Assalamualaikum
Hai semua! Entry kali ni adalah berkenaan tentang result SPM aku. Aku tahu lepas je tanggal 21 Mac hari tu aku ada update blog tapi aku tak de cakap pasal result. Ye aku tahu. Kali ni aku baru ada kekuatan nak cakap pasal result. Aku nak update bukan nak berlagak, bukan juga nak menunjuk-nunjuk dan bukan juga untuk memohon simpati orang lain *cehh*. Bukan bukan bukan! Siapa yg fikir macam tu bebanyak istghfar. Hehe~ Let's we continue *tarik nafas dalamdalam dan hembus sekuat mungkin* Hahaha~
21 MAC 2013 adalah antara tarikh yg paling bersejarah dan bermakna dalam hidup aku. Masa aku sampai kat sekolah semua orang dah kecoh dgn keputusan students yg gempak gila. Aku terkedu dengar keputusan dorang, rasa nak nangis pun ada gak. Tak kurang juga dgn bebudak kelas aku yg bising gila sebab dorang dah cek melalui sms. Jerit sana sini. Aku faham perasaan dorang bila memperoleh sesuatu yg tak disangka-sangka. Aku faham.
Dalam jam 11 lebih slip dikeluarkan. Masa tu sekolah memang bising gila dengan jeritan-jeritan kami. Masa aku sign nak ambil slip dari Madam Norlela yakni guru account aku, tangan memang dah menggeletar gila sebab nervous. Habis sign tu, junior aku yg ambil slip tu iaitu zaza and echa sebab aku tak sanggup nak tengok. Aku takut result aku buruk. Aku takut gila masa tu. Lepas junior aku tengok result tu, dorang takut-takutkan aku yg aku tak berjaya mengumpul banyak A. Memang masa tu air mata dah bergenang lah weyy. Tinggal tunggu gugur je. Hahaha~
Lepas dorang gelakkan aku sebab tengok muka aku yg nervous gila tu, mereka membuka slip tu di depan mata aku. Aku tengok je keputusan aku yg semua kredit dan terdapat 5A disitu, aku menjerit sambil peluk kawan aku. Memang peluk kuat gila sambil mengalirkan air mata. Bahagia nya hanya Allah ja yg tahu. Rasa syukur yg aku panjatkan kepada NYA hanya DIA yg tahu. Kegembiraan ini dikongsi bersama sahabat-sahabat aku yg berjaya memperoleh keputusan yg sangat cemerlang. Alhamdulillah.
5A, bagi aku dah cukup banyak sebab biasanya exam sekolah paling tinggi 2A je tu pun ada gagal. Aku tak malu untuk mengaku aku pernah gagal. Sebab itu yg menjadi pembakar semangat aku untuk terus berjaya. Thanks to Allah sebab memberi aku semua ini. Walaupun tak semua A, aku sangat bersyukur sebab result seperti ini langsung tak pernah terlintas di fikiran aku. Langsung tak pernah.
Pada hari itu, aku mengalirkan air mata. Bukan sebab sedih, bukan sebab kecewa dan bukan juga sebab kesal. Itu adalah air mata kegembiraan yg sampai mati akan kekal dalam ingatan. Aku sangat bahagia sebab berjaya membuat kedua orang tua ku tersenyum gembira. Alhamdulillah.. Kejayaan ini akan aku kenang sampai bila-bila. Terima kasih Allah. Terima kasih mak abah. Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih semua. :)
MY OFFICIAL RESULT: 5A 2B 2C+
Ni lah perempuan yg menangis sambil jerit sambil peluk orang masa dapat tahu result dia. Slip sampai renyuk kat tangan.
Ye aku tahu cerita ni dah lapuk. Aku tahu. Lantaklah, asal aku gembira. Hahaha~ Tahniah buat semua pelajar lepasan SPM 2012 yg mendapat keputusan cemerlang. Tahniah tahniah tahniah :) Sampai sini je entry kali ni. Ada masa, umur panjang aku update lagi :)
KBye, Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment