YOU

Assalamualaikum

When I touch the ground in prayer,
I have no other purpose --
but YOU.

All else I speak about
gardens, flowers, nightingales, whirling--
is only an excuse.


-Rumi

Ada Waktunya

Assalamualaikum

Terkadang aku merasa penat.
Seakan tak mampu ku hadapi apa yang ada di depan ku.
Serasa tuhan menggoncang hebat jiwa ini dengan ujianNya.
 
Mampukah aku?

Selalu persoalan ini wujud dalam benak ku.
Berterusan dimain dalam minda ku.
Sehingga selesai setiapnya ku hadapi.
Lalu aku lupa tentang ketidakmampuan ku tadi.

Betapa baik tuhan ku
Membuat aku lupa tentang apa yang ku rasakan mustahil.
Membuat aku berjaya melalui setiapnya tanpa rasa kesal.

Hebat sungguh.

Terima kasih tuhan memasakkan kekuatan dalam jiwa ku melalui ujian Mu.
Aku tidak punya apa-apa.
Melainkan Kamu saja.

Kali ini aku tidak minta banyak
Cukup dipinjamkan rasa ikhlas dan sabar untuk makanan jiwa ku yang lemah.

Kata Mu, aku mampu,
Lalu ku iya kan dalam keraguan ku.
Kemudian Kau datang lagi, menghambat ku berkali-kali sampaikan aku jatuh terperosok--
Hanya untuk membuat hati ku pasti dan percaya bahawa tidak ada sebaik-baik penolong melainkan Kau semata-mata.

Cuma itu.



Arifah Rahim, 
00:46 Malaysia.


Why Me?

Assalamualaikum

If you have to ask Why me?
When you’re feeling really blue,
When the world has turned against you
And you don’t know what to do.

When it pours colossal raindrops,
And the road’s a winding mess,
And you’re feeling more confused
Than you ever could express.

When the saddened sun won’t shine,
When the stars will not align,
When you’d rather be
Inside your bed,
The covers pulled
Above your head.

When life is something
That you dread,
And you have to ask Why me?

Then when the world seems right and true,
When rain has left a gentle dew,
When you feel happy being you,
Please ask yourself, Why me? then, too.



-Barbara Vance

Your Best

Assalamualaikum

If you always try your best
Then you’ll never have to wonder
About what you could have done
If you’d summoned all your thunder.

And if your best
Was not as good
As you hoped it would be,
You still could say,
“I gave today
All that I had in me.”



-Barbara Vance

Just Wait

Assalamualaikum

Just wait--
and you will discover
all those hurt feelings
were there to guide you
into the arms
of someone
who really cares.



-Mark Anthony


Say No To Body Shaming

Assalamualaikum






Aku terpanggil untuk menulis tentang body shaming. Tadi, aku ada terbaca di facebook tentang seorang pekerja Pizza Hut ni dihina oleh boss nya kerana memiliki tubuh badan yang besar.

So sad.

Kita punya pangkat atau jawatan yang besar sekalipun, kalau kita tak punya rasa hormat terhadap orang lain,
Jangan pernah bermimpi untuk dihormati.
Kerana dalam mimpi juga belum tentu layak.

Please lah human, show some respect.

Salahkah jadi orang gemuk ni?
Hina sangat kah?
Best sangat kah menghina fizikal orang lain?


Badan dia gemuk, dia susahkan kau kah?
Dia curi duit kau kah?
Dia makan beras kau kah?

Tak kan?
So, why bother?

Tahu tak body shaming ni atau lebih tepat menghina tubuh badan orang lain boleh mendatangkan stress dan depression kepada individu tersebut?
Seseorang boleh jadi sampai membunuh diri tau disebabkan hal-hal sebegini.

Jadi tolong lah manusia, berhati perut sikit.
Akal tu pakai, jangan disimpan buat pekasam.

Allah menciptakan manusia cukup cantik mengikut caranya yang tersendiri.
Menghina tubuh badan orang lain bererti kita menghina penciptaNya.
Be careful, people.

Kalau tiada benda baik yang nak diutarakan, cukup diam saja.
Tidak perlu bercakap kalau bertujuan untuk sakitkan hati orang lain.

Before you speak, think first.
Allah bagi akal kan? Jadi, bersifatlah selayaknya.

Please, never ever make a joke of someone's body.
Mempermainkan saiz tubuh badan seseorang sama sekali tidak lucu.
Tidak pernah lucu.

Never.

Nothing lasts.

Assalamualaikum

Don’t give up now.
You’ve come this far.
The difficult days will make way for happier days soon enough.
 
Remember--
Nothing lasts.
So when you see a day where you think you can’t possibly get out of bed to face the world, don’t worry or panic.
 
Better and brighter days are ahead!
 
 
 
-Mufti Ismail Menk
 
 
 
Enjoy your ups and downs! 💞

Pemeluk Teguh

Assalamualaikum

Kepada pemeluk teguh,

Tuhanku,
Dalam termangu
aku masih menyebut namaMu.

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh.

CahayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi.

Tuhanku,
Aku hilang bentuk.
Remuk.

Tuhanku,
Aku mengembara di bumi asing.

Tuhanku,
Di pintuMu aku mengetuk.
Aku tidak bisa berpaling.


-Chairil Anwar

Surat.

Assalamualaikum

Di kantung mata ku, ada surat yang ku tulis tanpa pena, melainkan asa.
Pernah di hadapan mu, ia aku buka. 
Namun--
Kau menolak untuk membacanya.


Cirit Mulut

Assalamualaikum

Kenapa kita perlu fokus dan dengar hal negatif yang orang perkatakan terhadap kita?
Kalau tak betul, kenapa perlu sakitkan hati sendiri untuk ambil kisah?

Orang nak cakap apa pun pasal kita, biarlah.
Kita tak akan nampak buruk hanya kerana orang cakap buruk pasal kita.
Malah dia lagi akan lebih terlihat buruk kerana suka menjaja cerita.

Hidup atas dunia ni, kalau kita tak buat benda tak baik, kita tak perlu kisah orang nak cakap-cakap kita.
Biarlah mereka, let them be.

Dia rugi banyak.
Sedangkan kita--
Tak hilang apa-apa pun.

Butakan mata,
Pekakkan telinga,
Bisukan mulut,
Daripada orang-orang yang cuba menjatuhkan kita.

Sebab dalam dunia ni memang ada manusia yang terlahir dengan penyakit cirit mulut.
So, just ignore them.

Nanti dia penat, dia diamlah.

YOUTH Skincare: Testimoni Bergambar Untuk Kulit Muka Bermasalah

Assalamualaikum

Hai guys! Malam ni sesambil tengok tv ripa update sikit blog tentang testimoni YOUTH Skincare daripada Shaklee. Korang yang ada masalah kulit muka bermasalah wajib tengok testimoni ni okay!!! Testimoni ni adalah real daripada pengguna yang mendapat positif efek daripada YOUTH Skincare.

Jom tengok satu persatu testimoni ni!



 Testimoni 1:
Kulit kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.



 Testimoni 2 - Kulit lebih sihat dan sekata.



 Testimoni 3:
 Ni teammate RYG sama-sama dengan ripa, master syaheera! Look at her skin omg!!! Kulit lebih cantik, sihat dan berseri.



 Testimoni 4:
Ini pula adalah feedback daripada pelanggan salah seorang ahli RYG. Look at him, jerawat makin berkurangan dan parut semakin pudar!



 Testimoni 5:
Ni pulak adalah teammate terdekat ripa, sama-sama rank up Supervisor. But now she's a COORDINATOR dah!! Power gilaaa kak uyun ni! Ratu YOUTH gittew. Kulit makin cerah dan sekata, tiada lagi masalah kulit kusam!



 Testimoni 6:
   Ini pula adalah feedback daripada pelanggan salah seorang ahli RYG. Look at her now, jeragat makin pudar!!!



 Testimoni 7:
  Masalah jerawat dan eyebag makin berkurangan.



YOUTH bukan sahaja boleh digunakan oleh kaum perempuan, tetapi kaum lelaki juga boleh menggunakannya. Ia nya tidak terhad kepada perempuan sahaja. Selagi bergelar manusia anda bisa menggunakannya. Hiks!

