Cakap

Assalamualaikum

Aku ini manusia
Aku ini pendosa
Aku ini banyak cacat celanya
Aku ini tidak sempurna.

Dosa ku ini berlambak
Iman ku ini lemah
Hati ku ini bermasalah
Insaf ku kurang malah terkadang tiada.

Allah itu Maha Pemberi
Diberinya aku kesedaran
Diberinya aku kenikmatan
Diberinya aku ketenangan.

Aku terpanggil. Aku tersedar.

Rasa seperti jiwa ini terlahir semula
Rasa seperti diri ini dibelai dengan kasih sayang Nya.

Sungguh, Allah itu sayang akan hambanya
Sungguh, Allah itu pendengar yg setia
Sungguh, Allah itu pengampun
Sungguh, DIA lah segalanya.

Cumanya, kau sedar tak hakikat itu?

*pause*

Pandang diri
Hina. Keji. Kerdil.
Sedar akan itu tapi taubatnya tidak
Itulah manusia bermasalah hati, pendosa tanpa henti.


Na'uzubillah...


 
 "Bila dahi bertemu sejadah akan terasa kasihnya Allah" - Someone

There's no place like home

Assalamualaikum

Tatkala ini aku berada dalam keadaan bosan. Mungkin bosan sebab tak tau nak buat apa. Boleh lah diklasifikasikan sebagai bosan. Kan? Tak reti nak bersyukur aku ni. Di kolej bosan, di rumah bosan. Rasa nak tampar muka sendiri biar sedar. Biar tahu bersyukur sikit dengan kelapangan yg ada. Haha~

Walaupun bosan, aku tetap suka di rumah ni sebab semua free. Makan free, tidur free (sebab suka-suka je nak bangun pukul berapa. Hahaha~), online free. Kau tengok, tu baru sikit aku list kan banyak lagi yg free kalau di rumah ni. Kalau di kolej tu, semua berbayar sebab tu aku diisytihar muflis bila berada di labuan. Haha~ Dah, aku dah mula merapu ni. Maklumlah, dah lama tak berceloteh di blog ni. Rinduuuuu =p

Bila berada di Tawau ni, pening nak fikir pasal duit jugak. Ye lah, sebab semua kawan lama nak dijumpa, nak dibawak berjalan-jalan. Kau ingat nak berjalan macam tu free ke? Bayar wehh, sedangkan kau nak masuk tandas awam tu bayar 30 sen. Ni lagi berjalan-jalan, berjimba, tengok wayang, makan-makan. Mesti lah pakai duit. Tak gitu kak senah? Eh senah mana pulak aku cakap ni. Hahaha~

Kekadang aku pening nak korek duit dimana lagi bila purse aku makin lama makin nipis. Nak mintak dengan bank bergerak aku, malu lah pulak. Ye lah, dah besar panjang macam ni masih lagi mintak duit. Malu lah weyy! Apa? Apa yg awak musykil sangat ni? Ohh, yg tuu. Bank bergerak tu adalah kekasih hati aku iaitu mama. Hahaha~ Kalau aku tak de duit then nak berjalan, mula lah aku tunjuk senyum yg paling manis sekali sambil bermanja-manja sebab nak mintak duit. Haha~ Tu kalau aku dah terdesak sangat nak berjalan. Kalau tak, tak lah. Alaaa, macam lah korang tak pernah buat macam tu. Kalau bab-bab macam tu kite anak-anak ni confirm paling pro. Tak gitu awak? =p

Dah dah dahhh. Aku rasa cukup lah sampai sini aku bercerita. Next time, aku update lagi kalau aku ada idea-idea. Aku pun tak faham dengan diri sendiri. Kata nak jadi penulis, tapi nak update blog pun berjuta kali berfikir cari idea. Mungkin begini lah jadinya bila orang account nak jadi penulis. Yg biasa dilihat nombor tapi kali ni perkataan. Sebab tu agak lambat sikit pick up nya. Tak pe, at least aku cubaaa ;)


Haaa amik engkau. Besar gedabak gambar aku. Haha~ Lama aku tak upload gambar, kali ni baru ada feel nak upload. Gambar masa hari raya aidilfitri, 2 bulan lepas. Kini, parut di wajah itu telah hilang dan pipi itu semakin mengembang. Alhamdulillah, makin sihat =p


Salam Maal Hijrah buat seluruh umat Islam. Walaupun kita tak kenal, kita terpisah benua, kita berlainan warna kulit dan saiz tetapi kita tetap saudara kerana akidah kita sama. Kita ucap kalimah yg sama dan menyembah tuhan yg satu iaitu Allah S.W.T. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan nikmatnya buat kita semua. Amin, inshaAllah :)



KBye, Assalamualaikum

Terima Kasih

Assalamualaikum

Manusia datang dan pergi
Yg tinggal hanya memori.

Sahabat,
Terima kasih kerana ada disaat susah dan senang aku
Terima kasih kerana sudi menemani disetiap sendu dan tawa aku
Terima kasih kerana sudi menggapai tangan ini dan mengajak ku untuk terus bangkit.

Buat manusia yg pernah aku sakiti hatinya
Buat manusia yg pernah aku terpukul, tertumbuk, tersepak dan ter-terajang tubuhnya
Buat manusia yg pernah aku tengking dan herdik tanpa usul periksa.

Aku minta maaf. Berjuta kali maaf. Aku manusia, aku insan lemah. Jiwa remaja ku hanya tahu memberontak bila emosi terganggu. Sekali lagi maaf.

Cuma nya aku nak cakap disini, bila hati dah selalu disakiti kau tak akan rasa apa dah walau berjuta kali ditusuk sembilu.

Kalis.


Pernah tak kau fikir?

Assalamualaikum

Bila ada usaha, kau nak apa sekalipun Allah bagi
Cuma nya, jangan sombong untuk tadah tangan dan berdoa
Kita ni jadi manusia jarang bersyukur
Untung kalau jarang, kalau yg tak bersyukur langsung pula macam mana? Na'uzubillah.

Kau ngomel itu ini
Hidung tak mancung lah, mata sepet lah buntang lah
Parents tak dapat beri apa yg kau nak lah
Banyak, terlalu banyak kita keluh kesah kan
Terlalu banyak kita menyumpah seranah kepayahan hidup daripada berdoa dan berusaha

Bersyukurlah duhai manusia

Cuba kau pandang cermin
Kau lah sesempurna ciptaan Illahi
Kau pernah terbayang tak kalau nikmat hidung tu Allah tarik balik?
Kau pernah terbayang tak kalau nikmat mata tu Allah ambil?
Pernah tak?

Dan lagi.....

Sekurang-kurangnya hidup kau tak berbumbungkan angkasa kelabu
Sekurang-kurangnya hidup kau tak berpeleseran
Sekurang-kurangnya hidup kau tak kebulur macam orang di ethiopia sana
Dan sekurang-kurangnya hidup kau masih disamping keluarga.

Apa lagi kau nak? Bersyukur. Satu kata yg nampak enteng tapi sangat payah untuk dilakukan. Pandang ke bawah dan lihatlah betapa ramai manusia yg jauh lebih tak beruntung dari kau dan sesekali pandanglah ke atas agar kau punya semangat dan halatuju untuk terus hidup. Satu yg pasti, tuhan itu ada. Disaat susah, di saat senang DIA tetap utuh untuk mendengar rengek dan tangis kau. Jadi kenapa perlu berkelu kesah?

Fikir, sebab tu kau diberi akal.


KBye, Assalamualaikum

Semester Satu is Over!

Assalamualaikum

"Dengan ini saya Nurul Arifah Abd Rahim mengisytiharkan bahawa pengajian semester satu di matrikulasi telah pun tamat. Kita berjumpa lagi di semester dua untuk 3 minggu akan datang" 

......................................................................................................................................


Yeahhh sem 1 dah tamat! Yeayyyyy! Haha~ Maaf, ke-excited-an ini tak dapat dikawal. Maafkan diri ini =p Aku lupa yg aku punya blog. Aku lupa minat aku yg satu ini. Aku lupa. Aku baru terkeluar dari pulau labuan. Baru punya masa untuk update blog. Baru punya masa untuk bercerita disini. Apa yg penting, baru punya wifi yg maha laju untuk online. Haha~

Alhamdulillah, aku telah selamat menghabiskan semester 1 di kolej matrikulasi labuan. Lagi satu semester, aku akan berambus dari kolej itu. Aku kini berada di rumah bersantai-santai-an sambil goyang kaki. Apa? Aku telah berpenat lelah dan berbanting tulang selama seminggu untuk mengulang kaji. Tidur ku hanya 2-3 jam. Yg selebihnya adalah menatap buku di meja belajar. Bukan mengeluh, cuma mengadu cerita disini. Lebih tepat berkongsi cerita :) Mengeluh dan mengadu cerita itu beza ya anak-anak. Haha~

Alaa, biasa lah life as a student. Kalau tak berjaga malam, kalau tak tidur 2-3 jam je bukan pelajar namanya. Sedangkan sekolah, kau dah biasa tidur lewat malah tak tidur langsung pun pernah. Kan? Inikan pula kalau kau studi di kolej atau universiti. Tidur jam 3-4 pagi tu perkara biasa. Dah menjadi rutin. Aku sendiri macam tu. Sejak masuk matrik ni, selagi tak jam 2 pagi mata ni tak reti nak tutup. Kedegilan apa entah yg ada pada mata aku ni. huh

Bukan juga studi sampai jam 3-4 pagi tu. Kadang ada yg nonton movie sampai pagi buta. Ada juga yg membahan bergelak ketawa sampai tengah malam buta (yg ni spesies aku) bercerita dgn kawan umpama itulah kali terakhir kau jumpa dgn dia padahal hari-hari menatap muka dia jugak. Hahaha~ Ada yg baca novel tak hengat dunia. Ada yg menghadap laptop online walaupun aku rasa kura-kura lebih laju berjalan dari line di kolej tu. Hahaha~ Macam-macam ragam manusia yg kau lihat bila dok asrama.

Aku semakin meningkat remaja. Satu persatu cabaran yg datang aku tempuh. Kadang jiwa ini memberontak, kadang diri ini ter-emosi tak tentu hala dan kadang juga ada dengusan kasar yg meniti dari bibir ini menandakan protes terhadap apa yg berlaku dlm kehidupan ini. Bak kata orang "Ahh biasa lah, jiwa remaja memang begitu". Ya memang, tapi bila berbalik pada hukum Allah, aku cuba. Aku cuba untuk bersabar, aku cuba untuk redha dan yg paling penting, aku cuba untuk tidak mempertikaikan apa yg telah ditakdirkan untuk ku. Kerana aku takut perjalanan aku mengutip pahala di bumi ini tak peroleh redha Illahi. Na'uzubillah..


 Bye kml! Lagi 3 minggu kita bersua kembali =p


KBye, Assalamualaikum

Warkah Buat Manusia yang Tahu Diri

Assalamualaikum

Dengar sini baik-baik wahai diri,

Kau bukan dari keluarga yg senang.
Kau dilahirkan bukan untuk memusnahkan harapan orang tua mu.
Kau dihantar belajar bukan untuk bermain-main.
Mohon kau sedar diri.

Sehingga kini, umur kau mencecah 18 tahun kesemuanya masih ditaja oleh orang tua mu dan entah sampai bila.
Adakah kau tega menghancurkan harapan mereka untuk melihat kau berjaya?
Adakah kau gembira jika melihat mereka derita?
Sudah pasti tidak.

Tolong kau belajar bersungguh-sungguh agar hidup mu senang di masa depan.
Tiada siapa yg dapat membantu mu kelak.
Jatuh bangun sendiri, susah senang sendiri.
Manusia lain hanya bisa melihat dan mendengar kesusahan mu tetapi tidak dapat merasakan apa yg kau rasa.

Ada harapan orang tua yg perlu kau realisasikan.
Ada tanggungjawab besar yg belum terlaksana.
Harapan keluarga dijadikan pembakar semangat agar kau terus maju ke hadapan.
Jangan takut pada manusia yg cuba menjatuhkan kau.
Jangan gentar selagi kau yakin tuhan masih bersama mu.

Berpuluh ribu malah beratus ribu dan mungkin juga berjuta ringgit yg dihabiskan oleh orang tua mu untuk membesarkan kau sehingga ke tahap ini.

Mohon kau jangan kecewa kan mereka.
Mohon kau berkorban untuk mereka kerana pengorbanan mu tiada apa-apa nya jika dibandingkan dengan pengorbanan yg telah mereka lakukan di sepanjang hidup mu.

Tekad diri bukan mainan kerana penghujungnya adalah permulaan bagi sebuah kejayaan.



Dengan adanya kedua ibu bapa aku masih mampu bertahan walau sesusah apa pun situasi yg perlu aku hadapi kerana mereka adalah sebahagian daripada nyawa aku.

Bebelan Dari Bumi Labuan

Assalamualaikum

Hai semua! How are you guys? How's life? Tengok title entry memang tak boleh blahhh kan. Hahaha~ Fuhhh, baru ada kesempatan nak update blog. Baru ada masa terluang nak duduk online depan laptop pakai broadband digi yg maha laju nya. Sila beri tepukan gemuruh untuk digi! *clap clap clap* Hahaha~ Agak lama jugak aku meninggalkan laman sosial aku yg satu ini. Kadang ada masa nak update tapi tak de idea, kadang ada idea melimpah-limpah tapi masalah tak de masa nak online pulak. Maklumlah, sejak bergelar pelajar kolej matrikulasi ni tak banyak masa aku nak bersosial. Hampir 24 jam masa aku digunakan untuk berkuliah, ulang kaji (lah sangattt) dan tidur dan makan dan sebagainya. Hahaha~ Okay aku dah mula mengarut. Maafkan saya maafkan saya. Back to the topic...


Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai menghadapi ujian pertengahan semester (UPS). Exam pertama yg aku hadap di kolej ini. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan ini masa dok exam tu. Mungkin gembira dan mungkin juga ada rasa kecewa. Ahh, itu biasa. Kau baca lain tapi yg dia tanya dalam exam lain pulak. Ahh, itu biasa. Kau stay up sampai pagi semata-mata nak menghafal tapi fakta yg kau baca tu tak tersenarai dalam soalan exam. Ahh, itu biasa. Tapi yg luar biasanya bila kau baca dan hafal satu fakta tu dan ia nya buat-bulat masuk dalam exam. Memang bahagia tak terkata lah kan, rasa dunia ni kau yg punya. Lagi best bila kau tengah senyum bahagia tu, musuh kau tengah buat muka monyok sebab tak dapat jawab. Hahaha~ Persoalannya, kita ada musuh ke? :)


Kau pernah nampak tak orang jawab exam dengan sangat khusuk sampaikan kepala dia tu nak sujud kat meja?

Kau pernah hadapi tak bila masuk dalam dewan exam, jiran kau tu tak reti nak balas senyum balik?

Kau pernah fikir tak, kenapa ada keluhan di balik senyuman lepas jawab exam?

Aku pernah.












Apahal? Terkejut tengok gambar aku besar gedabak ni? Hahaha~ Gambar diatas adalah bersama roommates aku yg paling comel (lah sangattt). Memang comel pun especially yg dok kat tengah-tengah tu. Haha~ Yg pakai tudung tu nama dia Rosnani (Nani) dan yg mempunyai raut wajah seakan-akan anak cina itu adalah Farah Faleeza (Farah). Aku dgn nani asal Sabah cuma bezanya dia dari kunak, aku dari TAWAU (bangga sikit jadi anak jati tawau. Hahaha~). Farah pulak asal dari Sarikei Sarawak. Ni lah penghibur aku bila kat dalam dorm. Tangis tawa ku semua pernah terlihat oleh mereka. Keserasian itu mula wujud :)

Gambar diatas ni diambil masa aku tamat jawab paper kemarin, last paper. Yg mereka berdua ni, aku panggil bergambar sebab nak simpan untuk dijadikan kenangan. Hihihi~ Padahal mereka tak habis paper lagi masa ni, ada paper computer science lagi petang tu. Yg aku peliknya, muka diorang yg paling excited dalam gambar ni seolah-olah dah tamat exam. Tak percaya? Cuba scroll balik ke atas. Hahaha~


Okay lah, i should stop until here. Banyak lagi kerja nak kena buat selain daripada duduk tepi tingkap merenung ke luar jendela melihat kebesaran NYA sambil menaip. Hahaha~ Ada masa umur panjang dapat lah lagi korang membaca cerita aku di sini. InshaAllah..


Heyy you, ya awak lah! Tolong doakan saya dapat pointer yg terbaik untuk exam baru-baru ini dan seterusnya. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian :)


KBye, Assalamualaikum