Saturday, 16 July 2016

Tips Kurus ArifahRahim (Kurus ke? Hahaha)

Assalamualaikum

Hari ni tetiba rasa nak bercerita, dengan pantas buka blogger.com. Sebab ramai sangat yang tanya aku macam mana boleh kurus, mintak tips kurus. Omg! Arifah yang gemuk tu dah kurus wehhh! Hahaha~ Entah lah, bagi aku belum kurus lagi tapi bila tengok angka di penimbang, agak memberangsangkan jugak lah. Segan sebenarnya nak share benda ni sebab rasa tak layak sebab rasa masih gemuk. Heee. Dengan rasa rendah diri, dekat sini aku kongsi serba sedikit tentang tips kurus walaupun tak berapa nak kurus lagi. Apa yang aku share dekat sini adalah apa yang aku buat dan lalui. Jadi, mana-mana yang berbeza daripada kalian buat, harapnya tidaklah dipertikaikan =)


Tips:

1) Diet yang sihat. Diet kena makan ya hakak-hakak, bukannya tak makan langsung. Kalau tak makan tu, bunuh diri nama dia bukan diet. Aku tak consume supplement, ubat kurus, fat burner dan sewaktu dengannya. Gigih buat secara natural. Korang boleh cari menu diet yang sihat dekat google, bersepah kat sana. Nak diet kena makan, jangan tak makan. No fast food, no junk food, no makanan bertepung. Aku still makan makanan yang digoreng like ayam goreng and ikan goreng tapi jarang. Mee pun makan jugak. Sayur dan buah jangan tinggal sebab dua benda ni baik untuk sistem penghadaman dan pencernaan kita. Aku tak makan nasi since december 2015. Sekarang dah ambil balik nasi cuma sangat jarang. 3 minggu or sebulan sekali baru makan nasi. Tak mudah tapi tu lah nak kurus kan, jadi hati kena sado bak konkrit. Hahaha~ Dalam seminggu diet tu, buat lah sehari cheat day dimana kau melantaklah apa pun tak kisah. Kiranya anugerah untuk diri sendiri setelah berjaya berdiet selama 6 hari. Haa giteww.


Ni lah tanggapan manusia-manusia yang obses nak kurus. Sebut ja diet, terus conclude tak boleh makan. Gila ke? Kita makan untuk hidup tahu? Makan jangan tak makan. Bersederhana =)


2) Workout. Nahh ini sangat penting. Since aku seorang pelajar, so bila dekat kampus aku akan jogging dalam 20-30 minit macam tu untuk setiap hari. Tapi bila dekat rumah macam sekarang ni aku tak jogging sebab kekangan tempat, so apa aku buat? Setiap pagi atau petang, aku exercise kat bilik tertunggang terbalik keluarkan peluh. Gigih nauuu seorang arifah ni. Hahaha~ Benda ni ambil masa, kau tak boleh expect hari ni kau jogging, berat on the spot turun 10kg *pitam mak*. Selain jogging, sit up, squad, plank and skipping pun sangat membantu. Kalau tak tau nak exercise macam mana, bukak youtube. Dekat sana banyak guideline dia bagi.


 Totally yes!


3) Detox. Dalam usaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal, detox pun sangat membantu. Kalau dekat rumah, aku guna buah lemon. Setengah biji buah lemon tu hiris nipis-nipis then masukkan dalam botol yang berisi air. Then, letak dalam peti ais biarkan semalaman, keesokan pagi nya boleh lah diminum. Tapi kalau dekat campus, aku minum CLENX TEA. Sebab buah lemon kan tak tahan lama. So, aku ganti dengan clenx tea. Lepas minum clenx tea ni, confirm 5-6 kali masuk tandas. Konklusinya, kena banyak minum air supaya tak dehydrated.


Ni haa clenx tea tu. Alhamdulillah tea ni berkesan pada aku =)


4) Moral support. Bagi aku benda ni paling penting sebelum nak mulakan misi kurus. Masa aku nak mulakan diet dan berazam betul-betul nak kurus, aku cakap kat kawan-kawan terdekat dan family aku tolong jangan ajak aku makan melainkan aku yang ajak diorang makan. Hahaha~ Aku cakap kat diorang kalau aku nak makan benda-benda tak sihat selain menu diet aku, tolong say NO, marah dan halang aku. Dalam erti kata lain, jangan bagi muka kat aku haa. Bagi lah ayat paling pedas pun aku tak kisah, asal aku dapat menghapuskan nafsu makan yang membuak-buak tu. Haa baru kau tau tinggi rendah nya langit tu nak kawal nafsu makan, nak buang segala kebiasaan tu. Pergh sakit siakkk tapi tu lah, nak kurus kan. Hahaha~
 

Aku rasa tu je lah kot yang aku boleh share. Nak kurus pun kena beringat jugak, buat ikut kemampuan. Kemampuan manusia lain-lain. Kalau tak mampu, jangan buat nanti sakit. Pelan-pelan takpa yang penting konsisten. Aku diet since 8 december 2015 sampai sekarang. Alhamdulillah, everything is okay. Kalau orang tanya aku kenapa nak kurus? Aku rasa nak sepak aje. Entah lah, gemuk orang mengata, kurus orang mempersoal pulak. Eh takda lah, tetiba emosi pahal ripah! Badan kita cuma ada satu ja tau, yang kita pakai sampai bila-bila. So, jaga lah sebaik-baiknya =) Dah dapat kesedaran boleh lah cakap macam tu, kalau dulu hmm cakaplah berjuta kali sedarnya tidak.


 Gambar pertama dan kedua when I was 84kg.
Gambar ketiga dan keempat, 65kg.
I've lost 19 kg for almost 8 months.



BMI dah normal sekarang ni tapi nak dapatkan berat below 60kg. 57kg in progress!


Kalau nak kurus hati kena kental, semangat kena kuat dan mintak kawan-kawan and family support. Abaikan orang yang mentertawakan, mengejek dan mengata kita. Biarlah, tak rugi apa pun. Aku pernah menangis sebab gemuk orang cakap-cakap and yes aku pernah menangis dalam proses nak kurus. Sebab rasa macam tak boleh nak go, rasa nak give up. Sakit kot bila kau cuba buang kebiasaan yang kau selalu buat like makan tak hengat dunia. At first aku mental breakdown jugak tapi lama-lama alhamdulillah dah okay.


Kalau aku tak sabar dan menyerah kalah hari tu, mesti senyum aku tak seikhlas ini di hari raya yang mulia ini. Hahaha~


Alhamdulillah for everything. I hope it really can help you guys. Good luck and never ever give up! Okay bye, assalamualaikum =)




Thank you for reading !

No comments:

Post a Comment