Well said.

Assalamualaikum

I love this post very much!


Kenapalah segelintir orang agama suka perli-perli. Orang suka tonton bola, kita sindir depa bab solat, bab niat, bab ibadah yang lain.

Orang suka bersukan, kalian perli lagi boleh joging sekian-sekian, namun nak ke surau tak sempat-sempat. 

Adakah kalian tahu, ramainya mereka ini sanggup pergi masjid lain, surau lain hanya kerana kejiranan sendiri banyaknya orang agama yang suka perli dan sindir-sindir?

Mereka lebih suka pergi ke tempat yang tidak ada orang kenal, berbanding berjumpa bersua lalu terkena panahan perkataan yang keluar dari mulut kalian. 

Haih, susahnya tinggal di Malaysia. Surau banyak, masjid cantik, imam bilal semua baik. Namun datangnya segelintir makmum, merasa mulia hanya kerana lebih banyak ibadah berbanding dari orang lain. Dalam tak sedar, dia sedang menjadi orang jahat. 

Kadang-kadang, perkara begini yang buat kita tumbang, hilangnya bersatu dalam kejiranan, jauhnya kasih sayang sesama insan. Lalu terbuang sikap tolak ansur dan kasihan. 

Akhirnya terbuang rasa hormat kepada orang agama. Kita menyamakan semuanya separa. 

Jadilah individu kau kau aku aku. Dan kita yang mulia-mulia ahli syurga ini tetap kata mereka yang tidak ke surau, suka bola, suka sukan, suka itu ini itulah punca. 

Haih. Dunia. 

-Khairul Hakimin Muhammad

No comments:

Post a Comment