Assalamualaikum
Hai semua! How are you guys? How's life? Lama gilaaa aku tak update blog. Dua bulan wehh! Susah nak update blog, terlalu busy di kml ni, terlalu payah nak dapat line, terlalu payah nak wujudkan masa senggang untuk diri sendiri dan bermacam-macam lagi terlalu yg payah aku nak cakapkan. Hahaha~ Rasa janggal pulak duduk menaip di cafe sambil update blog ni. Rasa macam semua orang perhatikan gua. Hihihi~ Ohh ya! Esok dah mula berpuasa kan? Ahlan Wasahlan ya Ramadhan :) Alhamdulillah kita masih dipertemukan dengan ramdhan kali ini.
Kau tau?
Pertama kali dalam hidup aku berpuasa tanpa keluarga disisi,
Pertama kali dalam hidup aku bersahur bersama rakan-rakan,
Pertama kali dalam hidup aku menguruskan sahur dan berbuka sendiri,
Ni lah manusia yg seangkatan dengan aku dalam memperjuangkan bidang account. Hahaha~ Ni lah manusia yg tak dapat berpuasa dengan keluarga. Ni lah yg terjadi selepas pengumuman puasa semalam. Buat muka lawak, then ketawa. Menghiburkan hati yg tengah bersedih. Bak kata orang, bibir tersenyum hati menangis tak siapa yg tahu. Kan? :'(
Ramadhan disambut dengan hati yg sayu, syahdu dan rindu.. Terlalu rindu dengan mak abah dan adik-beradik. Untuk 3 minggu berpuasa di matrikulasi ini, tiada lagi aku dengar kekecohan mama bila nak bangunkan kami semua untuk bersahur seperti tahun-tahun sebelumnya, tiada lagi aku dengar keriuhan adik-beradik aku bila nak dekat berbuka puasa, tiada lagi aku mendengar bunyi-bunyi mercun dan bunga api. Hanya untuk 3 minggu itu sahaja. Kerana selepas itu, aku masih berkesempatan untuk berpuasa di tempat sendiri, di rumah sendiri. Yeayyy! Walaupun masa tu puasa dah nak habis, aku tak peduli. Aku tetap gembira dan bersyukur kerana kepulangan ku nanti amat dinantikan oleh keluarga :)
Kau tau?
Aku rindu mak abah aku,
Aku rindu mak abah aku,
Aku rindu adik-beradik aku,
Aku rindu suasana puasa di tempat aku,
Aku rindu nak berkumpul dengan keluarga aku.
Sungguh, aku rindu.....
Mereka lah penghibur hati aku disini. Ketawa bersama, menangis bersama ku bersumpah harap kita berjaya pun bersama. Amin... Nampak dalam gambar macam tak de langsung muka sedih. Nampak je...
Dah, aku rasa cukup sampai sini entri kali ni. Aku takut makin banyak aku taip makin sedih rasa hati. Ada masa, ada hati aku update lagi. Hihihi~ Selamat menunaikan ibadah puasa semua! Semoga semua amalan kita diterima oleh NYA. Berlumba-lumba lah kita dalam berbuat kebaikan untuk jaminan kita di akhirat kelak. InshaAllah :)
" Makkkkk, aku rindu..... :'( "
KBye, Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment