Hanya Kamu

Assalamualaikum

Walaupun orang perlekehkan usaha mu,
Walaupun orang pandang rendah dengan kemampuan mu.

Tetaplah berusaha dan berdiam diri.
Tak perlu ditelaga orang begitu.
Abaikan saja.

Nanti-nanti kapan dia lelah, dia akan berhenti.

Tak perlu dengar cakap orang yang cuba menjatuhkan kita.

Butakan mata, pekakkan telinga.
Lakukan yang baik-baik saja.
 
Kita tidak hidup untuk memuaskan hati semua orang.
Kita tidak hidup untuk ekspektasi orang lain.
Itu diluar kekuasaan mu.

Teruskan apa yang sedang kau lakukan.
Kehidupan ini kau yang jalani.

Maka--
Hiduplah untuk diri mu.
Bukan orang lain.

Hanya kamu.


Arifah Rahim,
23:39 Malaysia.


Realiti Kehidupan

Assalamualaikum


Dalam kehidupan ni memang tak selalunya indah.

Ada masanya kita gagal.
Ada pula masanya kita berjaya.

Tidak selamanya kita berada di atas.
Tidak selamanya juga kita kekal dibawah.
Kedua-dua nya adalah ujian buat kita.

Why?

Supaya kita lebih mengerti dan menghargai kehidupan.
Supaya bila berada di bawah, kita sentiasa ingin memperbaiki diri kita.
Supaya bila berada di atas, kita sentiasa tahu untuk bersyukur dan menghargai.

Jangan takut pada ujian.
Kerana tidak ada satu pun ujian yang sia-sia, sama ada yang baik mahupun buruk.

Ujian adalah resmi kehidupan.

Terus kuat dan tabah.
Bertahanlah.
Kerana semua ini akan berakhir sesuai kehendak Nya.

Memang ada kalanya ujian ini terlalu menekan kita sampai kita tetap harus percaya pada percaturan Dia, walaupun kita tidak mengerti sama sekali.

Tidak mengapa, Allah tidak kejam.
Dia sebaik-baik perancang.
Akur saja.

Bangkit dan teruskan kehidupan!
Allah selalu ada, malah dekat sekali.
Jangan pernah lupa tentang keberadaan tuhan.

Teruslah hidup!
Jangan mati sebelum waktunya.


Arifah Rahim,
23:21 Malaysia.

Hati

Assalamualaikum

Aku tidak pernah berurusan dengan sesuatu yang lebih sukar dari hatiku sendiri;
Adakala dia bersama ku.
Adakala dia menentang ku. 
-Imam Al-Ghazali-

Carilah hatimu di tiga tempat;

Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
Tetapi, jika tidak kau temui maka--
Carilah hatimu ketika menunaikan solat.

Jika tidak kau temui juga--
Carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.

Tetapi, jika tetap tidak kau temui, maka berdoalah kepada Allah.
Mintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak lagi mempunyai hati--
Kerana hati itu sudah lama mati.

Berhati-hati dengan hati.

Kuasa Doa

Assalamualaikum

Doa senjata orang mukmin.
Pernah dengar?
Selalu kita diingatkan tentang ini.

Supaya apa peringatan ini?

Supaya kita selalu bergantung penuh pada Allah.
Supaya tiada permohonan lain melainkan kepada Dia semata-mata.
Supaya bila kita susah mahupun senang, kita tahu untuk berbalik kepada siapa.
Supaya kita tahu bahawa hidup kita ini tiada apa-apa nya tanpa doa kepada pencipta.

Apa pun kondisi yang menekan kita, jangan lupa untuk doa.
Kuasa doa ni hebat.
Apatah lagi yang berulang kali dengan ikhlas secara berterusan.
Pasti Dia dengar.

Allah tak kan pernah membiarkan tangan yang diangkat untuk berdoa itu kembali dengan tangan yang kosong.

Believe in Him.
Keep on making du'a.
Never underestimate the power of du'a.
And your Lord says:

"Call upon me; I will respond to you" (Quran 40:60)

Remember? 💟

Jangan malas untuk berdoa.
Allah suka kita minta-minta pada Dia.
Jangan lepaskan peluang.

Apa yang kita minta tak semua nya baik untuk kita, sebab tu adakalanya kita rasa Allah tak dengar doa kita. Walhal Allah lebih tahu. Berdoalah selagi mana kita masih diberi hidayah untuk berdoa.

Dan...

Kenapa kita perlu sebarkan untuk memohon doa daripada orang lain?

"Kerana kita tak akan pernah tahu siapa diantara kita yang mustajab doanya. Yang doanya sampai terus pada pencipta, yang on the spot ditunaikan. We never know. Jadi, minta lah doa daripada orang sekeliling kita. Please remember, hebatnya kita pada hari ini boleh jadi adalah disebabkan oleh doa daripada orang sekeliling kita especially orang tua kita. Moga kita selalu ikhlas mendoakan antara satu sama lain. In shaa Allah."
(Arifah Rahim, 2018)


Semoga Allah sentiasa memberi kita hidayah untuk terus berdoa. In shaa Allah, amin..

Takdir

Assalamualaikum

Kalau sudah memang sesuatu diciptakan untuk kita--
Cepat atau lambat ia tetap akan datang kepada kita.

Sebanyak apa pun halangan,
Sehebat mana pun tentangan--
Ia tetap akan jadi milik kita.

Allah tidak pernah silap dalam percaturan.

Apa yang ditakdirkan untuk kita, itulah yang terbaik.
Walau adakalanya di mata kita seperti tidak serasi.

Terkadang redha itu memang payah walau sudah dibatasi dengan sabar.
Hanya Allah yang tahu.

Bertahanlah.


 
Arifah Rahim,
16:25 Malaysia.

Terima Kasih

Assalamualaikum

Sakitkan bila rasa kehilangan mula bertapak di hati?
Lagi seksa apabila semuanya sudah terlalu lewat untuk disesali.

Tiada siapa yang akan mampu bertahan hanya untuk memperjuangkan apa yang dirasa.
Kalau pun ada, maka itu bukan aku. 

Mana mungkin bisa terbang tinggi dengan hanya sebelah sayap.

Tiada apa yang perlu dinantikan lagi.
Memilih untuk pergi bukan kerana menyerah.

Tapi--
Kerana sudah terlalu lama bertahan dalam perjuangan yang tak selayaknya.


Usah ditanya lagi.
Kerana tiada apa yang akan berubah
Walau seinci pun.

Hormati setiapnya sepertimana aku tidak pernah mempersoalkan apa pun keputusan yang diperbuat ke atas aku.

Terima kasih.



Arifah Rahim,
17:30 Malaysia.

Tentang ujian, malu dan sabar

Assalamualaikum

Last night aku nonton video di youtube ceramah tentang Nabi Ayub yang disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah. He is my favourite penceramah. Penyampaiannya penuh hikmah, ilmu dan santai.

Ujian Nabi Ayub ni sangatlah hebat.

Hilang harta kekayaan.
Kematian 12 orang anak secara serentak.
Didatangi penyakit kusta.

Dalam masa tiga hari semua benda ni berlaku.
Sekelip mata saja.
Nampak macam mustahil kan?
Oh well, tiada yang mustahil bagi Allah.

Kun faya kun. Remember?

Hebat teruji tapi dia masih beriman, sabar, malah malu untuk meminta dari Allah supaya dihapuskan ujiannya.

Kerana apa?
Kerana sebelum dia diuji dengan semua ni, 20 tahun Allah beri dia semua nikmat yang tak terhingga.

Sebelum umur 51 tahun, dia punya semua nya.
Pada umur 51 tahun, dia diuji dengan tiga benda yang aku sebutkan tadi.
Menjelang umur 70 tahun, Allah kembalikan semua nya.

Harta kekayaan yang berlipat kali ganda.
Anak nya digandakan menjadi 24 orang.
Penyakit kusta yang selama 20 tahun dihidapi, sembuh.

Hebat sekali kuasa Allah.
Tidak ada yang mustahil bagi Dia.

Menonton ceramah ni buat aku rasa malu pada Allah.
Serasa ditampar hebat.

Terlalu banyak benda yang aku lupa untuk syukuri.

Nikmat Islam dan iman.
Nikmat tubuh badan yang sihat.
Nikmat hidup tidak melarat.
Nikmat makan dan minum yang sentiasa cukup.
Nikmat punya orang tua.

Terlalu banyak yang Kau beri ya Allah.

Moga aku sentiasa ingat dan syukuri pemberianMu walaupun hebat diuji.
Jadikan aku ikhlas.

Tak minta banyak,
Cukup aku tak lupa keberadaan Mu.
Yang begitu dekat sekali.

Moga Kau redha.
Selalu.