Gunung Kinabalu: Tips & Itinerary for Newbie

Assalamualaikum

Hi everyone! Banyak sangat masa terluang ni, so dapatlah sedikit peluang untuk berkongsi ilmu. Ahaks. Entry kali ni aku akan share tentang tips dan itinerary untuk trip Gunung Kinabalu haritu. For those yang belum baca tentang perjalanan ke Gunung Kinabalu, boleh klik SINI.

Sebenarnya aku dah share di Facebook pasal benda ni tapi secara ringkas saja. So, maybe dalam blog ni lebih detail. Mungkin perkongsian aku agak berbeza daripada orang lain. Sebab lain orang, lain pengalaman kan. Hopefully you guys will enjoy this reading!


 Mini love all the way from Mount Kinabalu 💕



 Perkongsian ni adalah daripada seorang beginner hiker, bukan pro hiker ya. Selalu hiking tapi this is my first time mendaki gunung. Ahaks. Let's get started! 



PERBELANJAAN MENDAKI 

RM480 (SABAHAN) - Pakej mendaki.
Pakej ni termasuk 1 malam penginapan di Kundasang sebelum hari mendaki. Harga pakej untuk Semenanjung dan Sarawak adalah berbeza daripada Sabahan ya. Aku tempah untuk mendaki ni since hujung tahun 2018 lagi. September 2019 baru dapat naik. Lagi awal tempah, lagi bagus.

Boleh klik SINI untuk membuat tempahan slot mendaki. Boleh cek dorang punya facebook juga. Just click D'MOUNT KINABALU. Aku guna service dorang untuk mendaki hari tu. Alhamdulillah tiada masalah 😊

RM40 - Return transport KK-Kundasang.
Transport tu guna van member yang sama-sama mendaki juga. So, dia drive dapatlah jimat bajet sikit. I think harga untuk sewa van di KK around RM300 macam tu. Kalau rajin survey, mungkin boleh dapat murah lagi daripada tu.

RM150 - Return flight TWU-KK with 15kg baggage.
Tiket ni pulak beli masa Air Asia tengah promo. Kena rajin dan alert ja supaya dapat tiket murah. Then dapatlah save budget!

RM300 - Keperluan & kelengkapan.
Yang ni pulak adalah barangan yang akan digunakan semasa mendaki. Contohnya, baju sejuk, snow cap, kasut, gloves, mask, body warmer, stokin, ubat-ubatan, dll.

Total cost around RM970.


TIPS MENDAKI GUNUNG KINABALU FOR NEWBIE

1) Training
Benda ni paling asas dan penting sekali. Untuk persediaan mendaki gunung ni, aku cuma buat jogging, hiking, naik turun tangga dan squat. Aku jogging hari-hari, hiking seminggu sekali. Aku buat latihan persediaan ni sebulan sebelum mendaki.

Boleh dikatakan last minute juga, tapi jogging tu memang aktiviti harian ku. Untuk mendaki gunung ni, aku lebih prefer hiking untuk maintain and build stamina. Jangan malas! Kalau dah tahu diri tu bukan jenis yang aktif, tolong buat persediaan lebih awal. Jangan buat last minute. Bahaya untuk kesihatan badan.

2) Jangan bawa banyak barang
Tolong bawak barang yang perlu sahaja. Kalau boleh, berat beg tu jangan lebih 5kg. Aku bawak 5kg pun lenguh gak bahu sebab pendakian jauh dan tinggi.


 This is my bag. Masa kat Kinabalu Park tu, ada alat penimbang ni. So, you guys boleh ler timbang untuk tahu berapa berat beban yang korang akan bawa.

Apa yang perlu ada dalam beg?
Dalam beg tu adalah keperluan yang akan diguna untuk pendakian ke puncak nanti. Dalam beg aku cuma ada jaket tebal, sweatshirt, inner, legging, snowcap, raincoat, headlamp, body warmer, mask, socks, toiletries, gloves, charger, beg kecil untuk dibawa ke puncak, ubat-ubatan, coklat dan air (500ml) saja. Fuh, panjang gak list!

3) Attire
Pendakian daripada Timpohon Gate ke Panalaban, guna sport attire biasa saja. Aku pakai jersey, seluar hiking dan kasut hiking saja. Ikut keselesaan masing-masing. Semua kelengkapan yang ada dalam beg, akan diguna semasa pendakian ke puncak.

4) Makanan & minuman
Untuk makanan, aku cuma bawa coklat cadbury saja. Aku bawak 10 bungkus coklat yang kecil-kecil tu. Bawa macam tu senang. Habis makan boleh terus buang, tak leceh nak kena simpan-simpan. Kang comot pulek. Terpulang pada kalian nak bawa banyak mana. Aku bawak 10 bungkus tu cukup ja sampai habis pendakian.

Minuman pulak aku bawa air mineral yang 500ml tu. Then air tu aku bancuh dengan ORS (Oral Rehydration Salt). Alaa, ORS ni larutan yang diminum kalau orang cirit-birit tu. Tau dak? Kalau tak tahu lagi, sila google ye anak-anak 😂 Bagi aku ORS ni sangat membantu. Memang tak cepat penat dan sentiasa bertenaga! Boleh dapatkan ORS ni di farmasi atau klinik yang berdekatan ya.

Cukup dak air 500ml tu sampai puncak?
Omg, mestilah tidak! Worry not, Gunung Kinabalu got 7 shelter for you to refill water. Boleh refill air di setiap shelter. Air paip yang direct dari gunung, no filter. Bila lagi nak rasa minum air gunung. Tak gitu? Hiks.

5) Ubat-ubatan & supplement
Benda ni paling penting ya especially untuk yang ada sakit ataupun injury. Dan, kalau boleh please refer your doctor sebelum decide untuk mendaki.

Aku bawak panadol actifast dan supplement Shaklee which is Ostematrix. Boleh dapatkan supplement shaklee di SINI. Sebelum tidur aku makan semua tu, then bangun pagi untuk teruskan pendakian ke puncak, memang tiada masalah. It's really works on my body, alhamdulillah!


 Ni supplement yang aku consume tu. The best supplement ever to reduce muscle and joint pain.

Boleh juga bawa minyak panas dan spray for muscle pain. Spray tu aku bawak salonpas punya sebab aku ada past ankle injury. So, aku kerap berhenti masa mendaki hanya untuk spray kaki. Surprisingly, no cramp at all throughout the journey. Cuma ankle ngilu dan sakit sebab suhu sejuk dan terlalu lama berjalan.


 Ni pulak spray yang aku guna sepanjang pendakian. Memang banyak membantu spray ni. Highly recommended!


6) Kecilkan langkah semasa mendaki
Masa mendaki, sila kecilkan langkah anda supaya tidak cepat penat. Gunung Kinabalu punya trails sangat banyak tangga. Countless. Jalan berbatu-batu dan bertangga. Jumpa laluan bertangga, sila bertenang dan lalu dikawasan batu-batu antara tangga tu. Steady and keep climbing!


 Friendly trails of Mt. Kinabalu.


 Kabus. Boleh tahan tebal jugak kabus di sini. Makin tinggi, makin tebal kabus. Makin tinggi, makin berat kaki nak melangkah. Makin tinggi, makin susah kawal pernafasan. Relax and keep climbing! Feel the pain and enjoy it! Ahaks.


7) Kawal pernafasan
Macam mana nak kawal pernafasan? Rajin kan lah diri untuk jogging dan hiking. Jangan malas please! Kalau dapat kawal pernafasan, then you'll be alright. Sijil berwarna pasti dalam genggaman!

Malim gunung ada share tips, he says, bernafas dan hembus nafas dari mulut supaya tak cepat penat. Idk why, but it's really works! Still, breath properly. Kang mental koyak dengar bunyi nafas bersepah 😂

8) Follow your own pace
Nothing to be rushed. It's not a race. Take a deep breath and keep climbing! Yang penting kena sampai sebelum cut off time. Enjoy every steps that you take. Be excited and  enjoy the pain. Ahaks!

Kalau kamurang ada injury especially pada bahagian kaki, jangan terlalu push untuk mendaki laju. Steady saja, sebab the next day perlu mendaki ke puncak lagi. Dan pendakian ke puncak jauh lebih hebat daripada Timpohon to Panalaban. Tapi, jangan pula terlalu lambat. Sebab tu penting nya ada training.

9) AMS (Altitude Mountain Sickness)
AMS ni berlaku bila berada ditempat yang tinggi. Masa dah nak sampai Panalaban, aku ada rasa pening, agak susah bernafas dan jantung berdegup laju. Sebab masa tu suhu memang sejuk dan tempat tinggi, pastu berkabus tebal pulak.

AMS ni boleh ditangani dengan makan ubat yang mana ia nya boleh didapatkan di farmasi. Aku tiada makan ubat ni. They said, ubat ni sebenarnya perlu makan 2 hari sebelum mendaki. Baru dapat react dengan badan. But then, ada ja member aku yang makan pada hari mendaki. Tiada masalah.

10) Bawa tongkat
Tongkat ni umpama kaki ketiga. Aku bawak sendiri. Boleh sewa di Kinabalu Park juga. RM10 untuk satu tongkat. Tak rugi pun bawak tongkat ni, sebab memang sangat membantu especially bila dah turun nanti.

11) Jangan rehat terlalu lama
Ini pun boleh diambil kira sebagai hal yang penting juga. Jangan rehat terlalu lama. If possible, berhenti rehat hanya untuk makan dan minum seadanya saja. Sebab bila dah rehat terlalu lama, badan akan sejuk membuatkan kita malas untuk mendaki. Plus, nanti tak sampai on time. So, berpada-pada lah ye.

12) Beri laluan pada porter
Porter adalah malim gunung yang diupah untuk mengangkat barang-barang daripada Timpohon ke Panalaban. Dorang angkat macam-macam seperti tong gas, makanan, beg, tangki, dll. So, bila terserempak dengan dorang, please bagi laluan sebab dorang angkat banyak gila barang.

Don't forget to greet them and smileee! Greet lah sesiapa pun, "hi, congrats", "Good luck!", "Thank you". So, you'll enjoy the journey and tak da lah fikir penat ja memanjang.

13) Ambil gambar & video
Gunung Kinabalu sangat cantik. Amazing ya Allah! Jadi, sila lah ambil gambar dan video banyak-banyak okayyy! Penat tu sudah pasti jadi toksah fikir sangat. Posing and take picture! Ahaks. Enjoy your 'once in a lifetime' journey. Gittew.


 Pokok-pokok di Gunung Kinabalu ni sangat cantik dan unik. Macam lukisan.


700M to Panalaban.


 Uniqueness of Mt. Kinabalu ⛰


 What an amazing view! ðŸ’•


 Kabus here and there ⛰

*More amazing picture and video at my instagram, @arifaarahim

Itu saja tips yang dapat aku kongsikan. Semua tips ni adalah pengalaman aku sendiri. Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang pendakian. Worry not, trails kinabalu selamat, cantik dan bersih. Tiada masalah kalau terpisah daripada ahli kumpulan yang lain. Kumpulan aku pun ramai ja yang berpecah sebab ikut pace masing-masing. Guider akan bersama pendaki terakhir dalam suatu kumpulan.

Bagi aku, the best part masa turun dari Low's Peak tu adalah menjadi pendaki yang terakhir. Puas nak ambil gambar. Tiada yang enter frame. Gambar lawa sebab tiada orang plus guider tahu spot yang cantik untuk ambil gambar. Hiks. Tolong jaga kebersihan semasa mendaki. Jangan buat benda bukan-bukan dan dengar ja cakap guider kamurang masa dia briefing tu.

Tbh, Gunung Kinabalu okay saja. Cuma jaraknya jaaaauhhhhhh. Kalau kamurang ada training then ia nya hanya seperti taman permainan buat kalian 😂 Tips nya jangan fikir penat. Sebab penat tu sudah pasti. Sebaliknya, enjoy the journey.

All the best!

P/S: Pls pls pls do training. Jangan tiada training naik kinabalu. Bahaya untuk kesihatan. Badan mungkin larat, tapi bila jantung bekerja double triple laju dari biasanya, bahaya. Lagi parah bila jantung stop bekerja, you die yah. So, buat latihan persediaan. Never underestimate Gunung Kinabalu! ⛰


Thank you for reading this entry! 💕

2 comments:

  1. Camner ya nak contact owner blog ni? Kami dari PTT Outdoor berminat nak collaborate :)

    ReplyDelete
  2. Berapa jam hiking sehingga sampai ke puncak ye?

    ReplyDelete