Saturday, 29 December 2012

Perempuan Itu Istimewa

Assalamualaikum

Hai semua. Entry kali ni aku nak share tentang keistimewaan manusia yg bergelar wanita melalui hadis Rasulullah SAW. Semoga ia nya mampu memberi manfaat ke dalam kehidupan kita.
InsyaAllah :)

19 Hadis Rasulullah SAW Mengenai wanita
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam

rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang limawaktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Barangsiapa mempunyai harta yang banyak, akan lama hisabnya pada hari Akhirat.” Hadis Riwayat: Imam Ahmad bin Hanbal
 Sumber : Tanyalah Ustaz (FB)
 Pahat lah informasi ini dalam ingatan anda semua terutama insan yg bergelar wanita. Rugilah sekiranya kita sia-sia kan apa yg telah Allah tawarkan :) Semoga kita menjadi wanita yg berjaya di dunia dan akhirat. Amin..
K Bye, Assalamualaikum  


Thank you for reading !

Wednesday, 26 December 2012

Ohh Bahagianya !

Assalamualaikum

Hai semua. Rindu aku tak? Rindu tak rindu tak? Ohh tak payah cakap aku tahu korang rindu kan. Haha~ Di saat aku menulis ni aku tengah mendapat gangguan daripada tv. Rancangan realiti tv ni telah berjaya membuatkan aku menekan backspace berkali-kali. Oo ya hari ni aku nak share pasal computer test yg telah selamat aku jalani tadi. Terlalu selamat sehingga aku rasa cuma aku manusia yg paling bahagia di bumi Allah ini =p Aku juga nak cakap di sini bahawa sebelum mendapat keputusan test tu aku tak de lah bahagia mana. Sedih je dalam berapa hari ni. Emosi tak stabil agaknya. Hehe~

Okay mehh aku cerita apa yg berlaku siang tadi. Guru yg bakal ajar aku drive nanti dah inform awal-awal kat aku, masa hari ceramah tu lagi. She's call me 'NURUL'. Aku rasa janggal lah pulak bila dipanggil macam tu sebab semua orang panggil aku 'ARIFAH'. Only my mom yg panggil aku nurul tu. Ehh perlu kah nak bagitau pasal ni? Eh eh, of course perlu kalau aku semua perlu =p Okay continue. Cikgu aku tu inform suh datang pukul 7 pagi. Alih-alih aku terbangun pagi tadi jam 7.15 dah, nak terkeluar biji mata aku tengok jam di hp tu. Kelam kabut p mandi then iron baju, nasib baik baju tak hangus.

Then bila dah nak pakai tudung, aku baru teringat yg aku dah janji dengan aisyah nak p ambil test sesama. Masa tu aku direct tengok hp dan aisyah dah text pun tanya aku kat mana. Aku apa lagi terpaksa lah tipu sunat (jangan ikut ya kawan-kawan, tak de istilah 'tipu sunat' dalam islam. Hehe~) kata aku otw padahal tak pakai tudung lagi. Sorry aisyah. Aku sampai kat Institut Memandu dalam pukul 7.45 pagi. Amacam, express tak aku bersiap? Setengah jam je. Haha~ Sampai je aku kat IM tu, aku tengok aisyah dah tercongok menunggu. Lepas berjumpa dengan aisyah, kami terus p practice computer sebelum berhadapan dengan test yg sebenar.

Aku practice dua kali, aisyah sekali je. Maklumlah, aisyah kan hebat sekali practice direct pass. Masa aku practice kali pertama dapat 38 je dan itu bermakna GAGAL. Sebab tu aku ulang lagi practice kali kedua, masa yg kedua tu aku dapat 47. Amacam, hebat tak aku? Hahaha~ Aisyah punya markah pulak 43, tu yg dia nak sekali je practice sebab dah pass. Actually, markah lulus 42/50. Haa dah tahu kan markah lulus, apa tunggu lagi p lah cepat ambil lesen. Hehe~ Apabila dah berpuas hati dengan practice tu kami pun terus pergi mySpeed untuk ambil test yg sebenar. Masa dalam kereta aku dah berdebar-debar macam nak ambil spm pun ada jugak rasanya. Bukan apa, kalau gagal test ni kena bayar lagi balik untuk ambil test kali kedua, kan payah tu membazir lagi.

