Assalamualaikum
Hi everyone! Entry kali ni aku mau share serba sedikit tentang pengalaman mendaki Gunung Kinabalu. Sebulan lebih dah trip ni tapi ziz baru ada masa dan mood nak menulis. Ahaks. Share di blog ni best supaya kenangan tak mudah luput dari ingatan. Gittew. Harapnya bermanfaat buat sesiapa saja yang ingin mendaki Gunung Kinabalu π
Mount Kinabalu, 22/09/19.
So, let's get started! Macam excited sikit sebab lama dah tak menulis. Hahaha~
19/09/2019
Dalam pukul 8.30 p.m macam tu fly ke Kota Kinabalu daripada Tawau. Then, bermalam di KK satu malam sebelum gerak ke Kundasang pada keesokan harinya.
20/09/2019
Gerak ke Kundasang dalam pukul 3 p.m macam tu dan sampai Kundasang around 4.30 p.m. Singgah di pekan Kundasang untuk makan dan solat. Lepastu gerak ke homestay yang berdekatan dengan Kinabalu Park. Tak jauh pun dari Kinabalu Park, I think 5 minutes dah boleh sampai.
Group aku stay di D'Villa Rina Ria Lodge. Kalau ada yang tanya, perlu kah bermalam di Kundasang? Sebaik-baiknya bermalam di Kundasang sebelum hari mendaki supaya badan boleh adapt dengan suhu sejuk. Di homestay ni ada 6 katil double decker dalam satu bilik.
They only provide breakfast for the next day and no dinner. But, trust me, tiada sudah kamurang fikir tu dinner. Yang kamu fikir, nervous sebab esok mau mendaki dahhh π Tidur awal, supaya cukup rehat sebab the next day you will enjoy the longgg journey. Ahaks!
21/09/2019 (Timpohon Gate to Panalaban)
Dalam pukul 6.30 a.m macam tu breakfast di homestay Kundasang before check out and gerak ke Kinabalu Park untuk memulakan pendakian. 7.30 a.m sampai di Kinabalu Park then tunggu agent urus pendaftaran disitu. Ada borang juga yang perlu diisi masa tu.
For those yang mau sewa tongkat, boleh berbuat demikian semasa di Kinabalu Park ni. Satu tongkat, RM10. Tongkat ni sangat membantu, umpama kaki ketiga. Disini juga boleh decide sama ada mau guna service porter ataupun tidak. Porter adalah orang yang diupah untuk mengangkat barang sampai ke Panalaban. Diorang caj, 1kg = RM13.
Kalau kamurang tanya, berbaloi dak guna service porter tu? Of course berbaloi! Diorang angkatkan semua barang. Kau lugai-lugai sana hiking saja tanpa beban. Tapi tu lah, asal mampu membayar π
Group aku adalah group terakhir yang gerak dari Kinabalu Park ke Timpohon Gate. Maksudnya, kami group terakhir yang memulakan pendakian. Perjalanan menuju ke Timpohon Gate mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan menggunakan van yang disediakan. Sampai ja di Timpohon Gate, our guider bagi briefing sikit tentang perjalanan mendaki haritu. Then, around 10.30 a.m macam tu kami memulakan pendakian.
My crazy and supportive group members. Bulih sudah ni sign up jadi malim gunung. Semua power, panjat gunung macam jalan kaki jerrr π
Muka cuak sebelum mula mendaki. Senyum jaaa sebelum tak mampu senyum. Hahaha~ Omg, i miss this trip very much!
Pendakian ke Panalaban ni mengambil masa lebih kurang 6 jam. Ini anggaran saja, ada juga yang cepat dan lambat sampai. Masa mendaki ni ikut pace masing-masing. Ada yang laju, ada yang biasa-biasa saja, ada juga yang lambat. Tak kira lah macam mana pun pace kamurang, yang penting kena sampai Panalaban sebelum gelap.
