Kolej Matrikulasi Labuan

Assalamualaikum

Hai semua! How are you guys? How's life? Alhamdulillah masih berkesempatan untuk berceloteh kat sini. Masih berkesempatan untuk pokpek pokpek kat sini. Hahaha~ So, lama gila aku biarkan blog ni terbengkalai tak ber-update. Kan? Rinduuu nak menaip :) Lama tak update sebab tak de masa nak buka lappy. Ni baru berkesempatan sebab sekarang kat rumah. Kalau kat kml, malas nak buka lappy. Sebab feel menaip kat sana lain (macam je pernah menaip kat sana). Haha~

Cakap pasal kml, aku baru seminggu kat sana dan sekarang aku dah berada kat rumah. Seminggu je aku kat sana, masa minggu orientasi. Lepas tu aku blah. Ehh jangan salah faham, aku pulang sebab cuti ya anak-anak bukan sebab lain. Haha~ Minggu orientasi tu bermula daripada 19 Mei 2013 dan tamat pada 23 Mei 2013. Baru je habis khamis lepas dan sekarang aku dah berada kat rumah sambil goyang kaki. Percaya tak? Nyaman nya bila berada kat rumah! Hahaha~

Tamat je orientasi, aku terus packing barang sebab tak sabar nak balik rumah! Aku tak kisah orang nak cakap apa sebab cuti seminggu pun nak balik. Aku tak kisahhh =p Actually, aku tak nak balik sebab leceh nak suh parents faks surat bagai baru boleh pulang. Faks surat, isi borang dan kena isi lagi kat dlm komputer. Bayangkan betapa azab nya nak mengurus semua tu! Tapi disebabkan oleh hasutan bff aku iaitu Sarah, aku pun terpengaruh. Sanggup wehh, mintak tolong mama faks surat khamis tu sebab jumaat nak pulang. Kurang daripada 24 jam urusan aku selesai dan permohonan cuti aku diluluskan. Hebat tak aku? Hebat tak hebat tak? Hahaha~

Khamis urus semua tu dan jumaat pagi aku dah berambus dari kml. Hahaha~ Kau tak tahu betapa payah nya aku nak pulang ni. Berebut nak cari surat yg mama faks tu, berebut nak mintak sign dgn Sir supaya permohonan diluluskan dan berebut nak isi kat dlm komputer. Ramai gila orang yg nak pulang, padahal cuti seminggu je wehh! Haha~ Kalau dah lelaki pun ramai yg balik, apatah lagi bebudak perempuan. Leceh gila urus semua tu. First time aku rasa aku rindu gila dgn orang rumah! Homesick. Gegara rindu lah aku sanggup pulang dari Labuan ke Tawau ni. Kau tahu tak? =p

So, dlm perjalanan pulang tu merasa lah aku naik speed boat. Hebat gila wehh! Dah macam ikan dolphin yg melompat-lompat kat dlm air kalau kau tengok boat tu dari luar. Haha~ Laju kot, ye lah dah nama pun speed boat kan. Bayangkan, kalau naik feri berjam-jam baru sampai tapi naik speed boat 20 minit dah sampai. Jauh gila beza masa. Tapi sama je pon, kalau naik feri terus sampai KK. Kalau naik speed boat kena naik bas lagi lepas tu dan ia nya mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai ke KK. Hihi~ Lepas tu naik bas daripada KK ke Tawau yakni hometown aku dan ia nya memakan masa selama 8 jam.

Ini lah pengalaman yg tak boleh aku lupakan.
First time dlm hidup aku berurusan tanpa ibu bapa.
First time dlm hidup aku nak g mana-mana tanpa ibu bapa.
First time dlm hidup aku naik speed boat.
First time dlm hidup aku sanggup merentasi lautan demi pulang berjumpa keluarga.
First time aku rasa rindu yg amat mendalam terhadap keluarga.
Semuanya first time wehh!!! Hahaha~ Hargailah saat-saat indah anda bersama keluarga kerana suatu saat anda pasti terpisah daripada mereka sama ada pisah hidup ataupun mati :)

Semasa minggu orientasi, kami diberi kesempatan utk membuat huruf seperti gambar dibawah ini:

 KML stand for Kolej Matrikulasi Labuan.


Penat gila wehh masa nak buat huruf tu. Dengar arahan, kejap fasi suh ke kiri kejap ke kanan. Sampai ada yg pengsan sebab tak cukup oksigen. Hahaha~ Nasib baik lah aku tinggi, so senang nak dapat oksigen. Kedudukan masa ni memang rapat gila bak kata fasilitator "compress". Haa, compress gila sampai macam-macam bau yg terkeluar. Mungkin jugak yg sorang tu pengsan sebab bau yg kurang menyenangkan. Dalam gambar ni aku berada di huruf L. Tebal kan huruf tu sebab semua orang kat dlm tu comel-comel belaka. Hahaha~

Aku tak de mood nak mengulas lebih lanjut soal orientasi kml. Paling seronok di bumi! Hahaha~ Ehh bukan tak de mood, aku nak asingkan lah. Nanti aku update pasal orientasi pulak k. InshaAllah, mana tau boleh buat rujukan adik-adik yg nak masuk sana nanti =p Apa yg aku suka, masa orientasi ni tiada denda yg dikenakan sepertimana yg dirasai oleh senior-senior terdahulu. Hihihi~ So, aku dah terlalu banyak bercerita kat sini. Lenguh badan tercongok depan laptop ni semata-mata nak menghasilkan satu entri. Haha~ InshaAllah ada masa aku update lagi utk minggu orientasi di kml k :)


KBye, Assalamualaikum






8 comments:

  1. Famous Amos? Hahahahahaha lol. Bestnya ripah di KML :p

    ReplyDelete
  2. pnskan kita orientasi..hahaha..visitlah blog aku,,sagittariusmuhammad@gmail.com

    ReplyDelete
  3. KML..sy kat kml dulu..batck last yr..abis matix nie..serius..rindu KML..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh. Sama lah kita! Mungkin nnt aku pun akan rasa hal yg sama kan. Hehe

      Delete
  4. haha,,compress!!bikin panas kan,tapi syiok juga law fikir balik masa kita orientasi last week whaha :P

    ReplyDelete
  5. Hi, kak. minta izin copy gambar ya. Junior KML ni hehehe

    ReplyDelete