Next Stage of My Life

Assalamualaikum

Hai semua! How are you guys? How's life? Wahh, lama gila aku tak update blog kan. Rindu aku tak? Rindu tak? Rindu tak? *krik krik* Hahaha~ Lama jugak aku tak menulis disini (menaip sebenarnya). Kalau dah datang rajin tiap hari nak buka blog sebab nak membebel kat sini, tapi kalau dah datang malas lappy pun tak dipandang. Akhirnya blog terbengkalai, berbulan-bulan baru dapat update tu pun entry hambar gila. Cian blog itew tau. Sayang blog, muah muah! Hahaha~ Okay dah cukup, maafkan saya kerana terlalu banyak merapu. Hihihi~ Lets we continue! :)

Hari ni dah tanggal 13, cepat betul masa berlalu. Bukan berlalu, tapi masa dah lari pecut meninggalkan kita jauh dibelakang. So, jangan suka melengah-lengahkan masa ya anak-anak. Jumaat ni aku nak jalan dah, nak tinggalkan tawau ni dah. Tak terasa, pejam celik pejam celik dah nak jalan. Merajuk dgn tawau, kita nak ke planet pluto. Haha~ K cukup. Actually, nanti aku nak masuk Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dah. Mendaftar pada 19 Mei 2013 bersamaan hari ahad tapi aku gerak dari Tawau tanggal 17 sebab stay satu malam kat kk. Then tanggal 18 pagi baru gerak p Labuan and bermalam gak kat sana satu malam sebelum hari mendaftar.


Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Gambar diperolehi atas ihsan encik google. Hihihi~


Hanya mama yg mengiringi aku sampai ke labuan sana. Family yg lain tak ikut sebab nanti leceh nak mengurus sesatu. Pening dibuatnya kalau semua nak ikut sebab nanti sesatu buat ragam. Hihi~ Bercampur aduk perasaan aku sekarang. Mungkin gembira dan mungkin juga sedih. Sedih lah weyy, first time berjauhan dgn keluarga. Ingat seronok? Bermulanya hidup berada diatas kaki sendiri. Tanpa mak, tanpa abah, tanpa adik-beradik. Disana nanti aku akan mengurus semuanya sendiri walau pada hakikatnya masih ada kawan-kawan. Hidup bersama kawan dan hidup disamping keluarga itu berbeza. Tak sama.

Tapi itu lah yg perlu aku harungi, sahut cabaran right? Semua orang pun akan macam tu, bila tiba masanya mereka juga akan berpisah dari keluarga. Aku ada cita-cita yg perlu direalisasikan. Aku ada tanggungjawab yg belum terlaksana. So, ini adalah permulaannya untuk aku merealisasikan cita-cita dan tanggungjawab aku. Aku nak buat mak abah gembira dgn kejayaan aku. Aku nak jadi contoh yg boleh diteladani oleh adik-adik aku. InshaAllah. Aku mohon kalian mendoakan kejayaan aku. Hanya Allah yg mampu membalas segala jasa baik kalian :)


"Aku kan pergi, pergi ku akan kembali. Pergi untuk membawa pulang sebuah permulaan yg bergelar kejayaan" - NAAR


Ada masa, umur panjang aku update lagi. Mungkin lama lagi baru aku dapat nak update sebab terlalu busy untuk mengurus hal-hal sambung belajar. So guys, selamat merindui beta! Hahaha~


KBye, Assalamualaikum


















2 comments: