Explore Semporna Island

Assalamualaikum

Ehem, lama gila aku tak muncul kat sini. I busy sikit dengan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Ahaks! Takde lah, gurau je. Actually, idea nak menulis tu banyak ja cuma selalunya malas nak buka laptop ni haa. Selalunya buka laptop untuk buat job hunting je. Ye, masih menganggur ni haa, ada sesiapa nak hire i tak? Hahaha just kidding guys. I busy okey banting tulang buat bisnes shaklee. Ahaks!

Sooo, sementara tengah ada mood okay ni, aku update lah sikit nak share island trip yang aku join haritu. Mana lah tahu berguna untuk kalian yang nak bercuti ke pulau-pulau yang ada di Semporna, Sabah. Pulau kat Semporna cantik gila okeyyy. Air laut very clean and clear. Cantik! Satg aku share gambar. Stay tune everybody!

Oh btw, island trip yang aku nak share ni ada 7 pulau. Bukan sekali jalan tau, 3 kali trip aku join and ada yang aku repeat like Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Pulau Sibuan and Pulau Bohey Dulang. So, aku sekalikan je terus share kat sini. Kalau p mana-mana aku memang suka tempat yang more to nature. Best okay! Hati senang, fikiran pun tenang dan lapang =)

So yeah, lets enjoy the photos!!!


1) PULAU TIMBUN MATA

This is Pulau Timbun Mata. Aku pun tak sure kenapa pulau ni dinamakan Timbun Mata. Maybe sebab macam bentuk timbunan mata. Sebab kalau dari jauh nampak macam tu. Kan? Ce perati betul-betul. Pulau Timbun Mata ni hanya bukit semata-mata which is you guys perlu hiking untuk dapatkan view yang lawa macam kat oversea or to be exact, like Kashmir maybe? Ahaks! Hiking dalam 150m saja. Tak jauh pun tapi bukit curam ya kawan-kawan. Kalau jatuh, tergolek lah terus ke laut sebab takda pantai langsung. Hanya bukit semata-mata di pulau ini. Hahaha~ So, kalau nak p watch your step okay!



 Masa aku nak ambil gambar kat lereng bukit ni, ketaq lutut oii. Sebab kalau jatuh agaknya patah riuk kot. Tapi ku gagahkan juga demi nak dapatkan gambar yang cantik. Hahaha~ Dan paling best masa ni angin kuat gilaaa. Tak rasa panas pun weyy. Seriously best sangat. Calming! Aaaa nak repeat! Tiberrr~



 The other side of Timbun Mata. Dah cakap kan tadi macam kat Kashmir. Boleh buat scene hindustan guling-guling kat sini. Hiks. Haih, sah kena repeat ni.



 View from top of Pulau Timbun Mata. Subhanallah cantik sangat! Stunning!



2) PULAU LARAPAN

 
 Ini pulak adalah Pulau Larapan. Kat sini ada jambatan panjang ni and air laut dia very clean. Cantik sangat wehhh! Kalau nak photoshoot, kat sini cantik gak. Tak, masalah dia semua tempat cantik. Hahaha~ Kat sini just sight-seeing ja, tak perlu hiking or apa-apa.



 Kasi can aaa, I nak posing. Ahaks!



3) PULAU SIBUAN


 Okay, next is Pulau Sibuan. Dalam banyak-banyak pulau yang aku jejaki di Semporna, Pulau Sibuan adalah yang paling cantik sekali. Aku suka gila tempat ni. Pantai, air laut dan pemandangan sangat sangat cantik. Very clean and crystal water. Air laut ikut tone, semakin gelap warna air laut, semakin dalam lah tempat tersebut. Hypothesis accepted! Hiks.



 Ombak pun boleh tahan kuat kat sini. Aktiviti kat sini snorkeling and diving sampai pitam. Ahaks! View memang lawa, ikan pun comel-comel belaka. Tapi kat sini tak banyak sangat corals. I mean tak colourful. Kalau bab pemandangan, memang win sangattt!



