Hidup

Assalamualaikum

Dekat dalam dunia ni tak semua orang sukakan kita
Biar lah.
Lumrah dunia--
Dimana-mana juga begitu.

Kita hidup bukan untuk memikirkan tentang suka benci orang pada kita
Ada banyak lagi hal yg jauh lebih penting untuk diambil kisahkan
Sedang kita buat baik pun dicaci keji
Apatah lagi buat keji--
Memang makan maki sumpah lah kan.

Biarlah.

Kita hidup untuk tuhan kita--
Untuk melaksanakan suruhan tuhan
Kalau-kalau ada yg menentang mahupun yg tak suka--
Biarkan saja.

Persetankan apa orang nak kata
Kita ini hamba tuhan
Bukan hamba manusia.

Nanti juga mereka tahu--
Mereka akan mengerti
Bahawa hidup ini adalah dari Dia, untuk Dia dan kepada Dia.

Keterasingan

Assalamualaikum

Ada masanya aku merasa hidup di bumi yg asing
Dimana--
Apabila hendak bersolat pun aku merasa serba salah untuk meminta diri demi menunaikan kewajipan yg paling utama ini.

Pernah kah kalian merasa?

Bila berjalan dengan kawan-kawan dan apabila dah masuk waktu, member kau tu buat tak tahu aje. Sedang kau berputar ligat memikirkan alasan untuk meminta diri demi sebuah kewajipan. Sampai adakalanya kau merasa--
Salahkah perbuatan aku?
Janggal kah aku dimata mereka?
Terguris kah mereka dengan sikap ku?

Siapa yg harus merasa bersalah sebenarnya? Bukan mereka tidak tahu hukum. Tapi seolah-olah panggilan tuhan itu tiada apa-apa nya. Adakalanya aku gerun melihat sikap segelintir manusia yg seperti ini. Wallahi. Hal ini benar-benar menggerunkan jiwa lemah aku.

Dan yg paling sadis lagi, apabila kau perlu menipu demi menyahut seruan tuhan atas dasar ingin menjaga hati member kau. Ahh dizaman ini, islam begitu asing.

Dunia sudah terlalu tua dan uzur
Segalanya diambang kehancuran.

Islam begitu asing di mata dunia
Walhal agama ini terlalu suci
Andai saja islam sudah menjadi asing didalam diri umat islam itu sendiri--
Maka apa lagi yg kita punya?

Tiada apa-apa. Melainkan sebuah kebinasaan.

Allah...

Keinginan

Assalamualaikum

Tak semua hal yg kita nak kita bisa perolehi dalam sekelip mata
Dalam apa pun yg kita hasrat-kan, tunjangnya itu adalah sabar.

Kadang apa yg kita minta pada hari ini, tertunai pada 10 tahun akan datang
Kadang apa yg kita minta saat ini, diberi on the spot tanpa bertangguh lagi
Dan kadang pula apa yg paling kita tak nak tu lah yg kita dapat.

Kejam kah tuhan?
Tidak adil kah Dia dalam pemberian?
Bila kita dah tak mampu nak bersabar, maka persoalan-persoalan seperti ini akan muncul di minda.
Hati-hati.
Bersangka baik dengan Allah.

Kerana Dia tidak pernah mempertikai pun segala keburukan yg kita buat setelah bertaubat dan kemudian mengulangi lagi dosa itu dan kemudia bertaubat lagi dan begitulah seterusnya. Malah Dia selalu membuka pintu taubatNya kerana Dia tahu hambaNya ini lemah dan sentiasa jatuh pada lubang yg sama.

Lalu bagaimana pula dengan kita?
Adil kah kita dalam melaksanakan hidup sebagai seorang hamba?
Tertunai kah segala hal-hal wajib yg disuruh Dia?
Tumbuk dada, tanya iman.

Allah itu tahu apa yg kita inginkan melebihi tahu nya diri kita ini
Allah itu tahu saat yg tepat untuk Dia memberi kita apa yg diingini
Allah itu tahu bahkan jauh lebih mengerti segala keinginan hambaNya.

Takkan dengan tertundanya sedikit hal saja kita nak mempertikai dan bersangka buruk tentang segala takdir tuhan.
Istighfar.

Allah baru menunda sedikit saja kita dah melatah.
Yg kita ni, bukan setakat menunda bahkan tak dibuat pun apa yg disuruh Dia.
Nanti dekat depan tuhan, tak tahu nak tunjuk apa
Sebab dekat dunia yg disuruh semua diabai tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Allah.

Kita ini--
Keluh nya banyak, doa nya kurang
Minta nya banyak, sabar nya kurang
Dosa nya banyak, taubat nya tidak.

Allahurabbi...

Manusia-manusia dunia

Assalamualaikum

Tuhan itu adil.

Hari ni kita buat orang
Esok lusa Dia balas balik pada kita
Tidak pada kita--
Pada anak cucu kita nanti
Tidak di dunia--
Di akhirat sana nanti
Pasti.
 
Dengar sini, aku nak cakap.
Jangan pernah berfikir untuk menyusahkan orang lain kalau-kalau takut celaka.

Apa pun yg kau lakukan--
Kena hati-hati
Kerana tak semua orang me-redha-kan diatas apa yg diperbuat kepada mereka.

Hati-hati.
Jangan kerana ini, kau terlepas syurga.

Manusia-manusia ini bisa saling tuduh di hadapan tuhan nanti
Ya.
Dan semua itu hanya kerana untuk peroleh sebuah kebaikan--
Yg mana pada saat itu semua nya sudah tidak berguna lagi.


Semester break

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku dah selesai pengajian untuk semester 1. Sekarang ni aku tengah cuti sem dekat rumah. Syok nya duduk kat rumah ni tuhan aje yg tahu. Nak makan apa semua dapat. Sebut aje, mak pasti tunaikan. Dah jadi princess aku kat rumah ni rasanya. Hahaha~ Ehh tak jugak. Sebab aku lah tukang sapu, tukang cuci, tukang drive, tukang kemas, tukang jemur, tukang lipat dan bermacan-macam lagi jenis kerja pertukangan yg aku buat dekat rumah ni. Wait, apsal pertukangan pulak? Ahh lantak. Haha~

Aku bosan sebenarnya, konon-konon nak blogging balik. Tapi entah lah, bukan boleh percaya sangat pun aku ni. Hari ni semangat gila tahap gaban nak blogging, esok lusa dah luntur semangat umpama baju yg luntur bila dibubuh clorox. Eh apa kaitan? =,= Aku dah lama tak menulis, ni yg jadi macam ni. Banyak merapunye daripada serius. Lek aaa, tak payah lah nak emo sangat. Kita blogging kena enjoy tahu? Baru lah dapat menggegarkan arena blog negara. Hahaha~

Cuti ni aku tak buat apa-apa pun. Duduk rumah aje, jadi suri rumah berjaya. Ingat senang jadi suri rumah? Penat tahu. Aku kagum pada mak-mak yg bekerja dan masih bisa handle kerja-kerja rumah. Tabik spring sikit. Hebat mak-mak kita ni. Sila hargai mak masing-masing. Wanita memang terbukti hebat bukan? =)

21/2 ni aku dah kena balik labuan untuk sambung pengajian yg berbaki lagi 5 semester. Baru satu semester rupanya, ingatkan dah nak habis belajar. Sebab kerjanya banyak sangat dan susah sangat. But yeah, nama pun belajar kan, manada benda yg senang. Tak pa, 3 tahun aje pun ripa. Berkorban lah untuk masa depan awak di dunia dan akhirat. Nak berjaya kan? Kena kuat dan sabar =)

Aku dah tak tahu nak update apa. Bagi aku, cuti kali ni sangat menyeronokkan walaupun dapat kumpul dengan famili malam aje. Ye lah, kalau siang semua busy dengan kerja dan sekolah. Aku aje yg ada di rumah ni jadi pak guard. Syok lah sebab aku dapat berehat daripada buat tasks and assignments. Dapat bebas daripada stress dan dapat menunaikan hajat aku untuk makan masakan mak dan lain-lain makanan lagi yg super duper lazat.



And yeah, i'm glad to be home! =)

Remaja

Assalamualaikum

Dekat dalam dunia ni semua orang pun pernah melalui zaman remaja. Bagi aku, zaman remaja ni lah zaman yg paling menguji hati dan iman. Semua benda baru kita nak cuba, ditambah lagi dengan pengaruh kawan yg sangat hebat. Apa orang ajak, semua kita nak ikut. Apa yg orang suruh cuba, kita turuti. Maklumlah, darah muda pantang dicabar. Masing-masing pun nak tunjuk skill hebat. Kalau hebat dalam benda yg baik tak pa jugak. Patutlah bangga kembang semangkuk. Ni kalau yg hebat dalam benda-benda yg negatif, nak banggakan apa sebenarnya? Memalukan aje.

Kalau aku ingat-ingat balik masa aku sekolah menengah dulu, malu ya rabbi. Macam mana lah aku boleh jadi bodoh macam tu. Hahaha~ Paling agresif form 2 and 3 kot. Lagak macam samseng, tudung stokin semua singkat. Tak de lah singkat mana pun, cukup-cukup aje ikut ukuran yg digariskan oleh pihak sekolah. Cakap aje nama aku dekat bilik guru, semua cikgu kenal. Haha~ Aku dikenali bukan sebab masalah disiplin ye, tapi sebab kelantangan aku bersuara bila dalam kelas dan keramahan aku. Aku rapat dengan cikgu-cikgu sebab pegang jawatan dalam kelas. Itu aje.

Entah lah. Kekadang aku fikir hebatnya manusia yg berjaya melalui zaman remaja nya dengan kelakuan yg baik dan mulia. Biasanya remaja-remaja ni yg dibuat bercinta, merokok, ponteng, melawan cakap orang tua dan macam-macam lagi yg buruk. Tapi tak semua macam tu. Aku tegas sekali lagi, tak semua macam tu.

Kekadang aku pelik tengok budak-budak yg melawan cakap ibubapa dorang. Hey adik-adik, tu ibu bapa awak tau. Yg melahirkan dan membesarkan kalian. Yg menyekolahkan dan menafkahi kalian. Tahu ke berdosa besar bila derhaka pada ibu bapa? Derhaka pada ibu bapa langsung tak menunjukkan awak hebat. Fikir sebelum mengeluarkan kata. Hormati dan kasihi orang tua kita. Doa mereka itu tiada hijab, sampai terus pada pencipta. Allah mendengar mereka. Kena ingat, mereka tak selamanya ada dalam kehidupan kita. Suatu hari nanti, mereka akan pergi.

Aku pun punya zaman remaja yg tak begitu nak baik. Alhamdulillah, sekarang dah sedar. Belajar dari kesilapan lalu. Jadikan hal yg lalu sebagai suatu pengajaran terbesar dalam hidup.

Zaman jiwa kacau aku
Zaman memberontak aku
Zaman agresif aku
Semua dah berlalu.

Aku dah tak hidup dekat sana.
And yeah, i'm trying to be a better muslimah in shaa Allah =)

Sahabat

Assalamualaikum

Dalam banyak-banyak kawan mungkin hanya ada seorang dua sahabat kita.

Aku punya sebilangan.
Yg bisa aku berkongsi cerita--
Berkongsi tawa dan duka.
Saat aku merasa tak mampu untuk bangkit, mereka datang menghulur tangan. Sama-sama bangkit dari kejatuhan.

Sahabat itu--
Apabila dia tiada, kita merasa kewujudannya
Apabila dia ada, kita merasa kedamaian disisinya.

Tanpa khabar dia tahu
Tanpa melihat dia mengerti
Kerana hati bercantum satu
Apabila yg satunya sakit, maka yg satu juga turut merasa.

Sahabat itu umpama peri-peri kecil yg dikirim tuhan buat kita bagi menikmati manisnya ukhuwah di perjalanan menuju tuhan.

Cukup indah.