Saturday, 30 March 2013

Sweet moments

Assalamualaikum

Hai semua! How are you guys? How's life? Tetiba aku ter-rajin nak update blog walaupun aku try untuk taip sepantas kilat sebab lappy nak dipakai lagi ni oii. Ohh ni short update je, aku sajikan korang dengan gambar-gambar je lah ye. Nak dijadikan cerita, kemarin aku dan rakan-rakan yg lain p majlis akikah di rumah teacher yg ajar aku tuisyen biology. Lepas tu sebelah malam pulak, teacher belanja makan di Pizza Hut. Omg!! Rezeki masuk terus sejak result spm diumumkan. Alhamdulillah. Thank you Allah. Okay, lets we check it out gambar-gambar yg sempat diambil semalam.


Jeng jeng jeng...



Gambar ni diambil masa majlis akikah anak perempuan teacher. Dorang berdua ni adalah bff sehidup semati saya. Cinta hidup dan mati saya. Eh? Haha~ Apasal gambar bawah ni hodoh sangat? Baru perasan, tapi apa nak dibuat ini memang diri kami yg sebenar. Tak pernah nya nak ayu pun. Hahaha~


Cer cari mana satu teacher gua? Cepat cari, cepat cepat cepattt! Hahaha~ K tak lucu. Teacher aku yg duk kat tengah-tengah tu, yg comel loteh tu, yg kecik tuuu. Masa ni kami nak pulang dah, so minta tolong husband teacher take picture. Teacher kata "Students lebih besar dari cikgu". Biasa lah kann, remaja sekarang gendut semuanya. Hahaha~


 Ni lah geng-geng tuisyen aku. Gambar ni aku curi dari fb lelaki baju pink tu sebab dia pakai dslr. Hahaha~ Bukan apa, cantik lah gambar ni sebab jelas. Semua ni satu sekolah dengan aku dan memang budak bio ni jugak tak tau nak diam kalau masa tuisyen sampai balik-balik ditegur. Haha~ I'll miss you guys :(


 Haa ni lah jejaka-jejaka macho yg paling bising bila kat dalam class bio terutama yg pakai baju pink tu. Hahaha~ Jangan marah naaa, nanti kena jual.


 Sheila :)


Angah and Wani. Yang ni antara paling pendiam kat class. Ehh bukan dua-dua, yg tudung pink tu je pendiam yg tudung hijau tu pembising. Hahaha~


Bestfriend till jannah. InshaAllah :)


Haa, yg ni Teacher Sazliana and husband. Ni lah teacher yg sentiasa melayan karenah kami masa kat tuisyen. Teacher ni sangat sporting dan sangat comel. Kecil je, padan lah dengan husband dia. Sweet :)


Ni picture yg last untuk entry kali ni. Me, Nurul Arifah Abd Rahim :)


Okay guys, sampai sini je entry untuk kali ni. Ada masa aku update lagi dengan cerita-cerita yg menarik, InshaAllah.

KBye, Assalamualaikum.










Thank you for reading !

Tuesday, 26 March 2013

You

Assalamualaikum

Hai semua! How are guys? How's life? Today, aku nak share tentang lagu You by Nur Jannah Alia. I'm really in love with this song. Hehe~ Korang try lah dengar, best!! Enjoy ya :)


You - Nur Jannah Alia


You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can I forget all that
When you're the one who make me smile
You'll always be apart of me
How I wish you were still mine

Never will forget the day
How we've met and came this far
We all know we got this feeling
But somehow it has to end up here

I know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
Cause you mean so muct to me
and giude the truth from me to you

For all the things I've done and said
For all the hurt that I've cause you
I hope you will forgive me baby
Cause that wasn't what I mean to do

You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can I forget all that
When you're the one whomake me smile
You'll always be a part of me
How I wish you were still mine

Thank you for reading !

Tuesday, 19 March 2013

Penangan SPM

Assalamualaikum

Hai semua! How are you guys? How's life? Semoga kalian sentiasa sihat disamping orang-orang tersayang. Cehh, dah macam surat tak rasmi pulak. Hahaha~ Aku update blog ni sebab nak hilang kan risau, bosan dan stress. Ni baru lah penangan spm. Haha~ Aku rasa seluruh manusia di bumi Malaysia ni dah tahu kan apa akan terjadi pada hari khamis ni. Tahu tak apa? Ehh budak batch 95 yg tak tahu lagi tu baik p terjun laut lah weyy. Haha~ Okay, pada hari khamis ni keputusan SPM 2012 akan dikeluarkan.