Malas nak cakap, korang boleh tengok sendiri warna air laut dia. Puas kalau nak berenang, kuak lentang ke kuak apa lah sekali pun. Hahaha~



4) PULAU BOHEY DULANG


 Pulau Bohey Dulang ni aku dah pernah p dua kali. Yang gambar kat atas ni diambil masa kali ke 2 aku pergi. First time p tak ingat tahun bila, 2015 kot kalau tak silap. Kali pertama aku datang pulau ni, masa tu bohey dulang popular sangat sebab view dia lawa gilaaa macam lukisan. As you guys can see in the picture, macam lukisan kan? Sangat cantik. Fyi, kat pulau ni aktiviti utama adalah hiking. Ya kawan-kawan, hiking dalam 600m je. Lumayan lah untuk penatkan badan. Hahaha~ Datang sini kalau tak hiking, rugi besar okay. View dari atas bukit lagi superb!!!



 Acah-acah pelancong hiks. Kali kedua aku datang sini, aku tak hiking. Just ambil gambar ja, sesambil tenangkan fikiran menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Gitewww.


5) PULAU MANTABUAN



Cantik kan? Memang cantik gila gais, kalau depan mata lagi subhanallah lawa. Aktiviti kat Pulau Mantabuan ni adalah snorkeling jugak. Lebih kurang macam Pulau Sibuan. Tapi kat sini pulau dia kecil sikit. Masa datang sini aku just jalan-jalan ja, sebab bosan dah snorkeling. Hahaha~ Breathtaking view!



 The other side of Mantabuan. Sempat bergambar kat batang kayu ni je sebab masa ni rushing. Cantik tapi tak sempat nak explore semua. It's okay, saya puas hati sebab masa ni dapat p 3 island within a day =) 



6) PULAU MABUL


This is Mabul guys! Aktiviti kat sini jalan-jalan kat resort and snorkeling, bayar RM10. 3/4 years back, tak perlu bayar pun nak masuk sini. Sekarang ni bayar, everything is money gitew. Aku boleh katakan yang Pulau Mabul ni adalah pulau untuk orang-orang kaya. Mostly pelancong luar negara yang tinggal kat resort. Mahal gila okay. Aku tanya orang kat situ, dia cakap paling murah RM2K per night. Ya kawan-kawan, RM2000 untuk tidur dengan pemandangan yang sama dengan you bayar RM10. Baik takyah, membazir saja. Hahaha~ Tapi kalau nak jalan-jalan cuci mata, best je =)



Menikmati pemandangan indah =)



Pulau Mabul dikenali juga sebagai Mabul Water Bungalow Resort. Banglo atas air lah gitu sebab tu mahal. Ni antara resort yang cantik dan paling mahal. Cantik kan? =)



7) PULAU KAPALAI


The last island is Pulau Kapalai! Pulau Kapalai ni adalah private island yang takda pantai, hanya ada resort semata-mata. Sama mahal gak macam Pulau Mabul. Masa kat pulau ni aku hanya ada gambar ni saja sebab i busy snorkeling macam orang tak pernah jumpa laut. Hahaha~ Haa kalau nak snorkeling kat sini syok sebab sangat banyak corals, colourful weh! Pastu ada penyu, ikan nemo, dorry fish, n etc. Laut kat pulau kapalai ni dalam gila dan ombak pun boleh tahan hebat. I asked our boatman, he said kedalaman air laut kat tempat aku snorkeling masa tu around 50 meter. Masa snorkeling tu bila tengok dalam laut, ya Allah macam tengah duduk kat bangunan tinggi then tengok ke bawah. Gayat ziz! Hahaha~ Tapi syok gilaaa!


Okay tu je lah sharing ziz kali ni. In shaa Allah ada rezeki nanti aku share lagi. Maybe next entri tentang bajet ke pulau pulak. In shaa Allah, doakan lah ziz sentiasa ada mood rajin. Ahaks!



 Jumpa di entri yang seterusnya! =)







   






Monolog Dia

Assalamualaikum

Yang dulu itu telah lama hilang.
Pergi jauh menerobos ke ruang yang asing dan sunyi.

Sepi.

Namun langkah ini enggan berhenti.
Laju sekali menapak pergi.

Menoleh sesekali juga tidak.
Ah, sudah terlalu tawar hati barangkali.

Kosong.

Kerana sudah terlalu lama bertahan.
Sudah masanya memencilkan diri.

