Friday, 26 April 2013

Alhamdulillah #2

Assalamualaikum

Hai readers! How are you guys? How's life? Baru ada masa nak update blog, ni pun curi sedikit masa nak berkongsi cerita disini. Hihi~ Setelah menunggu beberapa lama untuk mendapat tawaran sambung belajar, akhirnya penantian ku membuahkan hasil yg bukan sia-sia.

24 APRIL 2013, sekali lagi bumi Malaysia ini digemparkan dgn keputusan tawaran ke tingkatan 6 untuk pelajar lepasan spm 2012. So pada hari tu, seawal jam 5.30 pagi kawan aku dah kecoh pasal tingkatan 6 ni. Dalam jam 6 pagi macam tu aku online untuk cek sama ada aku diterima atau pun tak. Dan jawapan yg aku terima adalah seperti dibawah ini: 

"Harap maaf, nama anda tiada dalam senarai calon yang layak ke
Tingkatan Enam Sesi 2013 / 2014"

Masa aku baca perkataan di atas ni, aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku. Nak dikata kecewa, mungkin ya jugak. Nak dikata gembira, mungkin ya jugak. Sederhana lah kecewa tidak, gembira pun tidak. Hihi~ Masa ni aku memang risau gila nak mampus sebab kawan aku yg dapat result lebih gah dari aku pun dapat form 6 sedangkan aku tak. Tapi, perasaan risau ni seketika cuma apabila aku menerima khabar bahawa para sahabat aku pun tak dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Memang aku gembira sangat lah sampai gelak guling-guling. Hahaha~


Nanti, kita akan bertemu di bumi Labuan untuk pertama kalinya. Semoga kita sama-sama berjaya dari dunia sampai akhirat. InshaAllah :)


25 APRIL 2013, buat kesekian kalinya bumi Malaysia digemparkan lagi dengan pengumuman keputusan permohonan kemasukan ke matrikulasi. Pada hari tersebut, aku sempat lagi berjalan-jalan bersama kawan sekolah rendah aku. So, dengan itu aku meminta sahabat baik aku iaitu Sarinah (ina) utk cek kan sama ada aku dapat kah tak. Dan jawapan yg aku terima adalah seperti berikut:


Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Nama NURUL ARIFAH BINTI ABD RAHIM
No Kad Pengenalan 95101212****
No Matrik MA1315520152 
Program Pengajian PROGRAM SATU TAHUN
Kursus PERAKAUNAN
Nama Kolej KOLEJ MATRIKULASI LABUAN-KML
Tarikh Mendaftar 19 MEI 2013

Alhamdulillah, keputusan ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran. Perasaan ni hanya Allah ja yg tahu. Kegembiraan ni dikongsi bersama kawan-kawan aku yg juga memperoleh kejayaan pada hari itu. Ada yg secara live kena teriak oleh aku sebab terlalu excited. Hahaha~ Kesian mereka dan mangsa pertama juga adalah rakan yg tolong cek kan keputusan aku. Kesian ina. Haha~ Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Tak terzahir rasanya kesyukuran yg aku panjatkan kepada DIA. Hanya DIA yg tahu :)

Apa yg aku boleh simpul kan disini, aku bahagia. Terlalu bahagia sebab sahabat sehidup semati aku semua dapat matriks. Hahaha~ Sekali lagi kami menuntut ilmu bersama-sama, beza nya kali ini kami menuntut di tempat orang. Untuk sementara waktu, aku p ja matriks sebelum keputusan upu dikeluarkan. Andai aku dapat Diploma in Accounting di UiTM, mungkin aku akan keluar matriks. Mungkin.

Segalanya aku perlu pertimbangkan dahulu, takut tersalah pilihan. Kali ni, keputusan di tangan aku. Bukan di tangan kau dan bukan juga di tangan dia. Mereka hanya mampu memberi nasihat dan pandangan tetapi yg membuat keputusan itu aku. Ini bersangkut paut dgn masa depan aku, bukan main-main. Aku mohon, kalian doakan aku dipermudahkan segala urusan dan diberi pilihan yg tepat. Hanya Allah mampu membalas segala jasa baik kalian. Ana uhibbuki fillah :)


 I love you my girls. Telah banyak yg kita tempuh bersama dan kali ini kita berjodoh lagi untuk menuntut ilmu di tempat yg sama. Alhamdulillah :)


KBye, Assalamualaikum


 



Thank you for reading !

Monday, 22 April 2013

Random #2

Assalamualaikum

Hai readers! Sebenarnya, aku tak da mood nak duduk di depan laptop ni, tapi jari aku ber-mood nak menari di atas keyboard. Eh, apa aku merepek ni? Hihihi~ So, ku turutkan jua kehendak jari jemari ini untuk menghamburkan setiap huruf dan bait kata di sini (puitis gila ayat aku ni. Haha~).

Tadi aku on TWITTER so aku ternampak lah kengkawan aku tweet pasal temuduga uitm. Interview tu bergantung kepada kos yg mereka tawarkan lah. For example, kalau korang ada mohon TESL UiTM masa isi upu hari tu kalian kena cek dapat tak interview tu. Faham tak? Baru interview ya kawan-kawan, jangan salah faham pulak. Kepada yg belum cek lagi tu, korang boleh lah cek kat SINI. Actually, banyak universiti lagi kat situ bukan UiTM je. Bergantung lah dgn u apa yg dinyatakan perlu untuk interview.

Kawan-kawan aku ada jugak yg dapat interview uitm untuk tesl. Untung laa, bukan senang tau nak dapat interview uitm ni lagi-lagi untuk tesl. Aku? Aku tak dapat pun sebab aku tak de pilih tesl masa isi upu hari tu. BI je ke longkang ada hati nak mohon tesl? Hahaha~ Actually, bukan tesl je yg ada interview tu ada beberapa course yg lain lagi. Korang tengok lah dekat link yg aku bagi tu. Okay? Kalau dapat, jangan lupa habaq kat aku naa. Haha~

Kat twitter macam-macam aku tengok kawan aku yg dapat p interview. Aku ni satu apa pun tak dapat lagi. Dah lah keputusan permohonan maktab dan upu ditangguh katanya. Matrikulasi pulak 25 April ni keluar. Sebab tu aku kata budak batch 95 ni banyak halangan, saingan dan cabaran yg perlu ditempuhi. Sabar.. Cepat atau lambat keputusan tu pasti akan keluar. Sabar ya kawan-kawan. Hihihi~ Jealous gila bila tengok kawan-kawan yg dapat interview sana sini. Banyak u yg nak merebut mereka. Haha~ Aku ni siapa yg nak rebut? Hmm *krik krik*

Bersabar lah wahai diri, kau tak payah nak cemburu sangat lah. Allah dah rancang yg terbaik untuk kau. Just banyakkan berdoa dan bersujud kepada NYA. Memang benar kata orang, result kau bagus mana pun kalau Allah tak berkenan, pakai lah sejuta cara kau tetap tak akan dapat apa yg kau ingin kan. Rezeki masing-masing wehh! Bila tak dapat apa yg kau inginkan, jangan lah merengut. Teruskan berusaha dan berdoa kepada DIA, sebab doa yg ikhlas mampu mengubah segalanya. InshaAllah :)

"Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan lah urusan pengajian ku ini dan jangan pula engkau persulitkannya."

"Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi dan berilah apa yg aku inginkan serta hindarkanlah aku daripada kekecewaan yg boleh membawa kepada penyesalan."

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya aku tak dapat memperoleh apa yg aku inginkan ajarilah aku untuk terus redha dan sabar di atas setiap ketentuan MU. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik untukku."

AMIN YA RABBAL ALAMIN..


 Hai kalian, tolong maafkan aku kalau pernah tersakitkan hati kalian. Doakan aku, doakan kejayaan aku. Mohon segala salah dan silap aku dimaafkan. Aku nak berdepan dengan cita-cita dan masa depan aku tanpa ada rasa marah dan sikap negatif. Peace (y)


KBye, Assalamualaikum



Thank you for reading !

Saturday, 20 April 2013

Just For Fun (Gwiyomi Video)

 Assalamualaikum

Hai readers! How are you today? How's life? Okay kali ni aku nak share pasal video gwiyomi yg super duper awesome! Kepada yg rasa akan meluat bila tengok video ni sila tekan pangkah siap-siap kat atas tu k. Hahaha~ Sekarang ni gwiyomi pulak yg jadi trend kan? Bagi aku, tak salah diorang buat video macam ni walaupun mereka bukan dari golongan kpoppers. Itu hak semua orang kan, tak gitu? Hihi~ Itu pandangan aku lah, kan manusia ni mempunyai pandangan masing-masing. So guys, lets we check it out the video! *muka comel* =p


First video...


 Adakah kalian mengenali siapa wanita ini? Yeahh, dia lah idola saya dlm dunia blog ini tak lain tak bukan sis MARIA ELENA. Aku selalu tengok video dia kat dlm youtube, memang hebat gila ah dan ini adalah video dia yg paling aku suka. Cara dia bercakap, expresi muka dia dan kecantikan yg dimilikinya membuatkan aku terpegun sama sekali. Hahaha~ Subhanallah :)


Second video...


 Ehh korang tak payah lah tekan-tekan gambar dia ni. Ni gambar ya anak-anak bukan video. Hahaha~ K tak lucu. Ni kawan wa, nama dia Lala. Kau jangan lah tenung gambar dia lama sangat, kang dia bercakap kau jugak yg masuk icu. Siapa yg susah? Aku jugak. Haha~ Untuk melihat video gwiyomi dia yg super duper cute tu sila KLIK SINI
(Actually aku nak direct upload video dia, tapi aku tak reti macam mana nak g masuk kat dlm blog sebab dia tak guna youtube. Hihi~)


So, dah tengok video mereka? Cool tak? Comel tak? Sempoi tak? Sila jawab dlm hati k. Haha~ So guys, nak tunggu apa lagi? Mehh ramai-ramai kita buat gwiyomi ni! Haha~ Thanks to lala coz benarkan aku letak video dia kat sini. Lots of love from me ;) Ada orang kata macam ni:

"Wehh gwiyomi tu layak untuk orang yg cute je, yg tak tu sila lah sedar diri"

Apasal cetek sangat pemikiran kau ni? Mehh aku terangkan kat sini, ciptaan Allah semua comel comel tau. Aku ulang, semua comel comel. So, sepatutnya perkataan seperti ini langsung tak wujud. Jangan marah naa, aku just cakap pandangan aku. Kalau salah, tolong perbetulkan. Hihi~ Cool bebeh, cool ;)

KBye, Assalamualaikum


  

Thank you for reading !

Nak Dikata...

Assalamualaikum

Nak dikata kecewa, dulu lagi aku dah kecewa
Nak dikata sakit hati, dulu lagi aku dah membunuh hati sendiri
Nak dikata aku sedih, dulu lagi aku dah puas bersedih.

Nak dikata aku jahat, tak tahu pulak kalau aku pernah teraniaya manusia lain
Nak dikata aku sombong, tak tahu pulak kalau aku pernah terpaling muka dari manusia lain
Nak dikata aku baik, tak tahu pulak kalau aku pernah menyenangkan hati manusia lain.

Aku tak minta untuk dihargai
Aku tak minta untuk difahami
Aku tak minta untuk dikasihani
Cukup kau sedar diri.

P/S: Actually, aku malas nak bermadah-madah di blog ni sebab bukan ini tujuan aku nak ber-blog. Tapi keadaan yg menekan aku untuk melakukan semua ini. Tiada manusia yg suka bersedih. Kekadang, kita perlu juga meluah bukan dgn manusia. Sebab masa tu kita fikir, tak siapa dapat memahami perasaan kita. Hanya DIA tempat teragung untuk mengadu, merintih dan meluah rasa. Hanya DIA.


KBye, Assalamualaikum

Thank you for reading !

Tuesday, 16 April 2013

Perubahan

Assalamualaikum

Hai readers! How are you guys? How's life? Semoga kalian sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah selalu. Today, aku nak cerita sikit pasal suatu hal ini. Alaa, ada lah. Nak tahu? Okay, teruskan membaca. Aku tahu, kebanyakannya rakyat Malaysia ni malas nak membaca terutama kalau teks yg panjang. Kan? Aku tahu, sebab kekadang aku pun cam tu jugak. Hihi~ Ada jugak sesetengah manusia bila buka blog orang lain dia tak baca, dia just tengok gambar yg ada kat dlm blog tu je. Betul tak? Hahaha~ Kcukup, lets we continue!

Kau tau tak bila manusia mula berubah ke arah yg lebih baik, mula lah manusia lain akan mengata dan berbisik antara satu sama lain. Yerr, kau tak payah nak tipu. Mostly, manusia memang macam ni. Contoh yg paling mudah lah berkaitan penutupan aurat. Ni yg biasa kita lihat dan perkatakan. Bila perempuan tak pakai tudung, mula lah orang nak umpat dia sana sini sampai aib dia pun dibuka tanpa memikirkan dosa pahala. Then, bila dia dah pakai tudung pun orang akan cakap jugak.

Bila dah pakai tudung, orang akan persoalkan pulak cara pemakaian dia. Pakai tudung tapi baju lengan pendek, seluar sendat, tudung tak cukup kain bla bla bla... Kan? Heyy manusia, melakukan perubahan biar sedikit demi sedikit asal istiqamah daripada perubahan mendadak tapi tak tetap pendirian. Bukan mudah, nak berubah ke arah kebaikan disertai dgn istiqamah. Bukan mudah, jangan kita jadi manusia yg hanya tau mengata orang. Lihat diri sendiri dicermin sebelum jaja cerita orang sana sini.

Mungkin dia nak berubah peringkat demi peringkat seperti dalam gambar ini:




Kan? Siapa tahu. Bila orang berada di posisi yg tak betul, nasihati lah dia dengan cara yg baik. Bukan dihina dan dihebahkan aib nya. Bukan. Islam tak mengajar kita macam tu. Kita jaga tepi kain orang tak pa sebab memang kita diingatkan untuk saling menasihati tetapi biarlah kena dengan caranya. Jaga tepi kain orang jangan sampai menyelak. Korang faham kan? Kalau dah sampai tahap menyelak tu memang patut kita bagi makan penyepak je. Hahaha~

"Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, jangan lah kau menasihatiku di tengah keramaian kerana nasihat dihadapan umum adalah sebahagian daripada penghinaan yg tidak suka aku mendengarnya - Imam As-Syafie"

Aku tak spesifikasi kan sesiapa pun dlm entri ni, aku cakap random dan aku jugak tak cakap yg aku tak tergolong dlm kalangan orang yg suka mengata sana sini. Aku buat entri ni sekadar untuk berkongsi disamping memperbaiki diri. Mungkin akan ada yg berkata aku berlagak baik, alim or whatever lah. Biarlah, mulut orang kita tak boleh nak tutupkan. Selagi mampu bersabar, sabar. Allah tahu apa niat kita walau satu alam ni pandang kita buruk. Hina di mata manusia tiada apa-apanya jika dibanding kehinaan disisi Allah.


  
"Butakan mata, pekakkan telinga, celikkan hati daripada orang yg cuba menjatuhkan kita - NAAR"

Apa yg aku tahu, aku menulis bukan untuk menyindir atau menyakiti hati sesiapa melainkan peringatan untuk diri sendiri dan umat manusia. Kalau kau nak dengar, dengarlah. Kalau tak, kena jugak dengar! Hihihi~ Aku dah buat apa yg aku rasa patut. Sama-sama lah kita memperbaiki diri, Allah tak lokek hidayah cuma manusia ja yg lokek nak tadahkan tangan dan meminta dari NYA. Berusaha lah untuk berubah ke jalan NYA, pasang lah niat lillahi taala. Apa yg penting, bersangka baik dengan Allah dan jangan sesekali berputus asa dari rahmat NYA. InshaAllah, ada jalan nya :)


KBye, Assalamualaikum

Thank you for reading !

Monday, 15 April 2013

Aku Rindu

Assalamualaikum

Tetiba aku tersentuh melihat gambar kawan-kawan aku dlm pendrive ni. Honestly, aku rindu sangat dengan dorang. Aku rindu. Terbuka folder gambar yg ada muka-muka classmate ni membuatkan aku sedih. Aku baru perasan yg kami dah tak akan dapat berkumpul dibawah satu bumbung lagi. Aku baru perasan yg aku dah menamatkan zaman persekolahan. Aku baru perasan yg aku sangat rindukan mereka! Rindu wehhh!! :( Heyy, aku rindu gila nak mati dgn kalian. Kalian rindu aku tak? Hahaha~

Alangkah indah nya hidup bila zaman persekolahan tu boleh di-replay macam kita dengar lagu. Bila rindu, replay. Bila tak, pause. Kan? Kawan aku yg paling suka menyakat dan menyakitkan hati aku adalah Ainal Sapri Abd Rahim. Hahaha~ Nama bapa kami sama, bangsa sama cuma pendapat je yg tak pernah nak sehaluan. Dia lah paling dajal bagi aku, tapi dia jugak yg paling aku rindu (nal, kau mesti baca ni! Hahaha~) Pendek-pendek tagap, leher tiada. Kan nal? =p

Dalam kelas aku macam-macam ragam manusia ada. Ada yg nerd, ada yg bising tak kira masa, ada yg ketawa tak pandai kawal, ada yg tidur je. Semua ada. Macam dalam gambar ni:




Aku rindu nak dengar si Pian menyanyi dlm kelas time math lepas tu disambung pulak oleh kami. Semua lagu-lagu legend yg dinyanyi nya. Kekadang aku confuse, kelas kami ni kelas account kah kelas muzik? Hahaha~ Semua gila menyanyi terutama masa math sampai teacher pernah cakap cenggini "Oii, Jangan bising eh. Ini kelas math kah kelas muzik?". Hahaha~ Dengan loghat cina nya lagi. Sungguh, aku rindu nak hadap semua tu balik. Rindu...

Aku rindu nak memain dlm kelas. Aku rindu nak kacau si Ina yakni bestfriend aku. Aku rindu nak sakat bebudak cina dlm kelas aku terutama Wong, Chung and Ho. Hahaha~ Aku rindu tahu? :/ Bebudak lelaki berbangsa Melayu dlm kelas aku pulak hanya tahu menganjing, mintak spen dan buat bising dlm kelas. Sampai kan aku pernah menangis gegara mereka. Lepas tu baru dorang haru biru nak pujuk aku balik terutama si Hafiz =p Tahu pulak takut bila aku marah, masa mengolok tak ingat dunia tentang perasaan orang. Haa kan dah kena sebijik. Haha~

Aku rindu Haryati, Ainal, Ain, Reni, Yana, Hanim, Aisyah, Farah, Hui Shan, Hung Cheng, Chung, Ina, Sida, Azlin, Fiza, Pitik, Liza, Dayang, Iba, Nafi, Sufyan, Uzair, Azwan, Hafiz, Reo, Asis, Shazree, Ho and Yong. See, aku masih ingat nama kalian. Sampai mati aku tak kan lupa. Aku rindu kamu semua. Korang rindu aku tak? Hihi~

Guys, lepas ni kita akan bawa haluan masing-masing dan yg pastinya kita dah tak dapat nak berkumpul macam dlm kelas lagi. Tak dapat nak ketawa sesama macam dlm kelas. Semua dah berlalu dan aku semakin rindu. Peduli lah korang nak gelakkan aku kah apa. Aku tak kisah. Hahaha~ Sekarang aku baru sedar yg kata-kata si Ainal dulu sangat benar. He said "Kau marah lah aku ripa, nanti habis sekolah aku lah yg paling kau rindu tu. *sambil tersengih-sengih*" and now, I did!


 I miss you guys :(


 Ainal, Nafi and Pian. Ni lah manusia pembising dan paling suka mengacau serta melalak kat dalam  kelas. Hahaha~ Macho lettew =p


 Ini lah wajah-wajah mereka setelah bebas dan merdeka. Habis paper akaun terus bergambar cenggini, malangnya aku tak de kat sini. Hmm :(


 Iba, Liza and Azlin. Inilah jelitawan kat dlm kelas. Ehh bukan, rabun-wan. Apa aku merepek ni? Hahaha~ Kalau aku senyum dgn dorang ni dari jauh dorang boleh buat derkk je. Sebab apa? Sebab rabun gila. Haha~ =p


Ina and me. Tudung hancur gila masa ni sebab otak dah penat berfikir untuk paper bio. Eh, apa kaitan? Ahh lantak =p Ini lah bestfriend dunia akhirat saya. Cinta sehidup semati saya. Hahaha~ Aku paling sayang dia ni. Kalau masa rehat macam belangkas. Ke sana ke mari mesti sesama. Kawan susah senang. I love you na :)


Haa, gambar dorang ni special sikit sebab tak pakai baju sekolah. Bukan apa, muka dorang ni mahal sangat termasuklah yg kat tengah-tengah tu. Hahaha~ Dari kiri ain, haryati, me, farah and aisyah. Dorang semua ni pandai-pandai dan paling pendiam kat dlm kelas. Eh, ye ke? =p Gambar ni diambil masa dorang g beraya kat rumah aku, last year.


Aku nak korang tahu yg kamu selalu ada di hati ku. Kenangan bersama kalian terpahat kukuh dlm ingatan. Semoga kalian berjaya dunia akhirat. Bila berjaya nanti, jgn lupa aku tau. Jangan lost contact. Lastly, I love you all :)
Sorry lah panjang sangat entry ni. Hihi~ Ada masa umur panjang aku update lagi.

KBye, Assalamualaikum




Thank you for reading !

Friday, 12 April 2013

Kegembiraan Tak Terzahir

Assalamualaikum

Hai all! How are you guys? How's life? Semoga semua sihat-sihat lah hendak nya yerr. Jaga kesihatan tau, nanti kalau korang sakit tak de lah orang yg nak baca blog aku lagi. Siapa yg susah? Aku jugak. Hahaha~ Hari ni aku telah pergi ke sekolah untuk mengambil sijil PKBM (L) dan bagi balik semua harta sekolah yg aku pinjam sepanjang aku berkhidmat dlm pkbm ni. Aku p sekolah bersama dua lagi kawan aku iaitu Sabrina (anak arab) and Aisyah.

Setelah berbincang semalam, kami pun bersetuju untuk turun ke sekolah pada hari ini. Bincang punya bincang, tercetus lah idea untuk menjadikan aisyah sebagai driver tak bergaji pada hari ini. Haha~ Dia yg ambil aku dan anak arab kat rumah masing-masing. Sampai je kat sekolah bebudak tengah rehat, okay memang best lah. Semua orang pandang-pandang kami, dah macam artis tersohor aku rasa. Hahaha~ Maaf lah ke-perasan-an ini tak dapat dikawal lagi. Ahh lantak =p

Masuk je pejabat am, jumpa kerani mintak perbetulkan anak arab punya surat lepas sebab nama bapa dia salah. Lepas tu hantar harta-harta pkbm ke pejabat Ustaz Hanif yakni guru penasihat pkbm laut ahh. Hari ni memang ulang alik je dari bandar ke sekolah sebab malas nak turun lagi lain hari tapi aku ni kena turun jugak lagi menghadap muka kerani di sekolah tu. Malas nyaaa! Anak arab dengan aisyah dah settle semua. Untung laa.

Actually, aku malas dah nak menaip. Korang tengok gambar je lah ye? Sungguh, kenangan semasa bergambar ni akan ku kenang sampai bila-bila. Bergambar di setiap sudut sekolah tu (Amboihhh, dulu tak sudi gila nak bergambar di sekolah sekarang ni dah terhegeh-hegeh nak gambar pulak. Hahaha~). Bergambar sambil berhujanan dan bergelak ketawa macam orang gila. Bergambar dalam hujan adalah hal yg paling menyeronokkan. Serious, wa tak tipu wehh! Tak percaya? Korang try lah bergambar di bawah shower. Hahaha~ Lets we check it out gambar yg sempat diambil! ;)


jeng jeng jeng...


 Kehijauan SMK TAWAU. Subhanallah :)


Gambar ni mempunyai seribu satu cerita di sebaliknya. Waktu ni hujan dan kami memang dah basah gila tapi ia nya langsung tak menghalang niat kami untuk memanjat di atas tu sambil berposing dgn gaya yg sangat cool. Eh? Cool ke? Hahaha~


Hahahaha! Sumpah gambar ni buat aku gelak gila nak mampus. Lawak gila ahhh Nur Aisyah. Agak-agak kalau dia buat macam ni pakai baju kurung sekolah macam mana eh? *imagine* Jangan marah naa, nanti kena jual. I love you. Muah muah! Hahaha~


Titew omey angat! Hahaha~ Sumpah geli lah cakap begitu tapi gambar ni sesuai dengan caption macam tu. Hahaha~ I love both of you, so much. Thanks for today my dear :)


Nur Sabrina dan Nur Aisyah. Sama cantik sama padan. Eh jangan salah faham, diorang ni sahabat sejati. Penampilan dorang berdua ni memang sopan gila. Betul, wa tak tipu. Sampai anak arab tu digelar ustazah pilihan. Hahaha~ Bestfriends till jannah. InshaAllah :)


This is me! First time aku buat entry tak banyak gambar aku, biasa tu muka aku je penuh. Hahaha~ Ehh mesti lah, kan ni blog aku! Tak kan aku nak letak muka kau kot? =p Inai masih merah dijari menyebabkan ramai yg membahan aku di sekolah tadi termasuklah kerani-kerani tu. Malu titew tau :(


 Saya cantik. Eh bukan, gambar saya yg cantik. Saya gemuk. Eh bukan, gambar saya yg gemuk. Hahaha~ Honestly, aku suka gila gambar ni. View nya cantik sangat. Siapa setuju dgn aku? Yes kita geng! =p


Sebelum pulang dari sekolah tadi dorang berdua ni gelakkan aku sebab aku tersalah kereta! Punya lah besar ketawa dorang. Aisyah sampai terduduk gegara ketawa. Tapi yg paling besar ketawa tu aku jugak lah. Hahaha~ Berlari dlm hujan semata-mata nak masuk dlm kereta tetapi kereta yg dikejarkan itu adalah kereta orang lain. Mau tak terduduk ketawa. Hahaha~ I'll miss this moment babe. Aku happy sangat hari ni and thanks to aisyah sebab sudi ambil dan hantar aku pulang dgn selamat. Hahaha~ Next time kita jalan bertiga lagi tau tapi mungkin masa tu aku pulak jadi drebar ;)

KBye, Assalamualaikum




Thank you for reading !

Thursday, 11 April 2013

Tidak Dihargai

Assalamualaikum

Aku selalu cakap "Jangan datang dalam kehidupan seseorang kalau tak tahu nak menghargai". Ye, aku selalu cakap. Pada pandangan kau, ucapan ku yg satu ini membuktikan bahawa aku menyesali atau menyalahkan takdir yg telah diberikan buat ku. Kan? Jangan membuat andaian terlalu cepat tanpa kau memikirkan kenapa dan mengapa aku berkata demikian. Jangan.

Heyy manusia, kau terlalu kolot dalam pemikiran sehinggakan dalam kepala otak kau tu penuh dgn andaian negatif. Tak boleh kah kau ubah cara pemikiran kau? Keluar dari kepompong kekolotan itu. Kalau sesama manusia pun kau selalu bersangka buruk bagaimana pulak sangkaan kau terhadap DIA yg Maha Kuasa? Hari ini kau caci dan keji dia, siapa tahu esok lusa si keji itu juga yg kau cari untuk membantu kau dalam permasalahan yg kau reka sendiri.




Kau harus ingat, di atas muka bumi ini ada manusia lain lagi yg turut menumpang sama macam kau. Dalam kehidupan ni, tak boleh terlalu ego dan tak boleh juga terlalu merendah diri sebab nanti manusia lain pijak kepala kau. Ego yg tak bertempat bukanlah menunjukkan kau hebat di mata manusia lain sebaliknya orang akan mengata kau dari belakang. Kehebatan seperti itukah yg kau inginkan?

"Jangan datang dalam kehidupan orang lain kalau tak tahu nak menghargai". Aku cakap seperti ini bersebab, bukan sekadar suka-suka. Cuba kau letak diri kau ditempat aku dan hayati apa yg berlaku dlm kehidupan aku. Adakah kau mampu?




Kau selalu ada di saat susah dan senang, selalu membantu dia dlm setiap apa pun permasalahan nya. Sedikit pun kau tak pernah berkira terhadap pertolongan itu. Tetapi bila pertolongan kau yg tak terkira itu tak pernah dihargai, perasaan kau tak terjaga oleh nya. Cuba letak diri kau di situasi ini, adakah kau senang hati menghadapinya? Adakah adil buat kau? Adakah kau bahagia dgn perlakuan nya itu? Sebab tu aku kata, jangan datang dlm kehidupan orang lain bila tak tahu nak menghargai. Aku tahu rasa sakitnya bila tak dihargai oleh manusia lain dan mungkin juga ada yg pernah merasakan hal yg sama seperti aku. Sebelum berkata-kata, fikir.

Aku tahu, Allah menguji aku dgn mengirimkan manusia seperti dia dan kau dlm kehidupan aku. Aku tahu itu. Mungkin dgn kewujudan kau dan dia mampu membuat aku lebih tabah dlm menghadapi dugaan di hari-hari yg mendatang. Sabar. Ya, hanya itu yg aku punya sekarang ini dan aku percaya Allah telah merancang yg terbaik untuk kehidupan ku kerana percaturan Allah itu sentiasa indah. Wallahualam.


KBye, Assalamualaikum



Thank you for reading !

Tuesday, 9 April 2013

Novel

Assalamualaikum

Hai semua! Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk mencoretkan rahsia hati di sini. Hahaha~ Tak de nya rahsia hati, just share benda-benda yg berfaedah walaupun kekadang suka mengarut. Hihihi~ Dulu masa aku darjah 6, aku dah mula membaca novel. Awal nya kan, mungkin terlebih matang. Eh? Haha~ Aku masih ingat, novel pertama yg aku baca ialah novel "Bisikan Rindu". Pernah baca tak? Alaa, novel yg ni haa..


Ada getar didalam dada bila kau menyeru namaku - Mimie Afinie


Novel Bisikan Rindu ni boleh tahan jugak lah. Best jugak, pada mulanya aku baca novel ni sekadar untuk suka-suka je tapi tak sangka lah pulak ia nya lahir menjadi minat. Novel ni adalah kepunyaan mak cik aku. Masa tu aku tak de novel sendiri lagi, baru tahun 6 wehh! Mau kena pancung oleh mama beli novel dengan umur semuda itu. Hahaha~ Lepas tu aku tak ingat dah novel apa yg aku pernah baca. Tapi kat bawah ni aku ada letak gambar novel yg paling aku suka walaupun dah berulang kali dibaca. Hehe~ Antaranya ialah..


Jeng jeng jeng...


 Rinduku umpama ombak yg tak berhenti
Kasihmu bagai pantai yg setia menanti - Fauziah Ashari


Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu - Damya Hanna


 Hanya dirimu yg bisa membawa syurga dalam hatiku
Tanpa dirimu kuhanya manusia tanpa cinta - Siti Rosmizah


 Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yg membakar mengeringkan
Segala keindahan yg penuh kepalsuan - Siti Rosmizah


 Air tanganku ini mengalir bersama sejuta rasa cinta - Nureen Mirza


 Ayat-ayat cinta - Habiburrahman El Shirazy


Hati Kala Cinta - Hani Fazuha


Itu lah antara novel yg aku suka baca tapi yg paling teramat sangat aku suka baca novel Hati Kala Cinta tu. Best gila wa cakap sama lu. Betul.. Kalau tak percaya, p lah beli then baca. Confirm tak rugi punya. Hehe~ Dulu, masa masih sekolah aku memang gila baca novel, kalau boleh semua novel orang nak dipinjam. Sampai lewat tidur gegara penangan novel ni. Haha~ Tapi sekarang, aku macam tak de mood nak sentuh novel padahal dulu sebelum spm kemain lagi sampai siap cakap "tunggu, habis je spm semua novel aku khatam kan". Hahaha~ Sekarang, habuk pun tarakk. Hmm

Btw, sekarang ni aku tengah nak try baca novel yg dikarya oleh Ramlee Awang Murshid, penulis thriller no.1 di Malaysia. Ramai orang kata novel-novel dia best. So, aku pun nak jugak membaca novelnya tu setelah sekian lama minat aku yg satu ini aku tinggalkan. Hehe~

Selain novel, aku pun minat gak baca bahan ilmiah atau buku-buku yg penuh dengan motivasi. Haa, yg tu aku akan share di lain entry k. Entry kali ni just for novel. Ada masa nanti aku update lagi.

KBye, Assalamualaikum




















Thank you for reading !

Sunday, 7 April 2013

Rapuh

Assalamualaikum

Hai readers! How are you guys? How's life? Semoga sihat-sihat lah hendak nya yerr. Kali ni aku nak share dengan korang lagu yg sememangnya menarik. Betul, wa tak tipu. Hehe~ Tajuk lagu tu adalah Rapuh yg dinyanyikan oleh Opick. Aku suka lagu-lagu Opick ni, tenang jiwa mendengar nya. Tak percaya? Korang try lah dengar. Enjoy ya! :)



Rapuh - Opick


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu.

Thank you for reading !

Thursday, 4 April 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Hai semua! Entry kali ni adalah berkenaan tentang result SPM aku. Aku tahu lepas je tanggal 21 Mac hari tu aku ada update blog tapi aku tak de cakap pasal result. Ye aku tahu. Kali ni aku baru ada kekuatan nak cakap pasal result. Aku nak update bukan nak berlagak, bukan juga nak menunjuk-nunjuk dan bukan juga untuk memohon simpati orang lain *cehh*. Bukan bukan bukan! Siapa yg fikir macam tu bebanyak istghfar. Hehe~ Let's we continue *tarik nafas dalamdalam dan hembus sekuat mungkin* Hahaha~

21 MAC 2013 adalah antara tarikh yg paling bersejarah dan bermakna dalam hidup aku. Masa aku sampai kat sekolah semua orang dah kecoh dgn keputusan students yg gempak gila. Aku terkedu dengar keputusan dorang, rasa nak nangis pun ada gak. Tak kurang juga dgn bebudak kelas aku yg bising gila sebab dorang dah cek melalui sms. Jerit sana sini. Aku faham perasaan dorang bila memperoleh sesuatu yg tak disangka-sangka. Aku faham.

Dalam jam 11 lebih slip dikeluarkan. Masa tu sekolah memang bising gila dengan jeritan-jeritan kami. Masa aku sign nak ambil slip dari Madam Norlela yakni guru account aku, tangan memang dah menggeletar gila sebab nervous. Habis sign tu, junior aku yg ambil slip tu iaitu zaza and echa sebab aku tak sanggup nak tengok. Aku takut result aku buruk. Aku takut gila masa tu. Lepas junior aku tengok result tu, dorang takut-takutkan aku yg aku tak berjaya mengumpul banyak A. Memang masa tu air mata dah bergenang lah weyy. Tinggal tunggu gugur je. Hahaha~

Lepas dorang gelakkan aku sebab tengok muka aku yg nervous gila tu, mereka membuka slip tu di depan mata aku. Aku tengok je keputusan aku yg semua kredit dan terdapat 5A disitu, aku menjerit sambil peluk kawan aku. Memang peluk kuat gila sambil mengalirkan air mata. Bahagia nya hanya Allah ja yg tahu. Rasa syukur yg aku panjatkan kepada NYA hanya DIA yg tahu. Kegembiraan ini dikongsi bersama sahabat-sahabat aku yg berjaya memperoleh keputusan yg sangat cemerlang. Alhamdulillah.

5A, bagi aku dah cukup banyak sebab biasanya exam sekolah paling tinggi 2A je tu pun ada gagal. Aku tak malu untuk mengaku aku pernah gagal. Sebab itu yg menjadi pembakar semangat aku untuk terus berjaya. Thanks to Allah sebab memberi aku semua ini. Walaupun tak semua A, aku sangat bersyukur sebab result seperti ini langsung tak pernah terlintas di fikiran aku. Langsung tak pernah.

Pada hari itu, aku mengalirkan air mata. Bukan sebab sedih, bukan sebab kecewa dan bukan juga sebab kesal. Itu adalah air mata kegembiraan yg sampai mati akan kekal dalam ingatan. Aku sangat bahagia sebab berjaya membuat kedua orang tua ku tersenyum gembira. Alhamdulillah.. Kejayaan ini akan aku kenang sampai bila-bila. Terima kasih Allah. Terima kasih mak abah. Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih semua.  :)

MY OFFICIAL RESULT: 5A 2B 2C+



Ni lah perempuan yg menangis sambil jerit sambil peluk orang masa dapat tahu result dia. Slip sampai renyuk kat tangan. Ya, ni lah perempuan tu. Nurul Arifah Abd Rahim :)



Ye aku tahu cerita ni dah lapuk. Aku tahu. Lantaklah, asal aku gembira. Hahaha~ Tahniah buat semua pelajar lepasan SPM 2012 yg mendapat keputusan cemerlang. Tahniah tahniah tahniah :) Sampai sini je entry kali ni. Ada masa, umur panjang aku update lagi :)

KBye, Assalamualaikum

Thank you for reading !

Monday, 1 April 2013

Jar of Hearts

Assalamualaikum

Hai semua! Aku ada masa terluang sekarang ni (padahal hari-hari pun free gak. Hahaha~). Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku rajin nak update blog, mungkin sebab aku comel kot. Eh? Malunya titew! Hahaha~ So, aku nak share lah satu lagu ni. Alaa, kalau korang tengok title pun dah boleh agak kan lagu apa yang aku nak share ni. Lagu Jar of Hearts yang dinyanyikan oleh Christina Perri. Ni adalah antara lagu yang paling aku suka dengar. Korang suka tak? Yes, kita geng! Liriknya aku ambil dari google k, google memang hebakkk ahh. Haha~ So, enjoy ya! :)



Jar of Hearts - Christina Perri


I know I can’t take one more step towards you
Cause all that’s waiting is regret
And don’t you know I’m not your ghost anymore
You lost the love
I loved the most

I learned to live, half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin’ round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Who do you think you are?

I hear you’re asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Who do you think you are?

And it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises

And now you’re back
You don’t get to get me back

And who do you think you are?
Runnin’ round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Don’t come back at all

And who do you think you are?
Runnin round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don’t come back for me
Don’t come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

p/s: Korang boleh lah share pulak lagu-lagu yang best diruangan komen tu k :) 


Thank you for reading !