Sunday, 17 November 2013

Tuhan

Assalamualaikum

Tuhan itu tahu
Kita pendosa
Kerana itu dibuka pintu taubat seluasnya buat kita.

Kau dan aku sama
Sama-sama manusia
Sama-sama hamba
Sama-sama pendosa.

Makanya--
Bila orang buat sedikit kesilapan jangan kau memandangnya seolah dia pasti ke neraka
Bila orang buat sedikit kebaikan jangan kau memandangnya seolah dia pasti ke syurga.

Jangan menghukum manusia sesuka hati
Jangan mengadili manusia seolah kau paling benar
Kerana kau bukan tuhan.

Jangan diambil tugas tuhan.

Pintu taubat itu sentiasa dibuka
Carilah tuhan walau merangkak-rangkak
Merayulah, merintihlah, menangislah--
Kalau itu boleh buat kau kembali ke jalanNYA.

Aku nak cakap sini--

Tuhan itu tak pernah mengecewakan
Tuhan itu tak pernah meninggalkan
Tuhan itu tak pernah tak setia
Pasti.

Cuma manusia yg selalu lupa
Bila susah kita cari Dia tapi bila senang kita lupakan Dia
Malu pada Allah.

Selagi masih dipinjamkan nyawa--
Rebutlah peluang
Dekatilah Dia
Nescaya kau tidak akan rugi.

Heyy dengar sini!

Butakan mata
Pekakkan telinga
Celikkan hati daripada orang yg cuba menjatuhkan kau
Kerana kau bukan hamba manusia.



Allah bersamamu :)







Thank you for reading !

Saturday, 16 November 2013

Tentang Cinta

Assalamualaikum

Fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai
Aku juga tidak terlepas dari fitrah yg satu ini
Sungguh.

Walaupun cara aku kasar seperti gengster
Jalan aku seperti tukang pukul
Ketawa aku umpama pontianak mengilai
Fitrah aku masih sama--
Masih berada di landasan yg betul.

Alhamdulillah.

Siapa yg tak suka berkasih sayang kan?
Allah pun suka kita berkasih sayang asal kena dengan caranya.

Pernah dulu aku mencintai
Tapi kecewa
Pernah sekali aku berkasih
Tapi terputus di tengah jalan.

Kerana apa?
Kerana dulu aku jahil tentang hukum agama
Kerana dulu yg ku cari hanya keseronokan semata.

Bila dah semakin dewasa
Kesedaran itu datang tanpa dipinta
Bila disingkap kisah lalu
Aku malu.

Untuk mendongak aku rasa malu
Tapi siapa lah kita tanpa masa lalu?
Masa lalu banyak mengajar aku tentang kehidupan.
Kau dan kau juga punya kisah silam

*pause*

Cinta itu tak semestinya memiliki
Cinta itu tak semestinya perlu ber-couple
Cinta itu tak semestinya perlu bergayut siang malam mengalahkan monyet.

Cinta itu adalah nafsu iaitu keinginan
Bila dipimpin ke jalan Allah maka baiklah hasilnya.
 
Kau cuma perlu duduk diam
Doa semoga berjodoh dengan si dia yg soleh
Tak perlu terhegeh ke sana ke mari mencari
Kerana jodoh itu pasti ada
Tidak di dunia ini, di akhirat sana nanti.

Senyum.

Utamakan yg utama
Kerana bila cinta Allah tersemat di hati
Tidak kau temui kekecewaan
Pasti.


"Bergembira lah wahai pencinta-pencinta. Tebarkan sayap mu, jelajahlah bumi pemilik cinta ini dengan kepastian yg utuh jodoh itu ada buat mu"


Thank you for reading !

Friday, 15 November 2013

Hati yang kosong

Assalamualaikum

Sedang aku membaca buku 'untuk kita pendosa harapan selalu ada' hasil karya Hilal Asyraf, tumpuan aku tertarik pada tajuk seperti titlte di atas iaitu hati yang kosong. Aku share kat sini, semoga ia nya bermanfaat untuk kita semua. Tak panjang pun jika dibanding dengan kecetekan akal kita tentang islam :)


......................................................................................................................................



Dalam hati kita, ada satu lompong. Kosong. Tidak terisi. Kita semua merasakan kekosongannya. Ruang itu sunyi. Kita takut dengan kesunyian yg ada dalam ruang itu.

Akhirnya, kita mula mencari sesuatu bagi mengisinya. Ada yg mencari harta, ada yg mencari pasangan, ada yg mencarinya dengan memanjat gunung dan menyelam ke dasar lautan. Ada yg berusaha mengisinya dengan menganiaya orang lain, dan ada juga yg mengisinya dengan cara menggembirakan orang lain.

Tetapi, semuanya ibarat berpusing dalam bulatan. Perasaan kosong itu tetap tidak terisi. Kita berasa takut dengan kekosongan itu.

Apakah kekosongan itu? Apakah yg patut diisi?

"Itu adalah ruang khas untuk Allah s.w.t. Kosong, kerana kita tidak mengisinya dengan perkara yg patut kita isikan padanyaa, iaitu kepatuhan dan ketaatan serta pergantungan kita kepada Allah"



p/s: Menarik bukan? Muhasabah diri. Di mata manusia kita disanjung tinggi bagaimana pula kedudukan kita disisi Allah? Tanya pada diri, apakah aku ini hamba Allah atau hamba manusia? Sama-sama lah kita perbaiki diri dan beringat lah Allah itu selalu ada walau sekeji apa pun kita. Wallahualam :)


KBye, Assalamualaikum



Thank you for reading !

Thursday, 14 November 2013

Perempuan

Assalamualaikum

Hadirnya seringkali menjadi tumpuan ramai
Lenggok bicara nya penuh susila
Terkadang manja terkadang tegas
Demi maruah yg dijunjung tinggi
Itulah dia perempuan sejati.

Kau kata perempuan ini lemah kerana--
Kuat nangis
Kuat emosi
Kuat bebel

Tapi dia menang satu.
Kasih sayang.

Cakap kat aku lelaki mana yg boleh tumbangkan pemberian kasih sayang daripada seorang wanita?
Cakap kat aku ibu mana yg tak buatkan anak susu bila menangis di tengah malam?
Cakap kat aku perempuan mana yg selalu gagal tunjukkan kasih sayangnya?
Cakap kat aku perempuan mana?

Tiada.

Sejahat mana pun perempuan itu, sifatnya tetap sama
Sekasar mana pun perempuan itu, fitrahnya masih sama
Setegas mana pun perempuan itu, pasti ada kasih sayang yg dia ingin tunjukkan.
 
Dia tegas, kasar bukan nak lari daripada fitrah--
Melainkan untuk dihormati dan disegani
Demi maruah yg dijunjung tinggi.

Kau kata perempuan ini lemah.

Tapi yg mampu menggoncang dunia itu juga perempuan
Tidak berkuasa tapi hebat
Dijadikan tauladan dan ikutan
Dialah srikandi agung Sumayyah r.a.

Itu contoh.

Cuma aku nak cakap disini
Perempuan ini punya penyakit--
Penyakit degil
Ya.

Degil untuk menyerah
Degil untuk mengalah.

 







 

 
 


 

Thank you for reading !

Jangan

Assalamualaikum

Jangan berduka
Jangan bersedih
Kerana setelah kesulitan itu ada kemudahan.

Jangan berduka
Jangan bersedih
Kerana pertolongan Allah itu selalu datang tepat waktunya.

Jangan berduka
Jangan bersedih
Kerana Allah itu tidak mensia-siakan hambanya yg berusaha.

Jangan berduka
Jangan bersedih
Kerana ujian Allah itu tanda sayang.

Jangan berduka
Jangan bersedih
Kerana janji Allah itu pasti.

Jangan berduka
Jangan bersedih
Kerana Allah itu selalu ada.

Nak tunggu apa lagi duhai manusia?

Allah itu tahu apa yg terbaik buat kita sedang kita tidak mengetahuinya. Jangan mengeluh kerana itu kesayangan syaitan. Jangan menyerah selagi belum sampai ke garisan penamat. Selagi hembusan nafas masih ada, selagi bumi masih berputar pada paksinya, selagi itu kau masih punya peluang.

Bangkitlah jiwa
Jangan rebah lagi
Kerana kau--
Masih punya Allah.

Thank you for reading !

Monday, 11 November 2013

Perempuan saya

Assalamualaikum

Perempuan kesayangan

Dia sahabat aku
Dia penawar aku
Dia racun aku
Dia lah Khairani Ezzani.

Perkenalan bermula di bangku sekolah rendah
Dia gemok, aku gendut
Sepadan.
Dia ikat dua, aku pakai tudung
Dia pendek, aku tinggi
Beza.

Dia baik tapi ganas
Lagaknya seperti gengster
Tahunya cuma menumbuk
Itulah penyakitnya yg dibawa ke aku.

*pause*

Difahaminya aku tika emosi menganjing gila
Difahaminya aku tika rajuk tak tentu hala
Dia cukup sabar melayan karenah aku
Dia faham jiwa aku
Dia selalu mengalah
Dia sayang aku walau tak tunjuk.

"Sahabat itu bukan untuk hari ini saja, bukan setakat 9 tahun ini saja. Tapi ia nya untuk selamanya. Tidak untuk di dunia ini saja tapi juga di akhirat sana"


Khairani Ezzani,

Thank you for being my best friend. Aku ni tak romantik, tak tahu nak luah rasa macam mana. Yg aku tau, aku sayang kau dunia akhirat walau aku ini selalu berkeras dan adakalanya buat kau serba salah. Hahaha~ Aku ini nakal, ketawa serupa pontianak mengilai dan macam-macam lagi kekurangan. Terima kasih kerana sudi menerima aku apa adanya. I love you! Lillahi taala =)


Gengster kampung,
Nurul Arifah Abd Rahim


KBye, Assalamualaikum



Thank you for reading !

Sunday, 10 November 2013

Cakap

Assalamualaikum

Aku ini manusia
Aku ini pendosa
Aku ini banyak cacat celanya
Aku ini tidak sempurna.

Dosa ku ini berlambak
Iman ku ini lemah
Hati ku ini bermasalah
Insaf ku kurang malah terkadang tiada.

Allah itu Maha Pemberi
Diberinya aku kesedaran
Diberinya aku kenikmatan
Diberinya aku ketenangan.

Aku terpanggil. Aku tersedar.

Rasa seperti jiwa ini terlahir semula
Rasa seperti diri ini dibelai dengan kasih sayang Nya.

Sungguh, Allah itu sayang akan hambanya
Sungguh, Allah itu pendengar yg setia
Sungguh, Allah itu pengampun
Sungguh, DIA lah segalanya.

Cumanya, kau sedar tak hakikat itu?

*pause*

Pandang diri
Hina. Keji. Kerdil.
Sedar akan itu tapi taubatnya tidak
Itulah manusia bermasalah hati, pendosa tanpa henti.


Na'uzubillah...


 
 "Bila dahi bertemu sejadah akan terasa kasihnya Allah" - Someone


Thank you for reading !

Monday, 4 November 2013

There's no place like home

Assalamualaikum

Tatkala ini aku berada dalam keadaan bosan. Mungkin bosan sebab tak tau nak buat apa. Boleh lah diklasifikasikan sebagai bosan. Kan? Tak reti nak bersyukur aku ni. Di kolej bosan, di rumah bosan. Rasa nak tampar muka sendiri biar sedar. Biar tahu bersyukur sikit dengan kelapangan yg ada. Haha~

Walaupun bosan, aku tetap suka di rumah ni sebab semua free. Makan free, tidur free (sebab suka-suka je nak bangun pukul berapa. Hahaha~), online free. Kau tengok, tu baru sikit aku list kan banyak lagi yg free kalau di rumah ni. Kalau di kolej tu, semua berbayar sebab tu aku diisytihar muflis bila berada di labuan. Haha~ Dah, aku dah mula merapu ni. Maklumlah, dah lama tak berceloteh di blog ni. Rinduuuuu =p

Bila berada di Tawau ni, pening nak fikir pasal duit jugak. Ye lah, sebab semua kawan lama nak dijumpa, nak dibawak berjalan-jalan. Kau ingat nak berjalan macam tu free ke? Bayar wehh, sedangkan kau nak masuk tandas awam tu bayar 30 sen. Ni lagi berjalan-jalan, berjimba, tengok wayang, makan-makan. Mesti lah pakai duit. Tak gitu kak senah? Eh senah mana pulak aku cakap ni. Hahaha~

