Penangan SPM

Assalamualaikum

Hai semua! How are you guys? How's life? Semoga kalian sentiasa sihat disamping orang-orang tersayang. Cehh, dah macam surat tak rasmi pulak. Hahaha~ Aku update blog ni sebab nak hilang kan risau, bosan dan stress. Ni baru lah penangan spm. Haha~ Aku rasa seluruh manusia di bumi Malaysia ni dah tahu kan apa akan terjadi pada hari khamis ni. Tahu tak apa? Ehh budak batch 95 yg tak tahu lagi tu baik p terjun laut lah weyy. Haha~ Okay, pada hari khamis ni keputusan SPM 2012 akan dikeluarkan.




Wuuu, result SPM tu. Seram nihh~ Aku takut + risau sangat sangat. Aku rasa semua bebudak yg seumur dengan aku pun akan merasakan hal yg sama. Aku dan kawan kawan asyik cakap hal yg sama je, "Ehh risau nya aku.." "Stress nya bha menunggu result spm ni, cepat cepat lah hari khamis" "Aku tak mau p sekolah lah nanti tapi aku nak tau jugak result ku. Haihh". Itu lah antara ucapan paling popular yg keluar dari mulut budak lepasan spm termasuk lah aku.

Banyak yg aku fikir, terlalu banyak. Risau kalau keputusan itu nanti akan mengecewakan ibu bapa, guru-guru dan diri sendiri. Perasaan ibubapa tu yg paling penting melebihi perasaan sendiri. Aku tak mahu mengecewakan parents aku lagi. Aku ingin sekali melihat kegembiraan terpancar diwajah kedua orang tua ku apabila mereka melihat keputusan itu nanti. Semoga Allah mengizinkan nya. Amin..

Tak terzahir rasanya kerisauan ni, hanya Allah ja yg tahu apa perasaan ku sekarang ini. Mohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kami. Aku yakin, aku akan menangis bila ambil result itu nanti. Aku yakin itu, tapi kalau boleh biarlah tangisan itu tangisan kegembiraan. Aku ingin sekali merasai semula kenangan manis sewaktu aku memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR. Semoga Allah meperkenankan nya. Amin..

Semoga Allah memberikan yg terbaik untuk kita semua. Jangan menyesali apa pun yg telah Allah berikan kepada kita. Tidak semestinya result SPM kau buruk, kau tak boleh berjaya. No, kau boleh berjaya asal kau mahu berusaha bersungguh-sugguh. Bagi aku, SPM bukanlah pengakhiran hidup tetapi ia nya adalah permualaan bagi sebuah kejayaan. Pray for me to acquire excellent results in SPM ya. Good luck to all SPM candidates 2012 :)


Classmates =)


2 comments:

  1. Gud luck awak..Moga Allah mengurniakan keputusan seperti yang awak harapkan..InsyaAllah..^_^

    ReplyDelete
  2. Amin. InshaAllah, thanks ya :)

    ReplyDelete