Minggu Orientasi di KML

Assalamualaikum

Hai semua! Seperti yg dijanjikan, kali ni aku nak update tentang minggu orientasi di kolej matrikulasi labuan yg berlangsung pada minggu lepas. Sebut ja pasal orientasi mesti kita semua akan fikir yg teruk-teruk. Kan? Memang teruk pon kalau orientasi ni, dimana-mana pun sama jugak. Tak cukup tidur, mandi kadang tak sempat, kena teriak oleh fasilitator dan macam-macam lagi yg teruk. Hahaha~ Ni kalau kakak dan abang fasi baca aku tulis macam ni habis aku kena. Alaa, cool lah kakak-kakak dan abang-abang minggu orientasi dah berakhir k? So, kita dah boleh jadi kawan walaupun malu-malu. Eh? Haha~

Orientasi kat kml agak seronok lah jugak. Aku rasa ni lah orientasi paling teruk yg pernah aku lalui (memang lah, sebab ni kali pertama aku berorientasi. Hahaha~). Ramai gila kot student kml, nak dekat dua ribu orang. Orientasi kat sana lebih kepada taklimat-taklimat penting yg disampaikan oleh pensyarah. Kalau sebut pasal taklimat, dah tentu lah orang akan fikir ia nya perkara yg membosankan. Yes, i admit! Memang bosan pun, tipu lah kalau aku cakap aku suka dengar taklimat. Penipuan yg sangat nyata. Tapi oleh kerana, ia nya penting untuk student baru macam aku ni, aku pun dengar jugak lah apa yg disampaikan oleh lecturer walaupun beribu kali terlelap dan ditegur oleh fasi. Hahaha~


 Ni lah keadaan dlm dewan semasa menyanyikan lagu Kolej Matrikulasi Labuan. Gambar ni adalah milik abang fasilitator. Abang? *muntah pelangi* Hahaha~


Tak semua taklimat tu membosankan. Serious, tak semua. To be honest, lecturer kat kml memang sporting semuanya. Memang seronok! Diorang tahu, nak handle students macam kami ni supaya tak bosan masa dengar taklimat. Boleh tahan jugak jenaka-jenaka yg diorang selitkan semasa sampaikan taklimat dan ia nya menyebabkan rasa mengantuk hilang sama sekali. Hihihi~ Kami dikumpulkan dlm Dewan Mutiara semasa mendengar taklimat.

Dengan jumlah pelajar yg hampir dua ribu orang dikumpulkan bersama dlm keadaan duduk bersila dan memakai pakaian formal. Pakaian formal termasuklah berkasut pvc/kulit. Bayangkan, dgn memakai baju kurung dan berkasut pvc aku duduk bersila dlm keadaan dewan yg padat gila bak kata fasi-fasi itew "compress". Haa, memang compress pon sampaikan aku rasa macam melekat dgn kawan-kawan yg duduk kat depan dan belakang aku. Hahaha~ Memang penat gila lah, duduk 3 jam dlm keadaan padat macam tu. Can you imagine that? Sepanjang minggu orientasi duduk macam tu. Fenattt =.=


 Gambar ni diambil sebelum mula riadah petang. Diambil dari fb bff aku iaitu Sarinah (ina) yg tudung putih tu. Comelnyaaa.....aku. Haha~


Konklusinya, sepanjang orientasi kml tidur tak cukup, makan tak tentu, dan macam-macam lagi yg tak tercukup. Hahaha~ Penat tu tak payah cakap lah, semua orang pun penat masa orientasi ni. Apa-apa pun, terima kasih yg tak terhingga buat pensyarah dan fasi-fasi yg telah berhempas pulas untuk menjayakan program orientasi kami. Terima kasih bebanyak. Aku tahu, minggu orientasi ni adalah untuk mendidik kami supaya lebih berdisiplin terutama dari segi pengurusan masa. Sebab hidup di asrama ni perlu sentiasa menepati masa. Bila masuk waktu solat, solatlah. Bila masuk waktu kuliah, kuliahlah. Tak boleh nak bertangguh macam yg kita selalu buat kat rumah.

So, kepada bebudak matrikulasi labuan all the best! Result SPM sila buang jejauh sebab kita mula dari kosong. Kau, aku dan dia sama. Sama-sama nak belajar, bukan nak tunjuk siapa hebat. Bukan. Apa yg seronoknya kat kml ni, aku boleh belajar bahasa-bahasa mereka yg berbeza bangsa dan budaya daripada aku. Mengeratkan silaturrahim sesama manusia :)


 KML. Gambar ni aku ada letak di ENTRI sebelumnya. Tapi yg ni diedit oleh student kml jugak. Aku tengok cantik, so aku download lah and letak kat sini. Kenangan gitu =p


Alhamdulillah, orientasi pun dah selamat berakhir pada hari khamis lepas. Sekarang ni aku tengah bercuti di rumah sebelum bermulanya kuliah pada 3 Jun 2013 nanti. So guys, mohon kalian mendoakan aku dipermudahkan segala urusan. Semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat. Amin.. :)


KBye, Assalamualaikum

6 comments: