Tempat Hiking Menarik di Tawau: Bukit Gemok Tawau

Assalamualaikum

Hi guys. Lama gila tak update blog. Last entry was 2 month ago. Tetiba rasa macam nak menulis, so here I am. Kalini nak share pasal hiking di Bukit Gemok Tawau. Lately aku selalu hiking dengan kawan-kawan. Actually lama dah buat aktiviti ni cuma kebelakangan ni agak kerap. And baru terasa nak share di blog.

Bukit Gemok merupakan Hutan Simpan yang terletak kira-kira lebih kurang 11km daripada bandar Tawau dan ia nya mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai (Gittew, cakap macam pembaca berita. Hahaha~)

Ketinggian Bukit Gemok adalah 1170 meter dari paras laut. Boleh tahan tinggi tapi tidak curam dan trail nya okay saja. Ada tangga juga masa awal-awal pendakian. Entrance fee adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Waktu beroperasi pula bermula jam 7 pagi. 

Jom layan gambar!



Sedikit info tentang Bukit Gemok Tawau.



 Nah aku payung muka tanpa secalit make up. Ahaks. Oh masa ni di pondok rehat. Bukit Gemok ni ada 7 pondok perhentian untuk rehat before you reach the peak. Pastu setiap pondok ada nama memasing. Rare gitu. It's up to you nak duduk rehat or teruskan je pun takpa. I mestilah pilih stop sebab nak bergambar. Penting okay gambar. Hahaha~



 
Masa ni sampai puncak dah. Di puncak Bukit Gemok ni ada Canopy Walk. Ada 4 jambatan macam dalam gambar ni. As for now 2019, canopy walk ni ditutup. Under construction kalau tak salah. So, kalau hiking tak dapat lah enjoy the canopy walk. But you still can enjoy the journey.
 
 
 
Breathtaking view ⛰ 
 
 
 
 Masa ni turun dah, member sibuk nak ambil gambar i. I busy okay masa ni, busy menikmati kepenatan setelah hiking. Gittew.



 Member hiking haritu, berlima ja. Kawan sekolah menengah since 2009. Sekarang semua busy banting tulang untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Hahaha~



It's actually gambar-gambar ni masa aku hiking 2016. 3 kali dah naik bukit ni tapi gambar-gambar tahun 2016 ni ja yang ada. So, kita share je lah mana yang ada. Yang penting info sampai. Tak gitu anak-anak? Ahaks.

Okay lah nanti aku share lagi tempat hiking menarik di Tawau ni. Banyak bukit dah pergi tapi masa untuk menulis ni selalu tiada. It's actually mood tu yang selalu tiada. Susah okay menulis kalau tiada mood. Bila tiada mood, feel kurang cerita jadi bosan. Bila cerita bosan, siapa yang susah? Aku jugak. Hahaha jk~

Okay guys, hopefully bermanfaat! See you guys in next entry! 💕

No comments:

Post a Comment