus, merupakan supplement Shaklee yang paling efektif dan merangkumi semua aspek kesihatan. Vivix juga dapat membantu untuk mengatasi masalah kulit! Bonus dapat kurus dan awet muda. Ahaks! Selamat digunakan oleh golongan dewasa dan warga emas =)


Pada sesiapa yang memerlukan supplement Shaklee, boleh hubungi Ripa melalui Whatsapp. Khas untuk sesiapa yang purchase melalui Ripa, Ripa akan guide dan consult dengan cara yang betul. Ripa jual dengan harga yang murah dan mampu milik. Jom ikhtiar untuk sihat dan cantik dengan Shaklee! Prevent is better than cure =)


ARIFAH RAHIM,
Your Most Wanted Shaklee Independent Distributor

Whatsapp: 013-8105702

Pada Akhirnya

Assalamualaikum


Pada akhirnya, kamu hanya perlu mensyukuri apa pun yang kamu miliki hari ini.

Walaupun yang kau tunggu tak pernah datang,
Walaupun yang kau perjuangkan tak pernah sadar dengan apa yang kau lakukan,

Nikmati saja.

Kelak, dia yang kau cintai akan tahu,
Betapa kerasnya kau memperjuangkannya,
Betapa dalamnya rasa yang kau simpan kepadanya,

Dia hanya pura-pura tidak tahu, atau mungkin tidak mahu tahu sama sekali.
Tidak usah hiraukan, jika sampai hari ini kau masih memperjuangkannya, dan masih menunggunya, tidak masalah.
Tidak ada salahnya dalam memperjuangkan cinta yang kau rasa.

Namun, satu hal yang mungkin bisa kau renungkan,
Menunggu ada batasnya.

Dan, kau akan tahu kapan harus berhenti dan mulai berjalan lagi.

Meninggalkan tempat di mana kamu pernah berjuang sepenuh hati, tetapi tak dihargai.

(Boy Candra, 2014)


 Kalau saja, kegembiraan itu semudah petikan di jari, alangkah bahagia nya hidup.


Bicara Hari Graduasi

Assalamualaikum

Sebulan lebih berlalu, tetapi masih terasa seperti mimpi aku berjaya menamatkan ijazah ku. 4 tahun aku merantau di bumi Labuan untuk menamatkan matrikulasi sekaligus ijazah sarjana muda. Belum apa-apa aku sudah rindu zaman belajar ku. Kawan-kawan, para pensyarah, sukan, assignments, quizzes, kelas tutorial, lecture, ah sekelip mata saja berlalu. Kalau dulu tak menyabar nak habis belajar, sekarang rindu kemain lagi. Padan muka. Hahaha~

Aku mengambil jurusan akaun di matrikulasi Labuan pada tahun 2013/2014. Seterusnya pada tahun 2014-2017, aku sambung pengajian dalam bidang Kewangan Islam di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). 

20 November 2017 lalu aku telah bergraduasi di kampus induk iaitu UMS Kota Kinabalu. Rasa seronok sebab dapat jumpa semula dengan kawan-kawan dan para pensyarah. Wujud rasa sebak dan sedih jugak bila teringat entah bila lagi dapat kumpul ramai-ramai macam tu. Tu pun tak semua coursemate dapat datang. Mungkin akan jumpa lagi di majlis perkahwinan diorang lah kot (itu pun kalau dapat pergi), tak pun manatau nanti jumpa lagi tapi sebagai jodoh. Eh? Hahahaha~ Kk, I'm joking bah.

Pergi majlis konvokesyen haritu naik grab je weh! Cuaknya masa tu sebab semua grab reject, rasa macam nak nangis pun ada jugak. Penyakit gelabah ni memang suka bertandang dan tak reti nak pulang. Alhamdulillah, sempat jugak sampai Dewan Canselor tepat waktu walaupun kelam kabut bagai nak rak. Hahaha~ Alhamdulillah, everything went well!

So, jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambil masa pre-convo dan hari graduasi sebenar =)



She was a dreamer, but today, she proves that a dream can be an amazing reality =)


 
 Perjalanan ini tidak pernah mudah, tapi aku berjaya buat sampai habis!


 
 Macam mimpi dapat pakai dan jubah mortar board ini.


