Nak Tahu? Bacalah =p

Assalamualaikum

Hai semua.. So how are you guys? Okay? Alhamdulillah. Not okay? Alhamdulillah too. Okay, actually aku bosan sangat duk kat rumah. Bosan yg teramat sangat! Tahu tak bosan sangat haa?? Tahu  tak?? (Excited sangat nak menaip sampai letak dua question mark. haha) Bosan lah, nak sekolah please :/ haha~ Ni lah masalah students di Malaysia, bila sekolah asyik tanya bila nak cuti, bila cuti tak sabar pulak rasa nak sekolah. Tak tahu nak bersyukur langsung. Hantuk sikit kepala kat dinding biar sedar diri supaya tahu nak bersyukur. HAHA~ Eh eh tapi aku tak sekolah dah, baru teringat yg aku dah jadi budak lepasan spm. Wow! Syoknyaa.. Sila lah jealous adik-adik. =p Aku dah terlalu banyak mengarut rasanya ni, dah jauh menyimpang dari perkara yg sepatutnya aku nak sampaikan. Haha~ K tak lucu pun. Okay sambung..

Okay, tadi pagi aku menghadiri ceramah untuk ambil lesen memandu. Kan 1st nak hadiri ceramah dulu baru boleh ambil computer test lepas tu baru boleh join bengkel lepas tu bla bla bla.. Haha~ Kemuncak dari semua perkara yg aku sebutkan tadi adalah JPJ test. Yes, tahu kan JPJ tu apa? Okay good.Yg ni rasanya satu alam tahu, kena JPJ test dulu baru boleh dapat lesen. Faham tak apa yg aku cakap ni? Apa? Tak faham? Alaa, tolonglah faham tolonglah tolonglah. Haha~

Aku agak takut lah jugak masa masuk dalm bilik ceramah tu sebab aku tak baca buku langsung. Kiranya macam zero habis lah. Ye lah, manalah tahu penceramah tu kena sampuk jin tetiba nak menyoal orang. Nasib baiklah dia tak tanya aku, dia ada buat demo panggil orang. Dan aku masih bernasib baik jugak sebab bukan aku yg dipanggil. Mana tak nya, bila penceramah tu tengah cari orang untuk dipanggil aku buat muka innocent je, pura-pura belek buku kononnya khusyuk sangat lah kan. Haha~ Sila lah contohi apa yg aku buat kalau korang takut utk dipanggil. Confirm lepas. =p

Aku memang bernasib baiklah hari ni sebab satu bilik ceramah dengan classmate aku iaitu aisyah. Dia memang ikuti ceramah jugak hari ni tapi masa dia inform aku dia cakap dia di bilik 6. Tup tup aku masuk pagi tadi dia dah tercongok kat tempat duduk. Ehh masa tu seronoknya aku rasa sebab tak de lah aku rasa kekok sangat at least ada kawan nak dibawak bercerita dan makan sesama time rest. Aku tak dapat bayangkan kalau aku sendiri kat situ walau hakikatnya ada 50 orang lagi dalam bilik tu. Haha~

Ceramah tu bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 2 petang. Itu seperti yg dijadualkan. Malangnya, ceramah tersebut bermula pada 8.30 pagi dan tamat pada 1.50 petang. Indah bukan? Lewat mula tetapi awal habis. Itu yg aku suka. Haha~ Tak de lah aku rasa nak terlepas pinggang sebab duduk terlalu lama. Secara keseluruhannya, ceramah ni menyeronokkan juga sebab penceramah dia best. Buat lawak tak henti sampai naik sakit perut aku sebab menahan ketawa. Maklumlah, itu kan majlis formal so aku tak boleh nak ketawa berdekah-dekah macam yg aku selalu buat tu sebab nanti penceramah tu pengsan pulak mendengarnya. Haha~

Aku rasa sampai sini je entry untuk kali ni. Actually, aku just nak cerita aktiviti aku untuk hari ni sebab tahap kebosanan gua sudah sampai ke tahap infinity. Mohon kalian memahami kalau entry ni membosankan sebab dah lama aku tak menulis. Terlalu lama. Ni baru kembali nak mengaktifkan diri untuk menulis sebab dah habis spm kan. Aku menulis bukan nak mengejar populariti. Tidak sama sekali. Aku cuma meminati perkara ini sebab ia nya menyeronokkan. Lebih baik bercerita kat sini daripada bercerita kepada manusia ramai sebab blog ni tak da perasaan busuk hati seperti mana manusia yg suka mereka-reka cerita. Ehh jangan lupa, disamping tu kita ada Allah :)


 Tidak mudah melakukan perubahan yg baik secara istiqamah. Bertahanlah arifah. Allah ada :)


Doakan aku dipermudahkan segala urusan.  May Allah bless us :)
Okay bye, Assalamualaikum





4 comments:

  1. Assalamualaikummm
    Salam sejahtera....Arifaa
    Wah, cikgu bagi cuti, puas duk rumah, rasa nak pergi sekolah, bila bersekolah, sering tertanya-tanya bilalah nak cuti penggal yg panjang? So, w/apapun tahun2013 akan menjelma, sekolah buka kembali. Apa kata jika cik adik nak cabutan bertuah dgn hadiah yg cute, bolehlah terjah di :

    Jom join lucky draw , ada RM120 cash, photobook rm200++ dll. http://www.cikgunaman.com/2012/12/cabutan-bertuah-menggapai-gadjet-impian.html

    Atau senang2 lawatilah blog saya:
    http://www.sensasi2020.com

    ReplyDelete
  2. http://nooruldebisa.blogspot.com/ semoga ceramah tu memberi manfaat k :)

    ReplyDelete