Lari dari semua kebiasaan.
Sampaikan tak ada satu pun yang bisa menjumpai.

Itu sudah cukup.
Jangan dipersoalkan lagi.

Semuanya telah berakhir.



Arifah Rahim,
11:43 Malaysia


Positive Feedback About Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum

Harini Ripa nak share pasal positive feedback daripada pelanggan Ripa yang menggunakan SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS sebagai alternatif untuk hilangkan jerawat dan bekas-bekas jerawat.

Customer Ripa ni consume Vitamin C selama 2 minggu saja, alhamdulillah dah dapat positive result! 😍😍😍

Meh tengok gambar yang dia share kat Ripa 😊


Kiri adalah sebelum, kanan selepas consume Vitamin C. Jelas kelihatan jerawat dan bekas-bekas jerawat makin pudar! Ni baru 2 minggu tau, kalau 2 tahun dah boleh beat Neelofa kot. Ahaks! 🙈



The other side, before and after. Korang boleh zoom tengok perubahan dia 😍



Ni komen customer Ripa selepas consume Vitamin C Shaklee. Jerawat bernanah dah tak berani naik kat muka! I'm so happy to know this 😍



 Period pun dah tak perlu risau. Ma shaa Allah best nya! Thank you for your sharing and recommendation dear 😊 


Selama ni Ripa baca feedback daripada orang lain ja, tapi bila customer sendiri yang bagi positive feedback macam ni, ma shaa Allah seronok nya rasa hati! Tak sabar nak tengok feedback dari diri sendiri pulak! 🙈

Pada sesiapa yang ada masalah jerawat, parut, sunburn, whiteheads and blackheads, Ripa suggest korang try ikhtiar dengan Vitamin C Shaklee ni 😘 Harga pun murah dan mampu milik!

Ripa tak kata produk Shaklee ni fully effective. No. Tapi, korang boleh cuba ikhtiar dengan supplement Shaklee to improve your health and beauty. Manatau serasi dan berkesan dengan kalian pulak 😊

Pada sesesiapa yang berminat nak beli supplement Shaklee, boleh hubungi Ripa melalui aplikasi Whatsapp. Istimewa buat sesiapa yang purchase dengan Ripa, Ripa akan guide dan consult mengikut cara yang betul. Layanan first class! 😍


FAST ACTION, FAST RESULT!


ARIFAH RAHIM,
Your Most Wanted Shaklee Independent Distributor

Whatsapp: 014-5607954
Facebook: Nurul Arifah Abd Rahim


Prioritas


Assalamualaikum

Ada hal yang harus dilepaskan demi hal lain.

Karena tidak semua bisa digenggam bersamaan.

Kadang, disaat seperti ini kita diuji--
Tentang bagaimana menentukan prioritas
Tentang bagaimana mendahulukan hal yang lebih pantas.

Yang pasti, itu sama sekali bukan kamu.

(Boy Candra, 2014)


Kamu tidak menyadari bahawa langkah ini sudah lama mati dan kamu tiada apa-apa nya lagi.



Arifah Rahim, 
00:47 Malaysia.

Sihat & Cantik Bersama Shaklee

Assalamualaikum

Harini Ripa mau share tentang supplement Shaklee yang sesuai untuk masalah seperti berikut:
  • Jerawat (tak kira lah jerawat pasir, jerawat bernanah, jerawat batu sekalipun)
  • Jeragat
  • Kulit kusam
  • Kulit kering
  • Whitehead and blackhead
  • Parut (Bekas accident, chicken pox, operation)
Untuk masalah seperti yang Ripa nyatakan diatas, korang boleh cuba ikhtiar dengan supplement Shaklee seperti ESP, Vitamin C, Vitamin E, Vivix, Collagen Powder.



ESP Shaklee!
 
Energizing Soy Protein merupakan makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein yang mana dapat membantu mengurangkan kolestrol. ESP ni dapat membantu memberikan tenaga dan rasa kenyang lebih lama. Bonus dapat mengawal berat badan dan mencantikkan kulit!

Pengalaman ripa consume sendiri ESP ni memang sangat membantu untuk kulit yang bermasalah seperti muka berminyak, kulit kusam dan kering, berjerawat pasir, masalah whitehead dan blackhead. Alhamdulillah selepas consume ESP, kulit Ripa getting better sampai family and friends pun tegur =) Korang boleh baca pengalaman Ripa consume ESP disini.



SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
 
Merupakan produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. Vitamin C Shaklee juga berperanan untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan semua yang membentuk tubuh kita. Plus, ia nya juga menggalakkan pertumbuhan kolagen, mencerahkan kulit dan menagatasi masalah kulit kusam dan jerawat. Vitamin C shaklee adalah bagus untuk dijadikan rutin harian kerana 1 tablet vitamin C bersamaan dengan 7.5 biji buah oren!



VITA-E COMPLEX

Vitamin E Shaklee adalah sebagai sokongan antioksidan kepada badan disamping membantu mengekalkan sistem imun yang kuat. Ia nya juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah jerawat dan parut yang sukar hilang terutama jerawat yang meninggalkan kesan-kesan merah kat muka. 



COLLAGEN POWDER 

Kolagen shaklee merupakan ekstrak daripada sisik ikan merah. Ia nya berfungsi untuk merangsang kulit dari luaran dan dalaman supaya kelihatan muda, cantik dan berseri. Pengambilan kolagen akan menjadikan kulit lebih tegang, elastik, gebu, mengecilkan liang pori, kedutan dan garis halus, merangsang kulit yang lebih cerah dan licin, kuku yang sihat serta rambut yang lebat dan bersinar. Selamat digunakan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan kulit!



VIVIX

Vivix merupakan minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak polygonum cuspidatum, anggur muscadine, eldeberi eropah dan lobak ungu. Plus, merupakan supplement Shaklee yang paling efektif dan merangkumi semua aspek kesihatan. Vivix juga dapat membantu untuk mengatasi masalah kulit! Bonus dapat kurus dan awet muda. Ahaks! Selamat digunakan oleh golongan dewasa dan warga emas =)


Pada sesiapa yang memerlukan supplement Shaklee, boleh hubungi Ripa melalui Whatsapp. Khas untuk sesiapa yang purchase melalui Ripa, Ripa akan guide dan consult dengan cara yang betul. Ripa jual dengan harga yang murah dan mampu milik. Jom ikhtiar untuk sihat dan cantik dengan Shaklee! Prevent is better than cure =)


ARIFAH RAHIM,
Your Most Wanted Shaklee Independent Distributor

Whatsapp: 014-5607954

Pada Akhirnya

Assalamualaikum


Pada akhirnya, kamu hanya perlu mensyukuri apa pun yang kamu miliki hari ini.

Walaupun yang kau tunggu tak pernah datang,
Walaupun yang kau perjuangkan tak pernah sadar dengan apa yang kau lakukan,

Nikmati saja.

Kelak, dia yang kau cintai akan tahu,
Betapa kerasnya kau memperjuangkannya,
Betapa dalamnya rasa yang kau simpan kepadanya,

Dia hanya pura-pura tidak tahu, atau mungkin tidak mahu tahu sama sekali.
Tidak usah hiraukan, jika sampai hari ini kau masih memperjuangkannya, dan masih menunggunya, tidak masalah.
Tidak ada salahnya dalam memperjuangkan cinta yang kau rasa.

Namun, satu hal yang mungkin bisa kau renungkan,
Menunggu ada batasnya.

Dan, kau akan tahu kapan harus berhenti dan mulai berjalan lagi.

Meninggalkan tempat di mana kamu pernah berjuang sepenuh hati, tetapi tak dihargai.

(Boy Candra, 2014)


 Kalau saja, kegembiraan itu semudah petikan di jari, alangkah bahagia nya hidup.


Bicara Hari Graduasi

Assalamualaikum

Sebulan lebih berlalu, tetapi masih terasa seperti mimpi aku berjaya menamatkan ijazah ku. 4 tahun aku merantau di bumi Labuan untuk menamatkan matrikulasi sekaligus ijazah sarjana muda. Belum apa-apa aku sudah rindu zaman belajar ku. Kawan-kawan, para pensyarah, sukan, assignments, quizzes, kelas tutorial, lecture, ah sekelip mata saja berlalu. Kalau dulu tak menyabar nak habis belajar, sekarang rindu kemain lagi. Padan muka. Hahaha~

Aku mengambil jurusan akaun di matrikulasi Labuan pada tahun 2013/2014. Seterusnya pada tahun 2014-2017, aku sambung pengajian dalam bidang Kewangan Islam di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). 

20 November 2017 lalu aku telah bergraduasi di kampus induk iaitu UMS Kota Kinabalu. Rasa seronok sebab dapat jumpa semula dengan kawan-kawan dan para pensyarah. Wujud rasa sebak dan sedih jugak bila teringat entah bila lagi dapat kumpul ramai-ramai macam tu. Tu pun tak semua coursemate dapat datang. Mungkin akan jumpa lagi di majlis perkahwinan diorang lah kot (itu pun kalau dapat pergi), tak pun manatau nanti jumpa lagi tapi sebagai jodoh. Eh? Hahahaha~ Kk, I'm joking bah.

Pergi majlis konvokesyen haritu naik grab je weh! Cuaknya masa tu sebab semua grab reject, rasa macam nak nangis pun ada jugak. Penyakit gelabah ni memang suka bertandang dan tak reti nak pulang. Alhamdulillah, sempat jugak sampai Dewan Canselor tepat waktu walaupun kelam kabut bagai nak rak. Hahaha~ Alhamdulillah, everything went well!

So, jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambil masa pre-convo dan hari graduasi sebenar =)



She was a dreamer, but today, she proves that a dream can be an amazing reality =)


 
 Perjalanan ini tidak pernah mudah, tapi aku berjaya buat sampai habis!


 
 Macam mimpi dapat pakai dan jubah mortar board ini.


 Masa ni buat pre convo di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu. Habis je ambil gambar, hujan turun dengan lebat nya. Gigih weh!


 Right after the ceremony. Panas gila masa ni, tapi sebab nak dapat gambar yang cantik, tahan aje lahhh. Demi sekeping gambar. Ye lah, kenangan kot semua ni. Hehe~ Terima kasih yang bagi bunga dan hadiah. I love you gais!


 
 Nyawa ku, mak abah =) Kerana mereka, aku masih mampu bertahan walau terlalu banyak alasan untuk menyerah. Terima kasih mak abah untuk setiap pengorbanan yang hebat sehinggakan aku berjaya meraih semua ini =) 


 Ikut muka mak ke muka abah? Ke mix? Ahaks!


 My blood sister, my cousin, my best friend, my love! She came all the way from Sarawak! Thank you for coming and thank you for the gift too! I love you!


 My biggest supporting system in campus life. My partner for three years in UMSKAL. Ke hulu hilir memang selalunya dengan dia ni. Kalau tak jalan dengan dia, sibuk orang bertanya. Hahaha~ Thank you for everything pek, we did it! Aku sayang kau =)

 Introducing to you gais, my sarawakian girl, Jai!!! My sport partner, my twin tower, my secret keeper. Thank you for everything, baby =)


 Thank you for the memories, girls =)


After all the struggles, sacrifices, tears and hardship, finally I did it! I'm officially graduated in Bachelor of Islamic Finance With Honours. Such an amazing reality! Congratulations dear self! =)



Terima kasih Allah untuk peluang yang hebat ini.

Terima kasih mak abah untuk setiap doa, pengorbanan dan sokongan yang tak pernah putus.

Terima kasih dan beribu penghormatan buat cikgu-cikgu dan para pensyarah yang tak pernah lelah mencurah ilmu dan bakti buat ku dari zaman sekolah hingga ke universiti.

Terima kasih untuk adik-beradik yang sentiasa membuatkan aku push diri supaya mampu menjadi contoh yang baik, in shaa Allah.

Terima kasih untuk kawan-kawan yang sentiasa ada disaat jatuh bangun ku dan menerima diri ini seadanya. You know who you are =)

Terima kasih untuk Pusat Zakat Negeri Sabah yang menaja pengajian ku hingga ke akhirnya.

Akhir sekali, terima kasih untuk setiap ucapan dan doa yang baik-baik daripada kalian sewaktu hari graduasi ku sebulan yang lalu.

Moga Allah membalas kalian dengan beribu lagi kebaikan. Amin..

Alhamdulillah a'ala kulli haal =)


Jumpa lagi di entri seterusnya! =)