Assalamualaikum
Haii
semua! Seperti biasa aku tak bisa tidur awal. Kalau dah cuti macam ni
memang jadi burung hantu lah. Kekadang pagi baru dapat melelapkan mata.
Sementara menunggu cupcake i masak, i nak update lah kejap. Hahaha~
Ni
aku nak cakap aku rindu kawan-kawan aku kat matrik. Kawan bergila,
kawan bergaduh, kawan menangis, kawan stress. Semua diharung
bersama-sama. Aku rindu. Entah kenapa, tetiba rasa sebak bila tertengok
gambar-gambar dengan diorang di kml dulu. Tak terasa sekarang
masing-masing akan mula bawa haluan sendiri. So yeahh, mari kita layan
gambar...
Perjumpaan
bersama pengarah buat kali terakhir. Ni lah famili gua di matrik dulu.
Hantu semua tak reti nak diam bila dah berjumpa. Gelak sakan. Hahaha~
Rommates
gua. Penghuni bilik D 3 13. Ni lah manusia yg selalu dengar gelak tawa
nangis rintih gua selama di matrikulasi. Ni lah manusia yg tabah bila
dengar gua menyanyi terpekik terlolong tengah malam buta. Ni lah manusia
yg kebal telinga nya kerana sudah terlalu lali dgn gelak pontianak gua.
Ya mereka ini lah orangnya. Best roommates ever! Ahh aku rindu kalian.
Sumpah rindu =(
Ni
lah manusia yg selalu bikin kecoh blok bila ada kawan-kawan yg befday.
Angkatan tentera ini lah yg menyerang orang-orang yg befday. Hahaha~
Selalu bikin kecoh, tak kira masa. Sahabat selamanya dan kini aku
terlalu rindu kalian =(
Gambar
kenangan bersama pengarah dan timbalan pengarah kolej matrikulasi
labuan. Pun bolehhhhh. Pentadbir kml memang sporting especially
pengarah. Paling manang. Hahaha~
Semasa menjelajah bumi labuan. Cerr teka kat mana? =)
Diapit oleh azra (kiri) dan ida (kanan). The craziest friends ever!
Semasa
bercuti (lahh sangat) di pulau labuan. Bebas sebentar dari jajahan
tekanan di matrikulasi. Beberapa minggu sebelum final, sebelum
meninggalkan labuan, sebelum berpisah dengan perempuan-perempuan gua.
Payah tau nak dapat scene-scene yg ayu plus comel macam ni. Biasanya tak senonoh je rupa. Hahaha~
Walau
jasad kita jauh tapi kita bersatu dalam doa, kita dekat di hati. Andai
diizin tuhan, kita pasti ketemu lagi untuk meluruhkan segala rindu ini.
Kalian antara yg terbaik yg pernah aku miliki. Semoga berjaya sahabat
seperjuangan gua. Dunia akhirat. Semoga persahabatan ini kekal hingga ke
syurga tuhan. Ahh aku jadi jiwang. Aku cuma rindu dan aku tau rindu ini
berbalas =)
KBye, Assalamualaikum