Assalamualaikum
Hai semua. Entry kali ni aku nak share tentang keistimewaan manusia yg bergelar wanita melalui hadis Rasulullah SAW. Semoga ia nya mampu memberi manfaat ke dalam kehidupan kita.
InsyaAllah :)
19 Hadis Rasulullah SAW Mengenai wanita
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan
hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang
menggembirakan anak perempuannya, darajatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa
membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang limawaktu,
puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, “Suaminya. “Siapa
pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah
dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Barangsiapa
mempunyai harta yang banyak, akan lama hisabnya pada hari Akhirat.” Hadis Riwayat: Imam Ahmad bin Hanbal
Sumber : Tanyalah Ustaz (FB)
Pahat lah informasi ini dalam ingatan anda semua terutama insan yg bergelar wanita. Rugilah sekiranya kita sia-sia kan apa yg telah Allah tawarkan :) Semoga kita menjadi wanita yg berjaya di dunia dan akhirat. Amin..
K Bye, Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment