Tuesday, 15 January 2013

Entry Gambar '2012'

Assalamualaikum

Hai semua! Kali ni gua ter-rajin pulak nak update blog. Ehh tak de lah rajin sangat, ni pun just nak post photo je. Semua photo. Hahaha~ Okay let's we check it out!




Jeng jeng jeng.....




Ehem ehem.. Okay, ni first gambar. Gambar ni diambil masa aku g beraya dgn bebudak kelas aku and it was taken by Ina. Aku nak nyatakan disini bahawa tudung bawal amat menjengkelkan. Lihatlah dalam gambar tu. Lihatlah lihatlah. Hahaha~ Sapa setuju? Yes, kita geng! =p


Saya adalah pelajar yg menduduki SPM pada tahun 2012. Ya saya lah yg dalam gambar tu, habis siapa lagi. Haha~ Gambar ni diambil masa aku nak jawab paper biology. Sempat lagi kan? I miss my school. I miss my uniform biru putih. Rindu nak pakai tudung sekolah macam tuu :(


Hai saya Nurul Arifah Abd Rahim. Ayu tak saya? Ayu tak ayu tak? Haha~ Gambar ni di ambil masa raya last year jugak. Masa ni pulak aku g dgn bebudak yg sekelas dgn aku masa form 3. Aku baru terasa nak bergambar di buaian ni. Biasa tu, tiap tahun beraya gak kat sini tapi tak terfikir lagi nak ambil gambar di buaian tu. Hehe~


Peace yoww! Gambar ni macam blur kan? Tapi aku letak jugak sebab gambar ni kenangan masa aku dapat sijil sebagai penolong ketua kelas yg paling bertauliah (Tak de ny paling bertauliah tu, aku je mengada nak letak. HAHAHA~)


Oo ya, ni masa Hari Raya Aidiladha. This photo taken by my younger sister, diba. Entah apa motif bergambar kat situ. Belakang aku tu pokok inai, tau kan inai tu apa? Alaa, yg kalau orang nak kahwin dia pakai kat jari tu, yg merah-merah tuu. Biasa tu kalau orang dekat rumah nak pakai inai, selalu mintak dgn kami. Ehh sempat promo inai pulak kan? Hahaha~ Dah dah. 


 Heyy I love this picture! Nice right? Bukan mudah nak dapat bergambar dgn wanita macam ni. Hehe~ Perempuan yg berpurdah lagi putih melepak tu kakak sepupu aku. Menawan kan? Ni baru lah ciri-ciri isteri yg baik. Kakak sepupu aku ni dah beranak 4 pun but she's still maintain. Dia ni putih melepak weyy, wa tak tipu lu. Lu tengoklah beza tangan dia dgn wa. Putih kan? ;)


Tadi dgn wanita berpurdah, kali ni dgn kembar pulak. Yeayy bestnyaa! Haha~ Haa, gambar ni masa aku g beraya dgn dorang. Comel kan? Kalau dorang bergaduh lagi comel. Yg belah kiri tu kakak dan yg kanan tu adik. Yg kakak nama dia Hasidah dan yg adik Hasirah. Haha. Sama je muka, photostate betul. Hahaha~ Dorang ni pintar, lebih-lebih lagi dalam subjek add math ;)


 
Tadaaa! Yg ni gambar aku utk tahun 2013 and its will be the last photo for this entry. Tak de apa yg aku nak cakap pasal gambar ni sebab tangan aku dah cramp menaip. Hahaha~ Apa-apa pun, aku tetap paling comel =p


Okay guys, sampai sini je entry utk kali ni. Gambar yg aku share kat sini semua last year punya, dah title pun aku tulis macam tu kann kecuali lah yg last tu. Hehe. Aku tengah fikir nak isi borang upu nak pilih course apa. Doakan aku dipermudahkan segala urusan dan mohon kalian mendoakan aku memperoleh result yg cemerlang dalam SPM 2012. Thank you guys, may Allah bless you always :)

KBye, Assalamualaikum







Thank you for reading !

