Trip to Pulau Mabul and Pulau Kapalai

Assalamualaikum

Hai guys! Alhamdulillah berpeluang lagi nak update blog ni yg selalunya terbengkalai aje. Hihi~ So, direct to the point, kali ni aku nak share tentang trip aku ke Pulau Mabul dan Pulau Kapalai. Pada 31 Ogos hari tu, aku telah join satu trip yg ma shaa Allah best sangat! Actually, aku dapat tahu tentang trip tu memang last minute sangat. Tapi alhamdulillah, memang rezeki aku masa tu, so dapatlah jugak jejakkan kaki ke pulau-pulau tersebut. Aku join trip tu bersama-sama dengan bekas pelajar mak aku. Agak janggal jugak sebab takda satu orang pun kawan-kawan aku yg ikut sama. Kiranya aku tebalkan ja muka cakap dekat kakak-kakak tu supaya kawan dgn aku bila dah sampai pulau tu nanti. Hahaha~ Mengeratkan silaturrahim lah katakan. Konklusinya, hari merdeka aku memang terisi dengan hal yg bermanfaat walaupun tak berbaris mahupun berarak macam orang lain. Moga-moga apa yg aku kongsikan dekat sini dapat membantu kalian yg nak p bercuti dgn bajet yg in shaa Allah murah =) So, lets move!

Pulau yg pertama aku jejaki adalah Pulau Mabul dan kemudiannya Pulau Kapalai. Kedua-duanya terletak di Semporna, Sabah =)

Masa Perjalanan
Perjalanan daripada jeti umum Semporna ke Pulau Mabul memakan masa selama 45-55 minit macam tu dan perjalanan daripada Pulau Mabul ke Pulau Kapalai adalah selama 20-25 minit sahaja. Kejap aje dalam boat tu tak sempat pun nak mabuk. Hihihi~ 

Kos Perbelanjaan
Berkenaan dengan kos pula, aku hanya menggunakan RM100 untuk pergi kedua-dua pulau tersebut. RM70 yuran, RM20 kos pengangkutan dan RM10 adalah untuk snorkelling. Kali ni aku dapat snorkelling murah sikit banding trip hari tu. Kos ini juga termasuk makan dan minum yg disediakan oleh kakak penganjur tu. Bagi aku berbaloi lah kerana service tiptop dan kakak tu pun baik oi! =) 


Aku join island trip ni bukan under mana-mana tourism company. Aku join ikut dgn kakak yg anjurkan benda ni. Dia pun baru dalam tahun ni jugak tawarkan trip ke pulau-pulau yg terletak di Semporna. Dia adakan trip ni bersama-sama dengan suami dia. Maksudnya bila korang join trip dorang, dia atau husband nya yg akan lead korang. Kalian boleh cek Facebook dia KAK LIDIA atau boleh contact dia di 0138989083. Segalanya ada disana, cekidaut yah!

So, jom layan gambar-gambar sepanjang aku berada disana! =)

 Perjalanan menuju ke Pulau Mabul. Entah tu rumah orang kah atau apa, aku pun tak tau. Yg pasti, kalau korang zoom gambar ni korang akan nampak botol-botol (if i'm not mistaken) macam tu, itulah seaweed. Tahu kan seaweed tu apa? Kalau tak tahu, mohon bakar kamus sendiri. Haha~ Mungkin tempat ni adalah tempat pemeliharaan seaweed. Indah kan?



 Look at the first picture, tu lah kehidupan bajau laut di semporna. Budak-budak tu main terjun aje dari jambatan tu sebab nak mandi air laut. Air laut pun cantik nak risau apa kan. Aku kagum kerana dengan umur dan fizikal sekecil ini mereka sudah tahu berenang sedangkan aku masih terkapai-kapai sebab tak boleh terapung. Hahaha~ Yg second pic tu takde apa sebenarnya, cuma aku snap sebab posing budak sorang tu cun wehh!


 Dan ini lah dia Pulau Mabul. Pulau ni agak luas jugak dan banyak penginapan yg cantik-cantik dekat sini. Kalau banyak duit, boleh lah menginap disini. Mostly yg menginap dekat sini adalah pelancong dan jarang dilihat orang tempatan disini melainkan pekerja-pekerja nya kerana kos penginapan yg tinggi. Sebab tu aku pun p pulang balik aje. Kalau nak bermalam memang tak lah kan sebab tak mampu lagi. Hihi~


The other side of Pulau Mabul. Cantikkan? =)



 Yg ni pulak pantai dekat Pulau Mabul. Masa ni air laut surut. Dekat pantai tu terdapat rumah-rumah penduduk setempat. Pasir dekat pulau ni cantik cuma dikotori dengan sampah. Pulau Mabul banyak penginapan dan jambatan sahaja. Pantai nya pula tak berapa nak cantik sebab agak kotor. Walaupun begitu, air laut dia masih cantik dan jernih. Kalau korang pencinta tegar pantai, maka aku sarankan lawati lah PULAU SIBUAN DAN BOHEY DULANG =)



 Cantik sangat air laut dekat Pulau Mabul. Puas kot snorkelling. Hihi~ Btw, sampan bebudak ni comel kan? =)



 Next is Pulau Kapalai! Dekat sini sumpah cantik gila tapi sayang tak boleh naik dekat jambatan-jeti-penginapan dia walaupun hanya sekadar untuk bergambar. Aku pun tak tahu kenapa. Masuk pulau ni pun kena report dengan esscom dekat situ dulu then baru boleh turun snorkelling. Tu pun banyak sungguh tanya dia seolah-olah kami nak merompak =,= Apa yg pasti, menginap dekat sini memang mahal. Dengar-dengar lebih mahal daripada Pulau Mabul. Konklusinya, ambil aje gambar dari boat. Tu pun dah kira syok sangat! Hahaha~



 Hidupan laut yg terdapat di Pulau Mabul dan Pulau Kapalai. I iz eksaited sebab dapat jumpa penyu! Gambar penyu tu aku ambil time dekat atas boat, dan bila turun untuk snorkelling, jumpa lagi penyu tu. Omg, hakak eksaited gilaaa! Hahaha~ Comel sangat. Senang hati dapat tengok macam-macam hidupan laut milik tuhan. Maka secara tak langsung dapat meluruhkan segala tekanan yg dialami =)



 Penginapan yg terdapat di Pulau Kapalai. Hanya mampu ambil gambar dari jauh aje.



 Dekat sini lah kami melapor masa masuk Pulau Kapalai. Anyway, air laut dia cantik plus sangat jernih.



Kepenatan habis snorkelling. Memandangkan aku tak pandai berenang, so kena lah pakai life jacket sebab laut dia agak dalam. Tak puas wehh sebab best sangat bila dapat tengok pelbagai hidupan laut. Warna-warni, besar kecil semua rupa dan bentuk ada. Nak cakap dekat sini, tak pandai berenang bkn bererti kita tak boleh nak buat aktiviti laut. No. Aku sendiri tak pandai berenang tapi dapat juga snorkelling ditempat yg dalam. Big thanks to our boatman sebab dia yg guide aku ke hulu-hilir masa snorkelling hari tu. Cuak gak wehhh sebab pertama kali masuk laut kaki tak jejak apa-apa. Tapi lama-lama bila dah okay, rasa tak nak naik darat dah, dah jadi lupa daratan pulak dah. Hahaha~


Itu ja lah kot yg dapat aku kongsikan. Selamat merancang perjalanan yg indah! Aku harap segala apa yg aku kongsi disini dapat membantu kalian yg nak p dengan bajet yg berbaloi. In shaa Allah =) Kalau ada apa-apa yg kalian musykil, boleh lah tanya terus kepada aku. Mana-mana yg aku boleh jawab, aku akan jawab in shaa Allah. Ada masa, umur panjang aku update lagi.
Semoga bermanfaat!

KBye, Assalamualaikum.



Trip to Bohey Dulang and Pulau Sibuan

Assalamualaikum

Hai guys! Its been a long time i didn't update my blog. Almost 7 months yah. So now, i want to share with you guys about my trip to Pulau Bohey Dulang and Pulau Sibuan. Since ramai yg tanya aku macam mana nak p, kos berapa, jauh ke tak dan macam2 lagi soalan yg aku takdapat nak bagi jawapan secara spesifik, so aku tulis lah dekat sini. Mungkin sedikit sebanyak dapat bantu kalian yg nak p =)



 Kejernihan air di Bohey Dulang Semporna, Sabah.


Dua pulau ni terletak di semporna sabah. As we know, Semporna adalah antara tempat yg memiliki pulau-pulau yg sangat indah. Actually aku memang dah lama plan nak p tempat ni, cuma tak berkesempatan sebab taktau cara nak p macam mana. Tak sangka pulak secara tetiba adik aku khabarkan ke aku yg kawan dia punya kakak ada buat trip p dua tempat ni. So, aku pun tak nak lepaskan peluang. Terus contact kakak tu untuk tahu details nak join trip tu macam mana. Lepas settle tanya itu ini dekat kakak tu, aku pun decide nak join trip tu pada 9 Ogos baru-baru ni.



 Sebahagian daripada tawaurians yg join trip tersebut.


Trip yg aku join ni disertai oleh ramai lagi tawaurians yg lain. Aku p berlima dengan kawan-kawan aku. Sampai dekat sana dapat jumpa kawan baru. Best! Yg tak bestnya pengurusan trip ni agak teruk jugak lah sebab tak punctual. Sakit jiwa mak bila janji jumpa pukul 8a.m tapi pihak pengurusan sampai pukul 10a.m. Dah lah ramai orang masa tu, dengan panasnya lagi, dengan rasa sakit hati lagi. Haih, mood eksaited pun hilang. Sebab tu bila ada yg tanya aku, okay kah tak trip tu, aku kata "boleh lah". Untung dapat lihat pemandangan yg cantik-cantik belaka, sejuk sikit hati kita ni. Pengurusan masa diorang sangat teruk. Okay let's move to another part!

Perjalanan

Perjalanan daripada Tawau ke Semporna memakan masa 2 jam sahaja. Aku dengan kawan-kawan gerak dpd tawau pukul 6a.m. sampai dekat semporna pukul 7.30a.m macam tu. Sejam setengah pun dah boleh sampai =) Kawan aku drive, so senang sikit nak bergerak. Tak perlu nak sewa bas lagi. Sampai aje jeti pelancongan, kami tunggu kakak yg buat trip tu sampailah pukul 10a.m baru dia tiba. Sultan pun tak ditunggu lama macam ni =,= Then, kami gerak dpd jeti pelancongan dalam pukul 11.30a.m. Destinasi pertama yg dituju adalah Bohey Dulang untuk hiking sejauh 600 meter dan seterusnya ke Pulau Sibuan untuk mandi-manda dan snorkelling.

Perjalanan daripada jeti pelancongan ke Bohey Dulang adalah dengan menaiki bot yg mana bisa memuatkan 12 orang penumpang dan memakan masa selama 45-50minit untuk sampai ke destinasi. Seterusnya perjalanan daripada Bohey Dulang ke Pulau Sibuan memakan masa selama 30 minit (tak pasti sebab tak tengok jam masa tu).

Kos Perbelanjaan

Tentang kos pula, sangat berbaloi sebab kurang daripada RM100. Since aku join trip, so dapatlah murah. Aku cuma bayar RM60 sahaja untuk sewa bot, makanan (lunch) dan tour guide (hiking). Trip yg aku join tu, tak da pakej snorkelling. So, aku tambah sendiri dengan menyewa peralatannya yg berjumlah RM15 sahaja. Dapat lah jugak merasa snorkelling tu macam mana walapun diri sendiri tak reti nak berenang. Hihi~ Memandangkan perjalanan aku ke semporna tak menggunakan bas, so aku dan kawan-kawan yg lain pakat bayar minyak kereta kawan aku yg drive tu RM15 sorang. Masih murah berbanding kalau nak sewa bas dpd tawau ke semporna. So, total up cost RM90. Berbaloi kan? =)

Jom layan gambar-gambar sepanjang aku berada disana! =)

 

 Me and my friends =)


 Suasana di jeti pelancongan Semporna. Maaf lah tak da gambar full suasana jeti sebab tak expect pun nak update blog ni. Hihi~


 Pemandangan diatas bot semasa perjalanan menuju ke Bohey Dulang.


 Bukit yg paling tinggi dekat belakang tu adalah tempat yg akan didaki untuk memperoleh pemandangan indah. Lepas je hiking, bila aku tengok balik bukit ni dari bawah, aku macam tak percaya ja yg aku berjaya sampai ke puncak. Sebab rasa macam tinggi sangat. Hihihi~


 Keadaan tempat hiking di Bohey Dulang. Licin dan curam. I told you, aku hampir menyerah nak naik ke puncak. Licin satu hal, dah tu semput lagi. Rasa macam tak cukup udara nak bernafas. Haa tu lah padah kalau jarang bersenam. Memang tercungap lah jawabnya. Kalau tak kuat mental fizikal, memang tak dapatlah naik hari tu. Alhamdulillah, berkat kecekalan hati dan semangat keperwiraan dalam diri, dapat jugak sampai ke puncak. Hahaha~


 Pemandangan daripada puncak bukit di Bohey Dulang.


 The other side of Bohey Dulang.


 Ni adalah gambar aku yg paling sempurna dekat puncak bukit Bohey Dulang. Yg lain semua rosak sebab dah penat sangat hiking, so muka pun nak tak nak aje bergambar. Hahaha~


 This is Pulau Sibuan =) 


Antara pemandangan cantik sepanjang perjalanan ke Pulau Sibuan.


Snorkelling time!


 Hampir senja. Perjalanan pulang menuju ke jeti pelancongan.


Dan akhirnya kami selamat sampai semula ke jeti pelancongan lebih kurang pukul 5.30p.m. Bila aku sampai kedua-dua pulau tu, mulut tak berhenti melantunkan kalimah suci sebab terlalu cantik. Tak tahu nak cakap mcm mana cantik tempat ni. Terpana tak habis-habis aku ni. Hahaha~

Some tips here 
Kalau ada yg tanya aku, mana lebih baik sama ada join trip ataupun p sendiri? Maka aku akan menjawab lebih baik p sendiri. Sebab kita tak tahu pengurusan pihak penganjur yg buat trip tersebut. Aku dah berdepan dengan trip yg mempunyai pengurusan yg teruk. Serik, cukup sekali. But, its okay, kita belajar daripada pengalaman kan? =)
Bila p sendiri, maksudnya yg tak join dengan mana-mana trip, benda yg perlu dibayar adalah:
1) Sewa bot dan peralatan snorkelling - RM45 seorang (If i'm not mistaken)
2) Tour guide untuk hiking - RM50 satu rombongan
3) Sewa bas daripada tawau ke semporna - RM20 seorang

*Informasi ni aku perolehi daripada junior aku. Sebab dia p dgn kawan-kawan tanpa join mana-mana trip.

Aku tak punya banyak maklumat untuk dikongsikan bagi yg p sendiri dengan kawan-kawan. Hanya tiga diatas tu saja yg dapat aku kongsikan. Harap-harap dapat membantu lah ye =)
Maaflah entri kali ni panjang berjela-jela sebab banyak benda yg nak kena explain. Since ramai yg tanya aku pasal benda ni. So, secara tak langsung dapatlah jugak aku abadikan kenangan indah dekat dalam blog ni kan. Kalau tak, memang mereput aje lah blog aku ni. Hahaha~ Aku harap dapatlah kalian faham penerangan aku yg ma shaa Allah panjang ni.


Pulau indah telah berjaya ku tawan!


Kalian bila lagi? =)

Ada masa, umur panjang aku update lagi. Semoga bermanfaat!
KBye, Assalamualaikum.



Hidup

Assalamualaikum

Dekat dalam dunia ni tak semua orang sukakan kita
Biar lah.
Lumrah dunia--
Dimana-mana juga begitu.

Kita hidup bukan untuk memikirkan tentang suka benci orang pada kita
Ada banyak lagi hal yg jauh lebih penting untuk diambil kisahkan
Sedang kita buat baik pun dicaci keji
Apatah lagi buat keji--
Memang makan maki sumpah lah kan.

Biarlah.

Kita hidup untuk tuhan kita--
Untuk melaksanakan suruhan tuhan
Kalau-kalau ada yg menentang mahupun yg tak suka--
Biarkan saja.

Persetankan apa orang nak kata
Kita ini hamba tuhan
Bukan hamba manusia.

Nanti juga mereka tahu--
Mereka akan mengerti
Bahawa hidup ini adalah dari Dia, untuk Dia dan kepada Dia.

Keterasingan

Assalamualaikum

Ada masanya aku merasa hidup di bumi yg asing
Dimana--
Apabila hendak bersolat pun aku merasa serba salah untuk meminta diri demi menunaikan kewajipan yg paling utama ini.

Pernah kah kalian merasa?

Bila berjalan dengan kawan-kawan dan apabila dah masuk waktu, member kau tu buat tak tahu aje. Sedang kau berputar ligat memikirkan alasan untuk meminta diri demi sebuah kewajipan. Sampai adakalanya kau merasa--
Salahkah perbuatan aku?
Janggal kah aku dimata mereka?
Terguris kah mereka dengan sikap ku?

Siapa yg harus merasa bersalah sebenarnya? Bukan mereka tidak tahu hukum. Tapi seolah-olah panggilan tuhan itu tiada apa-apa nya. Adakalanya aku gerun melihat sikap segelintir manusia yg seperti ini. Wallahi. Hal ini benar-benar menggerunkan jiwa lemah aku.

Dan yg paling sadis lagi, apabila kau perlu menipu demi menyahut seruan tuhan atas dasar ingin menjaga hati member kau. Ahh dizaman ini, islam begitu asing.

Dunia sudah terlalu tua dan uzur
Segalanya diambang kehancuran.

Islam begitu asing di mata dunia
Walhal agama ini terlalu suci
Andai saja islam sudah menjadi asing didalam diri umat islam itu sendiri--
Maka apa lagi yg kita punya?

Tiada apa-apa. Melainkan sebuah kebinasaan.

Allah...

Keinginan

Assalamualaikum

Tak semua hal yg kita nak kita bisa perolehi dalam sekelip mata
Dalam apa pun yg kita hasrat-kan, tunjangnya itu adalah sabar.

Kadang apa yg kita minta pada hari ini, tertunai pada 10 tahun akan datang
Kadang apa yg kita minta saat ini, diberi on the spot tanpa bertangguh lagi
Dan kadang pula apa yg paling kita tak nak tu lah yg kita dapat.

Kejam kah tuhan?
Tidak adil kah Dia dalam pemberian?
Bila kita dah tak mampu nak bersabar, maka persoalan-persoalan seperti ini akan muncul di minda.
Hati-hati.
Bersangka baik dengan Allah.

Kerana Dia tidak pernah mempertikai pun segala keburukan yg kita buat setelah bertaubat dan kemudian mengulangi lagi dosa itu dan kemudia bertaubat lagi dan begitulah seterusnya. Malah Dia selalu membuka pintu taubatNya kerana Dia tahu hambaNya ini lemah dan sentiasa jatuh pada lubang yg sama.

Lalu bagaimana pula dengan kita?
Adil kah kita dalam melaksanakan hidup sebagai seorang hamba?
Tertunai kah segala hal-hal wajib yg disuruh Dia?
Tumbuk dada, tanya iman.

Allah itu tahu apa yg kita inginkan melebihi tahu nya diri kita ini
Allah itu tahu saat yg tepat untuk Dia memberi kita apa yg diingini
Allah itu tahu bahkan jauh lebih mengerti segala keinginan hambaNya.

Takkan dengan tertundanya sedikit hal saja kita nak mempertikai dan bersangka buruk tentang segala takdir tuhan.
Istighfar.

Allah baru menunda sedikit saja kita dah melatah.
Yg kita ni, bukan setakat menunda bahkan tak dibuat pun apa yg disuruh Dia.
Nanti dekat depan tuhan, tak tahu nak tunjuk apa
Sebab dekat dunia yg disuruh semua diabai tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Allah.

Kita ini--
Keluh nya banyak, doa nya kurang
Minta nya banyak, sabar nya kurang
Dosa nya banyak, taubat nya tidak.

Allahurabbi...

Manusia-manusia dunia

Assalamualaikum

Tuhan itu adil.

Hari ni kita buat orang
Esok lusa Dia balas balik pada kita
Tidak pada kita--
Pada anak cucu kita nanti
Tidak di dunia--
Di akhirat sana nanti
Pasti.
 
Dengar sini, aku nak cakap.
Jangan pernah berfikir untuk menyusahkan orang lain kalau-kalau takut celaka.

Apa pun yg kau lakukan--
Kena hati-hati
Kerana tak semua orang me-redha-kan diatas apa yg diperbuat kepada mereka.

Hati-hati.
Jangan kerana ini, kau terlepas syurga.

Manusia-manusia ini bisa saling tuduh di hadapan tuhan nanti
Ya.
Dan semua itu hanya kerana untuk peroleh sebuah kebaikan--
Yg mana pada saat itu semua nya sudah tidak berguna lagi.


Semester break

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku dah selesai pengajian untuk semester 1. Sekarang ni aku tengah cuti sem dekat rumah. Syok nya duduk kat rumah ni tuhan aje yg tahu. Nak makan apa semua dapat. Sebut aje, mak pasti tunaikan. Dah jadi princess aku kat rumah ni rasanya. Hahaha~ Ehh tak jugak. Sebab aku lah tukang sapu, tukang cuci, tukang drive, tukang kemas, tukang jemur, tukang lipat dan bermacan-macam lagi jenis kerja pertukangan yg aku buat dekat rumah ni. Wait, apsal pertukangan pulak? Ahh lantak. Haha~

Aku bosan sebenarnya, konon-konon nak blogging balik. Tapi entah lah, bukan boleh percaya sangat pun aku ni. Hari ni semangat gila tahap gaban nak blogging, esok lusa dah luntur semangat umpama baju yg luntur bila dibubuh clorox. Eh apa kaitan? =,= Aku dah lama tak menulis, ni yg jadi macam ni. Banyak merapunye daripada serius. Lek aaa, tak payah lah nak emo sangat. Kita blogging kena enjoy tahu? Baru lah dapat menggegarkan arena blog negara. Hahaha~

Cuti ni aku tak buat apa-apa pun. Duduk rumah aje, jadi suri rumah berjaya. Ingat senang jadi suri rumah? Penat tahu. Aku kagum pada mak-mak yg bekerja dan masih bisa handle kerja-kerja rumah. Tabik spring sikit. Hebat mak-mak kita ni. Sila hargai mak masing-masing. Wanita memang terbukti hebat bukan? =)

21/2 ni aku dah kena balik labuan untuk sambung pengajian yg berbaki lagi 5 semester. Baru satu semester rupanya, ingatkan dah nak habis belajar. Sebab kerjanya banyak sangat dan susah sangat. But yeah, nama pun belajar kan, manada benda yg senang. Tak pa, 3 tahun aje pun ripa. Berkorban lah untuk masa depan awak di dunia dan akhirat. Nak berjaya kan? Kena kuat dan sabar =)

Aku dah tak tahu nak update apa. Bagi aku, cuti kali ni sangat menyeronokkan walaupun dapat kumpul dengan famili malam aje. Ye lah, kalau siang semua busy dengan kerja dan sekolah. Aku aje yg ada di rumah ni jadi pak guard. Syok lah sebab aku dapat berehat daripada buat tasks and assignments. Dapat bebas daripada stress dan dapat menunaikan hajat aku untuk makan masakan mak dan lain-lain makanan lagi yg super duper lazat.



And yeah, i'm glad to be home! =)

Remaja

Assalamualaikum

Dekat dalam dunia ni semua orang pun pernah melalui zaman remaja. Bagi aku, zaman remaja ni lah zaman yg paling menguji hati dan iman. Semua benda baru kita nak cuba, ditambah lagi dengan pengaruh kawan yg sangat hebat. Apa orang ajak, semua kita nak ikut. Apa yg orang suruh cuba, kita turuti. Maklumlah, darah muda pantang dicabar. Masing-masing pun nak tunjuk skill hebat. Kalau hebat dalam benda yg baik tak pa jugak. Patutlah bangga kembang semangkuk. Ni kalau yg hebat dalam benda-benda yg negatif, nak banggakan apa sebenarnya? Memalukan aje.

Kalau aku ingat-ingat balik masa aku sekolah menengah dulu, malu ya rabbi. Macam mana lah aku boleh jadi bodoh macam tu. Hahaha~ Paling agresif form 2 and 3 kot. Lagak macam samseng, tudung stokin semua singkat. Tak de lah singkat mana pun, cukup-cukup aje ikut ukuran yg digariskan oleh pihak sekolah. Cakap aje nama aku dekat bilik guru, semua cikgu kenal. Haha~ Aku dikenali bukan sebab masalah disiplin ye, tapi sebab kelantangan aku bersuara bila dalam kelas dan keramahan aku. Aku rapat dengan cikgu-cikgu sebab pegang jawatan dalam kelas. Itu aje.

Entah lah. Kekadang aku fikir hebatnya manusia yg berjaya melalui zaman remaja nya dengan kelakuan yg baik dan mulia. Biasanya remaja-remaja ni yg dibuat bercinta, merokok, ponteng, melawan cakap orang tua dan macam-macam lagi yg buruk. Tapi tak semua macam tu. Aku tegas sekali lagi, tak semua macam tu.

Kekadang aku pelik tengok budak-budak yg melawan cakap ibubapa dorang. Hey adik-adik, tu ibu bapa awak tau. Yg melahirkan dan membesarkan kalian. Yg menyekolahkan dan menafkahi kalian. Tahu ke berdosa besar bila derhaka pada ibu bapa? Derhaka pada ibu bapa langsung tak menunjukkan awak hebat. Fikir sebelum mengeluarkan kata. Hormati dan kasihi orang tua kita. Doa mereka itu tiada hijab, sampai terus pada pencipta. Allah mendengar mereka. Kena ingat, mereka tak selamanya ada dalam kehidupan kita. Suatu hari nanti, mereka akan pergi.

Aku pun punya zaman remaja yg tak begitu nak baik. Alhamdulillah, sekarang dah sedar. Belajar dari kesilapan lalu. Jadikan hal yg lalu sebagai suatu pengajaran terbesar dalam hidup.

Zaman jiwa kacau aku
Zaman memberontak aku
Zaman agresif aku
Semua dah berlalu.

Aku dah tak hidup dekat sana.
And yeah, i'm trying to be a better muslimah in shaa Allah =)

Sahabat

Assalamualaikum

Dalam banyak-banyak kawan mungkin hanya ada seorang dua sahabat kita.

Aku punya sebilangan.
Yg bisa aku berkongsi cerita--
Berkongsi tawa dan duka.
Saat aku merasa tak mampu untuk bangkit, mereka datang menghulur tangan. Sama-sama bangkit dari kejatuhan.

Sahabat itu--
Apabila dia tiada, kita merasa kewujudannya
Apabila dia ada, kita merasa kedamaian disisinya.

Tanpa khabar dia tahu
Tanpa melihat dia mengerti
Kerana hati bercantum satu
Apabila yg satunya sakit, maka yg satu juga turut merasa.

Sahabat itu umpama peri-peri kecil yg dikirim tuhan buat kita bagi menikmati manisnya ukhuwah di perjalanan menuju tuhan.

Cukup indah.