Assalamualaikum
Hi
everyone! Banyak sangat masa terluang ni, so dapatlah sedikit peluang
untuk berkongsi ilmu. Ahaks. Entry kali ni aku akan share tentang tips
dan itinerary untuk trip Gunung Kinabalu haritu. For those yang belum
baca tentang perjalanan ke Gunung Kinabalu, boleh klik SINI.
Sebenarnya
aku dah share di Facebook pasal benda ni tapi secara ringkas saja. So,
maybe dalam blog ni lebih detail. Mungkin perkongsian aku agak berbeza
daripada orang lain. Sebab lain orang, lain pengalaman kan. Hopefully
you guys will enjoy this reading!
Mini love all the way from Mount Kinabalu 💕
Perkongsian
ni adalah daripada seorang beginner hiker, bukan pro hiker ya. Selalu
hiking tapi this is my first time mendaki gunung. Ahaks. Let's get
started!
PERBELANJAAN MENDAKI
RM480 (SABAHAN) - Pakej mendaki.
Pakej
ni termasuk 1 malam penginapan di Kundasang sebelum hari mendaki. Harga
pakej untuk Semenanjung dan Sarawak adalah berbeza daripada Sabahan ya.
Aku tempah untuk mendaki ni since hujung tahun 2018 lagi. September
2019 baru dapat naik. Lagi awal tempah, lagi bagus.
Boleh klik SINI untuk membuat tempahan slot mendaki. Boleh cek dorang punya facebook juga. Just click D'MOUNT KINABALU. Aku guna service dorang untuk mendaki hari tu. Alhamdulillah tiada masalah 😊
Boleh klik SINI untuk membuat tempahan slot mendaki. Boleh cek dorang punya facebook juga. Just click D'MOUNT KINABALU. Aku guna service dorang untuk mendaki hari tu. Alhamdulillah tiada masalah 😊
RM40 - Return transport KK-Kundasang.
RM150 - Return flight TWU-KK with 15kg baggage.
Tiket ni pulak beli masa Air Asia tengah promo. Kena rajin dan alert ja supaya dapat tiket murah. Then dapatlah save budget!
RM300 - Keperluan & kelengkapan.
Yang
ni pulak adalah barangan yang akan digunakan semasa mendaki. Contohnya,
baju sejuk, snow cap, kasut, gloves, mask, body warmer, stokin,
ubat-ubatan, dll.
Total cost around RM970.
TIPS MENDAKI GUNUNG KINABALU FOR NEWBIE
1) Training
Benda ni paling asas dan penting
sekali. Untuk persediaan mendaki gunung ni, aku cuma buat jogging,
hiking, naik turun tangga dan squat. Aku jogging hari-hari, hiking
seminggu sekali. Aku buat latihan persediaan ni sebulan sebelum mendaki.
Boleh
dikatakan last minute juga, tapi jogging tu memang aktiviti harian ku.
Untuk mendaki gunung ni, aku lebih prefer hiking
untuk maintain and build stamina. Jangan malas! Kalau dah tahu diri tu
bukan jenis yang aktif, tolong buat persediaan lebih awal. Jangan buat
last minute. Bahaya untuk kesihatan badan.
2) Jangan bawa banyak barang
Tolong
bawak barang yang perlu sahaja. Kalau boleh, berat beg tu jangan lebih
5kg. Aku bawak 5kg pun lenguh gak bahu sebab pendakian jauh dan tinggi.
This is my bag. Masa kat Kinabalu Park tu, ada alat penimbang ni. So, you guys boleh ler timbang untuk tahu berapa berat beban yang korang akan bawa.
Apa yang perlu ada dalam beg?
Dalam
beg tu adalah keperluan yang akan diguna untuk pendakian ke puncak
nanti. Dalam beg aku cuma ada jaket tebal,
sweatshirt, inner, legging, snowcap, raincoat, headlamp, body warmer,
mask, socks,
toiletries, gloves, charger, beg kecil untuk dibawa ke puncak,
ubat-ubatan, coklat dan air (500ml) saja. Fuh, panjang gak list!
3) Attire
Pendakian
daripada Timpohon Gate ke Panalaban, guna sport attire biasa saja. Aku
pakai jersey, seluar hiking dan kasut hiking saja. Ikut keselesaan
masing-masing. Semua kelengkapan yang ada dalam beg, akan diguna semasa
pendakian
ke puncak.
4) Makanan & minuman
Untuk
makanan, aku cuma bawa coklat cadbury saja. Aku bawak 10 bungkus coklat
yang kecil-kecil tu. Bawa macam tu senang.
Habis makan boleh terus buang, tak leceh nak kena simpan-simpan. Kang
comot pulek. Terpulang pada kalian nak bawa banyak mana. Aku bawak 10
bungkus tu cukup ja sampai habis pendakian.
Minuman
pulak aku bawa air mineral yang 500ml tu. Then air tu aku bancuh dengan
ORS (Oral Rehydration Salt). Alaa, ORS ni larutan yang diminum kalau
orang cirit-birit tu. Tau dak? Kalau tak tahu lagi, sila google ye
anak-anak 😂 Bagi aku ORS ni sangat membantu. Memang tak cepat penat dan
sentiasa bertenaga! Boleh dapatkan ORS ni di farmasi atau klinik yang
berdekatan ya.
Cukup dak air 500ml tu sampai puncak?
Omg,
mestilah tidak! Worry not, Gunung Kinabalu got 7 shelter for you to
refill water. Boleh refill air di setiap shelter. Air paip yang direct
dari gunung, no filter. Bila lagi nak rasa minum air gunung. Tak gitu?
Hiks.
5) Ubat-ubatan & supplement
Benda
ni paling penting ya especially untuk yang ada sakit ataupun injury.
Dan, kalau boleh please refer your doctor sebelum decide untuk mendaki.
Aku bawak panadol actifast dan supplement Shaklee which is Ostematrix. Boleh dapatkan supplement shaklee di SINI.
Sebelum tidur aku makan semua tu, then bangun pagi untuk teruskan
pendakian ke puncak, memang tiada masalah. It's really works on my body,
alhamdulillah!
Ni supplement yang aku consume tu. The best supplement ever to reduce muscle and joint pain.
Boleh juga bawa minyak panas dan spray
for muscle pain. Spray tu aku bawak salonpas punya sebab aku ada past
ankle
injury. So, aku kerap berhenti masa mendaki hanya untuk spray kaki.
Surprisingly, no cramp at all throughout the journey. Cuma ankle
ngilu dan sakit sebab suhu sejuk dan terlalu lama berjalan.
Ni pulak spray yang aku guna sepanjang pendakian. Memang banyak membantu spray ni. Highly recommended!
6) Kecilkan langkah semasa mendaki
Masa mendaki, sila kecilkan langkah anda supaya tidak cepat penat. Gunung Kinabalu punya trails
sangat banyak tangga. Countless. Jalan berbatu-batu dan bertangga. Jumpa laluan bertangga, sila bertenang
dan lalu dikawasan batu-batu antara tangga tu. Steady and keep climbing!
Friendly trails of Mt. Kinabalu.
Kabus. Boleh tahan tebal jugak kabus di sini. Makin tinggi, makin tebal kabus. Makin tinggi, makin berat kaki nak melangkah. Makin tinggi, makin susah kawal pernafasan. Relax and keep climbing! Feel the pain and enjoy it! Ahaks.
7) Kawal pernafasan
Macam
mana nak kawal pernafasan? Rajin kan lah diri untuk jogging dan hiking.
Jangan malas please! Kalau dapat kawal pernafasan, then you'll be
alright. Sijil berwarna pasti dalam genggaman!
Malim
gunung ada share tips, he says, bernafas dan hembus nafas dari mulut
supaya tak cepat penat. Idk why, but it's really works! Still, breath
properly. Kang mental koyak dengar bunyi nafas bersepah 😂
8) Follow your own pace
Nothing
to be rushed. It's not a race. Take a deep breath and keep climbing!
Yang penting kena sampai sebelum cut off time. Enjoy every steps that
you take. Be excited and enjoy the pain. Ahaks!
Kalau
kamurang ada injury especially pada bahagian kaki, jangan terlalu push
untuk
mendaki laju. Steady saja, sebab the next day perlu mendaki ke puncak
lagi. Dan pendakian ke puncak jauh lebih hebat daripada Timpohon to
Panalaban. Tapi, jangan pula terlalu lambat. Sebab tu penting nya ada
training.
