Tempat Hiking Menarik di Tawau: Bukit Gemok Tawau

Assalamualaikum

Hi guys. Lama gila tak update blog. Last entry was 2 month ago. Tetiba rasa macam nak menulis, so here I am. Kalini nak share pasal hiking di Bukit Gemok Tawau. Lately aku selalu hiking dengan kawan-kawan. Actually lama dah buat aktiviti ni cuma kebelakangan ni agak kerap. And baru terasa nak share di blog.

Bukit Gemok merupakan Hutan Simpan yang terletak kira-kira lebih kurang 11km daripada bandar Tawau dan ia nya mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai (Gittew, cakap macam pembaca berita. Hahaha~)

Ketinggian Bukit Gemok adalah 1170 meter dari paras laut. Boleh tahan tinggi tapi tidak curam dan trail nya okay saja. Ada tangga juga masa awal-awal pendakian. Entrance fee adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Waktu beroperasi pula bermula jam 7 pagi. 

Jom layan gambar!



Sedikit info tentang Bukit Gemok Tawau.



 Nah aku payung muka tanpa secalit make up. Ahaks. Oh masa ni di pondok rehat. Bukit Gemok ni ada 7 pondok perhentian untuk rehat before you reach the peak. Pastu setiap pondok ada nama memasing. Rare gitu. It's up to you nak duduk rehat or teruskan je pun takpa. I mestilah pilih stop sebab nak bergambar. Penting okay gambar. Hahaha~



 
Masa ni sampai puncak dah. Di puncak Bukit Gemok ni ada Canopy Walk. Ada 4 jambatan macam dalam gambar ni. As for now 2019, canopy walk ni ditutup. Under construction kalau tak salah. So, kalau hiking tak dapat lah enjoy the canopy walk. But you still can enjoy the journey.
 
 
 
Breathtaking view ⛰ 
 
 
 
 Masa ni turun dah, member sibuk nak ambil gambar i. I busy okay masa ni, busy menikmati kepenatan setelah hiking. Gittew.



 Member hiking haritu, berlima ja. Kawan sekolah menengah since 2009. Sekarang semua busy banting tulang untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Hahaha~



It's actually gambar-gambar ni masa aku hiking 2016. 3 kali dah naik bukit ni tapi gambar-gambar tahun 2016 ni ja yang ada. So, kita share je lah mana yang ada. Yang penting info sampai. Tak gitu anak-anak? Ahaks.

Okay lah nanti aku share lagi tempat hiking menarik di Tawau ni. Banyak bukit dah pergi tapi masa untuk menulis ni selalu tiada. It's actually mood tu yang selalu tiada. Susah okay menulis kalau tiada mood. Bila tiada mood, feel kurang cerita jadi bosan. Bila cerita bosan, siapa yang susah? Aku jugak. Hahaha jk~

Okay guys, hopefully bermanfaat! See you guys in next entry! 💕

Baik-baik saja

Assalamualaikum

Tentang rasa yang sudah lama mati.
Tentang jiwa yang merasa bahagia dengan kesendirian.
Tentang cinta yang belum mampu wujud kembali.

Aku juga tidak pasti sampai kapan rasa ini akan terus begini.
Belum ku temu jawapan.

Mungkin Tuhan sedang mencaturkan karya agung Dia untuk dikirim ke aku.

Aku masih disini walau sedikit bingung--
Sama ada perlu pergi atau tetap menanti?

Apa pun itu--
Semoga baik-baik saja.


Sederhana

Assalamualaikum

Pada akhirnya kamu pasti akan mengerti;
Bahawa ada kehilangan yang perlu kamu syukuri.

Dan terkadang--
Apa yang hilang tidak pernah terkesan kosong di hati.

Kerana--
Hati sudah terlalu kalis untuk setiap rasa yang datang.
Dan selalu bahagia dengan apa yang ada.

Sesederhana ini saja kehidupan berjalan.
Aku tetap senang.
Tanpa sesal.

Pasti akan indah

Assalamualaikum

Dalam hidup ni ada banyak hal yang bisa buat kita jatuh.
Manusia, persekitaran, kerja, relationship n etc. You name it.
Ada banyak sebab untuk kita jatuh.

Tapi lihat diri kita--
Masih tetap bertahan.
Masih degil untuk menyerah.
Masih meneruskan setiap yang kita rasa mustahil.
Masih dijalan yang kita pernah rasa tidak mampu untuk diteruskan.
Masih tetap mempamer senyum indah untuk setiap masalah yang meruntuh jiwa.

Inilah kita.
Insan yang sebenarnya terlalu kuat dan hebat.
Insan yang sebenarnya tetap percaya bahawa tuhan itu selalu ada walau tersungkur teruk.
Insan yang tetap berpaut setia pada pengakhiran yang baik.

Setiap kesulitan pasti ada kemudahan.
Selalu, pelangi tiba selepas hujan.
Begitulah kehidupan.

Yang dibawah tidak akan kekal disitu.
Yang diatas juga tidak selamanya begitu.
Hidup ini umpama roda.
Setiap detik berpusing pada paksinya, sesuai kehendak Tuhan.
Hadapi saja.

Nanti juga pasti akan indah.
Teruslah hidup, apa adanya.
Tanpa ragu.
Kerana jalan cerita hidupmu dikarya hebat oleh direktor yang maha agung.

Jangan risau, semuanya pasti akan berakhir indah 💙

Harus indah

Assalamualaikum

Jatuh lagi.

Memungut kembali cebisan diri yang sudah hampir lunyai.
Cantumkan semula.
Pasangkan jiwa.
Pasak pada hati; kali ini lebih tegar.

Sampaikan bila dirodok apa pun, kau tetap begitu.
Tetap utuh--
Seperti awalnya yang diberi Tuhan pada kamu.
Jangan kalah.

Kerana akhirnya harus indah.

Pengurusan Jenazah Lengkap (Darul Jenazah)

Assalamualaikum

Hai everyone! Fuh lama gila ziz tak muncul di blog ni. Agak busy sikit dengan kerja-kerja membanting tulang sepenuh hati yang tak mampu disebutkan disini. Hahaha~ Okay, tetiba rasa rajin nak share satu hal yang best dan berguna untuk masa depan. Ahaks! So, today I would like to share about DARUL JENAZAH BY BUMIEZ SDN BHD.




Darul Jenazah merupakan pengurusan jenazah lengkap which is agensi yang akan membantu dalam urusan kematian. Means, Darul Jenaza ni adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan kematian kita dan mengagihkan pampasan kepada waris berdasarkan pakej yang kita bayar.



 This is the package! No worries, it is affordable guys 😀


Please take note ya guys about this matter. Benda ni sangat penting untuk kita, because we never know bila kita akan mati dan ia nya membantu waris kita supaya tidak terkapai-kapai masa kita dah tak da nanti especially yang menjadi tunggak keluarga, wajib ambil ni. For further information, you guys boleh rujuk link ini www.daruljenazah.com.my.

Apa yang best nya tentang darul jenazah ni?

  • YEARLY COMMITMENT - Means you guys hanya perlu renew setiap tahun once dah tamat kontrak. Masa renew tu boleh upgrade to other package. Let say, this year you ambil pakej KENANGA, tahun depan nak upgrade to CEMPAKA. Haa macam tu. Semakin besar yang you bayar for that package, semakin tinggi jumlah pampasan yang waris akan dapat.  
  • AFFORDABLE PRICE - As you can see in the picture above, harga for all the package sememangnya berbaloi. Affordable yah, lagi best sebab you need to pay once a year. So, tak perlu serabutkan otak untuk monthly commitment. Plus, ia nya memudahkan kita sebab harga berpatutan.
  •  SERVICE TO CASH - Darul Jenazah ni akan memberi service untuk pengurusan jenazah yakni dari awal kematian sampai lah selesai dimasukkan ke dalam liang lahad. However, service ni boleh ditukar kepada wang tunai. Tunai segera ini berjumlah RM1500 dan akan diperoleh dalam tempoh 24 jam selepas kematian berlaku. Tunai segera adalah nilai service pengurusan jenazah yang mana ia nya berbeza dengan pampasan untuk waris.
  • PAMPASAN - Pampasan merupakan sejumlah wang yang akan diberikan kepada waris si mati berdasarkan paket yang diambil. Ia nya akan diberi kepada waris setelah dokumen berkaitan kematian diserahkan kepada pihak Darul Jenazah untuk diproses. Macam mana nak serahkan kepada pihak darul jenazah? Mudah saja, boleh contact terus agent or call hotline pada poster yang tertera di atas. Tapi, lebih mudah berurusan melalui agent. Nanti aku share conatct number agent yang berwibawa dan boleh dipercayai.

Kenapa aku share benda ni?

Sebab benda ni bermanfaat dan tak merugikan. Pengurusan macam ni perlu dalam kehidupan kita supaya bila kita mati kelak, kehidupan waris lebih terjamin. Mungkin tidak banyak, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu dan yang ditinggalkan tidak perlu berhutang ke sana ke mari untuk menguruskan kematian kita.

Adakah aku ambil pakej Darul Jenazah ni?

Of course yes!!! Sebab berpatutan dan bermanfaat. Aku ambil pakej KENANGA (RM59/setahun). In shaa Allah nanti nak upgrade. Moga arifah murah rezeki. Aminnn! Murah kot weyyy, kalau shopping beratus setiap bulan, takkan lah RM59 SETAHUN tak boleh. Kalau make-up berkoyan boleh beli, tak kan lah invest RM59 SETAHUN tak mampu. Kan? Jom jadi manusia yang bijak!


For those yang berminat untuk ambil pakej Darul Jenazah ni, you guys boleh contact my friend through these medium:

 Facebook : Khairul Asyraaf

Jom buat pilihan yang bijak dengan melaburkan duit pada Darul Jenazah! Moga perkongsian kali ni bermanfaat buat semua. In shaa Allah, aminnn 💞 






YOU

Assalamualaikum

When I touch the ground in prayer,
I have no other purpose --
but YOU.

All else I speak about
gardens, flowers, nightingales, whirling--
is only an excuse.


-Rumi