Explore Semporna Island

Assalamualaikum

Ehem, lama gila aku tak muncul kat sini. I busy sikit dengan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Ahaks! Takde lah, gurau je. Actually, idea nak menulis tu banyak ja cuma selalunya malas nak buka laptop ni haa. Selalunya buka laptop untuk buat job hunting je. Ye, masih menganggur ni haa, ada sesiapa nak hire i tak? Hahaha just kidding guys. I busy okey banting tulang buat bisnes shaklee. Ahaks!

Sooo, sementara tengah ada mood okay ni, aku update lah sikit nak share island trip yang aku join haritu. Mana lah tahu berguna untuk kalian yang nak bercuti ke pulau-pulau yang ada di Semporna, Sabah. Pulau kat Semporna cantik gila okeyyy. Air laut very clean and clear. Cantik! Satg aku share gambar. Stay tune everybody!

Oh btw, island trip yang aku nak share ni ada 7 pulau. Bukan sekali jalan tau, 3 kali trip aku join and ada yang aku repeat like Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Pulau Sibuan and Pulau Bohey Dulang. So, aku sekalikan je terus share kat sini. Kalau p mana-mana aku memang suka tempat yang more to nature. Best okay! Hati senang, fikiran pun tenang dan lapang =)

So yeah, lets enjoy the photos!!!


1) PULAU TIMBUN MATA

This is Pulau Timbun Mata. Aku pun tak sure kenapa pulau ni dinamakan Timbun Mata. Maybe sebab macam bentuk timbunan mata. Sebab kalau dari jauh nampak macam tu. Kan? Ce perati betul-betul. Pulau Timbun Mata ni hanya bukit semata-mata which is you guys perlu hiking untuk dapatkan view yang lawa macam kat oversea or to be exact, like Kashmir maybe? Ahaks! Hiking dalam 150m saja. Tak jauh pun tapi bukit curam ya kawan-kawan. Kalau jatuh, tergolek lah terus ke laut sebab takda pantai langsung. Hanya bukit semata-mata di pulau ini. Hahaha~ So, kalau nak p watch your step okay!



 Masa aku nak ambil gambar kat lereng bukit ni, ketaq lutut oii. Sebab kalau jatuh agaknya patah riuk kot. Tapi ku gagahkan juga demi nak dapatkan gambar yang cantik. Hahaha~ Dan paling best masa ni angin kuat gilaaa. Tak rasa panas pun weyy. Seriously best sangat. Calming! Aaaa nak repeat! Tiberrr~



 The other side of Timbun Mata. Dah cakap kan tadi macam kat Kashmir. Boleh buat scene hindustan guling-guling kat sini. Hiks. Haih, sah kena repeat ni.



 View from top of Pulau Timbun Mata. Subhanallah cantik sangat! Stunning!



2) PULAU LARAPAN

 
 Ini pulak adalah Pulau Larapan. Kat sini ada jambatan panjang ni and air laut dia very clean. Cantik sangat wehhh! Kalau nak photoshoot, kat sini cantik gak. Tak, masalah dia semua tempat cantik. Hahaha~ Kat sini just sight-seeing ja, tak perlu hiking or apa-apa.



 Kasi can aaa, I nak posing. Ahaks!



3) PULAU SIBUAN


 Okay, next is Pulau Sibuan. Dalam banyak-banyak pulau yang aku jejaki di Semporna, Pulau Sibuan adalah yang paling cantik sekali. Aku suka gila tempat ni. Pantai, air laut dan pemandangan sangat sangat cantik. Very clean and crystal water. Air laut ikut tone, semakin gelap warna air laut, semakin dalam lah tempat tersebut. Hypothesis accepted! Hiks.



 Ombak pun boleh tahan kuat kat sini. Aktiviti kat sini snorkeling and diving sampai pitam. Ahaks! View memang lawa, ikan pun comel-comel belaka. Tapi kat sini tak banyak sangat corals. I mean tak colourful. Kalau bab pemandangan, memang win sangattt!



Malas nak cakap, korang boleh tengok sendiri warna air laut dia. Puas kalau nak berenang, kuak lentang ke kuak apa lah sekali pun. Hahaha~



4) PULAU BOHEY DULANG


 Pulau Bohey Dulang ni aku dah pernah p dua kali. Yang gambar kat atas ni diambil masa kali ke 2 aku pergi. First time p tak ingat tahun bila, 2015 kot kalau tak silap. Kali pertama aku datang pulau ni, masa tu bohey dulang popular sangat sebab view dia lawa gilaaa macam lukisan. As you guys can see in the picture, macam lukisan kan? Sangat cantik. Fyi, kat pulau ni aktiviti utama adalah hiking. Ya kawan-kawan, hiking dalam 600m je. Lumayan lah untuk penatkan badan. Hahaha~ Datang sini kalau tak hiking, rugi besar okay. View dari atas bukit lagi superb!!!



 Acah-acah pelancong hiks. Kali kedua aku datang sini, aku tak hiking. Just ambil gambar ja, sesambil tenangkan fikiran menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Gitewww.


5) PULAU MANTABUAN



Cantik kan? Memang cantik gila gais, kalau depan mata lagi subhanallah lawa. Aktiviti kat Pulau Mantabuan ni adalah snorkeling jugak. Lebih kurang macam Pulau Sibuan. Tapi kat sini pulau dia kecil sikit. Masa datang sini aku just jalan-jalan ja, sebab bosan dah snorkeling. Hahaha~ Breathtaking view!



 The other side of Mantabuan. Sempat bergambar kat batang kayu ni je sebab masa ni rushing. Cantik tapi tak sempat nak explore semua. It's okay, saya puas hati sebab masa ni dapat p 3 island within a day =) 



6) PULAU MABUL


This is Mabul guys! Aktiviti kat sini jalan-jalan kat resort and snorkeling, bayar RM10. 3/4 years back, tak perlu bayar pun nak masuk sini. Sekarang ni bayar, everything is money gitew. Aku boleh katakan yang Pulau Mabul ni adalah pulau untuk orang-orang kaya. Mostly pelancong luar negara yang tinggal kat resort. Mahal gila okay. Aku tanya orang kat situ, dia cakap paling murah RM2K per night. Ya kawan-kawan, RM2000 untuk tidur dengan pemandangan yang sama dengan you bayar RM10. Baik takyah, membazir saja. Hahaha~ Tapi kalau nak jalan-jalan cuci mata, best je =)



Menikmati pemandangan indah =)



Pulau Mabul dikenali juga sebagai Mabul Water Bungalow Resort. Banglo atas air lah gitu sebab tu mahal. Ni antara resort yang cantik dan paling mahal. Cantik kan? =)



7) PULAU KAPALAI


The last island is Pulau Kapalai! Pulau Kapalai ni adalah private island yang takda pantai, hanya ada resort semata-mata. Sama mahal gak macam Pulau Mabul. Masa kat pulau ni aku hanya ada gambar ni saja sebab i busy snorkeling macam orang tak pernah jumpa laut. Hahaha~ Haa kalau nak snorkeling kat sini syok sebab sangat banyak corals, colourful weh! Pastu ada penyu, ikan nemo, dorry fish, n etc. Laut kat pulau kapalai ni dalam gila dan ombak pun boleh tahan hebat. I asked our boatman, he said kedalaman air laut kat tempat aku snorkeling masa tu around 50 meter. Masa snorkeling tu bila tengok dalam laut, ya Allah macam tengah duduk kat bangunan tinggi then tengok ke bawah. Gayat ziz! Hahaha~ Tapi syok gilaaa!


Okay tu je lah sharing ziz kali ni. In shaa Allah ada rezeki nanti aku share lagi. Maybe next entri tentang bajet ke pulau pulak. In shaa Allah, doakan lah ziz sentiasa ada mood rajin. Ahaks!



 Jumpa di entri yang seterusnya! =)







   






Monolog Dia

Assalamualaikum

Yang dulu itu telah lama hilang.
Pergi jauh menerobos ke ruang yang asing dan sunyi.

Sepi.

Namun langkah ini enggan berhenti.
Laju sekali menapak pergi.

Menoleh sesekali juga tidak.
Ah, sudah terlalu tawar hati barangkali.

Kosong.

Kerana sudah terlalu lama bertahan.
Sudah masanya memencilkan diri.

Lari dari semua kebiasaan.
Sampaikan tak ada satu pun yang bisa menjumpai.

Itu sudah cukup.
Jangan dipersoalkan lagi.

Semuanya telah berakhir.



Arifah Rahim,
11:43 Malaysia