Perubahan

Assalamualaikum

Hai readers! How are you guys? How's life? Semoga kalian sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah selalu. Today, aku nak cerita sikit pasal suatu hal ini. Alaa, ada lah. Nak tahu? Okay, teruskan membaca. Aku tahu, kebanyakannya rakyat Malaysia ni malas nak membaca terutama kalau teks yg panjang. Kan? Aku tahu, sebab kekadang aku pun cam tu jugak. Hihi~ Ada jugak sesetengah manusia bila buka blog orang lain dia tak baca, dia just tengok gambar yg ada kat dlm blog tu je. Betul tak? Hahaha~ Kcukup, lets we continue!

Kau tau tak bila manusia mula berubah ke arah yg lebih baik, mula lah manusia lain akan mengata dan berbisik antara satu sama lain. Yerr, kau tak payah nak tipu. Mostly, manusia memang macam ni. Contoh yg paling mudah lah berkaitan penutupan aurat. Ni yg biasa kita lihat dan perkatakan. Bila perempuan tak pakai tudung, mula lah orang nak umpat dia sana sini sampai aib dia pun dibuka tanpa memikirkan dosa pahala. Then, bila dia dah pakai tudung pun orang akan cakap jugak.

Bila dah pakai tudung, orang akan persoalkan pulak cara pemakaian dia. Pakai tudung tapi baju lengan pendek, seluar sendat, tudung tak cukup kain bla bla bla... Kan? Heyy manusia, melakukan perubahan biar sedikit demi sedikit asal istiqamah daripada perubahan mendadak tapi tak tetap pendirian. Bukan mudah, nak berubah ke arah kebaikan disertai dgn istiqamah. Bukan mudah, jangan kita jadi manusia yg hanya tau mengata orang. Lihat diri sendiri dicermin sebelum jaja cerita orang sana sini.

Mungkin dia nak berubah peringkat demi peringkat seperti dalam gambar ini:




Kan? Siapa tahu. Bila orang berada di posisi yg tak betul, nasihati lah dia dengan cara yg baik. Bukan dihina dan dihebahkan aib nya. Bukan. Islam tak mengajar kita macam tu. Kita jaga tepi kain orang tak pa sebab memang kita diingatkan untuk saling menasihati tetapi biarlah kena dengan caranya. Jaga tepi kain orang jangan sampai menyelak. Korang faham kan? Kalau dah sampai tahap menyelak tu memang patut kita bagi makan penyepak je. Hahaha~

"Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, jangan lah kau menasihatiku di tengah keramaian kerana nasihat dihadapan umum adalah sebahagian daripada penghinaan yg tidak suka aku mendengarnya - Imam As-Syafie"

Aku tak spesifikasi kan sesiapa pun dlm entri ni, aku cakap random dan aku jugak tak cakap yg aku tak tergolong dlm kalangan orang yg suka mengata sana sini. Aku buat entri ni sekadar untuk berkongsi disamping memperbaiki diri. Mungkin akan ada yg berkata aku berlagak baik, alim or whatever lah. Biarlah, mulut orang kita tak boleh nak tutupkan. Selagi mampu bersabar, sabar. Allah tahu apa niat kita walau satu alam ni pandang kita buruk. Hina di mata manusia tiada apa-apanya jika dibanding kehinaan disisi Allah.


  
"Butakan mata, pekakkan telinga, celikkan hati daripada orang yg cuba menjatuhkan kita - NAAR"

Apa yg aku tahu, aku menulis bukan untuk menyindir atau menyakiti hati sesiapa melainkan peringatan untuk diri sendiri dan umat manusia. Kalau kau nak dengar, dengarlah. Kalau tak, kena jugak dengar! Hihihi~ Aku dah buat apa yg aku rasa patut. Sama-sama lah kita memperbaiki diri, Allah tak lokek hidayah cuma manusia ja yg lokek nak tadahkan tangan dan meminta dari NYA. Berusaha lah untuk berubah ke jalan NYA, pasang lah niat lillahi taala. Apa yg penting, bersangka baik dengan Allah dan jangan sesekali berputus asa dari rahmat NYA. InshaAllah, ada jalan nya :)


KBye, Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment