Assalamualaikum
Hai readers! How are you guys? How's life? Baru ada masa nak update blog, ni pun curi sedikit masa nak berkongsi cerita disini. Hihi~ Setelah menunggu beberapa lama untuk mendapat tawaran sambung belajar, akhirnya penantian ku membuahkan hasil yg bukan sia-sia.
24 APRIL 2013, sekali lagi bumi Malaysia ini digemparkan dgn keputusan tawaran ke tingkatan 6 untuk pelajar lepasan spm 2012. So pada hari tu, seawal jam 5.30 pagi kawan aku dah kecoh pasal tingkatan 6 ni. Dalam jam 6 pagi macam tu aku online untuk cek sama ada aku diterima atau pun tak. Dan jawapan yg aku terima adalah seperti dibawah ini:
24 APRIL 2013, sekali lagi bumi Malaysia ini digemparkan dgn keputusan tawaran ke tingkatan 6 untuk pelajar lepasan spm 2012. So pada hari tu, seawal jam 5.30 pagi kawan aku dah kecoh pasal tingkatan 6 ni. Dalam jam 6 pagi macam tu aku online untuk cek sama ada aku diterima atau pun tak. Dan jawapan yg aku terima adalah seperti dibawah ini:
"Harap maaf, nama anda tiada dalam senarai calon yang layak ke
Tingkatan Enam Sesi 2013 / 2014"
Tingkatan Enam Sesi 2013 / 2014"
Masa aku baca perkataan di atas ni, aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku. Nak dikata kecewa, mungkin ya jugak. Nak dikata gembira, mungkin ya jugak. Sederhana lah kecewa tidak, gembira pun tidak. Hihi~ Masa ni aku memang risau gila nak mampus sebab kawan aku yg dapat result lebih gah dari aku pun dapat form 6 sedangkan aku tak. Tapi, perasaan risau ni seketika cuma apabila aku menerima khabar bahawa para sahabat aku pun tak dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Memang aku gembira sangat lah sampai gelak guling-guling. Hahaha~
Nanti, kita akan bertemu di bumi Labuan untuk pertama kalinya. Semoga kita sama-sama berjaya dari dunia sampai akhirat. InshaAllah :)
25 APRIL 2013, buat kesekian kalinya bumi Malaysia digemparkan lagi dengan pengumuman keputusan permohonan kemasukan ke matrikulasi. Pada hari tersebut, aku sempat lagi berjalan-jalan bersama kawan sekolah rendah aku. So, dengan itu aku meminta sahabat baik aku iaitu Sarinah (ina) utk cek kan sama ada aku dapat kah tak. Dan jawapan yg aku terima adalah seperti berikut:
|
Alhamdulillah, keputusan ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran. Perasaan ni hanya Allah ja yg tahu. Kegembiraan ni dikongsi bersama kawan-kawan aku yg juga memperoleh kejayaan pada hari itu. Ada yg secara live kena teriak oleh aku sebab terlalu excited. Hahaha~ Kesian mereka dan mangsa pertama juga adalah rakan yg tolong cek kan keputusan aku. Kesian ina. Haha~ Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Tak terzahir rasanya kesyukuran yg aku panjatkan kepada DIA. Hanya DIA yg tahu :)
Apa yg aku boleh simpul kan disini, aku bahagia. Terlalu bahagia sebab sahabat sehidup semati aku semua dapat matriks. Hahaha~ Sekali lagi kami menuntut ilmu bersama-sama, beza nya kali ini kami menuntut di tempat orang. Untuk sementara waktu, aku p ja matriks sebelum keputusan upu dikeluarkan. Andai aku dapat Diploma in Accounting di UiTM, mungkin aku akan keluar matriks. Mungkin.
Segalanya aku perlu pertimbangkan dahulu, takut tersalah pilihan. Kali ni, keputusan di tangan aku. Bukan di tangan kau dan bukan juga di tangan dia. Mereka hanya mampu memberi nasihat dan pandangan tetapi yg membuat keputusan itu aku. Ini bersangkut paut dgn masa depan aku, bukan main-main. Aku mohon, kalian doakan aku dipermudahkan segala urusan dan diberi pilihan yg tepat. Hanya Allah mampu membalas segala jasa baik kalian. Ana uhibbuki fillah :)
I love you my girls. Telah banyak yg kita tempuh bersama dan kali ini kita berjodoh lagi untuk menuntut ilmu di tempat yg sama. Alhamdulillah :)
KBye, Assalamualaikum