Sampai je di mySpeed aku dengan aisyah terus bagitau kerani tu yg kami nak ambil test. Then dia cari nama kami di computer tu tapi tak de. Aku pun pelik lah kan sebab dah bayar tak kan nama tak da lagi. So, mak aku yg secara tak rasminya menjadi PA terhormat aku pada hari ni telah menelefon ke IM sana untuk tanya kenapa nama kami belum ada lagi. So, kerani di IM tu bagitau yg di situ blackout so tak boleh transfer nama ke mySpeed. Dan masa tu i was like 'Woww! apa kejadahnya letrik ni buat hal masa aku nak ambil test ni!'. Double wow gitu. Hahaha~ So, kami pun membuat keputusan untuk pulang.

Actually aku tak pulang pun aisyah je yg pulang, aku pulak p merayau je dengan mak gua di bandar teman dia berurusan dan bersarapan pagi di kopitiam pada pukul 10.30 pagi (Cakap dengan satu nafas je ni. Haha~). Lepas je bersarapan, dalam jam 11.30 macam tu aku call balik IM tanya dorang dah transfer nama kah belum and she's said yes. And then aku inform dekat aisyah tapi masa tu dia dah kat rumah so, aku pun terus p mySpeed untuk mengambil computer test bersendirian. Hehe~ Sampai je kat mySpeed sana aku dah seram sejuk. Ambil number then tunggu dipanggil. Masa number aku dah dipanggil aku tengok mak aku dan dia senyum (bagi semangat lah kann). And then kerani tu suh bayar RM10 dan duduk kat situ untuk bergambar. Masa nak digambar tu aku macam tak mahu senyum sebab depan orang ramai okay bergambar. Malu !!!

Selepas itu, aku di suruh masuk ke dalam bilik computer tu. Masa tu aku rasa macam nak pecah dada ni menahan debaran. Hahaha~ Aku jawab soalan tu dengan tenang, lepas jawab 50 soalan tu aku semak balik. Dah tinggal 10  minit nak habis masa baru aku berani nak tekan 'Ya', tu pun aku tutup mata sambil tunggu apa yg bakal terpapar di skrin computer tu sama ada gagal ataupun lulus. Hahaha~ Sekali aku bukak mata, aku tak tengok markah lagi aku tengok dulu lulus/gagal. Apabila aku terlihat perkataan LULUS, serasa aku nak menjerit bagitahu satu alam yg aku lah manusia paling gembira di bumi ini. Nampak tak betapa hiperbolanya aku disebabkan ke-excited-an (perkataan apakah ini. HAHAHA~) yg melampau. Nampak tak nampak tak? Haha~

Apa? Nak tahu markah aku? Alaa, markah aku sikit je 44/50. Kurang lagi 3 gagal lah jawabnya. Haha~ Tak pa lah, aku pun membaca buku ala kadar je so alhamdulillah lulus. Alhamdulillah jugak sebab aisyah pun lulus, aku tak boleh nak papar marah dia kat sini sebab tak mintak kebenaran lagi. Keluar je dari bilik computer tadi aku senyum terus sampai sekarang ni. Mak aku pun terus senyum sambil salam tangan aku dan memberi ucapan 'tahniah'. Ohh bahagianya saya.. :)

THE END

Eh eh sebelum tu, selama ni aku just cakap je kan nama Aisyah tu, haa sekarang ni aku bagi tengok orang dia :)


 Nur Aisyah. Nama seindah wajah, aisyah yg pakai shawl hitam dan baju merah menyala tu. 


Haa yg ni kau kenal tak sapa. Apa? Tak kenal?? Sila terjun laut kalau tak tahu. HAHAHA. This is me, Owner Blog :)

K Bye, Assalamualaikum.

Thank you for reading !

Sunday, 23 December 2012

Nak Tahu? Bacalah =p

Assalamualaikum

Hai semua.. So how are you guys? Okay? Alhamdulillah. Not okay? Alhamdulillah too. Okay, actually aku bosan sangat duk kat rumah. Bosan yg teramat sangat! Tahu tak bosan sangat haa?? Tahu  tak?? (Excited sangat nak menaip sampai letak dua question mark. haha) Bosan lah, nak sekolah please :/ haha~ Ni lah masalah students di Malaysia, bila sekolah asyik tanya bila nak cuti, bila cuti tak sabar pulak rasa nak sekolah. Tak tahu nak bersyukur langsung. Hantuk sikit kepala kat dinding biar sedar diri supaya tahu nak bersyukur. HAHA~ Eh eh tapi aku tak sekolah dah, baru teringat yg aku dah jadi budak lepasan spm. Wow! Syoknyaa.. Sila lah jealous adik-adik. =p Aku dah terlalu banyak mengarut rasanya ni, dah jauh menyimpang dari perkara yg sepatutnya aku nak sampaikan. Haha~ K tak lucu pun. Okay sambung..

Okay, tadi pagi aku menghadiri ceramah untuk ambil lesen memandu. Kan 1st nak hadiri ceramah dulu baru boleh ambil computer test lepas tu baru boleh join bengkel lepas tu bla bla bla.. Haha~ Kemuncak dari semua perkara yg aku sebutkan tadi adalah JPJ test. Yes, tahu kan JPJ tu apa? Okay good.Yg ni rasanya satu alam tahu, kena JPJ test dulu baru boleh dapat lesen. Faham tak apa yg aku cakap ni? Apa? Tak faham? Alaa, tolonglah faham tolonglah tolonglah. Haha~

Aku agak takut lah jugak masa masuk dalm bilik ceramah tu sebab aku tak baca buku langsung. Kiranya macam zero habis lah. Ye lah, manalah tahu penceramah tu kena sampuk jin tetiba nak menyoal orang. Nasib baiklah dia tak tanya aku, dia ada buat demo panggil orang. Dan aku masih bernasib baik jugak sebab bukan aku yg dipanggil. Mana tak nya, bila penceramah tu tengah cari orang untuk dipanggil aku buat muka innocent je, pura-pura belek buku kononnya khusyuk sangat lah kan. Haha~ Sila lah contohi apa yg aku buat kalau korang takut utk dipanggil. Confirm lepas. =p

Aku memang bernasib baiklah hari ni sebab satu bilik ceramah dengan classmate aku iaitu aisyah. Dia memang ikuti ceramah jugak hari ni tapi masa dia inform aku dia cakap dia di bilik 6. Tup tup aku masuk pagi tadi dia dah tercongok kat tempat duduk. Ehh masa tu seronoknya aku rasa sebab tak de lah aku rasa kekok sangat at least ada kawan nak dibawak bercerita dan makan sesama time rest. Aku tak dapat bayangkan kalau aku sendiri kat situ walau hakikatnya ada 50 orang lagi dalam bilik tu. Haha~

Ceramah tu bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 2 petang. Itu seperti yg dijadualkan. Malangnya, ceramah tersebut bermula pada 8.30 pagi dan tamat pada 1.50 petang. Indah bukan? Lewat mula tetapi awal habis. Itu yg aku suka. Haha~ Tak de lah aku rasa nak terlepas pinggang sebab duduk terlalu lama. Secara keseluruhannya, ceramah ni menyeronokkan juga sebab penceramah dia best. Buat lawak tak henti sampai naik sakit perut aku sebab menahan ketawa. Maklumlah, itu kan majlis formal so aku tak boleh nak ketawa berdekah-dekah macam yg aku selalu buat tu sebab nanti penceramah tu pengsan pulak mendengarnya. Haha~

Aku rasa sampai sini je entry untuk kali ni. Actually, aku just nak cerita aktiviti aku untuk hari ni sebab tahap kebosanan gua sudah sampai ke tahap infinity. Mohon kalian memahami kalau entry ni membosankan sebab dah lama aku tak menulis. Terlalu lama. Ni baru kembali nak mengaktifkan diri untuk menulis sebab dah habis spm kan. Aku menulis bukan nak mengejar populariti. Tidak sama sekali. Aku cuma meminati perkara ini sebab ia nya menyeronokkan. Lebih baik bercerita kat sini daripada bercerita kepada manusia ramai sebab blog ni tak da perasaan busuk hati seperti mana manusia yg suka mereka-reka cerita. Ehh jangan lupa, disamping tu kita ada Allah :)


 Tidak mudah melakukan perubahan yg baik secara istiqamah. Bertahanlah arifah. Allah ada :)


Doakan aku dipermudahkan segala urusan.  May Allah bless us :)
Okay bye, Assalamualaikum






Thank you for reading !

Sunday, 16 December 2012

New Blog

Assalamualaikum

Ehemm hai semua! This is my new blog, blog lama aku dah g private sebab hambur sebab bla bla bla. haha~ Aku nak delete blog lama tapi tak sampai hati, banyak kenangan dekat situ. Sebab tu aku tak delete, kalau rindu boleh aku jenguk balik. New blog, new chapter of my life. Aku harap aku dapat share segala yg berharga disini supaya bila perkara yg indah itu hilang dari ingatan aku masih ada copy paste di blog ni. ^_^

Actually aku tak tahu nak update apa, sekadar utk memberitahu yg aku bikin blog baru, tu je. haha~ Okay, nanti aku update lagi. Aku rasa ini lah entry aku yg paling pendek, selama aku ber-blog semua entry berjela-jela panjangnya. haha~ Aku dah ketandusan idea ni, tak tahu nak cakap apa dah. Oo ya, kalau rajin-rajin tekan lah button follow kat atas tu k. InsyaAllah i'll hit you back :) Thank you.




Thank you for reading !