Saturday, 12 January 2013

Driving

Assalamualaikum

Hai semua! How are you guys? How's life? Hehe~ Ohh sungguh lama gua tak update blog kan. Rindu aku tak? Rindu tak rindu tak? Alaa, aku faham korang rindu sangat kan. Aku faham (lagak dirindu). Haha~ Memang lama, last update tahun lepas. Tahun lepas? Wahh macam berkurun je bunyinya padahal baru beberapa hari yg lepas =p Actually dari hari tu lagi aku nak update tapi banyak sangat halangan, ni pun aku baru habis sakit. Perkara yg aku nak share hari ni pun sebenarnya cerita yg dah lepas. Haha~ Dah lapuk ke? Ahh apa aku peduli, nak update jugak! Tengok title pun dah boleh agak kan apa yg aku nak cerita. So, lets go bebeh!

Cerita ni berlaku pada 11 Januari hari tu, masa hari jumaat. Cerita bermula apabila cikgu yg ajar aku drive menghubungi aku pagi jumaat tu. Beliau just inform kat aku bahawa pada petang tu aku perlu ke IM sana untuk latihan memandu. Fyi, ini kali pertama aku memijak pedal minyak, memijak clutch dan memijak brek atau dalam erti kata lain memandu (Saje sebut satu-satu nak bagi ayat panjang. Haha~) Sebelum jam 1 p.m aku dah tercongok kat IM sana.

Masa dah terjumpa dgn cikgu, dia pun panggil aku masuk kereta. Masa dalam kereta, dia duk tempat pemandu and aku duk kat sebelah dia. Lega sikit masa tu, sebab aku ingat dia nak suh aku memandu terus rupanya tak. Dalam kereta tu dia suruh aku tandatangan macam-macam. Macam artis dah aku rasa. Hahaha~ Lepas tandatangan semua tu, cikgu aku terangkan pula benda yg perlu dibuat sebelum mulakan pemanduan. Then, dia pun mula gerakkan kereta tapi kat dalam IM tu jugak.

Sampai kat suatu tempat lapang, dia stop kan kereta. Then aku dan cikgu tukar tempat duduk. Pehh, masa ni aku rasa nak luruh jantung. Masa aku kat tempat pemandu tu enjin kereta tak hidup lagi. Cikgu aku just ajar cara nak tukar gear dan macam-macam lagi. Lepas aku dah boleh ingat semuanya, cikgu aku suruh hidupkan enjin sebab dia nak aku drive dekat kawasan lapang tu. Masa tu Allah ja tau apa perasaan ni bila mula menekan pedal minyak. Rasanya semua tak kena, oksigen macam tak sampai ke otak, fikir takut kereta masuk ke longkang lah takut terlanggar pokok lah. Semua difikir. Hahaha~

Tapi Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar. Masa aku drive kat dalam IM tu, macam-macam yg jadi. Enjin hampir 10 kali mati, kereta asyik-asyik mengaum macam harimau dah aku dengar, dgn brek mati nya lagi. Marah agaknya kereta tu aku asyik brek mati, tu lah pasal dia mengaum terus. Haha~ Gara-gara aku asyik brek mati cikgu aku sampai cakap cam ni "Nasib baik sy tiada sakit jantung oO nurul, kalau tak dah lama sy jalan". Hahaha~

Yg paling best masa hari pertama aku drive tu, aku dah berjaya membawa kereta keluar dari IM. Drive kat jalan raya weyyy!! Masa tu aku teriak kat dalam hati "gud job arifah! You're the best girl in the world!". Haha~ Apabila keghairahan melanda, begitulah jadinya. Satu benda yg aku perasan masa aku drive tu, banyaknya kereta beratur kat belakang kereta aku gara-gara aku drive dgn kelajuan 40km sejam. Laju kan? HAHAHA.

Okay guys, sampai sini je entry kali ni. Ada masa umur panjang aku update lagi. Doakan aku mohon dipermudahkan segala urusan. KBye. Assalamualaikum :)



Thank you for reading !