Baik-baik saja

Assalamualaikum

Tentang rasa yang sudah lama mati.
Tentang jiwa yang merasa bahagia dengan kesendirian.
Tentang cinta yang belum mampu wujud kembali.

Aku juga tidak pasti sampai kapan rasa ini akan terus begini.
Belum ku temu jawapan.

Mungkin Tuhan sedang mencaturkan karya agung Dia untuk dikirim ke aku.

Aku masih disini walau sedikit bingung--
Sama ada perlu pergi atau tetap menanti?

Apa pun itu--
Semoga baik-baik saja.


Sederhana

Assalamualaikum

Pada akhirnya kamu pasti akan mengerti;
Bahawa ada kehilangan yang perlu kamu syukuri.

Dan terkadang--
Apa yang hilang tidak pernah terkesan kosong di hati.

Kerana--
Hati sudah terlalu kalis untuk setiap rasa yang datang.
Dan selalu bahagia dengan apa yang ada.

Sesederhana ini saja kehidupan berjalan.
Aku tetap senang.
Tanpa sesal.

Pasti akan indah

Assalamualaikum

Dalam hidup ni ada banyak hal yang bisa buat kita jatuh.
Manusia, persekitaran, kerja, relationship n etc. You name it.
Ada banyak sebab untuk kita jatuh.

Tapi lihat diri kita--
Masih tetap bertahan.
Masih degil untuk menyerah.
Masih meneruskan setiap yang kita rasa mustahil.
Masih dijalan yang kita pernah rasa tidak mampu untuk diteruskan.
Masih tetap mempamer senyum indah untuk setiap masalah yang meruntuh jiwa.

Inilah kita.
Insan yang sebenarnya terlalu kuat dan hebat.
Insan yang sebenarnya tetap percaya bahawa tuhan itu selalu ada walau tersungkur teruk.
Insan yang tetap berpaut setia pada pengakhiran yang baik.

Setiap kesulitan pasti ada kemudahan.
Selalu, pelangi tiba selepas hujan.
Begitulah kehidupan.

Yang dibawah tidak akan kekal disitu.
Yang diatas juga tidak selamanya begitu.
Hidup ini umpama roda.
Setiap detik berpusing pada paksinya, sesuai kehendak Tuhan.
Hadapi saja.

Nanti juga pasti akan indah.
Teruslah hidup, apa adanya.
Tanpa ragu.
Kerana jalan cerita hidupmu dikarya hebat oleh direktor yang maha agung.

Jangan risau, semuanya pasti akan berakhir indah 💙