Penggunaan YOUTH adalah sangat digalakkan kepada sesiapa yang mengalami kulit muka bermasalah seperti:
  • Berjerawat
  • Bekas jerawat dan parut
  • Lingkaran hitam bawah mata
  • Eyebag
  • Tona kulit tidak sekata
  • Masalah jeragat

For those yang nak grab, grab lelaju tauuu! Of course ripa bagi best price! 😘 Sekiranya anda berminat, boleh teruskan dengan menghubungi ripa melalui aplikasi:


Whatsapp: 014-5607954
Instagram: Arifah Rahim




YOUTH Skincare By Shaklee: Produk Rangkaian Penjagaan Wajah

Assalamualaikum

Hai everyone! Kali ni Ripa nak cerita lah sikit tentang skincare terbaik di abad ini! Skincare terbaik di abad ini jatuh kepada *bunyi drum* YOUTH SKINCARE!!!!! Shaklee punya skincare ni memang best gilaaa! Para pencinta skincare pasti suka gilaaa dengan skincare ni.

Youth Skincare mula dijual di pasaran Shaklee Malaysia pada Mac 2018. Penghasilan Youth Skincare mengambil masa 8 tahun untuk uji kaji sebelum ia nya memasuki pasaran. This skincare is beyond organic!!! 8 years of experiment before it was launched!

8 tahun tau. Proses uji kaji bukan sebulan dua, bukan juga setahun dua, tapi 8 tahun!!! Ia nya cukup membuktikan bahawa Shaklee sangat mementingkan kualiti produknya. In shaa Allah selamat dan berkesan. It is halal, no worries 💕

Nah, ripa payung 6 jenis Youth Skincare daripada Shaklee:

Full set Youth.



1. Luminous Gel Oil Cleanser
Bahan-bahan utama: vital repair, muscadine grape extract, ekstrak alga hijau yang meremajakan.



2. Perfecting Skin Toner
 
 Bahan-bahan utama: vital repair, muscadine grape extract, ekstrak alga hijau yang meremajakan.


3. Youth Activating Serum
Bahan-bahan utama: YOUTH complex with apple cell, lotus japonicus, vitamin A berkapsul.


4. Age Defense Mineral Mosturizer
 
 Bahan-bahan utama: SPF 50, vital repair complex, muscadine grape extract.


5. Advanced Renewal Night Cream-Light (Night)
 
 Bahan-bahan utama: vital repair complex, schisandra chinensis, lotus japonicus.



6. Radiance C+E
 Bahan-bahan utama: 20% vitamin C tulen, Vitamin E, raspberi.


Istimewa untuk sesiapa yang purchase daripada ripa, ripa akan guide cara penggunaan skincare yang betul supaya kulit kelihatan lebih anjal, cantik, sihat dan berseri in shaa Allah 😀 Untuk maklumat lanjut mengenai YOUTH Skincare, boleh contact ripa melalui:


Whatsapp: 014-5607954
Instagram: Arifah Rahim


In shaa Allah, next entri ziz share tentang testimoni YOUTH skincare pulak. Stay tune and don't forget to grab yours okay! 😘😘😘


Well said.

Assalamualaikum

I love this post very much!


Kenapalah segelintir orang agama suka perli-perli. Orang suka tonton bola, kita sindir depa bab solat, bab niat, bab ibadah yang lain.

Orang suka bersukan, kalian perli lagi boleh joging sekian-sekian, namun nak ke surau tak sempat-sempat. 

Adakah kalian tahu, ramainya mereka ini sanggup pergi masjid lain, surau lain hanya kerana kejiranan sendiri banyaknya orang agama yang suka perli dan sindir-sindir?

Mereka lebih suka pergi ke tempat yang tidak ada orang kenal, berbanding berjumpa bersua lalu terkena panahan perkataan yang keluar dari mulut kalian. 

Haih, susahnya tinggal di Malaysia. Surau banyak, masjid cantik, imam bilal semua baik. Namun datangnya segelintir makmum, merasa mulia hanya kerana lebih banyak ibadah berbanding dari orang lain. Dalam tak sedar, dia sedang menjadi orang jahat. 

Kadang-kadang, perkara begini yang buat kita tumbang, hilangnya bersatu dalam kejiranan, jauhnya kasih sayang sesama insan. Lalu terbuang sikap tolak ansur dan kasihan. 

Akhirnya terbuang rasa hormat kepada orang agama. Kita menyamakan semuanya separa. 

Jadilah individu kau kau aku aku. Dan kita yang mulia-mulia ahli syurga ini tetap kata mereka yang tidak ke surau, suka bola, suka sukan, suka itu ini itulah punca. 

Haih. Dunia. 

-Khairul Hakimin Muhammad

Be Kind

Assalamualaikum

Kita tidak pernah tahu apa yang telah diambil daripada seseorang untuk dia memperolehi apa pun yang dia miliki hari ini.

We never know.

Stop being judgemental
Stop with bad perceptions. 

Belajar untuk merasa gembira di atas kejayaan dan kebahagiaan orang lain.
Jangan ada dengki.
Kedengkian tidak membawa apa-apa kebaikan pada kita--
Melainkan perpecahan semata-mata. 

Biar lah--
Itu rezeki terbaik untuk dia, itu bahagian dia.

Kita pula mungkin nanti, atau sekejap lagi-- atau lama lagi--
Apa pun itu--
Berbuat baiklah pada orang lain.
Belajar untuk sabar dan menerima apa pun yang telah ditakdirkan untuk kita.

Jangan pernah adakan dengki.
Jangan rosakkan hati sendiri.
Kenapa perlu dengki kalau berkasih sayang lebih indah? 😇

Be kind, people.

He Knows Everything

Assalamualaikum

Allah tell us in the Qur'an,
"Call upon me, I will respond to you" (40:60).

So, waht makes you think He's not listening to you?
He heard you before the words even came out of your mouth.

That is the beauty of Allah--
We don't even have to say anything and He already knows.

Vitamin Kecantikan

Assalamualaikum

Hai everyone! Today I would like to share about vitamin for beauty booster by Shaklee. Supplement ni merupakan alternatif lain bagi sesiapa yang berikhtiar untuk masalah kesihatan. Ia nya berfungsi untuk membantu mengurangkan rasa sakit, mengurangkan risiko penyakit berbahaya, memberi tenaga dan sebagainya.
 
Supplement adalah makanan tambahan yang diambil bukan untuk tujuan menyembuhkan, melainkan meringankan masalah kesihatan yang dihadapi. Boleh ambil supplement mengikut keperluan dan atas nasihat doktor.
So, harini ripa nak share tentang supplement ataupun vitamin daripada Shaklee yang boleh membantu untuk masalah kulit seperti:
  • Muka berparut dan berjerawat
  • Masalah sunburn
  • Kulit muka kering
  • Kulit muka berminyak
  • Masalah pori besar
  • Masalah whiteheads and blackheads


Set kecantikan ini adalah bertujuan untuk membantu masalah kulit yang ripa nyatakan tadi. Dapat membantu menghilangkan parut dan jerawat, menghilangkan sunburn, melembapkan kulit, mengatasi masalah kulit berminyak, membantu kecilkan pori muka, menghilangkan whiteheads and blackheads.

Based on my experience, ripa consume ESP dan Vitamin C, memang bagus sangat untuk membantu cerahkan kulit, kecilkan pores dan atasi masalah whiteheads dan blackheads. Boleh klik Honest Review By Arifah Rahim untuk mengikuti pengalaman saya sebaga Shaklee's consumer.

Here are some feedbacks from my customers and my team's customers that consume beauty set Shaklee:


Testimoni 1

Testimoni 2

 Testimoni 3

 Testimoni 4

 Testimoni 5

Testimoni 6

 Testimoni 7


So, for those yang berminat untuk cuba set kecantikan daripada Shaklee, you guys can contact me asap. Special untuk sesiapa yang purchase dengan ripa, ripa akan guide cara makan yang betul dan ripa akan share some tips supaya dapat bantu untuk kekalkan kecantikan kulit 😊

Untuk dapatkan harga yang murah, boleh contact ripa melalui:

Whatsapp: 014-5607954
Instagram: Arifah Rahim 

Hurry up!! Grab yours now!!!




Life's Spirit

Assalamualaikum

Respond to every call that excites your spirit.
Ignore those that make you fearful and sad--
that degrade you back toward disease and death.


-Rumi



Be positive, live your beautiful live 💖






Hujan.

Assalamualaikum

Hujan hari ini
Seakan memahami perasaan hati
Sejak janji hingga ia mati
Terima kasih pinjamkan rasa ini.

Aku telah kumpul
Dan masukkan dalam sampul
Untuk aku hantar pada Tuhan
Tanda akur.

Hina, aku yang hina
Kerna ruang yang patut ada Tuhan
Aku isi dengan insan
Padan muka, padan.

Kutip dan dongak kembali
Kerna Dia ada di situ
Menunggu aku 
Untuk tunjukkan matahari petang nanti.



-FL

Kita.

Assalamualaikum

Orang yang sama,
Kisah yang sama,
Tidak akan pernah ada pada waktu yang berbeza.

Pergilah.

Usah kembali.
Matikan aku di ingatanmu.
Buang jauh masa lalu yang tidak akan pernah bisa wujud lagi.

Kerana kau dan aku, tak akan pernah ada "kita".



Arifah Rahim,
23:12 Malaysia.

Mengertilah.

Assalamualaikum

Tanpa lafaz--
Itu juga cinta.

Cinta itu keberadaan
Tidak hanya pada ungkapan
Cukup pada kebersamaan.

Waktu memang selalu panjang,
Tapi--
Tak semestinya itu milik kita berdua.

Hidup adalah memberi
Memberi pula--
Tidak pada satu hati.

Mengertilah.


-BSA


Spirit and Soul

Assalamualaikum

Raise your words,
not your voice,
It is rain that grows flowers,
not thunder.

Be humble.
Be bold.
Be kind.

It is time to shine!


Be tough, beautiful soul! 💖

Orang Tua

Assalamualaikum

Sesusah apa sebenarnya kita jika dibandingkan dengan pengorbanan orang tua kita yang membanting tulang demi kesenangan hidup kita?

Tumbuk dada, tanya iman.

Belajar bersyukur di atas setiap hal yang kita miliki.
Syukuri apa yang telah diberikan dan diusahakan oleh orang tua kita.

Bukan mudah untuk menafkahi keluarga.
Banyak hal yang dikorbankan semata-mata ingin melihat kita senang dan bahagia.

Sayangi mereka.

Tidak ada orang yang mampu mengorbankan kesenangan diri dan menghadapi seribu kepayahan semata-mata ingin memberi keselesaan pada orang lain.

Tidak ada—
Melainkan orang tua kita.
Hanya mereka.

Tidak kira sejahat apa pun orang tua kita,
Pencuri, penagih dadah, atau apa saja.
Hormati mereka.
Sejahat-jahat mereka pasti ada sekelumit rasa ingin berubah ke arah yang lebih baik.

Mereka juga tidak minta dijadikan begitu.
Boleh jadi terlalu banyak hal yang menekan diri sampaikan mereka berperilaku buruk.
Kita tidak pernah tahu.

Kalian berhak merasa malu tapi sama sekali tidak punya hak untuk menderhakai mereka,

Tanpa mereka--
Kita bukan siapa-siapa.

Hargai mereka.
Sebelum terlambat.



 Syurga ku 💖

Pasti.

Assalamualaikum

Kita semua sama.

Yang membezakan kita sesama manusia adalah usaha.
Manakala--
Yang membezakan kita di sisi tuhan adalah iman.

Bukan kekayaan.
Bukan kecantikan.
Bukan populariti.


Tetapi usaha dan iman.

Allah janji, sesiapa yang berusaha dia akan berjaya.
Apa lagi yang lebih pasti melainkan janji Allah?

Tidak ada.

Maka, berusahalah memperbaiki kehidupan.
Tidak ada yang sia-sia dalam usaha

Jadilah orang yang beriman.

Orang yang sentiasa tunduk hatinya.
Orang yang bahagia dengan sebuah kepatuhan.
Orang yang selalu bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Orang yang selamanya percaya bahawa disetiap ujian dan takdir tuhan pasti punya beribu kebaikan.

Kurangkan mengeluh, perbanyakkan usaha dan doa.

Syurga itu bukan percuma.
Ada yang menggadai nyawa di jalan Nya demi menjamin syurga.
Ada yang melepaskan keindahan dunia semata-mata ingin syurga.
Dan--
Ada pula yang mendapatkan nya dengan sabar dan ikhlas diatas berjuta ujian yang menekannya.

Tidak ada yang mudah.
Tetapi masih bisa dilalui.
Pasti.




Art

Assalamualaikum

Your art--
Is not about how many people like your work.

Your art--
Is about--
If your heart likes your work
If your soul likes your work.

It's about how--
Honest you are with yourself
and you must never
Trade honesty
for relatability.


-Rupi Kaur

Enough

Assalamualaikum


When you are broken
and he has left you,
Do not question
whether you were enough.
The problem was,
You were so enough
He was not able to carry it.


 -Rupi Kaur

The Healing

Assalamualaikum

I know it's hard.

Believe me
I know it feels like 
Tomorrow will never come 
and today will be the most.

Difficult day to get through 
But i swear, you will get through
The hurt will pass
As it always does.

If you give it time and
let it so let it
Go,
Slowly 
Like a broken promise.

Let it go. 



-Rupi Kaur

Tentang Hutang

Assalamualaikum

Hai everyone! Today I would like to share about this hot issue as requested by my friend. You guys kalau ada idea tentang topik-topik yang menarik untuk aku kongsikan, just name it okay? Sebab sometimes aku susah jugak nak cari idea. Tak da lah susah sangat, sometimes lebih kepada malas. Hahaha~

So, zaman sekarang ni, ramai sangat orang ambil mudah tentang hutang. Berhutang tapi tak reti bayar ataupun, pinjam barang orang tapi tak reti pulangkan balik. Walhal penting sangat untuk kita alert pasal benda ni. Hutang takleh buat main tau, orang mati syahid pun kalau masih berhutang dan tak dilangsaikan, tak dapat masuk syurga.

Tu orang mati syahid tu.
Yang kita ni tak tau lagi mati macam mana.
Jadi, jangan main-main pasal hutang.
 
Nak tahu tak betapa pentingnya pasal hutang ni?

Kalau nak tahu, tolong rujuk Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 282. Ayat ni merupakan ayat paling panjang dalam Al-Quran. Panjang lebar Allah terang pasal hutang. Jadi, jangan ambil mudah. Kalau tak, hidup susah, mati pun susah nanti.

Nah, aku share surah Al-Baqarah ayat 282:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bermuamalah (seperti berjual beli atau sewa menyewa) tidak secara tunai dalam jangka waktu yang ditentukan, maka hendaklah kamu mencatatnya. Dan hendaklah penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menulisnya sepertimana yang diajarkan Allah S.W.T., maka hendaklah ianya menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (membutirkan apa yang akan ditulis itu) dan hendaklah ia bertakwa kepada Tuhannya dan jangan ia mengurangi hutangnya sedikit pun. Sekiranya orang yang berhutang itu lemah akalnya atau fizikalnya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkannya, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan hendaklah disasksikan oleh dua orang lelaki di antara kamu. Sekiranya tiada dua orang saksi lelaki, mereka boleh digantikan dengan seorang lelaki dan dua wanita dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya tatkala salah seorang lupa, maka yang seorang lagi akan mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil (diminta memberi keterangan) dan janganlah kamu jemu (lalai) menuliskan hutang itu, sama ada sedikit mahupun banyak jumlahnya sampai masa pembayarannya. Demikian itu (mencatat hutang piutang) lebih adil menurut ajaran Allah S.W.T. dan lebih menguatkan kesaksian serta lebih dekat (lebih mudah ) untuk tidak menimbulkan keraguan kamu (kelak). (Tulislah muamalah itu) kecuali jika muamalah itu secara tunai yang kamu lakukan sesama kamu, maka tidaklah kamu berdosa, jika tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila berjual beli dan janganlah penulis dan saksi saling susah dan menyusahkan. Sekiranya kamu berbuat demikian, maka itu adalah perbuatan fasik. Dan bertakwalah kepada Allah. Dialah yang mengajar kamu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.


Kepanjangan surah ni cukup membuktikan bahawa betapa Allah nak kita ambil berat pasal benda ni. Jadi, tolong alert. Ingat balik kepada siapa kita pernah berhubung dan berhutang, selesaikan. 

Hutang duit atau mungkin hutang material--
It doesn't matter.
Wajib dilangsaikan kecuali dihalalkan oleh si pemiutang.
Untuk orang-orang yang suka buat:
"Eh, kau bayar dulu, nanti aku bayar balik"
Hati-hati.

Catat lah hutang untuk memudahkan urusan dan supaya tidak lupa. Hutang adalah wajib dibayar, tak kira sedikit mahupun banyak. Wajib untuk dilangsaikan.
Tahu kan hukum kalau WAJIB? Wajib maksudnya kalau tak buat berdosa.

Pandai berhutang, pandai bayar. It is common sense. Jangan ditangguh-tangguh. Jangan tahu berhutang tapi tak reti bayar. Kalau boleh elakkan berhutang kecuali dalam keadaan terdesak sangat-sangat. Plus, sila lah bayar hutang tu on time sepertimana yang telah dipersetujui. Kalau lewat bayar, maklumkan lebih awal. Jangan menipu dalam berhutang. Once berlaku tak jujur, sampai mati orang tak akan percaya kita.

Nah, aku share tentang pesanan Rasulullah ï·º dan para sahabat sebelum berhutang:
  • Elakkan daripada berhutang kecuali perlu sahaja.
  • Elakkan berhutang dari luar kemampuan untuk membayarnya.
  • Bertekad untuk membayar hutang tanpa bertangguh.
  • Banyak berdoa kepada Allah untuk dilangsaikan hutang seperti doa yang diajar oleh Baginda ï·º
  • Bekerja bersungguh-sungguh dan berusaha untuk melangsaikan hutang.


So, jangan lupa untuk bayar hutang! Permudahkan urusan orang lain, in shaa Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua 💟


Jumpa lagi di entri seterusnya! 😊

Jangan Pernah


Assalamualaikum
 
Dalam hidup ni, ada orang yang diuji dengan ketiadaan makanan, tempat tinggal, fasiliti yang sempurna, malah mungkin ketiadaan pakaian.
Tapi masih punya sabar, rasa syukur dan tidak lupa tuhan.

Bagaimana dengan kita?

Sekiranya kita masih menafikan rezeki yang diberi hari ini mungkin kerana jumlahnya sedikit di mata kita--

Maka, lihatlah manusia yang lebih susah daripada kita.

Sekiranya kita merasakan kita punya rumah yang paling sempit sekali--

Maka, lihatlah saudara kita yang sama sekali tidak punya perlindungan.

Sekiranya kita malu untuk memakai pakaian yang bagus berulang kali--

Maka, lihatlah manusia yang tidak punya pakaian indah bahkan robek dan compang-camping.

Sehebat apa pun ujian yang menekan kita, jangan pernah lupa tuhan.

Bersyukurlah!
Kerana ujian adalah tanda tuhan masih mengingati dan mempedulikan kita.
Dan takutlah kita sekiranya diberi nikmat yang banyak tetapi semakin jauh daripada tuhan.

Syukuri apa yang telah Allah berikan.
Baik dan buruk pasti ada hikmahnya.

"Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Tumbuk dada, tanya iman.

Susah mana pun kita,
Sebanyak apa pun harta kita,
Sehebat apa pun ujian yang kita lalui,
Jangan pernah lupa pada tuhan.

Kerana kehidupan di atas dunia ini tanpa mengingati tuhan adalah umpama bangkai bernyawa.

Sia-sia.



Arifah Rahim,
16:40 Malaysia.

Untuk Hati

Assalamualaikum

Ada yang cakap, sia-sia ja belajar tinggi-tinggi tapi menganggur juga akhirnya.
Tidak ada yang sia-sia dalam menuntut ilmu.
Please take note, kerja dan ilmu itu dua benda yang berbeza.
Tidak sama.

Setiap orang melalui ujian yang berbeza-beza.
Walau adakalanya terlihat sama, tapi sebenarnya tidak.
Umpama punya saiz kasut yang sama tetapi bentuk kaki dan keselesaan yang berbeza.
Begitulah ujian.

Ada yang diuji dengan tidak berpeluang menuntut ilmu.
Ada pula berjaya dalam pelajaran tapi agak lambat dalam rezeki bekerja.
Ada juga yang gaji besar tapi sentiasa merasa tidak cukup.
Dan ada juga yang gaji kecil tetapi bahagia.
Malah ada pula yang tidak bekerja tapi hatinya tenang kerana berpeluang menjaga orang tua.

Apa pun itu, tidak ada yang sia-sia. Pasti ada kebaikannya.
Ujian itu sendiri adalah rezeki yang kadangkala kita nafikan haknya.

Apa pun yang kita hadapi, syukur apa ada nya.
Baik ataupun buruk, pasti ada hikmah yang Allah nak tunjuk dan diambil pengajaran.
Setiap kesulitan pasti ada kemudahan.
Allah sebut dua kali dalam Al-Quran.

Remember?

Janji Allah tidak pernah dusta. Semuanya benar, datang tepat pada waktunya, malah tidak pernah silap.
Syukur apa adanya.
Sabar, nanti-nanti Dia tambah lagi.

Apa pun yang kau perjuangkan hari ini dan masih gagal, teruskan saja.
Tidak ada salahnya dalam memperjuangkan hal yang baik.
Mungkin manusia memandang mu sinis.
Tetapi Allah memandang mu penuh kasih.

Abaikan negativiti.
Orang nak judge, orang nak mengata, let them be.
Kita tidak hidup atas puji-pujian orang dan kita tidak mati dek caci-makian orang.
Teruskan walau perlu merangkak sekalipun.

Allah is near.
Remember? 😊

Have faith 🌹