 Masa ni buat pre convo di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu. Habis je ambil gambar, hujan turun dengan lebat nya. Gigih weh!


 Right after the ceremony. Panas gila masa ni, tapi sebab nak dapat gambar yang cantik, tahan aje lahhh. Demi sekeping gambar. Ye lah, kenangan kot semua ni. Hehe~ Terima kasih yang bagi bunga dan hadiah. I love you gais!


 
 Nyawa ku, mak abah =) Kerana mereka, aku masih mampu bertahan walau terlalu banyak alasan untuk menyerah. Terima kasih mak abah untuk setiap pengorbanan yang hebat sehinggakan aku berjaya meraih semua ini =) 


 Ikut muka mak ke muka abah? Ke mix? Ahaks!


 My blood sister, my cousin, my best friend, my love! She came all the way from Sarawak! Thank you for coming and thank you for the gift too! I love you!


 My biggest supporting system in campus life. My partner for three years in UMSKAL. Ke hulu hilir memang selalunya dengan dia ni. Kalau tak jalan dengan dia, sibuk orang bertanya. Hahaha~ Thank you for everything pek, we did it! Aku sayang kau =)

 Introducing to you gais, my sarawakian girl, Jai!!! My sport partner, my twin tower, my secret keeper. Thank you for everything, baby =)


 Thank you for the memories, girls =)


After all the struggles, sacrifices, tears and hardship, finally I did it! I'm officially graduated in Bachelor of Islamic Finance With Honours. Such an amazing reality! Congratulations dear self! =)



Terima kasih Allah untuk peluang yang hebat ini.

Terima kasih mak abah untuk setiap doa, pengorbanan dan sokongan yang tak pernah putus.

Terima kasih dan beribu penghormatan buat cikgu-cikgu dan para pensyarah yang tak pernah lelah mencurah ilmu dan bakti buat ku dari zaman sekolah hingga ke universiti.

Terima kasih untuk adik-beradik yang sentiasa membuatkan aku push diri supaya mampu menjadi contoh yang baik, in shaa Allah.

Terima kasih untuk kawan-kawan yang sentiasa ada disaat jatuh bangun ku dan menerima diri ini seadanya. You know who you are =)

Terima kasih untuk Pusat Zakat Negeri Sabah yang menaja pengajian ku hingga ke akhirnya.

Akhir sekali, terima kasih untuk setiap ucapan dan doa yang baik-baik daripada kalian sewaktu hari graduasi ku sebulan yang lalu.

Moga Allah membalas kalian dengan beribu lagi kebaikan. Amin..

Alhamdulillah a'ala kulli haal =)


Jumpa lagi di entri seterusnya! =)






My Very First Business

Assalamualaikum

Hai gaisss! Mood rajin merasuk diri harini, so yah update entry baru lagi. Ahaks! 

Ripa nak share tentang bisnes Shaklee yang Ripa buat selama ni. Dah tiga bulan dah =) Ripa start buat bisnes ni pada 7 Oktober 2017. Tarikh keramat buat diri sendiri sebab masa ni lah Ripa cabar diri untuk buat sesuatu diluar kebiasaan yakni keluar dari zon selesa.

Kerana Ripa percaya dengan kata-kata ini, "great things never came from a comfort zone"!

Daripada duduk rumah tak buat apa, dok scroll sana sini tapi tak mendatangkan apa-apa faedah, baik Ripa buat sesuatu yang bermanfaat. So yah, Shaklee here I come! Hiks.

Ramai yang tanya Ripa, why Shaklee?
Kenapa nak buat bisnes Shaklee ni?
Apa yang seronok tentang Shaklee ni?
Boleh membantu ke?


 Jualan Shaklee Ripa bulan pertama. RM 2.2K plus is more than enough for a beginner like me. Tak sangka weh dapat jual banyak ni masa first month! Masih segar di minda ketaq tangan lutut pegang duit ribu-ribu. Hahaha~


Okay, jom teruskan membaca!

Sejujurnya Ripa dah lama nak berbisnes, tapi tak da modal nak start. Duit tak da, kerja tak da, apa pun tak da. Maklum lah, graduate pun belum masa tu. Tengah tunggu nak konvo dan panggilan kerja. So, masa tu Ripa memang tak da hala tuju, menghabiskan beras aje kat rumah. Hahaha~

Sampai lah satu haritu, Ripa ternampak kawan Ripa announce kat FB yang dia rank up supervisor Shaklee! Income 4 angka dengan title penganggur. Gila power! Impressive! Gila tak impress, bisnes Shaklee secara online saja dapat income ribu-ribu. I was like "Omg bestnyaaa dia!! How she did it?!". Ripa pun apa lagi, memang tak lepaskan peluang. Grab terus! Ripa fikir mungkin ini masa yang tepat untuk mulakan perniagaan kerana Ripa mulakan bisnes Shaklee dengan tak keluar modal langsung pun weh!

Ripa memang percaya sangat bahawa 9 daripada 10 sumber rezeki adalah datang daripada perniagaan =) Alhamdulillah memang berbaloi dan seronok buat bisnes Shaklee ni!

Banyak manfaat yang Ripa dapat daripada bisnes ni. Antara nya adalah:
  • Untung runcit
  • Bonus
  • Reward


 My very first reward daripada uplines. Mak bisnes dan moyang bisnes. Nak tau dak benda apa paling best dalam dunia ni? Benda percuma! Hahaha~


Yang paling best adalah Ripa bermula dengan ZERO MODAL! Tak keluar duit satu sen pun buat bisnes Shaklee ni. Seriously, I'm not lying! Sebab tu Ripa pilih Shaklee =) Lagi pun Shaklee merupakan antara perniagaan yang dipercayai. So yah, why not I try kan? Alhamdulillah, memang tak menyesal!

Dengan Shaklee Ripa mampu dapat dua kali income. Siapa nak bagi? Ripa mampu gain income walaupun tak keluar bekerja macam orang lain. Dapat lah merasa duit hasil titik peluh sendiri. Bisnes Shaklee ni senang aje weh, tak perlu leceh nak simpan stok, nak keluar berpeluh berpanas, tak perlu semua tu. Hanya online dan duduk rumah sahaja boleh jana pendapatan 3/4/5 angka berbekalkan zero modal. Hebat tak? Gila tak hebat. Ahaks!

Konsep nya senang aje, awak buat, awak dapat. Awak tak buat, awak rugi. That's it.

Income pertama Ripa buat bisnes Shaklee ni dapatlah belanja family makan dan beli barang-barang untuk konvo haritu. Alhamdulillah =) Bagi orang lain mungkin kecil nilainya, tapi pada Ripa sangat besar. Sebab bagi Ripa tiada apa yang lebih bermakna melainkan diri sendiri dah tak perlu ditanggung oleh mak abah =)


My big why! One fine day, I'll make them proud of me. In shaa Allah! I love them so much. Kerana mereka, saya masih bertahan walau terlalu banyak alasan untuk menyerah =) Permudahkan ya Rabb!


Ripa bersyukur sangat dapat kenal Shaklee pada usia muda. I'm looking forward to gain more in this business! In shaa Allah =) Bulan ketiga ni Ripa dah ada 4 orang anak bisnes dan sedang memperkukuh empayar tercinta yakni Brilliant Inspire Group. Semoga Allah mempermudahkan urusan Ripa dan anak-anak bisnes untuk berjaya dalam perniagaan Shaklee ni. Amin!


 My team! In shaa Allah akan membiak dan berkembang lagi =)


Pada kawan-kawan yang sedang menganggur ataupun yang sedang bekerja tetapi memerlukan side income untuk tujuan saving ataupun menyara keluarga, boleh buat bisnes Shaklee ni. Sangat-sangat sesuai! I'm pretty sure, you won't regret it!

Pada student yang bersungguh-sungguh nak jana pendapatan untuk menyara kehidupan di kampus, boleh hubungi Ripa. I'll show you how to do this business =)

Pada sesiapa yang nak cari side income dengan berbekalkan ZERO MODAL, boleh hubungi Ripa melalui aplikasi Whatsapp. Ripa akan bantu dan guide korang from zero to hero in shaa Allah =)


 Saya lah si penjual Shaklee itu! Ahaks!


ARIFAH RAHIM,
Founder Brilliant Inspire Group

Whatsapp: 013-8105702
 Facebook: Nurul Arifah Abd Rahim







Honest Review About ESP Shaklee

Assalamualaikum

Hai gaisss!! Ma shaa Allah its been a longgg time i haven't update my blog! Hahaha~ Almost 2 years! Omg lama gila menghilang! So yah, I'm back today. Ahaks!

Harini Ripa nak share tentang SHAKLEE! Setelah lama menghilang, Ripa kembali membawa title businesswoman. Gittew. Hiks!


 Ada rupa businesswoman berjaya dak? Ahaks!


Nak dijadikan cerita, haritu sementara nak tunggu graduate, Ripa menganggur tak buat apa kat rumah. Boleh bayang tak 3 bulan tak buat apa-apa? Duit pun takda, dok online scroll sana sini habiskan bil air letrik saja. So, tengah-tengah dok scroll fb tu tetiba ternampak kawan buat bisnes SHAKLEE ni. 

Dia pung pang pung pang hebat sangat. Jadi Ripa pun fikir eh macam best aje bisnes SHAKLEE ni. Memang best wehhh bukan setakat macam aje. Memang betul-betul best! Korang tak join, korang rugi! Ahaks.

Apa yang best tu? Alaa, takyah lah nak gelojoh sangat. Tu Ripa share kat next entry k. Hahaha~ 

So, bila dah bisnes tu Ripa pun try lah consume ESP Shaklee. ESP stand for ENERGIZING SOY PROTEIN. ESP ni dalam bentuk powder yang berperisa soya, berat dia 850 gram. Besar weh tong ESP ni, boleh consume sampai 2-3 bulan dengan konsisten. Yang paling syok boleh bancuh ESP shaklee tu dengan pelbagai menu kegemaran seperti milo, madu, susu dutch lady, buah-buahan yang diblend, oat, and etc. Jadi, memang takda masalah kalau orang yang tak suka minum susu.

Ripa consume ESP ni dalam sebulan lebih dah. Alhamdulillah memang serasi dengan Ripa. Ramai yang tegur perubahan diri termasuklah mak, adik dan kawan-kawan. 

Apa yang Ripa perasan adalah:

1) Kulit lebih cerah, tak kusam dan tak kering
Alhamdulillah sepanjang sebulan lebih Ripa consume, kulit Ripa getting better. Kulit Ripa jenis kusam, kering dan gelap. Jerawar pasir ada jugak, whitehead and blackhead takyah cakap lah memang banyak. Tapi lepas Ripa ambil ESP tu, alhamdulillah skin Ripa semakin membaik. Lebih cerah, moist dan tak kusam. Paling best whitehead dan bekas jerawat HILANG!!! Tu baru sebulan wehhh, kalau setahun boleh jadi neelofa kot. Ahaks! =)

2) Melawaskan sistem pencernaan
ESP ni membantu jugak kalau korang ada masalah sembelit atau jarang membuang air besar. Pengalaman Ripa consume ESP, hari-hari akan buang air besar. Best bila dapat membuang hari-hari! Badan pun rasa ringan aje.

3) Bertenaga dan rasa klenyang lebih lama
Haaa ni pun kira the best part bila Ripa consume ESP. Badan sentiasa bertenaga dan rasa kenyang lebih lama even tak ambil lunch pun masih steady lagi. Yang nak kurus tu sesuai consume ESP ni. Highly recommended! Dapat jimat duit bila bekerja nanti, tak perlu bazir duit nak lunch. Shake aje ESP tu during breakfast. Setel!

4) Badan dah tak sakit walaupun penat
Ni lagi satu benda yang Ripa perasan bila ambil ESP sebagai breakfast. Selalunya bila Ripa banyak beraktiviti, bangun tidur aje badan mesti akan sakit-sakit. Lenguh macam tu. Tapi lepas ambil ESP badan dah tak macam tu. Syukur!

Haa tu lah antara perubahan-perubahan positif yang Ripa dapat hasil daripada consume ESP shaklee. Memang best weh! You guys should try this! Nak cantik, nak kurus haa boleh try ESP ni. Harga pun murah dan mampu milik!


   Kalau korang berminat untuk beli ESP atau supplement SHAKLEE yang lain, boleh hubungi Ripa melalui aplikasi Whatsapp. Khas untuk customer yang purchase melalui Ripa, Ripa akan guide dan consult dengan cara yang betul =)




ARIFAH RAHIM,
Your Most Wanted Shaklee Independent Distributor

Whatsapp: 013-8105702
Facebook: Nurul Arifah Abd Rahim