Assalamualaikum
Wahai Allah,
Pelihara hati yang berbolak-balik ini.
Wahai Allah,
Jauhkan aku daripada cinta yang sia-sia.
Wahai Allah,
Kuatkan aku di perjalanan ini.
Wahai Allah,
Aku hampir jatuh atau mungkin sudah benar-benar tersungkur.
Bantu aku untuk bangkit lagi.
Aku tiada daya.
Wahai Allah,
Andai benar, cinta itu fitrah maka kau peganglah hati ku agar fitrah ini tidak menjadi fitnah.
Wahai Allah,
Antara fitrah dan tuntutan Mu, sungguh kedua-duanya tidak mudah bagi ku.
Wahai Allah,
Jauhkan aku daripada berbuat yang haram.
Pelihara aku daripada mencampurkan yang hak dan batil.
Wahai Allah,
Aku seolah-olah tidak mengenal diri ku.
Kembalikan aku yang dulu--
Yang bahagia dan tenang di jalan Mu.
Yang tiada gusar di hati tentang cinta manusia.
Yang tidak terbeban di jiwa dek kerana terlalu mengagungkan agama Mu.
Wahai Allah,
Andai cinta ini menghancurkan tenang ku.
Andai cinta ini menjauhkan aku daripada Mu.
Andai cinta ini bukan selayaknya untuk ku.
Andai cinta ini belum pada masa nya.
Maka kau hapuskan lah segala rasa yang terbit di jiwa lemah ini.
Kerana sungguh, aku belum bisa.
Takdir Mu indah bahkan tiada siapa yang bisa menafikannya.
Tiada apa yang lebih kuat melainkan kebergantungan pada Mu.
Moga nanti,
Di waktu yang tepat, Kau menghadirkan insan yang baik untuk berdamping dengan ku, yang mampu menyempurnakan agama Mu bersama ku.
Untuk itu,
Beri aku peluang menyempurnakan akhlak ku, menikmati indahnya sebuah kepatuhan.
Wallahi,
Aku pendosa tapi aku juga ingin meraih syurga--
Sama seperti yang lainnya.
No comments:
Post a Comment