Random #2

Assalamualaikum

Hai readers! Sebenarnya, aku tak da mood nak duduk di depan laptop ni, tapi jari aku ber-mood nak menari di atas keyboard. Eh, apa aku merepek ni? Hihihi~ So, ku turutkan jua kehendak jari jemari ini untuk menghamburkan setiap huruf dan bait kata di sini (puitis gila ayat aku ni. Haha~).

Tadi aku on TWITTER so aku ternampak lah kengkawan aku tweet pasal temuduga uitm. Interview tu bergantung kepada kos yg mereka tawarkan lah. For example, kalau korang ada mohon TESL UiTM masa isi upu hari tu kalian kena cek dapat tak interview tu. Faham tak? Baru interview ya kawan-kawan, jangan salah faham pulak. Kepada yg belum cek lagi tu, korang boleh lah cek kat SINI. Actually, banyak universiti lagi kat situ bukan UiTM je. Bergantung lah dgn u apa yg dinyatakan perlu untuk interview.

Kawan-kawan aku ada jugak yg dapat interview uitm untuk tesl. Untung laa, bukan senang tau nak dapat interview uitm ni lagi-lagi untuk tesl. Aku? Aku tak dapat pun sebab aku tak de pilih tesl masa isi upu hari tu. BI je ke longkang ada hati nak mohon tesl? Hahaha~ Actually, bukan tesl je yg ada interview tu ada beberapa course yg lain lagi. Korang tengok lah dekat link yg aku bagi tu. Okay? Kalau dapat, jangan lupa habaq kat aku naa. Haha~

Kat twitter macam-macam aku tengok kawan aku yg dapat p interview. Aku ni satu apa pun tak dapat lagi. Dah lah keputusan permohonan maktab dan upu ditangguh katanya. Matrikulasi pulak 25 April ni keluar. Sebab tu aku kata budak batch 95 ni banyak halangan, saingan dan cabaran yg perlu ditempuhi. Sabar.. Cepat atau lambat keputusan tu pasti akan keluar. Sabar ya kawan-kawan. Hihihi~ Jealous gila bila tengok kawan-kawan yg dapat interview sana sini. Banyak u yg nak merebut mereka. Haha~ Aku ni siapa yg nak rebut? Hmm *krik krik*

Bersabar lah wahai diri, kau tak payah nak cemburu sangat lah. Allah dah rancang yg terbaik untuk kau. Just banyakkan berdoa dan bersujud kepada NYA. Memang benar kata orang, result kau bagus mana pun kalau Allah tak berkenan, pakai lah sejuta cara kau tetap tak akan dapat apa yg kau ingin kan. Rezeki masing-masing wehh! Bila tak dapat apa yg kau inginkan, jangan lah merengut. Teruskan berusaha dan berdoa kepada DIA, sebab doa yg ikhlas mampu mengubah segalanya. InshaAllah :)

"Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan lah urusan pengajian ku ini dan jangan pula engkau persulitkannya."

"Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi dan berilah apa yg aku inginkan serta hindarkanlah aku daripada kekecewaan yg boleh membawa kepada penyesalan."

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya aku tak dapat memperoleh apa yg aku inginkan ajarilah aku untuk terus redha dan sabar di atas setiap ketentuan MU. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik untukku."

AMIN YA RABBAL ALAMIN..



KBye, Assalamualaikum


3 comments:

  1. nak baca tapi nmpk panjang sgt.. nak tinggalkan jejak takde shoutbox pulak.. jadi saya tinggalkan jejak kat sini je la sebagai tandai saya dh masuk ke dalam blog ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. iffa!!!! terima kasih sesangat...kalau saya tak gerak hati nak baca entry awak nie, saya tak tahu keputusan Kemasukan pelajar uitm dah keluar..alhamdulillah saya dapat pangilan temuduga..Allahu akbar..nasib baik tak terlepas temuduga..terima kasih bebanyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? sama2, tahniah lah awak :) good luck k!

      Delete