Random

Assalamualaikum

Hai semua! How are you guys? Ni baru ada mood nak update blog. Gua tengah cuba semaksima mungkin untuk merajinkan diri supaya selalu update blog. Aku rasa setiap bulan hanya satu entry yg mampu aku hasilkan. Jyeahh! Saya memang pemalas, lagi pun orang bukan sudi nak baca blog ni *sedih*. Tu yg bikin tambah malas nak update. Okay, statement ni memang nak mintak lempang kan. Alaa, kita gurau je pun. Jangan lah nak emo sangat. Cool bebeh cool. Haha~ Okay dah dah, sebelum aku jauh mencarut baik kita kembali ke tujuan asal.

Actually, aku nak cerita pasal kehidupan aku selepas bergelar pelajar sekolah atau lebih popular dikenali sebagai budak lepasan spm (Gua suka sangat letak perkataan 'budak' tu. So tak de lah rasa diri ni macam dah tua sangat kan. Hahaha~). Yeahh i'm still 17teen! Believe me please? Aku budak lepasan spm. Bukan wanita yg dah berkerjaya dan bukan juga wanita yg telah berumah tangga. Bukan bukan bukan. Tolong percaya cakap saya, please? Hahaha~ Maafkan saya sebab terlalu banyak mengarut.

Cuti lepas spm ni memang lama. Kalau orang pregnant sampai boleh bersalin kot tak habis lagi cuti ni. Hehe~ Aku nak kerja tapi banyak halangan. Entah lah, maybe memang aku disuruh cuti sampai nak sambung study agaknya. Aku rasa mungkin ini cuti ganti untuk aku setelah bersekolah dari tadika 1 sehingga lah tingkatan 5. Hahaha~ Ce kira berapa tahun aku sekolah, 13 tahun okay. Saya ulang 13 tahun (Kecoh sangat kan, padahal orang lain pun sama gak. Haha~)

Tak banyak yg aku buat lepas spm ni. Aku hanya duduk di rumah macam orang tak de akal, twitter 24 hour. Sekarang aku jarang buka fb, malas nak peduli. Then makan tidur makan tidur sampai lah aku berjaya menternak lemak yg comel comel belaka. Hahaha~ Ohh bukan itu saja, aku pun belajar drive cuti ni. Aku rasa yg mengikuti blog aku ni tau lah kan sebab aku ada buat entry pasal drive tu. Kepada yg nak tau kisah aku drive tu boleh lah tekan older post tu. Okay? Hehe~ Hari khamis ni aku test jpj. Risau, takut, nervous. Semua bercampur aduk. Takut tak pass lah, takut itu lah, takut ini lah. Macam-macam. Yg baru nak ambil lesen tu, sila lah ambil sikit feel takut aku ni haaa. Aku tak minta banyak, mohon kalian mendoakan aku berjaya hadapi jpj test ini. Satu je yg aku fikir. Lesen lesen lesen! Hahaha~

Kewarasan akal ku akan kembali apabila hari sabtu dan ahad tiba sebab aku ajar tuisyen masa ni. Aku dah ada ciri-ciri cikgu lah weyy. Nak bangga sikit. Haha~ Aku ajar subjek math and science. Alaa tak jugak susah lah, sebab aku ajar ni lower form. Kalau tahap form 5 tu, aku tak berani lah nak ajar. Kang ada yg sesat pulak ikut ajaran aku. Aku ajar anak-anak orang ni pun sebab aku bosan tahap gila babi kat rumah. So bila aku mengajar ni, dapat jugak isi masa lapang yg dah memang lapang bagai langit terbentang luas tu. Hahaha~

Konklusinya, masa cuti ni aku hanya melakukan pekerjaan seperti membersih rumah, ajar tuisyen, online, makan dan tidur. Bosan tahu tak? Bosan asyik buat perkara yg sama tiap hari tanpa mendatangkan duit kecuali lah ajar tuisyen tu. Ohh ya, aku tengah confuse sekarang ni sebab kengkawan aku kata aku makin gemuk bagai di pam pam dan ada jugak yg mengatakan aku makin slim. Pilih satu please? Hahaha~ Its okay lah, gemuk ke kurus ke aku tetap paling comel *lempang muka sendiri* Hahaha~


2 comments:

  1. selamat bercuti! hehe jgn rindu dgn uniform skolah sudah.. btw singgah follow sini

    ReplyDelete
  2. Aminn..

    do follow my blOg ya.. http://sheilanasir.blogspot.com

    ReplyDelete