Thursday, 23 October 2014

Monolog

Assalamualaikum

Makin jauh perjalanan, makin banyak ujian yg perlu ditempuh
Makin jauh perjalanan, makin banyak manusia yg ditemui dengan beribu macam ragam

Kadang aku berfikir, alangkah bagusnya jadi kanak-kanak sepanjang masa
Tiada masalah, tiada kepayahan, tiada duka, yg difikirkan cuma main dan gembira saja
Tapi kehidupan tidak seperti itu. Lumrahnya beda dengan pemikiran aku.

Berperingkat-peringkat, bila dah berjaya di fasa kanak-kanak maka dinaikkan pula ke peringkat remaja, seterusnya dewasa sampai lah kita mati. Begitu lumrah buat seorang manusia.

Kadang aku merasa takut untuk melalui apa yg ada di depan ku
Kadang aku merasa ingin menyerah di perjalanan ku.

Tapi selalu aku diingatkan dengan bermacam-macam hal yg bisa bikin aku terus melangkah dan teguh berdiri.

Dimana sahabat-sahabat aku tak pernah jemu mengisahkan tentang hikmah, tentang ujian, tentang keuatan. Ada masa aku menangis semahu nya kerana berlawan dengan perasaan sendiri. Selalu. Manusia sering melihat aku ini kuat dan mampu walhal aku lah manusia yg lemah lagi tiada daya.

Aku kuat kerana tuhan ku
Jika bukan kerana Dia--
Sudah lama jiwa dalam jasad ini mati.


Thank you for reading !

Next stage of my life

Assalamualaikum

Hai semua! Setelah sekian lama menghilang dan memencilkan diri dari dunia blog, kini aku kembali. Lately selalu busy, ni pun ada sikit masa sebab cuti midsem. Seminggu aje, ahad dah kena balik labuan dah. Lepas tu isnin direct exam. Malas ya Rabbi..

Tak de apa nak cerita, tak banyak idea. Aku tulis korang baca je lah ye. Hahaha~ Sekarang ni aku tengah melanjutkan pelajaran di ums. Ums labuan yakni kampus antarabangsa labuan. Orang selalu panggil umskal. Haa tu lah dia. Terpencil lah u aku ni. Biasa org cuma tau ums induk aje yakni yg dekat kk tu. Tak ramai yg tau ums ada di pulau ni dan di sandakan sana. Maklumlah terpencil. Hehe~

Sedang menyambung ijazah disana, in shaa Allah lepas 3 tahun dah boleh graduate. Aku ambil kos kewangan islam. Bukan pilihan pertama aku, tapi menepati sasaran jugak. Setelah ditimbang tara, ditolak tambah, in shaa Allah aku tetap perjuangkan islamic finance ni sampai ke peringkat yg lebih tinggi. In shaa Allah. Dalam perancangan, habis aje degree nanti terus nak sambung master. Since aku degree pun tak lama kan. Kalau ada rezeki kerja, kerja sambil belajar lah kot. Semangat nak belajar masih berkobar-kobar. Hehe~ Moga Allah permudahkan =)

Sebenarnya aku masih tak percaya yg aku dah diperingkat ijazah ni. Dulu masa sekolah rasa macam jauh sangat nak sampai ke stage ni, tapi bila dah sampai ke peringkat ni, tak habis-habis dgn tak percaya nya. Hahaha~ Dulu nak sangat kan cepat habis sekolah, habis matrik, laa ni bila dah habis dan sambung u, terasa rindu. Aku rasa zaman sekolah dan matrik tu lah yg terpaling best sekali. Aku ingat, bila dah dekat u ni seronok sebab tak payah ikut peraturan pakai uniform, tak payah kena denda berdiri luar kelas bila tak siap hw. Rupanya tak, langsung tak.

Atur jadual sendiri, buat assignment sendiri, kalau tak faham tak da nya diterangkan panjang lebar mcm dalam kelas, nak jumpa pensyarah perlu temu janji dan macam-macam lagi. Rasa macam terabai dan kurang kasih sayang sangat. Hahaha~ Best ke macam tu? Langsung tak. Tapi tu lah, benda-benda macam ni mematangkan kita dari segi pemikiran, perbuatan dll. Dalam hidup ni peringkat demi peringkat kita hadapi. Mengajar kita supaya bisa berdiri di atas kaki sendiri. Banyak hikmah nya. Cuma dari kita aje nak cari ke tak, nak peduli ke tak.



Tempat aku belajar tak de apa-apa yg menarik macam universiti-universiti lain. Cuma lokasi nya betul-betul depan pantai. Jadi lah aku manusia pecinta sunset dan sunrise. Hari-hari tengok tapi bila turun pantai, eksaited tak habis-habis. Hahaha~




Dan akhirnya, aku masih gagal mencari dimana senangnya belajar di universiti ini seperti yg dihebohkan oleh cikgu-cikgu aku di sekolah menengah dulu. Aku masih gagal. Hahaha~ Ada masa in shaa Allah aku update lagi.



KBye, Assalamualaikum


Thank you for reading !

Wednesday, 18 June 2014

Throwback

Assalamualaikum

Haii semua! Seperti biasa aku tak bisa tidur awal. Kalau dah cuti macam ni memang jadi burung hantu lah. Kekadang pagi baru dapat melelapkan mata. Sementara menunggu cupcake i masak, i nak update lah kejap. Hahaha~

Ni aku nak cakap aku rindu kawan-kawan aku kat matrik. Kawan bergila, kawan bergaduh, kawan menangis, kawan stress. Semua diharung bersama-sama. Aku rindu. Entah kenapa, tetiba rasa sebak bila tertengok gambar-gambar dengan diorang di kml dulu. Tak terasa sekarang masing-masing akan mula bawa haluan sendiri. So yeahh, mari kita layan gambar...



 Perjumpaan bersama pengarah buat kali terakhir. Ni lah famili gua di matrik dulu. Hantu semua tak reti nak diam bila dah berjumpa. Gelak sakan. Hahaha~



 Rommates gua. Penghuni bilik D 3 13. Ni lah manusia yg selalu dengar gelak tawa nangis rintih gua selama di matrikulasi. Ni lah manusia yg tabah bila dengar gua menyanyi terpekik terlolong tengah malam buta. Ni lah manusia yg kebal telinga nya kerana sudah terlalu lali dgn gelak pontianak gua. Ya mereka ini lah orangnya. Best roommates ever! Ahh aku rindu kalian. Sumpah rindu =(

 

 Ni lah manusia yg selalu bikin kecoh blok bila ada kawan-kawan yg befday. Angkatan tentera ini lah yg menyerang orang-orang yg befday. Hahaha~ Selalu bikin kecoh, tak kira masa. Sahabat selamanya dan kini aku terlalu rindu kalian =(

 

 Gambar kenangan bersama pengarah dan timbalan pengarah kolej matrikulasi labuan. Pun bolehhhhh. Pentadbir kml memang sporting especially pengarah. Paling manang. Hahaha~



 Semasa menjelajah bumi labuan. Cerr teka kat mana? =)



Diapit oleh azra (kiri) dan ida (kanan). The craziest friends ever!



Semasa bercuti (lahh sangat) di pulau labuan. Bebas sebentar dari jajahan tekanan di matrikulasi. Beberapa minggu sebelum final, sebelum meninggalkan labuan, sebelum berpisah dengan perempuan-perempuan gua.



Payah tau nak dapat scene-scene yg ayu plus comel macam ni. Biasanya tak senonoh je rupa. Hahaha~




Walau jasad kita jauh tapi kita bersatu dalam doa, kita dekat di hati. Andai diizin tuhan, kita pasti ketemu lagi untuk meluruhkan segala rindu ini. Kalian antara yg terbaik yg pernah aku miliki. Semoga berjaya sahabat seperjuangan gua. Dunia akhirat. Semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurga tuhan. Ahh aku jadi jiwang. Aku cuma rindu dan aku tau rindu ini berbalas =)


KBye, Assalamualaikum



Thank you for reading !

Tuesday, 17 June 2014

Biar

Assalamualaikum

Hai semua! Ni entry kedua untuk hari ni. Entah kenapa, rasa rajin pulak nak update. Hahaha~ Kali ni aku nak share pasal satu lagu ni. Lagu yg bertajuk Biar yg dinyanyikan oleh idola aku iaitu Fynn Jamal. Kenal tak fynn jamal ni sapa? Mohon google kalau tak tahu lagi. Lagu arjuna beta dia sekarang sangat popular dicorong-corong radio. Siapa yg belum dengar tu, lekas-lekas lah dengar. Sumpah best gila. Meremang bulu roma derr. Haa lagu biar ni, kalau kau hayati confirm kau nangis. Tak caya kau dengar lah =)



Biar by Fynn Jamal




mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
"biar"
katanya, "biar".

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan
"biar"
katanya lagi, "biar"

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti.

Thank you for reading !

Monday, 16 June 2014

Peri-peri kecil

Assalamualaikum

Dalam dunia ni ada banyak hal yg berlaku bukan atas kehendak kita. Sama ada ia nya datang sebagai satu ujian ataupun satu nikmat.

Dan sekarang aku rasa benar-benar teruji
Berbagai rasa wujud dalam diri
Aku seolah-olah kehilangan diri aku yg dulu
Aku mencari, mencuba untuk kembali sepeti sedia kala.

Tuhan menguji memberi kekuatan di jiwa pendosa ini
Adakalanya aku merasa tidak mampu nak hadap semuanya
Tapi tuhan kata aku mampu
Lantas siapa aku untuk menidakkan kenyataan Yang Maha Kuasa?

Tuhan tidak menguji diluar batas mampu hambanya. Pasak dalam kepala.

Pernah menderita teruk
Ke hulu hilir dengan kepalsuan senyum
Tapi siapa peduli?
Tiada.

Lalu aku bangkit dengan bantuan peri-peri kecil yg baik hatinya
Dikirim tuhan buat ku untuk membangkitkan jiwa yg sudah lama rebah.

Aku nak cakap--
Tuhan akan terus menguji tapi Dia akan mengirimkan bantuan-bantuan kecil yg terlalu indah bagi membangkitkan banyak jiwa yg sudah lama mati.



KBye, Assalamualaikum

 

Thank you for reading !

Friday, 13 June 2014

Tentang sesuatu yg selalu tak diambil kisah

Assalamualaikum

Kenapa bila ada saudara seagama kita yg ingin berubah ke arah kebaikan kita mencaci?
Tapi bila orang bkn islam melakukan kebaikan kita memuji memuja?

Sahabat kita berhijrah, mengenakan hijab misalnya
Kita malah hina dia, malah kita caci dia, kita gali masa silam dia yg mengaibkan
Tidak sedikit pun wujud rasa kasih sesama saudara
Kita ini ada pertalian kerana memegang kalimah tauhid yg sama.

Tapi--
Kenapa tidak saling dukung?
Kenapa perlu kita jatuhkan dia yg baru nak bangkit?
Kenapa kita keji dia yg perlukan bimbingan?

Bila org bkn islam berpuasa misalnya
Kita mengagung-agungkan dia, timbul rasa bangga dihati terhadap kelakuannya
Kita puja puji dia walhal dia tidak sealiran dgn kita
Dia punya agama sendiri tapi kita sibuk gembar gemburkan kelakuannya sedang kita membenci saudara sendiri.

Kenapa?

Di mana ihsan dan tanggungjawab kita sesama islam?
Kenapa perlu prejudis sesama sendiri?

Sahabat, ni aku nak cakap--
Buka mata buka hati
Jangan terlalu prejudis
Saling sayang saudara kita

Kita sudah terlalu jauh tersasar
Ini yg aku lihat--
Kita terlalu mengagungkan orang bkn islam dan menjatuhkan org kita.

Bagaiman islam mau maju?
Orang bkn islam pun tak tertarik dgn islam kerana kita saling menjatuhkan antara satu sama lain
Jangan kita menghilangkan seri nya agama ini dgn tingkah celaka kita
Jangan kita disini bertelaga sedang mereka disana bersorak melihat kekacauan dlm agama kita.

Bila ada sahabat yg bikin kebaikan, sokong
Jangan mencela, jangan mengeji.
Apa pun hal nya bimbing saudara kita, jangan berpecah belah.

Sebelum nak buat jahat--
Ingat Allah, ingat perjuangan rasulullah, ingat sucinya agama ini, ingat kedua orang tua kita.

Tolong--
Buka mata, ada ramai lagi saudara kita yg takut dengan penghijrahan kerana prejudisnya kita!

Kerana aku tidak sempurna terhasilnya titipan kecil ini untuk peringatan buat kita, moga-moga kita sedar dgn apa yg kita lakukan. Jangan buat orang lain takut untuk mendalami islam. Jangan ditakut-takut kan mereka dgn islam itu kuno dan jumut. Islam itu tidak kuno jauh sekali jumut. Islam itu sesuai dgn semua lapisan masyarakat, peringkat umur dan kepelbagaian bangsa malah sangat sesuai dengan peredaran zaman. Segalanya termaktub dalam Al-Quran. Semoga bermanfaat buat semua =)


 "Tidak sempurna iman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."
(HR. Bukhari-Muslim)



KBye, Assalamualaikum


Thank you for reading !

Thursday, 12 June 2014

Tentang syukur pada tuhan yg selalu kita lupa

Assalamualaikum

Bila cakap tentang nikmat tuhan--
Memang tak terkira banyak nya
Memang tak tercapai dek akal
Memang tak tersangka-sangka hebatnya.

Kadang tanpa kita minta pun tuhan bagi
Kadang tanpa kita mahu pun tuhan bagi
Cuba kau pandang diri kau--
Sempurna sifatnya, ada mata hidung tangan kaki jari dan yg lainnya.

Syukur walau sekecil zarah sekalipun
Itu sudah lebih dari cukup.

Aku nak cakap sini--
Ada jenis manusia yg tak reti bersyukur.

Heyy--
Kau kenal tuhan bila ada mau saja
Kau sujud bila kau ditinggalkan manusia
Tapi bila kau senang, bila kau gembira kau lupa tuhan.

Dan bila tuhan menangguhkan permintaan mu, kau mula mengeluh
Bila tuhan melambatkan mahu mu, kau mula mencaci
Bila tuhan beri apa yg tak kau ingin kan pula walhal itu baik, kau mula mempertikai hasil kerja tuhan.

Adilkah?

Solat saja dihujung-hujung waktu
Tadah tangan saja bila susah
Kenal sejadah saja bila ada mau nya.

Pernah kau fikir?

Heyy hati tu jangan busuk sangat lagi-lagi pada tuhan
Baik-baik dengan tuhan, jaga hubungan dengan Dia
Kalau dekat sana nanti diulang tayang celaka yg kau bikin, kau ingat bisa kembali perbaiki dgn kembali ke dunia semula? Tidak sama sekali.

Ni lah aku nak cakap, syukurlah dgn apa yg ada
Tak payah nak tunggu dapat ferrari free baru nak syukur
Tak perlu nak tunggu jadi kaya baru nak syukur
Tak perlu.

Bersyukur dan kau akan jadi orang yg paling kaya. Dunia dan akhirat.
 
 
 
 

Thank you for reading !

Monday, 9 June 2014

Wanita syurga bidadari dunia

Assalamualaikum

Hai semua! Hari ni aku nak share tentang satu lagu ni. Sungguh, best sangat. Lagu yg dilantunkan oleh Oki Setiana Dewi (OSD) bertajuk Wanita Syurga Bidadari Dunia. I'm really in love with this song. Dengar berulang kali pun tak bosan. Semoga bisa menjadi inspirasi buat kita muslimah. Semoga bermanfaat =)




Wanita Syurga Bidadari Dunia by Oki Setiana Dewi




Keanggunan yang terpancar darimu muslimah
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana syurga di dunia

Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada Yang Kuasa
Sejukmu menenteramkan jiwa

Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
Bak permata berharga
Berbinar indah dalam kesucian jiwa.



KBye, Assalamualaikum

Thank you for reading !

Tuesday, 13 May 2014

Itu saja

Assalamualaikum
Tuhan pujukkan hati ini menerima ketentuan Mu
Bawa aku keluar dari kesedihan ini
Bawa aku jauh dari kecewa ini
Bubuh bahagia dalam hati aku
Aku percaya ada baiknya.

Tuhan terima aku di sisi Mu
Dekatkan hati ini dengan cinta Mu
Hapus duka derita yg tiada hujungnya
Bawa aku pergi dari celaru ini
Kasi aku peluang, tenang mengejar redha Mu.

Tuhan pandang aku dgn rahmat dan kasih Mu
Lihat aku yg penuh lumuran dosa ini
Layakkah aku ke syurga Mu dengan celaka yg maha ini
Menzalimi diri sendiri sedang Kau tidak jemu hulur nikmat buat ku
Malu aku pada Mu tuhan.

Ahh aku cumanya sedih, fikiran aku kacau.
Baru sedikit Kau jentik diri ini, aku sudah huru hara begini tuhan
Baru sedikit dan aku sudah hampir rebah
Baru sedikit dan aku sudah hampir kalah
Allahuakbar.

Tuhan--

Pinjamkan aku sedikit kekuatan
Tiup semangat dalam jiwa aku
Biar aku tau aku tidak sendiri dijalan ini
Serta Mu sudah terlalu lebih dari cukup.

Itu saja.
 

Thank you for reading !

Sunday, 11 May 2014

Manusia

Manusia--

Tak semua yg kita buat dia suka
Tak semua yg kita cakap dia percaya
Kena tau itu
Pasak dalam kepala
Biar nanti kau tak kecewa.

Ramai yg menghukum
Ramai yg mengeji
Menjadi tuhan di bumi tuhan
Sedang diri tak punya apa--
Tanpa sedikit pun malu pada tuhan.

Itu lumrah
Dunia ni terlalu banyak kerosakan, banyak pancaroba, banyak fitnah
Bukan baru, sejak azali dulu dah ada
Makin kau peduli makin diorang menghanjing
Makin kau peduli makin kau sakit hati.

Diam saja.

Dimana-mana bawa tuhan sekali
Jangan mencela
Nanti dia penat dia diam lah
Nak takut apa?

Kalau difikir-fikir orang yg tak suka pada kita, tak terkira agaknya.
Sedang kita buat baik dikeji apatah lagi bikin keji memang disumpah seranah.
Manusia memang macam ni, tak pernah puas.
 
Heyy, manusia ini sudah terlalu hamba untuk mendabik dada dengan apa yg ada.
Tak tau apa yg nak riak-kan sedang dia tak punya apa
Tak da rasa malu pada tuhan
Mengeji umpama dia terpaling sempurna, menghina seolah-olah dia terpaling mulia.

Apsal terasa? Dah kau manusia, memang kau patut pun.


Thank you for reading !

Matriculation Life

Assalamualaikum

Hai guys, how are you? Lama tak update blog. Hidup bahagia di rumah cenggini jadi malas nak sentuh apa-apa. Entah kenapa hari ni tetiba rasa rajin nak buka laptop. Ambil laptop, duk depan kipas sambil on aircond sambil dengar lagu, layari blogger.com. Cari last entri. Makk aihh lama jugak tak update. Hahaha~ Okay itu selingan. Aku tak de idea tapi rasa nak menaip tu membuak-buak. So, korang baca je lah eh. Hehe~

Aku secara official nya sudah menamatkan pengajian di kolej matrikulasi labuan pada 29 April 2014 yg lalu. Tak terasa dah habis dekat matrik. Rasanya macam baru je pijak bumi labuan, rasanya macam baru je aku jejak kml mendaftar, rasanya macam baru je aku peluk mama sambil nangis masa first time berpisah, rasanya mcm baru je menyumpah seranah di minggu orientasi. Banyak sangat 'rasa'. Haha~ And now, I'm totally freedom. Punya bahagiaaaaa =) In shaa Allah kalau ada rezeki bulan 9 nanti masuk u sambung untuk ambil ijazah. Semoga aku berpeluang, diizin tuhan. Amin..

Okay, aku nak cakap pasal matric life since ramai junior aku yg tanya itu ini tentang hidup di matrik yg diorang ingat sangat kejam macam penjara. Ye dok adik-adik? Hahaha~Okay let's start!



Minggu Orientasi Sesi 2013/2014, batch 95.


Tbh, hidup di matrik ni bagi aku stress nya boleh tahan, busy nya boleh tahan. Semua boleh tahan rasanya. Tapi se-samseng-samseng aku ni, menangis jugak kalau stress yg teramat. Apa yg paling aku ingat first week lecture di matrik tiap malam aku nangis sebab takut tak boleh bawak. Sumpah laju gila. Mau tak nangis. Hahaha~ Alhamdulillah, lama-lama dapat sesuaikan diri then everything is okay. Since matric ni fast track, so kena lah usaha keras sikit. Kalau org belajar dekat lain buat sekali, kita kena berkali-kali. Tak pe, itu pengalaman.