Sepanjang pendakian menuju ke Panalaban, terdapat 7 shelter atau dikenali juga sebagai pondok rehat. Di setiap pondok rehat ni terdapat tandas dan juga air paip untuk refill air kamurang. So, no worries okay. Air paip tu adalah air gunung. No filter tapi in shaa Allah bersih. Bila lagi nak rasa air gunung. Gittew~
If possible, stop hanya untuk makan dan minum seadanya saja. Jangan rehat terlalu lama sebab nanti jadi malas mendaki bila badan dah sejuk. Our guider says, suhu sejuk bermula bila dah sampai Panalaban. But believe me or not, aku dari bawah lagi dah sejuk gais π Mungkin sebab cuak dan cuaca agak berangin.
Masa aku sampai Panalaban, I was totally speechless. So beautiful and very impressive! Subhanallah, Allah is the best creator. I'm still amazed!
That's mine that's mine! Hiks.
Tawaurians π―
Bukan selalu bergambar di langit ni. Ahaks!
Aku sampai Panalaban 4.30 p.m. Sampai ja terus kawan-kawan riuh tepuk tangan. Hahaha~ Btw, restoran di Panalaban ni buka pukul 4.30 p.m. Once dah buka, para pendaki dah boleh makan malam. Then supper lagi nanti around 1 a.m before summit attack. Habis ja makan di restoran tu, aku simpan barang dibilik lepas tu turun ke luar restoran sebab nak enjoy sunset!!! Sunset paling tinggi di Malaysia kot. Mestilah excited. Ahaks!
Penat cemana pun, bila tengok camera harus senyum sampai telinga yah π
Makanan di restoran Panalaban ni serius sedap gilaaa weyyy. Lamb chop dia lagi Allahu sedappp!! Semua sedap tapi beringatlah waktu makan tu. Jangan main bantai semuanya pastu nanti overstuffed payah nak mendaki ke puncak.
This is our room. Ada 3 katil double decker. Semua penginapan di Panalaban ni double decker style. Glad that masa ni kami tak campur dengan orang lain.
Majestic sunset at 3272.7M.
Dah enjoy sunset, I think around 6 p.m macam tu kami balik semula ke bilik untuk mandi dan packing barang yang akan dibawa ke puncak nanti. Terpulang pada diri masing-masing sama ada nak mandi or not. Aku bantai mandi ja walaupun air sejuk bak ais. Tak tipu gais, sejuk gilaaaa. No heater ya. Mandi ler air ais, bukan selalu.
Habis dah mandi dan packing, cerita-cerita dengan member sekejap. Pastu terus tidur. Paksa mata untuk tidur walaupun susah nak tidur sebab sejuk gilaaa. Plus nervous bak hanggg. Sebelum tidur tu, aku makan panadol actifast dan supplement shaklee (ostematrix). Around 8 p.m macam tu aku dah tidur
Ubat-ubatan dan supplement memang sangat membantu ya. Thank GOD, throughout the journey no cramp at all. Badan pun tak sakit kecuali bahu sebab angkat beg dan kaki sebab ada past ankle injury. Tu je, selebihnya Alhamdulillah okay.
22/09/2019 (Panalaban to Low's Peak)
Hari yang ditunggu telah tiba!! Gittew~ Pukul 12 a.m macam tu kawan-kawan aku dah bising sebab ada tikus masuk bilik. Hahaha~ Pastu terus bangun dan bersiap untuk summit attack. Then, 1.30 a.m macam tu turun restoran untuk supper. Masa ni wajib makan ya kawan-kawan sebab perjalanan ke puncak jauh. Takda selera cemana pun, kena makan!
Get ready for summit attack!
Around 2.40 a.m macam tu our guider bagi taklimat tentang tentatif pagi tu. Selesai ja briefing, baca doa then bermula lah misi terakhir untuk tawan Kinabalu! Dalam pukul 3 a.m kami mula mendaki. Masa ni macam-macam perasaan, bercampur baur rasa di hati. Nervous, excited, takut, happy. All in one.
Sebelum sampai ke puncak, semua pendaki diarahkan untuk sampai ke check point terakhir iaitu Sayat-Sayat Check Point sebelum 5.30 a.m. Sekiranya sampai lewat, para pendaki akan diarahkan untuk patah balik semula ke Panalaban atas faktor keselamatan. Aku sampai check point ni pukul 4.30 a.m. Dan aku boleh cakap yang cabaran terhebat sebenarnya bermula selepas Sayat-Sayat ni.
Ini adalah view daripada Sayat-Sayat Check Point. Dah cakap tadi, memang curam π Kalau naik masa terang benderang camni, aku ingat nak berguling patah balik je. Hahaha~
Macam ni lah keadaan kat atas tu lepas Sayat-Sayat. Jauh lagi baru sampai Low's Peak. Relax and keep climbing!
Suhu sejuk mengganas lepas check point terakhir ni. Kaki tangan memang kebas tak rasa dah, menggigil gak badan. I hembus nafas dari mulut, keluar asap. Hahaha~ Baju 4 lapis, seluar 2 lapis, body warmer 4, stokin 2 layer, pakai mask, still sejuk menusuk ke tulang.
Lepas ja Sayat-Sayat tu, 1.5 km lagi baru sampai Low's Peak. Tbh, 100 meter pendakian di Gunung Kinabalu ni, aku rasa macam 1 km perjalanan π Masa ni lah aku rasa mental tercabar gilaaa, rasa macam dah jauh jalan ni kenapa tak sampai-sampai, rasa dah lama sangat mendaki ni, puncak nya tak muncul-muncul gak. Hahaha~ Penat lah, penat bebel dalam hati π But you know, Mt Kinabalu is totally worth it. Worth every pain.
Oh btw, semasa pendakian ke puncak tidak perlu bawa tongkat sebab kena mendaki sambil pegang tali. Perlu pegang tali untuk keselamatan. If not, kang ada yang jatuh tergelincir sebab curam dan batu-batu tu agak licin.
Ini adalah base Low's Peak. Kena mendaki
lagi 200 meter baru sampai di hujung tu. Yes, hujung tu lah Low's Peak
(4095.2 m) which is puncak tertinggi Gunung Kinabalu.
Finally!!! Tbh, rasa macam tak percaya sampai sini. Sebab masa mendaki
ke puncak, kaki memang sakit gila. I nangis okay masa sampai ni. When
you got injury then sampai gunung tertinggi di Malaysia, fuh that
feeling. Truly Sabahan already. Ahaks.
Sea of clouds.
Misi sebelum 25 tahun, tawan Gunung Kinabalu tercapai! Ni lah puncak yang dalam duit seringgit tu. This picture was taken by our guider. Cantik kan? Diorang pro kot ambil gambar. Sekali snap je, dah onz.
Breathtaking view ⛰
The hardest part of hiking is downhill. Sakit-sakit naik, sakit lagi turun. Macam mau terlepas skru-skru kaki especially lutut π
Fyi, kena sampai balik ke Panalaban before 10.30 a.m untuk check out. Kalau lambat, akan kena caj tambahan lagi. Tak ingat berapa, tapi ada denda. So, packing barang malam tu siap-siap. Then pesan kat kawan, siapa yang awal sampai nanti, bawak keluar semua bag. Then, bila dah turun kena sampai Timpohon Gate semula sebelum 4.30 p.m. Kalau lambat, ada denda juga. Kalau tak salah RM15 untuk sejam then darab dengan jumlah guider group kamurang.
Selamat sampai balik ke Kinabalu Park yeay! Turun ja dari gunung, berjalan pun tak betul, jalan miring macam ketam. Pastu direct drive balik KK. Hebat member π Congrats all! Power semuaaa walaupun barai. I had so much fun with you guys. Group members semua sporting and helpful. Thank you for this memories π
Proud moment! I'll be back, in shaa Allah.
Masa atas gunung, dok cakap "This is the first and last time aku naik. No more".
But now, tengah cari masa bila boleh naik lagi. Hahaha~
Okay guys, that's all for this entry. Hopefully bermanfaat untuk kalian yang sudi membaca sampai habis. Nanti aku share di lain entry pulak tentang tips mendaki Gunung Kinabalu dan itinerary. Stay tune for part 2! Ahaks.
Okay guys, that's all for this entry. Hopefully bermanfaat untuk kalian yang sudi membaca sampai habis. Nanti aku share di lain entry pulak tentang tips mendaki Gunung Kinabalu dan itinerary. Stay tune for part 2! Ahaks.
See you guys in next entry! π
Tahniah. Tercapai impian. Pak Cik sampai di ketinggian 3820 meter saja. Nak pergi lagi ni jika ada rezekiπ€£ππ
ReplyDelete