Kekadang aku pening nak korek duit dimana lagi bila purse aku makin lama makin nipis. Nak mintak dengan bank bergerak aku, malu lah pulak. Ye lah, dah besar panjang macam ni masih lagi mintak duit. Malu lah weyy! Apa? Apa yg awak musykil sangat ni? Ohh, yg tuu. Bank bergerak tu adalah kekasih hati aku iaitu mama. Hahaha~ Kalau aku tak de duit then nak berjalan, mula lah aku tunjuk senyum yg paling manis sekali sambil bermanja-manja sebab nak mintak duit. Haha~ Tu kalau aku dah terdesak sangat nak berjalan. Kalau tak, tak lah. Alaaa, macam lah korang tak pernah buat macam tu. Kalau bab-bab macam tu kite anak-anak ni confirm paling pro. Tak gitu awak? =p

Dah dah dahhh. Aku rasa cukup lah sampai sini aku bercerita. Next time, aku update lagi kalau aku ada idea-idea. Aku pun tak faham dengan diri sendiri. Kata nak jadi penulis, tapi nak update blog pun berjuta kali berfikir cari idea. Mungkin begini lah jadinya bila orang account nak jadi penulis. Yg biasa dilihat nombor tapi kali ni perkataan. Sebab tu agak lambat sikit pick up nya. Tak pe, at least aku cubaaa ;)


Haaa amik engkau. Besar gedabak gambar aku. Haha~ Lama aku tak upload gambar, kali ni baru ada feel nak upload. Gambar masa hari raya aidilfitri, 2 bulan lepas. Kini, parut di wajah itu telah hilang dan pipi itu semakin mengembang. Alhamdulillah, makin sihat =p


Salam Maal Hijrah buat seluruh umat Islam. Walaupun kita tak kenal, kita terpisah benua, kita berlainan warna kulit dan saiz tetapi kita tetap saudara kerana akidah kita sama. Kita ucap kalimah yg sama dan menyembah tuhan yg satu iaitu Allah S.W.T. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan nikmatnya buat kita semua. Amin, inshaAllah :)



KBye, Assalamualaikum


Thank you for reading !

Saturday, 2 November 2013

Terima Kasih

Assalamualaikum

Manusia datang dan pergi
Yg tinggal hanya memori.

Sahabat,
Terima kasih kerana ada disaat susah dan senang aku
Terima kasih kerana sudi menemani disetiap sendu dan tawa aku
Terima kasih kerana sudi menggapai tangan ini dan mengajak ku untuk terus bangkit.

Buat manusia yg pernah aku sakiti hatinya
Buat manusia yg pernah aku terpukul, tertumbuk, tersepak dan ter-terajang tubuhnya
Buat manusia yg pernah aku tengking dan herdik tanpa usul periksa.

Aku minta maaf. Berjuta kali maaf. Aku manusia, aku insan lemah. Jiwa remaja ku hanya tahu memberontak bila emosi terganggu. Sekali lagi maaf.

Cuma nya aku nak cakap disini, bila hati dah selalu disakiti kau tak akan rasa apa dah walau berjuta kali ditusuk sembilu. Kalis.

Masalahnya, kau faham tak aku tengah bincang soal apa sekarang ni?

Thank you for reading !

Friday, 1 November 2013

Pernah tak kau fikir?

Assalamualaikum

Bila ada usaha, kau nak apa sekalipun Allah bagi
Cuma nya, jangan sombong untuk tadah tangan dan berdoa
Kita ni jadi manusia jarang bersyukur
Untung kalau jarang, kalau yg tak bersyukur langsung pula macam mana? Na'uzubillah.

Kau ngomel itu ini
Hidung tak mancung lah, mata sepet lah buntang lah
Parents tak dapat beri apa yg kau nak lah
Banyak, terlalu banyak kita keluh kesah kan
Terlalu banyak kita menyumpah seranah kepayahan hidup daripada berdoa dan berusaha

Bersyukurlah duhai manusia

Cuba kau pandang cermin
Kau lah sesempurna ciptaan Illahi
Kau pernah terbayang tak kalau nikmat hidung tu Allah tarik balik?
Kau pernah terbayang tak kalau nikmat mata tu Allah ambil?
Pernah tak?

Dan lagi.....

Sekurang-kurangnya hidup kau tak berbumbungkan angkasa kelabu
Sekurang-kurangnya hidup kau tak berpeleseran
Sekurang-kurangnya hidup kau tak kebulur macam orang di ethiopia sana
Dan sekurang-kurangnya hidup kau masih disamping keluarga.

Apa lagi kau nak? Bersyukur. Satu kata yg nampak enteng tapi sangat payah untuk dilakukan. Pandang ke bawah dan lihatlah betapa ramai manusia yg jauh lebih tak beruntung dari kau dan sesekali pandanglah ke atas agar kau punya semangat dan halatuju untuk terus hidup. Satu yg pasti, tuhan itu ada. Disaat susah, di saat senang DIA tetap utuh untuk mendengar rengek dan tangis kau. Jadi kenapa perlu berkelu kesah?

Fikir, sebab tu kau diberi akal.


KBye, Assalamualaikum
Thank you for reading !

Semester Satu is Over!

Assalamualaikum

"Dengan ini saya Nurul Arifah Abd Rahim mengisytiharkan bahawa pengajian semester satu di matrikulasi telah pun tamat. Kita berjumpa lagi di semester dua untuk 3 minggu akan datang" 

......................................................................................................................................


Yeahhh sem 1 dah tamat! Yeayyyyy! Haha~ Maaf, ke-excited-an ini tak dapat dikawal. Maafkan diri ini =p Aku lupa yg aku punya blog. Aku lupa minat aku yg satu ini. Aku lupa. Aku baru terkeluar dari pulau labuan. Baru punya masa untuk update blog. Baru punya masa untuk bercerita disini. Apa yg penting, baru punya wifi yg maha laju untuk online. Haha~

Alhamdulillah, aku telah selamat menghabiskan semester 1 di kolej matrikulasi labuan. Lagi satu semester, aku akan berambus dari kolej itu. Aku kini berada di rumah bersantai-santai-an sambil goyang kaki. Apa? Aku telah berpenat lelah dan berbanting tulang selama seminggu untuk mengulang kaji. Tidur ku hanya 2-3 jam. Yg selebihnya adalah menatap buku di meja belajar. Bukan mengeluh, cuma mengadu cerita disini. Lebih tepat berkongsi cerita :) Mengeluh dan mengadu cerita itu beza ya anak-anak. Haha~

Alaa, biasa lah life as a student. Kalau tak berjaga malam, kalau tak tidur 2-3 jam je bukan pelajar namanya. Sedangkan sekolah, kau dah biasa tidur lewat malah tak tidur langsung pun pernah. Kan? Inikan pula kalau kau studi di kolej atau universiti. Tidur jam 3-4 pagi tu perkara biasa. Dah menjadi rutin. Aku sendiri macam tu. Sejak masuk matrik ni, selagi tak jam 2 pagi mata ni tak reti nak tutup. Kedegilan apa entah yg ada pada mata aku ni. huh

Bukan juga studi sampai jam 3-4 pagi tu. Kadang ada yg nonton movie sampai pagi buta. Ada juga yg membahan bergelak ketawa sampai tengah malam buta (yg ni spesies aku) bercerita dgn kawan umpama itulah kali terakhir kau jumpa dgn dia padahal hari-hari menatap muka dia jugak. Hahaha~ Ada yg baca novel tak hengat dunia. Ada yg menghadap laptop online walaupun aku rasa kura-kura lebih laju berjalan dari line di kolej tu. Hahaha~ Macam-macam ragam manusia yg kau lihat bila dok asrama.

Aku semakin meningkat remaja. Satu persatu cabaran yg datang aku tempuh. Kadang jiwa ini memberontak, kadang diri ini ter-emosi tak tentu hala dan kadang juga ada dengusan kasar yg meniti dari bibir ini menandakan protes terhadap apa yg berlaku dlm kehidupan ini. Bak kata orang "Ahh biasa lah, jiwa remaja memang begitu". Ya memang, tapi bila berbalik pada hukum Allah, aku cuba. Aku cuba untuk bersabar, aku cuba untuk redha dan yg paling penting, aku cuba untuk tidak mempertikaikan apa yg telah ditakdirkan untuk ku. Kerana aku takut perjalanan aku mengutip pahala di bumi ini tak peroleh redha Illahi. Na'uzubillah..


 Bye kml! Lagi 3 minggu kita bersua kembali =p


KBye, Assalamualaikum


Thank you for reading !