Kegembiraan Tak Terzahir

Assalamualaikum

Hai all! How are you guys? How's life? Semoga semua sihat-sihat lah hendak nya yerr. Jaga kesihatan tau, nanti kalau korang sakit tak de lah orang yg nak baca blog aku lagi. Siapa yg susah? Aku jugak. Hahaha~ Hari ni aku telah pergi ke sekolah untuk mengambil sijil PKBM (L) dan bagi balik semua harta sekolah yg aku pinjam sepanjang aku berkhidmat dlm pkbm ni. Aku p sekolah bersama dua lagi kawan aku iaitu Sabrina (anak arab) and Aisyah.

Setelah berbincang semalam, kami pun bersetuju untuk turun ke sekolah pada hari ini. Bincang punya bincang, tercetus lah idea untuk menjadikan aisyah sebagai driver tak bergaji pada hari ini. Haha~ Dia yg ambil aku dan anak arab kat rumah masing-masing. Sampai je kat sekolah bebudak tengah rehat, okay memang best lah. Semua orang pandang-pandang kami, dah macam artis tersohor aku rasa. Hahaha~ Maaf lah ke-perasan-an ini tak dapat dikawal lagi. Ahh lantak =p

Masuk je pejabat am, jumpa kerani mintak perbetulkan anak arab punya surat lepas sebab nama bapa dia salah. Lepas tu hantar harta-harta pkbm ke pejabat Ustaz Hanif yakni guru penasihat pkbm laut ahh. Hari ni memang ulang alik je dari bandar ke sekolah sebab malas nak turun lagi lain hari tapi aku ni kena turun jugak lagi menghadap muka kerani di sekolah tu. Malas nyaaa! Anak arab dengan aisyah dah settle semua. Untung laa.

Actually, aku malas dah nak menaip. Korang tengok gambar je lah ye? Sungguh, kenangan semasa bergambar ni akan ku kenang sampai bila-bila. Bergambar di setiap sudut sekolah tu (Amboihhh, dulu tak sudi gila nak bergambar di sekolah sekarang ni dah terhegeh-hegeh nak gambar pulak. Hahaha~). Bergambar sambil berhujanan dan bergelak ketawa macam orang gila. Bergambar dalam hujan adalah hal yg paling menyeronokkan. Serious, wa tak tipu wehh! Tak percaya? Korang try lah bergambar di bawah shower. Hahaha~ Lets we check it out gambar yg sempat diambil! ;)


jeng jeng jeng...


 Kehijauan SMK TAWAU. Subhanallah :)


Gambar ni mempunyai seribu satu cerita di sebaliknya. Waktu ni hujan dan kami memang dah basah gila tapi ia nya langsung tak menghalang niat kami untuk memanjat di atas tu sambil berposing dgn gaya yg sangat cool. Eh? Cool ke? Hahaha~


Hahahaha! Sumpah gambar ni buat aku gelak gila nak mampus. Lawak gila ahhh Nur Aisyah. Agak-agak kalau dia buat macam ni pakai baju kurung sekolah macam mana eh? *imagine* Jangan marah naa, nanti kena jual. I love you. Muah muah! Hahaha~


Titew omey angat! Hahaha~ Sumpah geli lah cakap begitu tapi gambar ni sesuai dengan caption macam tu. Hahaha~ I love both of you, so much. Thanks for today my dear :)


Nur Sabrina dan Nur Aisyah. Sama cantik sama padan. Eh jangan salah faham, diorang ni sahabat sejati. Penampilan dorang berdua ni memang sopan gila. Betul, wa tak tipu. Sampai anak arab tu digelar ustazah pilihan. Hahaha~ Bestfriends till jannah. InshaAllah :)


This is me! First time aku buat entry tak banyak gambar aku, biasa tu muka aku je penuh. Hahaha~ Ehh mesti lah, kan ni blog aku! Tak kan aku nak letak muka kau kot? =p Inai masih merah dijari menyebabkan ramai yg membahan aku di sekolah tadi termasuklah kerani-kerani tu. Malu titew tau :(


 Saya cantik. Eh bukan, gambar saya yg cantik. Saya gemuk. Eh bukan, gambar saya yg gemuk. Hahaha~ Honestly, aku suka gila gambar ni. View nya cantik sangat. Siapa setuju dgn aku? Yes kita geng! =p


Sebelum pulang dari sekolah tadi dorang berdua ni gelakkan aku sebab aku tersalah kereta! Punya lah besar ketawa dorang. Aisyah sampai terduduk gegara ketawa. Tapi yg paling besar ketawa tu aku jugak lah. Hahaha~ Berlari dlm hujan semata-mata nak masuk dlm kereta tetapi kereta yg dikejarkan itu adalah kereta orang lain. Mau tak terduduk ketawa. Hahaha~ I'll miss this moment babe. Aku happy sangat hari ni and thanks to aisyah sebab sudi ambil dan hantar aku pulang dgn selamat. Hahaha~ Next time kita jalan bertiga lagi tau tapi mungkin masa tu aku pulak jadi drebar ;)

KBye, Assalamualaikum



2 comments: