Tentang Hutang

Assalamualaikum

Hai everyone! Today I would like to share about this hot issue as requested by my friend. You guys kalau ada idea tentang topik-topik yang menarik untuk aku kongsikan, just name it okay? Sebab sometimes aku susah jugak nak cari idea. Tak da lah susah sangat, sometimes lebih kepada malas. Hahaha~

So, zaman sekarang ni, ramai sangat orang ambil mudah tentang hutang. Berhutang tapi tak reti bayar ataupun, pinjam barang orang tapi tak reti pulangkan balik. Walhal penting sangat untuk kita alert pasal benda ni. Hutang takleh buat main tau, orang mati syahid pun kalau masih berhutang dan tak dilangsaikan, tak dapat masuk syurga.

Tu orang mati syahid tu.
Yang kita ni tak tau lagi mati macam mana.
Jadi, jangan main-main pasal hutang.
 
Nak tahu tak betapa pentingnya pasal hutang ni?

Kalau nak tahu, tolong rujuk Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 282. Ayat ni merupakan ayat paling panjang dalam Al-Quran. Panjang lebar Allah terang pasal hutang. Jadi, jangan ambil mudah. Kalau tak, hidup susah, mati pun susah nanti.

Nah, aku share surah Al-Baqarah ayat 282:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bermuamalah (seperti berjual beli atau sewa menyewa) tidak secara tunai dalam jangka waktu yang ditentukan, maka hendaklah kamu mencatatnya. Dan hendaklah penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menulisnya sepertimana yang diajarkan Allah S.W.T., maka hendaklah ianya menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (membutirkan apa yang akan ditulis itu) dan hendaklah ia bertakwa kepada Tuhannya dan jangan ia mengurangi hutangnya sedikit pun. Sekiranya orang yang berhutang itu lemah akalnya atau fizikalnya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkannya, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan hendaklah disasksikan oleh dua orang lelaki di antara kamu. Sekiranya tiada dua orang saksi lelaki, mereka boleh digantikan dengan seorang lelaki dan dua wanita dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya tatkala salah seorang lupa, maka yang seorang lagi akan mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil (diminta memberi keterangan) dan janganlah kamu jemu (lalai) menuliskan hutang itu, sama ada sedikit mahupun banyak jumlahnya sampai masa pembayarannya. Demikian itu (mencatat hutang piutang) lebih adil menurut ajaran Allah S.W.T. dan lebih menguatkan kesaksian serta lebih dekat (lebih mudah ) untuk tidak menimbulkan keraguan kamu (kelak). (Tulislah muamalah itu) kecuali jika muamalah itu secara tunai yang kamu lakukan sesama kamu, maka tidaklah kamu berdosa, jika tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila berjual beli dan janganlah penulis dan saksi saling susah dan menyusahkan. Sekiranya kamu berbuat demikian, maka itu adalah perbuatan fasik. Dan bertakwalah kepada Allah. Dialah yang mengajar kamu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.


Kepanjangan surah ni cukup membuktikan bahawa betapa Allah nak kita ambil berat pasal benda ni. Jadi, tolong alert. Ingat balik kepada siapa kita pernah berhubung dan berhutang, selesaikan. 

Hutang duit atau mungkin hutang material--
It doesn't matter.
Wajib dilangsaikan kecuali dihalalkan oleh si pemiutang.
Untuk orang-orang yang suka buat:
"Eh, kau bayar dulu, nanti aku bayar balik"
Hati-hati.

Catat lah hutang untuk memudahkan urusan dan supaya tidak lupa. Hutang adalah wajib dibayar, tak kira sedikit mahupun banyak. Wajib untuk dilangsaikan.
Tahu kan hukum kalau WAJIB? Wajib maksudnya kalau tak buat berdosa.

Pandai berhutang, pandai bayar. It is common sense. Jangan ditangguh-tangguh. Jangan tahu berhutang tapi tak reti bayar. Kalau boleh elakkan berhutang kecuali dalam keadaan terdesak sangat-sangat. Plus, sila lah bayar hutang tu on time sepertimana yang telah dipersetujui. Kalau lewat bayar, maklumkan lebih awal. Jangan menipu dalam berhutang. Once berlaku tak jujur, sampai mati orang tak akan percaya kita.

Nah, aku share tentang pesanan Rasulullah dan para sahabat sebelum berhutang:
  • Elakkan daripada berhutang kecuali perlu sahaja.
  • Elakkan berhutang dari luar kemampuan untuk membayarnya.
  • Bertekad untuk membayar hutang tanpa bertangguh.
  • Banyak berdoa kepada Allah untuk dilangsaikan hutang seperti doa yang diajar oleh Baginda ﷺ
  • Bekerja bersungguh-sungguh dan berusaha untuk melangsaikan hutang.


So, jangan lupa untuk bayar hutang! Permudahkan urusan orang lain, in shaa Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua 💟


Jumpa lagi di entri seterusnya! 😊

No comments:

Post a Comment