Warkah Buat Manusia yang Tahu Diri

Assalamualaikum

Dengar sini baik-baik wahai diri,

Kau bukan dari keluarga yg senang.
Kau dilahirkan bukan untuk memusnahkan harapan orang tua mu.
Kau dihantar belajar bukan untuk bermain-main.
Mohon kau sedar diri.

Sehingga kini, umur kau mencecah 18 tahun kesemuanya masih ditaja oleh orang tua mu dan entah sampai bila.
Adakah kau tega menghancurkan harapan mereka untuk melihat kau berjaya?
Adakah kau gembira jika melihat mereka derita?
Sudah pasti tidak.

Tolong kau belajar bersungguh-sungguh agar hidup mu senang di masa depan.
Tiada siapa yg dapat membantu mu kelak.
Jatuh bangun sendiri, susah senang sendiri.
Manusia lain hanya bisa melihat dan mendengar kesusahan mu tetapi tidak dapat merasakan apa yg kau rasa.

Ada harapan orang tua yg perlu kau realisasikan.
Ada tanggungjawab besar yg belum terlaksana.
Harapan keluarga dijadikan pembakar semangat agar kau terus maju ke hadapan.
Jangan takut pada manusia yg cuba menjatuhkan kau.
Jangan gentar selagi kau yakin tuhan masih bersama mu.

Berpuluh ribu malah beratus ribu dan mungkin juga berjuta ringgit yg dihabiskan oleh orang tua mu untuk membesarkan kau sehingga ke tahap ini.

Mohon kau jangan kecewa kan mereka.
Mohon kau berkorban untuk mereka kerana pengorbanan mu tiada apa-apa nya jika dibandingkan dengan pengorbanan yg telah mereka lakukan di sepanjang hidup mu.

Tekad diri bukan mainan kerana penghujungnya adalah permulaan bagi sebuah kejayaan.



Dengan adanya kedua ibu bapa aku masih mampu bertahan walau sesusah apa pun situasi yg perlu aku hadapi kerana mereka adalah sebahagian daripada nyawa aku.

No comments:

Post a Comment