9) AMS (Altitude Mountain Sickness)
AMS
ni berlaku bila berada ditempat yang tinggi. Masa dah nak sampai
Panalaban, aku ada rasa pening, agak susah bernafas dan jantung berdegup
laju. Sebab masa tu suhu memang sejuk dan tempat tinggi, pastu berkabus
tebal pulak.
AMS ni boleh ditangani dengan makan ubat
yang mana ia nya boleh
didapatkan di farmasi. Aku tiada makan ubat ni. They said, ubat ni
sebenarnya perlu makan 2 hari sebelum mendaki. Baru dapat react dengan
badan. But then, ada ja member aku yang makan pada hari mendaki. Tiada
masalah.
10) Bawa tongkat
Tongkat
ni umpama kaki ketiga. Aku bawak
sendiri. Boleh sewa di Kinabalu Park juga. RM10 untuk satu tongkat. Tak
rugi pun bawak tongkat ni, sebab memang sangat membantu especially bila
dah turun nanti.
11) Jangan rehat terlalu lama
Ini
pun boleh diambil kira sebagai hal yang penting juga. Jangan rehat
terlalu lama. If possible, berhenti rehat hanya untuk makan dan minum
seadanya saja. Sebab bila dah rehat terlalu lama, badan akan sejuk
membuatkan kita malas untuk mendaki. Plus, nanti tak sampai on time. So,
berpada-pada lah ye.
12) Beri laluan pada porter
Porter
adalah malim gunung yang diupah untuk mengangkat barang-barang daripada
Timpohon ke Panalaban. Dorang angkat macam-macam seperti tong gas,
makanan, beg, tangki, dll. So, bila terserempak dengan dorang, please
bagi laluan sebab dorang angkat banyak gila barang.
Don't forget to greet them and smileee! Greet lah sesiapa pun, "hi, congrats", "Good luck!", "Thank you". So, you'll enjoy the journey and tak da lah fikir penat ja memanjang.
13) Ambil gambar & video
Gunung Kinabalu sangat cantik. Amazing ya Allah! Jadi, sila lah ambil gambar dan video banyak-banyak okayyy! Penat tu
sudah pasti jadi toksah fikir sangat. Posing and take picture! Ahaks. Enjoy your 'once in a lifetime' journey. Gittew.
Pokok-pokok di Gunung Kinabalu ni sangat cantik dan unik. Macam lukisan.
700M to Panalaban.
Uniqueness of Mt. Kinabalu ⛰
What an amazing view! 💕
Itu
saja tips yang dapat aku kongsikan. Semua tips ni adalah pengalaman aku
sendiri. Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang pendakian. Worry not,
trails kinabalu
selamat, cantik dan bersih. Tiada masalah kalau terpisah daripada ahli
kumpulan yang lain. Kumpulan aku pun ramai ja yang berpecah sebab ikut
pace masing-masing. Guider akan bersama pendaki terakhir dalam suatu
kumpulan.
Bagi aku, the best part masa turun dari Low's
Peak tu adalah menjadi pendaki yang terakhir. Puas nak ambil gambar.
Tiada yang enter frame. Gambar lawa sebab tiada orang plus guider tahu
spot yang cantik untuk ambil gambar. Hiks. Tolong jaga kebersihan semasa mendaki. Jangan buat
benda bukan-bukan dan dengar ja cakap guider kamurang masa dia briefing tu.
Tbh, Gunung Kinabalu okay saja. Cuma jaraknya jaaaauhhhhhh. Kalau
kamurang ada training then ia nya hanya seperti taman permainan buat
kalian 😂 Tips nya jangan fikir penat. Sebab penat tu sudah pasti. Sebaliknya, enjoy the journey.
All the best!
P/S: Pls pls pls do training. Jangan tiada training naik kinabalu.
Bahaya untuk kesihatan. Badan mungkin larat, tapi bila jantung bekerja
double triple laju dari biasanya, bahaya. Lagi parah bila jantung stop
bekerja, you die yah. So, buat latihan persediaan. Never underestimate Gunung Kinabalu! ⛰
Thank you for reading this entry! 💕