Monday, 15 April 2013

Aku Rindu

Assalamualaikum

Tetiba aku tersentuh melihat gambar kawan-kawan aku dlm pendrive ni. Honestly, aku rindu sangat dengan dorang. Aku rindu. Terbuka folder gambar yg ada muka-muka classmate ni membuatkan aku sedih. Aku baru perasan yg kami dah tak akan dapat berkumpul dibawah satu bumbung lagi. Aku baru perasan yg aku dah menamatkan zaman persekolahan. Aku baru perasan yg aku sangat rindukan mereka! Rindu wehhh!! :( Heyy, aku rindu gila nak mati dgn kalian. Kalian rindu aku tak? Hahaha~

Alangkah indah nya hidup bila zaman persekolahan tu boleh di-replay macam kita dengar lagu. Bila rindu, replay. Bila tak, pause. Kan? Kawan aku yg paling suka menyakat dan menyakitkan hati aku adalah Ainal Sapri Abd Rahim. Hahaha~ Nama bapa kami sama, bangsa sama cuma pendapat je yg tak pernah nak sehaluan. Dia lah paling dajal bagi aku, tapi dia jugak yg paling aku rindu (nal, kau mesti baca ni! Hahaha~) Pendek-pendek tagap, leher tiada. Kan nal? =p

Dalam kelas aku macam-macam ragam manusia ada. Ada yg nerd, ada yg bising tak kira masa, ada yg ketawa tak pandai kawal, ada yg tidur je. Semua ada. Macam dalam gambar ni:




Aku rindu nak dengar si Pian menyanyi dlm kelas time math lepas tu disambung pulak oleh kami. Semua lagu-lagu legend yg dinyanyi nya. Kekadang aku confuse, kelas kami ni kelas account kah kelas muzik? Hahaha~ Semua gila menyanyi terutama masa math sampai teacher pernah cakap cenggini "Oii, Jangan bising eh. Ini kelas math kah kelas muzik?". Hahaha~ Dengan loghat cina nya lagi. Sungguh, aku rindu nak hadap semua tu balik. Rindu...

Aku rindu nak memain dlm kelas. Aku rindu nak kacau si Ina yakni bestfriend aku. Aku rindu nak sakat bebudak cina dlm kelas aku terutama Wong, Chung and Ho. Hahaha~ Aku rindu tahu? :/ Bebudak lelaki berbangsa Melayu dlm kelas aku pulak hanya tahu menganjing, mintak spen dan buat bising dlm kelas. Sampai kan aku pernah menangis gegara mereka. Lepas tu baru dorang haru biru nak pujuk aku balik terutama si Hafiz =p Tahu pulak takut bila aku marah, masa mengolok tak ingat dunia tentang perasaan orang. Haa kan dah kena sebijik. Haha~

Aku rindu Haryati, Ainal, Ain, Reni, Yana, Hanim, Aisyah, Farah, Hui Shan, Hung Cheng, Chung, Ina, Sida, Azlin, Fiza, Pitik, Liza, Dayang, Iba, Nafi, Sufyan, Uzair, Azwan, Hafiz, Reo, Asis, Shazree, Ho and Yong. See, aku masih ingat nama kalian. Sampai mati aku tak kan lupa. Aku rindu kamu semua. Korang rindu aku tak? Hihi~

Guys, lepas ni kita akan bawa haluan masing-masing dan yg pastinya kita dah tak dapat nak berkumpul macam dlm kelas lagi. Tak dapat nak ketawa sesama macam dlm kelas. Semua dah berlalu dan aku semakin rindu. Peduli lah korang nak gelakkan aku kah apa. Aku tak kisah. Hahaha~ Sekarang aku baru sedar yg kata-kata si Ainal dulu sangat benar. He said "Kau marah lah aku ripa, nanti habis sekolah aku lah yg paling kau rindu tu. *sambil tersengih-sengih*" and now, I did!


 I miss you guys :(


 Ainal, Nafi and Pian. Ni lah manusia pembising dan paling suka mengacau serta melalak kat dalam  kelas. Hahaha~ Macho lettew =p


 Ini lah wajah-wajah mereka setelah bebas dan merdeka. Habis paper akaun terus bergambar cenggini, malangnya aku tak de kat sini. Hmm :(


 Iba, Liza and Azlin. Inilah jelitawan kat dlm kelas. Ehh bukan, rabun-wan. Apa aku merepek ni? Hahaha~ Kalau aku senyum dgn dorang ni dari jauh dorang boleh buat derkk je. Sebab apa? Sebab rabun gila. Haha~ =p


Ina and me. Tudung hancur gila masa ni sebab otak dah penat berfikir untuk paper bio. Eh, apa kaitan? Ahh lantak =p Ini lah bestfriend dunia akhirat saya. Cinta sehidup semati saya. Hahaha~ Aku paling sayang dia ni. Kalau masa rehat macam belangkas. Ke sana ke mari mesti sesama. Kawan susah senang. I love you na :)


Haa, gambar dorang ni special sikit sebab tak pakai baju sekolah. Bukan apa, muka dorang ni mahal sangat termasuklah yg kat tengah-tengah tu. Hahaha~ Dari kiri ain, haryati, me, farah and aisyah. Dorang semua ni pandai-pandai dan paling pendiam kat dlm kelas. Eh, ye ke? =p Gambar ni diambil masa dorang g beraya kat rumah aku, last year.


Aku nak korang tahu yg kamu selalu ada di hati ku. Kenangan bersama kalian terpahat kukuh dlm ingatan. Semoga kalian berjaya dunia akhirat. Bila berjaya nanti, jgn lupa aku tau. Jangan lost contact. Lastly, I love you all :)
Sorry lah panjang sangat entry ni. Hihi~ Ada masa umur panjang aku update lagi.

KBye, Assalamualaikum




Thank you for reading !

No comments:

Post a Comment