Kalau bab-bab belajar tu memang lah kena focus. Bukan tak boleh nak main-main. No. Dulu di matrik rasanya aku lah orang paling banyak ketawa, paling banyak main. Tapi yg paling banyak nangis, paling banyak berteriak di bilik time stress tu aku jugak lah rasanya. Nasib baik lah roommates i sporting-gila-nak-mati. Kalau tak mau aku makan heater sebab bising. Hahaha~ Boleh main-main cuma jgn lah masa kelas pun kau main jugak. Tu memang cari mati. Kalau aku main, memang tak hengat dunia tp bila masuk kelas, aku focus. Kecuali lah aku mengantuk or takde mood memang bercerita jugak lah. Tapi kawan-kawan aku tegur, then aku focus balik. Kawan-kawan aku semua baik. Saling sokong, saling bantu =)

Apa yg penting kena pandai bagi masa kena utamakan yg utama. Kalau kau jenis manusia pemalas nak belajar kat dalam dorm, so kau focus 100% lah bila dlm kelas. Kalau tak faham, jumpa pensyarah rajin bertanya. Alaa sekarang zaman teknologi, kau watsap je pensyarah tu. Kalau dia rasa soalan kau berbaloi dia balas, dia balas lah. Kalau tak, dia tak balas. Hahaha~ Tak de masalah. Kau nak usaha, kau berjaya. Okay habis pasal study. Sekarang tentang pemakanan and pengurusan diri. Laa, dah macam dalam kelas lah pulak. Hahaha~

Bagi aku, masa first week agak kekok jugak lah sebab baru kenal dgn rommates, baru masuk dlm persekitaran yg baru. Lain. Dekat matrik makan tanggung sendiri beli kat kafe. Kalau malas nak turun kafe, makan je lah megi. Haha~ Boleh bawak heater, iron, periuk nasi TAK boleh ya adik-adik. Semua barang elektronik tu perlu didaftar di bilik penyelia. Nanti korang tau lah. Tandas pulak terletak di luar bilik. Awal-awal tu berbaris nak mandi sebab takut lewat p kuliah, bila dah hujung-hujung tandas sunyi wehh bila awal pagi. Haha~ Kena pandai lah urus diri. Meja belajar, katil (single bed) dan bantal semua sorang satu. Jangan risau. Satu bilik 4 orang. Selesa jugak lah. Bagi aku, dapat bilik tinggi-tinggi lagi best. Exercise hari-hari, kebaikannya jugak tandas bersih bila aras tinggi ni. Kalau dapat tingkat 3/4 tu memang best lah walau perlu semput hari-hari. Haha~

Aku rasa dah cukup lah apa yg aku kongsikan ni. Harap boleh membantu junior-junior yg nak masuk sana. Serious talk, matric life is the best experience ever. Masa first masuk tu memang kau nak cepat habis, nak balik, nak keluar dari penjara tapi bila kau dah jumpa kawan-kawan dr mcm2 tempat yg super-duper-awesome, kau pulak yg tak mau keluar dari sana. Hahaha~ Aku dah rasa semua tu. Bila dah pisah, pehh menangis. Hidup di sana memang best, yg tak bestnya perlu ada exam. Tu sebenarnya. Yg lain-lain besttttt! =)

So good luck junior-junior gua. Buat yg terbaik. Dimana pun kalian belajar, tujunya satu saja nak dapat redha Allah. Niat yg penting. Kau nak buat, kau boleh berjaya. Ada apa-apa yg kurang faham boleh tanya aku. Aku tak jahat, aku tak makan orang. Aku suka share benda dengan orang =) Okay guys, all the best!



Aku rindu sebenarnya.


KBye, Assalamualaikum

Thank you for reading !

Friday, 4 April 2014

Pengemis jalanan

Assalamualaikum

Masih mencari dalam rangkak
Masih mengharap pada tuhan

Tuhan--
Aku terlalu malu pada Mu
Aku terlalu keji untuk mendapat nikmat dari Mu
Aku terlalu hina untuk meminta dari Mu.

Aku lah manusia yg tak pernah rasa puas
Aku lah manusia yg selalu menzalimi diri sendiri
Aku lah manusia yg punya dosa sebanyak buih di lautan.

Tuhan--
Pandanglah aku dengan rahmat dan kasih sayang Mu
Bantulah aku bangkit dari kejahilan
Dekatkan aku dengan orang yg baik-baik.

Jangan aku diuji diluar batas mampu ku.

Lihatlah si pengemis ini--
Sudah terlalu hamba untuk mendabik dada
Tiada daya tanpa doa
Tiada kekuatan tanpa tuhan.

Andai dengan cara ini aku mampu dekat dengan tuhan
Biar terus begini
Jangan ada yg ganggu.

Biar si pengemis ini begini
Merangkak di jalan tuhan.

Untuk itu--
Terimalah aku tuhan.


Thank you for reading !

Thursday, 30 January 2014

Seribu dalam satu.

Assalamualaikum

Bukan sakit hati
Bukan kecewa
Bukan sedih
Bukan dikhianati.

Cuma--

Terasa seperti ada yg lain
Terasa seperti banyak yg berubah
Terasa seperti tak dipeduli
Terasa seperti makin jauh.

Apakah salah kalau ada yg berfikiran bukan-bukan?
Apakah salah kalau ada hati yg merajuk?
Apakah salah kalau ada hati yg terasa?
Apakah salah?

Berharap--
Segalanya akan lenyap dalam sekelip mata
Segalanya akan kembali seperti sedia kala
Segalanya pergi mengikut peredaran masa.

Jangan kembali
Jangan ganggu
Jangan menyentuh hati manusia
Kerana--
Ada hati yg masih tandus mengejar cinta tuhan.

Bila saatnya tiba
Tuhan berkehendak
Tidak mustahil
Kau dan aku bersatu.

Pasti.


Thank you for reading !

Wednesday, 29 January 2014

Hala Tuju Lepas SPM

Assalamualaikum

Hai semua! So yeah, i'm still a blogger. Blog ni masih bertuan, jangan lah dilupakan. Haha~ Nampak title macam serius gila entri kali ni. Alaa, tak de lah serius sangat. Just nak share satu informasi untuk adik-adik batch 96 yg bakal menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Habis spm je, memang kau happy gila-nak-mati. Betul wa cakap, maklumlah title freedom tu tak habis-habis kau gembar-gemburkan di laman sosial. Aku faham perasaan tu, sebab aku pernah alami. Dulu aku ingat, habis spm habislah jugak segala kesusahan dalam menuntut ilmu. Dulu aku ingat, habis spm gembiralah sebab zaman stress dah berlalu. Rupanya tak, langsung tak. Lepas ni banyak lagi yg kau kena tempuh. Nak tak nak kau kena jugak hadap walaupun kau perlu tertunggang terbalik menyelesaikan segalanya. Back to the topic, hala tuju lepas spm.

Matrikulasi
First sekali matrikulasi. Aku bubuh ni yg first sebab aku study kat sini sekarang. Hahaha~ Okay adik-adik, terus terang wa cakap kalau kau ni jenis yg memain tak hengat dunia masa study, suka tangguh kerja, suka study last minute, malas nak bertanya dll lagi yg negatif. Baik tak payah masuk. Dekat matrik ni kau cuma ada masa setahun (actually kurang dari setahun sebab dia fast track kan) untuk buat yg terbaik. Tak de istilah, ahh next exam aku buat bebetul dah. Tak nak memain dah. Tiada dah istilah macam kat sekolah dulu. Di sini, kau buat terbaik, kau berjaya. Kau memain, pointer kau pun serupa lah dengan permainan kau.

Ni pengalaman aku sendiri. Masa awal sem 1 dulu, hampir tiap malam aku nangis sebab takut tak boleh ikut apa yg diajar. Sebab pelajaran dan pembelajaran dia laju. Life kat kolej ni, bukan cikgu yg cari kau tanya satu-satu macam kat sekolah dulu. No. Semuanya kau yg kena kejar kena cari. Bila dia tanya "Faham kah?". Dia tak peduli sebenarnya kau faham atau tak, lepas dia tanya dia akan sambung dengan ayat ni "kamu kena faham jugak ye". Haaa ambik engko. Habis je lecture, kalau kau tak kejar pensyarah utk tanya mana yg kau tak faham memang kau ketinggalan. Pensyarah aku pernah cakap, kita akn lupa apa yg kita belajar kalau kita tak buat balik latihan dalam tempoh masa 48 jam yakni 2 hari. Dah kalau kau tak faham, kau rasa kau boleh belajar ke?

Bukan aku nak takut-takut kan kalian nak masuk matrik ni. No. Tapi ni lah kenyataannya. Kena buat bebaik semua terutama utk final exam sem 1 sebab result final exam tu yg menentukan sama ada kau layak teruskan pengajian ke sem 2 atau pun tak. Kalau budak sains tak capai pointer turun PDT (Program Dua Tahun) tapi kalau budak akaun yg tak capai pointer terus kick out. Haaa, risiko dia tinggi lah. Lepas tu dekat matrik ni ada 10% yg akn membantu untuk final exam iaitu PB (Penilaian Berterusan). PB tu merangkumi aspek seperti kuiz, kerja tutorial dan assignment. Tu je lah kot seingat aku tentang matrik ni :)

Asasi

Asasi ni pulak kelebihannya dia memang under universiti. Maksudnya, contoh kau study kat asasi UMS, habis je asasi kau terus sambung dekat u tu jugak. Tak payah dah nak susah-susah beli no pin lagi untuk isi kemasukan ke u. Ni beza dia dengan matrik, kalau matrik kena beli no pin lagi untuk kemasukan ke u. Asasi ni 2 tahun tempoh pengajian lepas tu boleh ambil degree dekat u yg sama jugak. Setahu aku, asasi yg ada ialah asasi sains, asasi law, asasi TESL, asasi kejuruteraan. Kalau akaun memang tak de kot. Sebab dulu aku cari sebelum masuk matrik memang tak de. Cikgu akaun aku pun cakap tiada. So kalau masuk asasi sains ni kau tak de masalah fikir sambung kat mana masa nak ambil degree. Kau cuma perlu belajar bagus-bagus dan jaga pointer.

Diploma

Diploma ni pulak tempoh pengajian selama 3 tahun. Banyak jugak kelebihan diploma ni. Sebab habis diploma kau boleh kerja dulu sementara nak tunggu sambung belajar ke peringkat ijazah. Senang cakap sijil nya boleh diterima dipasaran kerja, tak macam matrik. Keluaran diploma diterima kerja kalau keluaran matrik tak sebab sijil matrik tak diterima. Ramai orang tak mau masuk diploma ni sebab lama. Tapi bagi aku, tak pun sebab kita ni kalau nak tuntut ilmu biar sampai mati. Masa bukan penghalang. Kalau dulu aku tak dapat tawaran matrik, mungkin sekarang aku dah sem 2 diploma accountancy di politeknik. Hehehe~

Dulu madam aku cakap, kalau masuk diploma ni okay untuk kita yg tak boleh nak ikut pelajaran dan pembelajaran yg terlalu laju. In shaa Allah berjaya. Kau boleh belajar pelan-pelan, kaji dalam-dalam, dan kerja habis ambil diploma. Banyak universiti yg menawarkan diploma ni. Korang dah nak isi upu kan? Haa tengoklah betapa banyaknya diploma yg ditawarkan. Bagi aku tak da ruginya kau ambil diploma dengan masa 3 tahun tu hatta kawan aku yg result spm 7A pun terima diploma ni. Kalau bab-bab assignment, kerja tutorial, kuiz, test dan macam-macam lagi tu, semua pun sama jugak. Semua tempat pengajian pun ada macam tu. Kesimpulannya, kau memang tak boleh nak lari dari semua tu walau di mana pun kau sambung belajar.

_________________________________________________________________________________


Aku rasa tu je yg dapat aku kongsikan untuk adik-adik yg masih tunggang terbalik fikir nak sambung kat mana lepas ni. Hahaha~ Aku tak share pasal form 6 sebab majoriti tau jugak sebab kalian nampak jugak kat sekolah sendiri kan :) Aku nak pesan sikit ni, kalau nak sambung belajar jangan ikut kawan sebab yg nak belajar tu kau, yg akan hadap macam-macam cabaran tu kau, bukan orang lain. Jangan main hentam keromo je, jangan main cakap "ahh biarlah, yg penting aku dapat sambung". Jangan ya adik-adik, sebab ni membabitkan soal masa depan kau, soal macam mana nak isi perut kau 7 tahun akan datang.

Buat pilihan ikut kemampuan dan minat. Jangan kau tak mampu, kau nak jugak. Kang kau jugak yg susah. Banyak-banyak solat istikharah. Rajin-rajin surf internet tentang bidang yg kau nak ambil, tanya pendapat ibu bapa, jumpa kaunseling kalau ada masalah nak buat pilihan. Terus terang aku cakap, kaunseling tu sangat membantu di saat-saat genting begini. Apa yg penting, bidang yg kau nak ambil tu pastikan bidang yg kau minat. Jangan tersalah pilih.

Aku rasa dah cukup lah aku membebel panjang ni. Maaflah, panjang gila entri kali ni. Hahaha~ Semoga dapat membantu adik-adik di luar sana. Semoga berjaya, semoga tak tersalah pilihan. Yg paling penting, niat kena lillahi taala. In shaa Allah berjaya :)



 Semoga berjaya :)




KBye, Assalamualaikum








Thank you for reading !