Ohh Bahagianya !

Assalamualaikum

Hai semua. Rindu aku tak? Rindu tak rindu tak? Ohh tak payah cakap aku tahu korang rindu kan. Haha~ Di saat aku menulis ni aku tengah mendapat gangguan daripada tv. Rancangan realiti tv ni telah berjaya membuatkan aku menekan backspace berkali-kali. Oo ya hari ni aku nak share pasal computer test yg telah selamat aku jalani tadi. Terlalu selamat sehingga aku rasa cuma aku manusia yg paling bahagia di bumi Allah ini =p Aku juga nak cakap di sini bahawa sebelum mendapat keputusan test tu aku tak de lah bahagia mana. Sedih je dalam berapa hari ni. Emosi tak stabil agaknya. Hehe~

Okay mehh aku cerita apa yg berlaku siang tadi. Guru yg bakal ajar aku drive nanti dah inform awal-awal kat aku, masa hari ceramah tu lagi. She's call me 'NURUL'. Aku rasa janggal lah pulak bila dipanggil macam tu sebab semua orang panggil aku 'ARIFAH'. Only my mom yg panggil aku nurul tu. Ehh perlu kah nak bagitau pasal ni? Eh eh, of course perlu kalau aku semua perlu =p Okay continue. Cikgu aku tu inform suh datang pukul 7 pagi. Alih-alih aku terbangun pagi tadi jam 7.15 dah, nak terkeluar biji mata aku tengok jam di hp tu. Kelam kabut p mandi then iron baju, nasib baik baju tak hangus.

Then bila dah nak pakai tudung, aku baru teringat yg aku dah janji dengan aisyah nak p ambil test sesama. Masa tu aku direct tengok hp dan aisyah dah text pun tanya aku kat mana. Aku apa lagi terpaksa lah tipu sunat (jangan ikut ya kawan-kawan, tak de istilah 'tipu sunat' dalam islam. Hehe~) kata aku otw padahal tak pakai tudung lagi. Sorry aisyah. Aku sampai kat Institut Memandu dalam pukul 7.45 pagi. Amacam, express tak aku bersiap? Setengah jam je. Haha~ Sampai je aku kat IM tu, aku tengok aisyah dah tercongok menunggu. Lepas berjumpa dengan aisyah, kami terus p practice computer sebelum berhadapan dengan test yg sebenar.

Aku practice dua kali, aisyah sekali je. Maklumlah, aisyah kan hebat sekali practice direct pass. Masa aku practice kali pertama dapat 38 je dan itu bermakna GAGAL. Sebab tu aku ulang lagi practice kali kedua, masa yg kedua tu aku dapat 47. Amacam, hebat tak aku? Hahaha~ Aisyah punya markah pulak 43, tu yg dia nak sekali je practice sebab dah pass. Actually, markah lulus 42/50. Haa dah tahu kan markah lulus, apa tunggu lagi p lah cepat ambil lesen. Hehe~ Apabila dah berpuas hati dengan practice tu kami pun terus pergi mySpeed untuk ambil test yg sebenar. Masa dalam kereta aku dah berdebar-debar macam nak ambil spm pun ada jugak rasanya. Bukan apa, kalau gagal test ni kena bayar lagi balik untuk ambil test kali kedua, kan payah tu membazir lagi.

Sampai je di mySpeed aku dengan aisyah terus bagitau kerani tu yg kami nak ambil test. Then dia cari nama kami di computer tu tapi tak de. Aku pun pelik lah kan sebab dah bayar tak kan nama tak da lagi. So, mak aku yg secara tak rasminya menjadi PA terhormat aku pada hari ni telah menelefon ke IM sana untuk tanya kenapa nama kami belum ada lagi. So, kerani di IM tu bagitau yg di situ blackout so tak boleh transfer nama ke mySpeed. Dan masa tu i was like 'Woww! apa kejadahnya letrik ni buat hal masa aku nak ambil test ni!'. Double wow gitu. Hahaha~ So, kami pun membuat keputusan untuk pulang.

Actually aku tak pulang pun aisyah je yg pulang, aku pulak p merayau je dengan mak gua di bandar teman dia berurusan dan bersarapan pagi di kopitiam pada pukul 10.30 pagi (Cakap dengan satu nafas je ni. Haha~). Lepas je bersarapan, dalam jam 11.30 macam tu aku call balik IM tanya dorang dah transfer nama kah belum and she's said yes. And then aku inform dekat aisyah tapi masa tu dia dah kat rumah so, aku pun terus p mySpeed untuk mengambil computer test bersendirian. Hehe~ Sampai je kat mySpeed sana aku dah seram sejuk. Ambil number then tunggu dipanggil. Masa number aku dah dipanggil aku tengok mak aku dan dia senyum (bagi semangat lah kann). And then kerani tu suh bayar RM10 dan duduk kat situ untuk bergambar. Masa nak digambar tu aku macam tak mahu senyum sebab depan orang ramai okay bergambar. Malu !!!

Selepas itu, aku di suruh masuk ke dalam bilik computer tu. Masa tu aku rasa macam nak pecah dada ni menahan debaran. Hahaha~ Aku jawab soalan tu dengan tenang, lepas jawab 50 soalan tu aku semak balik. Dah tinggal 10  minit nak habis masa baru aku berani nak tekan 'Ya', tu pun aku tutup mata sambil tunggu apa yg bakal terpapar di skrin computer tu sama ada gagal ataupun lulus. Hahaha~ Sekali aku bukak mata, aku tak tengok markah lagi aku tengok dulu lulus/gagal. Apabila aku terlihat perkataan LULUS, serasa aku nak menjerit bagitahu satu alam yg aku lah manusia paling gembira di bumi ini. Nampak tak betapa hiperbolanya aku disebabkan ke-excited-an (perkataan apakah ini. HAHAHA~) yg melampau. Nampak tak nampak tak? Haha~

Apa? Nak tahu markah aku? Alaa, markah aku sikit je 44/50. Kurang lagi 3 gagal lah jawabnya. Haha~ Tak pa lah, aku pun membaca buku ala kadar je so alhamdulillah lulus. Alhamdulillah jugak sebab aisyah pun lulus, aku tak boleh nak papar marah dia kat sini sebab tak mintak kebenaran lagi. Keluar je dari bilik computer tadi aku senyum terus sampai sekarang ni. Mak aku pun terus senyum sambil salam tangan aku dan memberi ucapan 'tahniah'. Ohh bahagianya saya.. :)

THE END

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Salam sejahtera......

    Apa khabar....

    Tak lulus ye test ujian undang2.he..tak boleh jadi peguam la kalau tak lulus ujian undang2. Tak apalah baca buku tu byk2 dan hafal betul2. nanti naik kereta duk di sebelah je atau di belakang.

    Tapi apa kata jika adik Nurul eh..ariffa, kalau adik mahu hadiah special, apa kata jom join GA..

    http://www.sensasi2020.com/2012/12/ingin-hadiah-menarik-sertai-gaveaway.html

    P/S- Sekadar membantu kawan.

    TQ.Wassalam.....

    ReplyDelete