Thursday, 21 July 2016

Tips Kurus ArifahRahim #Part 2

Assalamualaikum

Tetiba rasa nak share tentang macam mana aku boleh maintain diet and workout sampai sekarang. Kalau takda orang yang tanya benda-benda macam ni kat aku, takda lah aku nak share apa-apa dalam blog ni. Menyepi ja lah bak kata orang hidup segan mati tak mahu punya blog. Hahaha~ Okay, sebenarnya sampai sekarang aku masih tak percaya aku mampu sampai ke tahap ni. Tak pernah terfikir pun aku boleh buat semua ni. Kadang semuanya terasa macam mimpi. Ya lah, berat nak 90kg kena turunkan. Ingat senang nak lose weight? Tak sangka aku memilih untuk menjayakan kerja gila ini. Hahaha~ Alhamdulillah, tak terasa dah nak dekat setahun aku melalui proses ni. So, apa yang aku buat untuk maintain diet and workout ni? Teruskan membaca! =)

Here are some tips:

1) Buat untuk diri sendiri
Bagi aku, apa-apa benda yang aku buat semuanya untuk kebaikan aku. Jangan buat sesuatu perkara untuk kepuasan orang lain semata-mata sebab nanti kita yang rasa sakitnya bila apa yang kita buat tak macam yang orang tu inginkan. Sama konsepnya kalau nak kurus, kita nak slim untuk diri kita bukan untuk boyfriend ataupun orang lain suruh. Tak payah nak buang masa fikir orang lain. Kita buat untuk diri sendiri, kita akan rasa puas, tak mudah give up dan in shaa Allah bertahan lama=)

2) Jangan putus asa
Perkataan ni familiar sangat kan? Nampak mudah, tapi besar impaknya. Apa-apa hal yang kita nak buat pun, jangan mudah putus asa. Diet tu umpamanya mengawal nafsu makan, bukannya menghilangkan selera makan. Makan makanan yang sihat dan kita tahu makanan sihat dan bersih ni selalu nya memang tak berapa nak sedap pun. Hadap je, jangan putus asa! Workout tu memang memenatkan. Tapi, once kita dah nampak hasilnya even sedikitpun, kita akan rasa happy dan nak buat lagi walaupun penat. Penat macam mana pun, jangan cepat give up!

3) Be positive
Bila aku rasa down ataupun nak give up dengan semua tu, sepantas kilat aku pasak dalam kepala otak ni 'positif ripa positif! Good things take time'. Bila aku malas nak turun jogging, aku akan cakap dgn diri aku 'Kemon ripaaa, sikit lagi nak kurus!'. Roommate aku selalu dengar aku cakap sendiri dekat atas katil bila aku malas nak turun jogging sambil dengar dia membebel suruh aku jogging. Hahaha~ Mind set penting untuk bantu kita bertahan dan tak give up. Kalau ada manusia yang cuba menjatuhkan semangat kita, abaikan ja, pekakkan telinga. Berdamping dengan orang-orang yang positif dan supportive. Tak payah peduli dan fikir benda-benda yang negatif. Sebaliknya, sentiasa positif! Glad to say that my friends are very supportive and kind hearted person =)

4) Kejayaan memerlukan masa
Kena ingatkan diri selalu bahawa nak lose weight ni memerlukan masa. Bukan hari ni kau workout, esok dah kurus. Bukan jugak hari ni kau diet, esok dah slim. Bukan. Just enjoy dengan apa yang kita buat. Workout dan makan makanan yang sihat. Lambat takpa, yang penting selamat dan maintain. Tenang, kadar metabolisma badan manusia itu berbeza-beza. Ada yang cepat, ada yang lambat. Cukup kau workout dan diet sihat. Good things take time. Chill bruh! 

5) Sentiasa fikir BOLEH
Aku percaya semua orang gemuk ada keinginan nak slim tapi tak confident ja nak buat. Dulu, sebelum aku decide nak buat semua ni aku selalu fikir yang aku tak boleh buat, aku tak mampu nak hadap dan macam-macam lagi halangan yang membuatkan aku rasa macam 'ah jangan mimpi lah ripa. kau memang tak boleh kurus, sebab kau baka besar, keturunan besar-besar'. Omg, sekarang baru rasa bodohnya bila fikir macam tu. Orang selalu cakap kat aku macam tu, sampai minda aku pun terpengaruh sama. Untung kesedaran cepat datang, kalau tak aku masih dengan pemikiran kuno aku. Hahahaha~ Takda maknanya, mak bapa kau besar kau pun besar sampai jadi obesiti pun still cakap faktor gene. Aku keturunan pakistan, badan memang besar-besar tapi still boleh dapat bentuk badan yg ideal dengan diet dan workout.

6) Selalu stalk orang yang dah berjaya kuruskan badan
Benda ni pun sangat membantu aku untuk maintain diet and workout because everytime i stalk them, i'll keep saying 'kau pun boleh ripa! tak lama lagi kau pun berjaya jugak!'. Secara tak langsung, aku jadi positif dan nak teruskan misi kuruskan badan walaupun aku tahu lama lagi nak berjaya. Hahaha~



 Before tu gambar raya tahun lepas, kemuncak kegemukan dalam hidup ku. Legan tu ya Allah, badan lagi takda shape langsung, jari bengkak macam orang pregnant. Hahaha~  Even pakai baju gelap pun masih nampak sangat gemuk. Malu bila tengok balik, padan lah kena kutuk. Hahaha~ Yes, tak pernah expect pun aku boleh jadi macam dalam gambar kanan tu. Alhamdulillah for everything =)


Sebenarnya banyak lagi tips tapi aku rasa yang kat atas ni antara yang paling berbaloi bila dilakukan. Most of the time, perkara-perkara kat atas ni yang aku buat. Kalau nak slim, teruskan saja. Jangan bertangguh lagi, hakis lah sifat malas dalam diri tu. Benda baik tak baik ditangguhkan. Hahaha~ Aku pun pernah gemuk sampai obesiti, malas tak payah cakap lah. Aku pernah berdepan dengan ejekan-ejekan orang yang buat mental aku down. Dimalukan di khalayak ramai pun pernah sebab gemuk, menangis teruk masa tu. Tak boleh nak lupa semua benda tu. Terima kasih pada yang menjatuhkan, kalau bukan sebab kalian, takda lah aku di tahap sekarang. Hehehe~



 Well said, this is so true!

Oh btw, ketahui lah bahawa kata-kata macam 'gemuk is awesome' semua tu hanya untuk menyedapkan hati je. Tak payah tipu, aku pun gemuk jugak. Aku faham perasaan orang gemuk ni dan aku sangat faham cara-cara orang nak menjaga hati orang gemuk. Hahaha~ I hope, it can help yall!



 People never see your effort, they only see the result. Keep progressing ripaaa! Never ever give up =)


Make a good changes today.
It is not easy but it is worth it.
At the end, you will thank yourself.

Have a good day people! =)
Kbye, assalamualaikum






Thank you for reading !

Saturday, 16 July 2016

Tips Kurus ArifahRahim (Kurus ke? Hahaha)

Assalamualaikum

Hari ni tetiba rasa nak bercerita, dengan pantas buka blogger.com. Sebab ramai sangat yang tanya aku macam mana boleh kurus, mintak tips kurus. Omg! Arifah yang gemuk tu dah kurus wehhh! Hahaha~ Entah lah, bagi aku belum kurus lagi tapi bila tengok angka di penimbang, agak memberangsangkan jugak lah. Segan sebenarnya nak share benda ni sebab rasa tak layak sebab rasa masih gemuk. Heee. Dengan rasa rendah diri, dekat sini aku kongsi serba sedikit tentang tips kurus walaupun tak berapa nak kurus lagi. Apa yang aku share dekat sini adalah apa yang aku buat dan lalui. Jadi, mana-mana yang berbeza daripada kalian buat, harapnya tidaklah dipertikaikan =)


Tips:

1) Diet yang sihat. Diet kena makan ya hakak-hakak, bukannya tak makan langsung. Kalau tak makan tu, bunuh diri nama dia bukan diet. Aku tak consume supplement, ubat kurus, fat burner dan sewaktu dengannya. Gigih buat secara natural. Korang boleh cari menu diet yang sihat dekat google, bersepah kat sana. Nak diet kena makan, jangan tak makan. No fast food, no junk food, no makanan bertepung. Aku still makan makanan yang digoreng like ayam goreng and ikan goreng tapi jarang. Mee pun makan jugak. Sayur dan buah jangan tinggal sebab dua benda ni baik untuk sistem penghadaman dan pencernaan kita. Aku tak makan nasi since december 2015. Sekarang dah ambil balik nasi cuma sangat jarang. 3 minggu or sebulan sekali baru makan nasi. Tak mudah tapi tu lah nak kurus kan, jadi hati kena sado bak konkrit. Hahaha~ Dalam seminggu diet tu, buat lah sehari cheat day dimana kau melantaklah apa pun tak kisah. Kiranya anugerah untuk diri sendiri setelah berjaya berdiet selama 6 hari. Haa giteww.


Ni lah tanggapan manusia-manusia yang obses nak kurus. Sebut ja diet, terus conclude tak boleh makan. Gila ke? Kita makan untuk hidup tahu? Makan jangan tak makan. Bersederhana =)


2) Workout. Nahh ini sangat penting. Since aku seorang pelajar, so bila dekat kampus aku akan jogging dalam 20-30 minit macam tu untuk setiap hari. Tapi bila dekat rumah macam sekarang ni aku tak jogging sebab kekangan tempat, so apa aku buat? Setiap pagi atau petang, aku exercise kat bilik tertunggang terbalik keluarkan peluh. Gigih nauuu seorang arifah ni. Hahaha~ Benda ni ambil masa, kau tak boleh expect hari ni kau jogging, berat on the spot turun 10kg *pitam mak*. Selain jogging, sit up, squad, plank and skipping pun sangat membantu. Kalau tak tau nak exercise macam mana, bukak youtube. Dekat sana banyak guideline dia bagi.


 Totally yes!


3) Detox. Dalam usaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal, detox pun sangat membantu. Kalau dekat rumah, aku guna buah lemon. Setengah biji buah lemon tu hiris nipis-nipis then masukkan dalam botol yang berisi air. Then, letak dalam peti ais biarkan semalaman, keesokan pagi nya boleh lah diminum. Tapi kalau dekat campus, aku minum CLENX TEA. Sebab buah lemon kan tak tahan lama. So, aku ganti dengan clenx tea. Lepas minum clenx tea ni, confirm 5-6 kali masuk tandas. Konklusinya, kena banyak minum air supaya tak dehydrated.


Ni haa clenx tea tu. Alhamdulillah tea ni berkesan pada aku =)


4) Moral support. Bagi aku benda ni paling penting sebelum nak mulakan misi kurus. Masa aku nak mulakan diet dan berazam betul-betul nak kurus, aku cakap kat kawan-kawan terdekat dan family aku tolong jangan ajak aku makan melainkan aku yang ajak diorang makan. Hahaha~ Aku cakap kat diorang kalau aku nak makan benda-benda tak sihat selain menu diet aku, tolong say NO, marah dan halang aku. Dalam erti kata lain, jangan bagi muka kat aku haa. Bagi lah ayat paling pedas pun aku tak kisah, asal aku dapat menghapuskan nafsu makan yang membuak-buak tu. Haa baru kau tau tinggi rendah nya langit tu nak kawal nafsu makan, nak buang segala kebiasaan tu. Pergh sakit siakkk tapi tu lah, nak kurus kan. Hahaha~
 

Aku rasa tu je lah kot yang aku boleh share. Nak kurus pun kena beringat jugak, buat ikut kemampuan. Kemampuan manusia lain-lain. Kalau tak mampu, jangan buat nanti sakit. Pelan-pelan takpa yang penting konsisten. Aku diet since 8 december 2015 sampai sekarang. Alhamdulillah, everything is okay. Kalau orang tanya aku kenapa nak kurus? Aku rasa nak sepak aje. Entah lah, gemuk orang mengata, kurus orang mempersoal pulak. Eh takda lah, tetiba emosi pahal ripah! Badan kita cuma ada satu ja tau, yang kita pakai sampai bila-bila. So, jaga lah sebaik-baiknya =) Dah dapat kesedaran boleh lah cakap macam tu, kalau dulu hmm cakaplah berjuta kali sedarnya tidak.


 Gambar pertama dan kedua when I was 84kg.
Gambar ketiga dan keempat, 65kg.
I've lost 19 kg for almost 8 months.



BMI dah normal sekarang ni tapi nak dapatkan berat below 60kg. 57kg in progress!


Kalau nak kurus hati kena kental, semangat kena kuat dan mintak kawan-kawan and family support. Abaikan orang yang mentertawakan, mengejek dan mengata kita. Biarlah, tak rugi apa pun. Aku pernah menangis sebab gemuk orang cakap-cakap and yes aku pernah menangis dalam proses nak kurus. Sebab rasa macam tak boleh nak go, rasa nak give up. Sakit kot bila kau cuba buang kebiasaan yang kau selalu buat like makan tak hengat dunia. At first aku mental breakdown jugak tapi lama-lama alhamdulillah dah okay.


Kalau aku tak sabar dan menyerah kalah hari tu, mesti senyum aku tak seikhlas ini di hari raya yang mulia ini. Hahaha~


Alhamdulillah for everything. I hope it really can help you guys. Good luck and never ever give up! Okay bye, assalamualaikum =)




Thank you for reading !