Wuuu, result SPM tu. Seram nihh~ Aku takut + risau sangat sangat. Aku rasa semua bebudak yg seumur dengan aku pun akan merasakan hal yg sama. Aku dan kawan kawan asyik cakap hal yg sama je, "Ehh risau nya aku.." "Stress nya bha menunggu result spm ni, cepat cepat lah hari khamis" "Aku tak mau p sekolah lah nanti tapi aku nak tau jugak result ku. Haihh". Itu lah antara ucapan paling popular yg keluar dari mulut budak lepasan spm termasuk lah aku.

Banyak yg aku fikir, terlalu banyak. Risau kalau keputusan itu nanti akan mengecewakan ibu bapa, guru-guru dan diri sendiri. Perasaan ibubapa tu yg paling penting melebihi perasaan sendiri. Aku tak mahu mengecewakan parents aku lagi. Aku ingin sekali melihat kegembiraan terpancar diwajah kedua orang tua ku apabila mereka melihat keputusan itu nanti. Semoga Allah mengizinkan nya. Amin..




Tak terzahir rasanya kerisauan ni, hanya Allah ja yg tahu apa perasaan ku sekarang ini. Mohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kami. Aku yakin, aku akan menangis bila ambil result itu nanti. Aku yakin itu, tapi kalau boleh biarlah tangisan itu tangisan kegembiraan. Aku ingin sekali merasai semula kenangan manis sewaktu aku memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR. Semoga Allah meperkenankan nya. Amin..

Semoga Allah memberikan yg terbaik untuk kita semua. Jangan menyesali apa pun yg telah Allah berikan kepada kita. Tidak semestinya result SPM kau buruk, kau tak boleh berjaya. No, kau boleh berjaya asal kau mahu berusaha bersungguh-sugguh. Bagi aku, SPM bukanlah pengakhiran hidup tetapi ia nya adalah permualaan bagi sebuah kejayaan. Pray for me to acquire excellent results in SPM ya. Good luck to all SPM candidates 2012 :)




KBye, Assalamualaikum.



Thank you for reading !

Tuesday, 12 March 2013

Nasihat Berguna Daripada Ustazah Rock!

Assalamualaikum

Hai semua! Dah lama aku tak update blog kannnn. Haa kali ni, aku nak share sikit pasal chat antara aku dgn ustazah aku. Agak panjang, tapi sangat menarik dan berguna pada aku. Harap dpt membantu orang yg mempunyai masalah sama macam aku. Hehe~ Bagi yg tak de problem, boleh lah tambah pengetahuan melalui entry ini. Enjoy your reading guys! :)

Saya: Kalau kita suka seseorang tp kita x luahkan pun kat org tu tp rasa rindu n what so ever tu ada. hahaha. tu kira zina hati ke?

Ustazah: Eh ini mcm tengah ada taman dihati ni. hehehe~ Biasa lah tu fitrah kan, ustzh pun pernah hadapinya. Zina hati?

Saya: Cehhh. hahahaha~ Ha'ah zina hati. Zina hati ke tu?

Ustazah: Eh mana ada tu. Bukan zina hati lah.

Saya: Hahh? Habis zina hati tu tak de lah?

Ustazah: Zina hati tu bila kita ingat kat dia dan kita ingin buat sesuatu ke arah syahwat. Kalau kita just rindu je x da apa. Itukan fitrah, Allah suka kita berkasih sayang dengan cara yg betul. Sama jugak konsepnya mcm zina mata or sebagainya. Kalau kita just tgk org cantik or seksi adakah dikatakan sbg zina mata? Zina mata kita tengok dgn pandangan menggoda dan syahwat. Cewahhh, panjang lebar pulak. So zina hati ni kita mengharap berzina n syahwat dgn nya. Faham ka?

Saya: Ooooooooooooo.. Faham ustazah. Maksudnya kalau disertai dgn nafsu dan syahwat kan? Okay faham dah.

Ustazah: Awat cek xberterus terang je? Kan tenang hati... Dia terima or tidak bkn masalahnya, drpd hati terus gundah gulana. x salah perigi cari timba, yg penting caranya betul.

Saya: Hahahahahaha~ okay, ustazah mmg paling faham jiwa remaja.

Ustazah: Kuikuikui.. Kan masih remaja ni.

Saya: Hahaha~ Maksud ustzh x salah ke meluah kat org yg kita suka? mcm tu?

Ustazah: Eh x salah la asal dgn cara yg betul. Bukan kita yg pergi terkedek2 bgtau kat jejaka idaman tu. Gunalah org tengah utk bgtau n org tengah pun kena pandai mengayat, jgn dia kantoikan kita.
Nanti bertapok bwh meja pulak. Hehehehe~

Saya: Ohh faham. Maksud ustzh pakai org tengah lah ni? Faham sangattt. Hahahaha~ Ehh saya tak suka lah perasaan suka2 org ni, mcm geli pun ya jugak. Knp saya mcm pelik ni ustzh? Hahahaha~ Aduhaiii.

Ustazah: Eh mana blh x suka, nanti menyalahi fitrah pulak. Kita patut bersyukur Allah kurniakan feel yg indah ni, yg penting kita kawal feel tu agar x dihasut syaitan. Mmg skg tgh dilema kan?

Saya: Iyaa. Ohh saya faham dah. Bukan apa ustzh, saya takut terjerumus dlm maksiat ni saya pun bukan nya pandai sangat soal agama. Aurat pun x sempurna lagi tutup ada hati nak suka2 org pulak. Hehehe~ Tu yg saya fikir kdg2.

Ustazah: Ooooh kalau kita takut jd lagu tu, kena belajar lg. Jgn terlalu kerap berjumpa or chating, ni lah penyebab jd maksiat. Biar rindu kita berbunga2 asalkn kita dijaukan dr dosa. Bkn nya apa arifah, kdg2 kita blh leka n terlupa maklumlah manusia kan tmbh2 suka mkn semut. Hehehe~

Saya: Hahaha~ Iya, Alhamdulillah. Lega sikit dah ada org yg sudi ceramah. Hahaha~ Thanks ya ustazah sudi bantu saya. Sangat dihargai.

Ustazah: Welcome.. Hrp apa yg ustzh bgtau dpt membantu.

Saya: Iya, nanti kalau ada rezeki biar lah terus kahwin dan jemput ustazah. Eh? Hahahahahaha~ Terima kasih byk2 ya. Semoga Allah memberkati hidup ustazah dan keluarga :)

Ustazah: Yes itu tepat.. Doa pd Allah agar ditemukan dgn jejaka yg soleh. Bercinta slps kahwin mmg sgt indah berbanding sebelumnya. Terima kasih doanya, semoga Allah memberi ketenangan dihati arifah dlm berhadapan dilema ni.

Saya: Amin.. Doakan saya dapat result spm yg cemerlang ya ustazah. Terima kasih atas semuanya. dah byk sgt cakap tq ni. Haha~ Nanti ada masa saya chat ustazah lagi. Semoga ustazah diberi kesihatan yg berpanjangan. Okay, good night ustazah. Assalamualaikum.

Banyak yg aku pelajari dan ketahui melalui penerangan beliau. Harap korang pun sama k. Kalau ada info lain, korang boleh lah share di ruangan komen. Sama-sama kita belajar dan memperbaiki diri. Ada masa nanti aku update lagi. May Allah bless :)

KBye, Assalamualaikum.
 
 


Thank you for reading !

Wednesday, 6 March 2013

Pesanan Rindu

Assalamualaikum

"Sebenarnya rindu itu anugerah, rindu itu fitrah seorang manusia yg mempunyai sifat kasih dan sayang. Ingat sahabatku, fitrah itu bukan untuk dilawan tetapi untuk dikawal. Bila rindu itu melalaikanmu, beristghfarlah. Ingatlah Allah, sibukkan dirimu dan jangan biarkan rindu itu menguasai  dirimu sehingga kau lupa pada tanggungjawab dan keutamaan yg lain. Memang payah untuk melaluinya tapi bermujahadahlah. Kadang-kadang, kita rindu dengan seseorang sampai dada terasa sesak sehinggakan ingin menangis. Ingatlah, Allah Maha Mengetahui perasaan suci itu. Luahkan pada NYA dan memohon agar dilindungi dari terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan. InshaAllah."

Aku memperoleh pesanan diatas melalui seorang kawan yg dia hantar kepada aku melalui sms lalu aku curahkan segalanya disini untk dijadikan perkongsian buat semua. Sewaktu aku membaca sms nya aku rasa sebak, syahdu, sedih dan yg sewaktu dengannya. Entah kenapa, mungkin aku pernah merasai rindu itu tetapi di zahirkan dengan cara yg salah. Aku manusia yg mempunyai fitrah sama dengan manusia lain. Kadang-kadang, kerinduan itu menjadikan kita lupa pada Allah. Kan? Tetapi apabila kita berserah dan meluahkan segalanya kepada Allah tentang apa yg terbuku dalam hati kita, inshaAllah semuanya akan menjadi mudah.

Ingatlah sahabat, utamakan DIA dalam segala hal kehidupan. Di saat kita masih melakukan dosa, dia masih memberikan kita nikmat yg cukup malah melimpah ruah. Aku pun tidaklah hebat mana bila bercakap tentang agama. Sama-sama lah kita saling mengingatkan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. Amin :)

Countdown: 14 days more (2 weeks). Keep calm and stay cool.






Thank you for reading !