Assalamualaikum
Sebulan lebih berlalu, tetapi masih terasa seperti mimpi aku berjaya menamatkan ijazah ku. 4 tahun aku merantau di bumi Labuan untuk menamatkan matrikulasi sekaligus ijazah sarjana muda. Belum apa-apa aku sudah rindu zaman belajar ku. Kawan-kawan, para pensyarah, sukan, assignments, quizzes, kelas tutorial, lecture, ah sekelip mata saja berlalu. Kalau dulu tak menyabar nak habis belajar, sekarang rindu kemain lagi. Padan muka. Hahaha~
Aku mengambil jurusan akaun di matrikulasi Labuan pada tahun 2013/2014. Seterusnya pada tahun 2014-2017, aku sambung pengajian dalam bidang Kewangan Islam di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).
20 November 2017 lalu aku telah bergraduasi di kampus induk iaitu UMS Kota Kinabalu. Rasa seronok sebab dapat jumpa semula dengan kawan-kawan dan para pensyarah. Wujud rasa sebak dan sedih jugak bila teringat entah bila lagi dapat kumpul ramai-ramai macam tu. Tu pun tak semua coursemate dapat datang. Mungkin akan jumpa lagi di majlis perkahwinan diorang lah kot (itu pun kalau dapat pergi), tak pun manatau nanti jumpa lagi tapi sebagai jodoh. Eh? Hahahaha~ Kk, I'm joking bah.
Pergi majlis konvokesyen haritu naik grab je weh! Cuaknya masa tu sebab semua grab reject, rasa macam nak nangis pun ada jugak. Penyakit gelabah ni memang suka bertandang dan tak reti nak pulang. Alhamdulillah, sempat jugak sampai Dewan Canselor tepat waktu walaupun kelam kabut bagai nak rak. Hahaha~ Alhamdulillah, everything went well!
So, jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambil masa pre-convo dan hari graduasi sebenar =)
She was a dreamer, but today, she proves that a dream can be an amazing reality =)
Perjalanan ini tidak pernah mudah, tapi aku berjaya buat sampai habis!
Macam mimpi dapat pakai dan jubah mortar board ini.
Masa ni buat pre convo di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu. Habis je ambil gambar, hujan turun dengan lebat nya. Gigih weh!
Right after the ceremony. Panas gila masa ni, tapi sebab nak dapat gambar yang cantik, tahan aje lahhh. Demi sekeping gambar. Ye lah, kenangan kot semua ni. Hehe~ Terima kasih yang bagi bunga dan hadiah. I love you gais!
Nyawa ku, mak abah =) Kerana mereka, aku masih mampu bertahan walau terlalu banyak alasan untuk menyerah. Terima kasih mak abah untuk setiap pengorbanan yang hebat sehinggakan aku berjaya meraih semua ini =)
Ikut muka mak ke muka abah? Ke mix? Ahaks!
My blood sister, my cousin, my best friend, my love! She came all the way from Sarawak! Thank you for coming and thank you for the gift too! I love you!
My biggest supporting system in campus life. My partner for three years in UMSKAL. Ke hulu hilir memang selalunya dengan dia ni. Kalau tak jalan dengan dia, sibuk orang bertanya. Hahaha~ Thank you for everything pek, we did it! Aku sayang kau =)
Introducing to you gais, my sarawakian girl, Jai!!! My sport partner, my twin tower, my secret keeper. Thank you for everything, baby =)
Thank you for the memories, girls =)
After all the struggles, sacrifices, tears and hardship, finally I did it! I'm officially graduated in Bachelor of Islamic Finance With Honours. Such an amazing reality! Congratulations dear self! =)
Terima kasih Allah untuk peluang yang hebat ini.
Terima kasih mak abah untuk setiap doa, pengorbanan dan sokongan yang tak pernah putus.
Terima kasih dan beribu penghormatan buat cikgu-cikgu dan para pensyarah yang tak pernah lelah mencurah ilmu dan bakti buat ku dari zaman sekolah hingga ke universiti.
Terima kasih untuk adik-beradik yang sentiasa membuatkan aku push diri supaya mampu menjadi contoh yang baik, in shaa Allah.
Terima kasih Allah untuk peluang yang hebat ini.
Terima kasih mak abah untuk setiap doa, pengorbanan dan sokongan yang tak pernah putus.
Terima kasih dan beribu penghormatan buat cikgu-cikgu dan para pensyarah yang tak pernah lelah mencurah ilmu dan bakti buat ku dari zaman sekolah hingga ke universiti.
Terima kasih untuk adik-beradik yang sentiasa membuatkan aku push diri supaya mampu menjadi contoh yang baik, in shaa Allah.
Terima kasih untuk kawan-kawan yang sentiasa ada disaat jatuh bangun ku dan menerima diri ini seadanya. You know who you are =)
Terima kasih untuk Pusat Zakat Negeri Sabah yang menaja pengajian ku hingga ke akhirnya.
Akhir sekali, terima kasih untuk setiap ucapan dan doa yang baik-baik daripada kalian sewaktu hari graduasi ku sebulan yang lalu.
Moga Allah membalas kalian dengan beribu lagi kebaikan. Amin..
Alhamdulillah a'ala kulli haal =)
Jumpa lagi di entri seterusnya! =)
No comments:
Post a Comment