Assalamualaikum
Hai semua! How are you guys? How's life? Hehe~ Ohh sungguh lama gua tak update blog kan. Rindu aku tak? Rindu tak rindu tak? Alaa, aku faham korang rindu sangat kan. Aku faham (lagak dirindu). Haha~ Memang lama, last update tahun lepas. Tahun lepas? Wahh macam berkurun je bunyinya padahal baru beberapa hari yg lepas =p Actually dari hari tu lagi aku nak update tapi banyak sangat halangan, ni pun aku baru habis sakit. Perkara yg aku nak share hari ni pun sebenarnya cerita yg dah lepas. Haha~ Dah lapuk ke? Ahh apa aku peduli, nak update jugak! Tengok title pun dah boleh agak kan apa yg aku nak cerita. So, lets go bebeh!
Cerita ni berlaku pada 11 Januari hari tu, masa hari jumaat. Cerita bermula apabila cikgu yg ajar aku drive menghubungi aku pagi jumaat tu. Beliau just inform kat aku bahawa pada petang tu aku perlu ke IM sana untuk latihan memandu. Fyi, ini kali pertama aku memijak pedal minyak, memijak clutch dan memijak brek atau dalam erti kata lain memandu (Saje sebut satu-satu nak bagi ayat panjang. Haha~) Sebelum jam 1 p.m aku dah tercongok kat IM sana.
Masa dah terjumpa dgn cikgu, dia pun panggil aku masuk kereta. Masa dalam kereta, dia duk tempat pemandu and aku duk kat sebelah dia. Lega sikit masa tu, sebab aku ingat dia nak suh aku memandu terus rupanya tak. Dalam kereta tu dia suruh aku tandatangan macam-macam. Macam artis dah aku rasa. Hahaha~ Lepas tandatangan semua tu, cikgu aku terangkan pula benda yg perlu dibuat sebelum mulakan pemanduan. Then, dia pun mula gerakkan kereta tapi kat dalam IM tu jugak.
Sampai kat suatu tempat lapang, dia stop kan kereta. Then aku dan cikgu tukar tempat duduk. Pehh, masa ni aku rasa nak luruh jantung. Masa aku kat tempat pemandu tu enjin kereta tak hidup lagi. Cikgu aku just ajar cara nak tukar gear dan macam-macam lagi. Lepas aku dah boleh ingat semuanya, cikgu aku suruh hidupkan enjin sebab dia nak aku drive dekat kawasan lapang tu. Masa tu Allah ja tau apa perasaan ni bila mula menekan pedal minyak. Rasanya semua tak kena, oksigen macam tak sampai ke otak, fikir takut kereta masuk ke longkang lah takut terlanggar pokok lah. Semua difikir. Hahaha~
Tapi Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar. Masa aku drive kat dalam IM tu, macam-macam yg jadi. Enjin hampir 10 kali mati, kereta asyik-asyik mengaum macam harimau dah aku dengar, dgn brek mati nya lagi. Marah agaknya kereta tu aku asyik brek mati, tu lah pasal dia mengaum terus. Haha~ Gara-gara aku asyik brek mati cikgu aku sampai cakap cam ni "Nasib baik sy tiada sakit jantung oO nurul, kalau tak dah lama sy jalan". Hahaha~
Yg paling best masa hari pertama aku drive tu, aku dah berjaya membawa kereta keluar dari IM. Drive kat jalan raya weyyy!! Masa tu aku teriak kat dalam hati "gud job arifah! You're the best girl in the world!". Haha~ Apabila keghairahan melanda, begitulah jadinya. Satu benda yg aku perasan masa aku drive tu, banyaknya kereta beratur kat belakang kereta aku gara-gara aku drive dgn kelajuan 40km sejam. Laju kan? HAHAHA.
Okay guys, sampai sini je entry kali ni. Ada masa umur panjang aku update lagi. Doakan aku mohon dipermudahkan segala urusan. KBye. Assalamualaikum :)